Kes Serbuan Ke Atas Majlis Jamuan Memperingati Kelahiran Puteri Rasulullah SAWW, Sayyidatina Fathimah Az-Zahra Salamullah Alaiha

Serbuan JAIS ke atas majlis wiladah Fatimah
Empat disyaki menyebar Syiah diikat jamin
Pihak pendakwa mohon tempoh melanjutkan siasatan.
Empat disyaki menyebar Syiah diikat jamin
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Empat penganjur majlis mengenang hari kelahiran Fatimah Az-Zahra dihadapkan ke Mahkamah Syariah, Kuang, Gombak Barat pagi tadi dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1500.00 dengan seorang penjamin setiap seorang.Keempat-empat mereka iaitu Mohd Kamil Zuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin disiasat mengikut peruntukan seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Mereka dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah lagi pada 7 Julai ini untuk dibaca pertuduhan.

Pihak pendakwa belum menyabitkan kesalahan.

Sepanjang persidangan mahkamah, pihak pendakwa bukan sahaja gagal menyabitkan kesalahan ke-empat yang ingin dituduh, bahkan meminta penangguhan kes tersebut selama dua bulan untuk menyiapkan kertas siasatan, namun hakim Kamaruzzaman bin Ali menolak permohonan yang disifatkan terlalu lama dan cuma memberi tempoh selama satu bulan sahaja untuk melanjutkan siasatan, jikalau tidak kes ini akan dibuang dan ke-empat pengikut Syiah tersebut akan dibebaskan.
Penganiayaan ke atas seluruh umat Islam

Kamil Zuhairi ketika dihubungi wartawan ABNA pagi tadi menyifatkan penangkapannya dan rakan-rakan bukan sahaja merupakan sebuah diskriminasi terhadap masyarakat minoriti pengikut mazhab Syiah Imamiyah sahaja, bahkan ia adalah penganiayaan terhadap seluruh umat Islam kerana
“Ini bermakna setelah 1421 tahun peninggalan Nabi Muhammad (s.a.w), adalah malapetaka bagi seluruh umat Islam seluruh dunia kerana majlis keramaian memperingati puteri Nabi diserbu, dan hendak digagalkan.

“Walaupun majlis tidak berjaya digagalkan kerana mempunyai semua permit yang sah berdasarkan perundangan negara, tetapi mereka cuba memaksa untuk menyabitkannya dengan kesalahan.”

Hawzah Ar-Ridha tidak gentar membawa isu ini ke muka pengadilan.

Kamil Zuhairi menyatakan pihaknya akan bertindak balas dengan membawa kes ini ke muka pengadilan sebagaimana kes pencerobohan dan pelanggaran hak asasi manusia ke atas Hawzah Ar-Ridha pada 15 Disember tahun lalu.

Wahabi dan Zionis antarabangsa dalang serbuan.

Kamil Zuhairi meyakini penganut ajaran Wahabi memainkan peranan di balik peristiwa serbuan ini. Agensi Berita ABNA sebelum ini mendedahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menganjurkan Seminar Penjelasan Fahaman Syiah dengan menjemput ekstremis Wahabi sebagai salah seorang pembentang kertas kerja.

Kamil Zuhairi berkata, “Tidak syak lagi Wahabi (dalang serbuan), jadi orang yang melakukan pencerobohan ini mereka mengikut telunjuk Wahabi yang berselindung, kerana majlis ini maulid puteri nabi ini bukan kepunyaan Syiah, bukan kepunyaan Sunni, bahkan kepunyaan semua.

“Bahkan yang datang termasuk wakil-wakil agama lain, termasuk dari gereja Lady Fatima turut datang meraikan majlis ini. Kenapa kita nak dikatakan menyebarkan Syiah? Majlis ini kepunyaan semua.

“Adakah Sunni tidak meraikan Fatimah Zahra puteri Nabi, ini satu persoalan yang memalukan sekali.

“Jadi dikenalpasti (dalangnya) adalah tangan-tangan jahat Wahabi dan Zionis antarabangsa yang berselindung”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: