Tarikh Al Quran 2: Penyeragaman Mushaf-Mushaf

sumber asal

Mushaf Kumpulan Zaid Bin Tsabit

Rasulullah(sawa) berwasiat agar Al Quran dikumpulkan, tujuannya ialah agar kitab ini tidak berkongsi nasib dengan kitab Taurat orang yahudi.(Tafsir al Burhan, Jilid 1, Halaman 16, No.14)

Setelah Rasulullah(sawa) wafat, Imam Ali melakukan pekerjaan penting ini, kemudian beliau mempersembahkan hasil kerja tersebut. Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab, maka para khalifah tidak menerima mushaf beliau. Al Quran adalah rujukan utama bagi syariat Islam serta merupakan asas kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu, para khalifah merasakan perlunya melantik para penulis kalam Illahi yang lain(selain Ali0 untuk mencatat semula Al Quran yang bertaburan, oleh kerana syahidnya ramai para hafiz dalam Perang Yamamah.(Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mushaf Imam Ali, sila rujuk lebih lanjut Tarikh Yaakubi, Jilid 2, Halaman 113)

Oleh itu, Abu Bakar mengajak Zaid bin Tsabit untuk mengumpulkan Quran. Zaid berkata: “Abu Bakar memanggilku. Setelah musyawarah dengan Umar yang waktu itu berada di tempat itu, dia berkata: “Ramai sekali Qari dan Hafiz terkorban dalam perang Yamamah, bagaimana jika yang lain juga akan turut terbunuh dalam perang lain, dan bahagian penting Al Quran akan hilang.” Saat itulah beliau menyampaikan masalah pengumpulan Al Quran.”

Aku bertanya, “Bagaimana kamu akan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah?”

Mereka menjawab, “Ini adalah pekerjaan penting yang harus dilakukan.”

Hanya itu yang mereka katakan. Mereka terus memaksaku agar menerima ajakan mereka. Kemudian Abu Bakar berkata, “Kamu adalah pemuda berakal dan kami tidak pernah berfikiran negatif tentang mu. Kamu adalah penulis wahyu Rasulullah(sawa), terimalah pekerjaan ini dan lakukanlah dengan baik.”

Aku berkata kepada mereka, “Beban pekerjaan yang dipikulkan di pundakku ini jauh lebih berat dari gunung yang besar. Namun aku menerimanya dengan terpaksa.” Kemudian aku mengumpulkan Quran yang sebelumnya ditulis di atas lempengan-lempengan kayu dan batu.”(As Saqifah,Hal 82)

Cara Zaid Mengumpulkan Al Quran

Zaid memulai kerja mengumpulkan Al Quran dengan cara menata Al Quran yang tidak teratur. Kemudian beliau meletakkannya di satu tempat. Kerja ini dibantu oleh beberapa sahabat. Langkah pertama yang beliau ambil ialah mengumumkan bahawa sesiapapun yang mempunyai walau beberapa ayat sekalipun perlulah diberikan kepadanya.

Yaakubi berpendapat bahawa beliau membentuk satu kumpulan kerja  yang terdiri dari 25 orang dan beliau sendiri mengetuai pasukan ini.(As Saqifah Hal 124)

Setiap hari pasukan ini berkumpul di masjid dan orang-orang yang memiliki ayat atau surah dari Al Quran akan mendatangi mereka dan merujuki ayat yang mereka ada kepada mereka. Pasukan ini tidak akan menerima satu ayat pun melainkan orang itu membawakan 2 orang saksi dan bukti yang menyatakan apa yang mereka bawa itu sebagai Al Quran.

Bukti pertama adalah naskah yang tertulis, yaitu tulisan yang menunjukkan bahawa itu adalah wahyu Qurani. Bukti kedua adalah hafalan, yaitu dengan kesaksian orang-orang bahawa pembaca Al Quran itu telah mendengarnya dari lisan Rasulullah(sawa).

Dalam hal ini ada dua poin yang perlu diperhatikan.

  • Khuzaimah bin Tsabit Ansari(Tafsir Al Qummi, Halaman 745) membawa 2 ayat terakhir surah al Baraah yang diterima tanpa saksi, kerana Rasulullah(sawa) menjadikan kesaksian beliau seperti kesaksian 2 orang.(Fath al Bari Jilid 7, hal. 447)
  • Ada ungkapan dari Umar al Khattab yang disangka sebagai ayat al Quran namun tidak diterima iaitu, “Apabila seorang lelaki tua berzina dengan seorang tua maka rejamlah keduanya..” Ketiaka pasukan kerja meminta agar dihadirkan saksi, Umar tidak dapat menghadirkannya. Keitka Umar menyampaikan kepada setiap orang yang dikehendakinya, maka setiap mereka menolak pernah mendenganr ayat ini dari lisan Rasulullah(sawa). Umar bagaimanapun tetap berkeras bahawa apa yang beliau ucapkan itu adalah dari Al Quran, dia selalu berkata: “Seandainya orang ramai tidak berkata bahawa Umar telah menambah sesuatu kepada Al Quran, maka nescaya aku sudah memasukkannya ke dalam Quran.”

Dengan cara seperti inilah Zaid mengumpulkan Quran yang sebelumnya terpisah-pisah dan berterabur. Beliau berjasa menghindarkan Al Quran dari penyimpangan. Setiap surah yang sudah sempurna beliau letakkan ke kotak kulit yang disebut “Rab’ah” hingga satu per satu dari surah-surah itu sempurna. Namun tidak ada satu bentuk ketertiban yang wujud di antara surah-surah itu.(Sahih Bukhari Jilid 6, Halaman 225; Mashahif Sajistani, hal.6; Ibnu Atsir, al Kamil fi at Tarikh, Jilid 2, hal 247)

Setelah selesai, lembaran-lembaran ini diserahkan kepada Abu Bakar. Setelah tamat pemerintahan Abu Bakar, maka lembaran ini berpindah pula kepada Umar, setelah beliau wafat, ia dipindahkan ke puterinya Hafsah. Ketika mushaf-mushaf disatukan, Usman meminjamnya dari Hafsah untuk memadankan mushaf itu dengan mushaf yang lain, yang kemudiannya dipulangkan setalah selesai. Setelah Hafsah meninggal, Marwan, yang ketika itu menjadi gabenor Madinah mengambilnya dari waris Hafsah dan memusnahkannya.(Tarikh Yaakubi, Jilid 2,Hal. 113)

Menyatukan Mushaf-mushaf

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa tempoh selepas wafatnya Rasulullah(sawa) adalah tempoh pengumpulan Al Quran. Para sahabat besar mulai mengumpulkan ayat-ayat dan merapikan surah-surah al Quran sesuai dengan kemampuan dan pengetahuan mereka. Masing-masing dari mereka mempunyai mushaf yang khusus(contohnya Ibnu Mas’ud dan mushaf Ubay Bin Kaab.)Sebahagian sahabat yang tidak mempunyai kemampuan untuk membuat mushaf meminta bantuan agar dibuatkan sebuah naskah mushaf untuk diri mereka.

Luasnya ruang lingkup pemerintahan Islam juga menjadi sebab kepada pertambahan jumlah mushaf. Dengan bertambahnya jumlah kaum Muslimin, maka begitu jugalah bertambahnya keperluan untuk naskah-naskah Al Quran ini. Kitab adalah sumber hukum, peletakan undang-undang dan aturan bagi hidup kaum Muslimin. Setiap dari mushaf para sahabat ini, mendapat penghormatan yang tinggi mengikut daerahnya. Contohnya, mushaf Ibnu Mas’ud terkenal di Kufah.(Al Kasyaf, Jilid 1, Hal 242)

Contoh lain adalah Mushhaf Ubay bin Kaab sangat disanjugi di Madinah, atau mushaf Abu Musa al Asy’ari di Basrah dan mushaf Miqdad bin Aswad di Damaskus.

Perbezaan Mushaf-mushaf

Pemilik mushaf-mushaf banyak sekali jumlahnya. Satu sama lain tidak mempunyai hubungan, ini disebabkan ia disusun oleh para sahabat yang kemampuan yang berbeza. Oleh kerana itu, sistem, susunan, bacaan dan sebagainya dengan lainnya tidak sama.

Perbezaan seperti ini seringkali menimbulkan perselisihan dalam masyarakat. Bukan perkara yang menghairangkan apabila sesama Muslimin sering berselisih antara mereka hanya kerana fanatisme mazhab, akidah dan pendapatnya sendiri. Kita lihat antara contoh perselisihan ini.

  • Setalah peperangan di Armenia, Hudzaifah bin Said bin Ash berkata, “Dalam perjalanan ku, aku menemukan suatu permasalahan yang sekiranya di abaikan akan menyebabkan perselisisihan masyarakat tentang Quran, selamanya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan.”

Said bertanya, “Apa masalahnya?” Dia menjawab, “Aku melihat sekelompok orang dari Hamsh yang menganggap bacaan mereka lebih baik dari bacaan-bacaan yang lain dan mereka mengambil Al Quran itu dari Miqdad. Aku melihat orang-orang Damaskus pula mengatakan bahawa bacaan mereka lebih baik dari yang lain. Aku melihat penduduk Kufah juga mnegatakan bacaan mereka lebih baik dari yang laian, dan mereka mengambil bacaan itu dari Ibnu Mas’ud. Begitu juga penduduk Basrah yang menerima bacaan dari Abu Musa Asyari dan mereka menamkan mushafnya, Lubab al Qulub.”

Huzaifah dan Said tiba di Kufah dan mengingatkan mereka tentang permasalahan ini. Banyak sahabat nabi dan para tabi’in yang sepakat dengannya. Seoarang sahabat Ibnu Masud melakukan kritik: “Apa yang kamu mempermasalahkan kepada kami kerana membaca al Quran sesuai dengan bacaan Ibnu Mas’ud?”

Ada yang berkata, “Demi Allah, kalau dia masih hidup, akan aku sampaikan masalah ini kepada khalifah kaum Muslimin(Usman) demi mencari jalan keluar.”

Ketika berjumpa dengan Ibnu Mas’ud, Hudzaifah menyampaikan masalah tersebut kepadanya, tetapi Ibnu Mas’ud menjawabnya dengan kasat.(Tafsir At Thabari, JIlid 5 halaman 9). Said marah dan meninggalkan mereka. Hudzaifah pergi untuk bertemu khalifah.

  • Yazid Nakha’i berkata, “Pada masa kepimpinan Walid bin Uqbah, wali kota Kufah adalah dari pihak Usman. Aku pergi ke Kufah. Di sana sekelompok orang sedang berkumpul. Diantara mereka ada Hudzaifah bin Yaman.

Pada zaman itu tidak terbiasa ada rapat umum di masjid. Tiba-tiba seorang berteriak, “Mereka yang bacaannya seperti Abu Musa al Asyari hendaklah berkumpul di pintu Kindah. Mereka yang mengikuti bacaan Ibnu Mas’ud pula berkumpul di pintu  Abdullah.” Dua kelompok itu berselisih tentang satu ayat dari surah Al Baqarah.

Satu kelompok berkata, “ Wa atimmul hajja wal umrata lilbait” manakala sekelompuk lagi berkata, “Wa atimmul hajja wal umratalillah.” Huzaifah marah lalu berkata, “Perselisihan yang sama juga pernah terjadi sebelum kalian.” Kemudian dia menuturkan perjumpaannya dengan Usman. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Hudzaifah berkata tentang penduduka Kufah yang menggunakan bacaan Abdullah dan penduduk Basrah yang menggunakan bacaan Abu Musa. Demi Allah, dia berkata, “Seandainya aku berjumpa dengan Usman, nescaya aku akan memaksa beliau untuk menenggelamkannya ke dalam satu mushaf.”

Abdullah menjawab, “Demi Allah seandainya kamu lakukan sebegitu, Allah akan menenggelamkan kamu ke suatu tempa selain air(neraka jahannam)

Ibnu Hajar berkata, Ibnu Mas’ud berkata kepada Hudzaifah, “Aku mendapat khabar bahawa kamu tidak suka kepada mereka berkaitan bacaan Quran sehingga mereka harus berselisih seperti Ahlul Kitab.”(Al Furqan fi jam’i wa tadwin al Quran, Halaman 110)

  • Dan banyak lagi contoh perselisihan umat ketika itu tentang hal berkaitan Al Quran.

Masuknya Hudzaifah Ke Madinah

Sekembalinya dari peperangan di Armenia, Hudzaifah melihat perselisihan berkaitan Al Quran di kalangan penduduk setempat. Beliau menganggap peristiwa ini adalah buruk. Kemudian beliau bermusyawarah dengan beberapa orang sahabat Nabi(sawa) yang sebelumnya berada di Kufah. Tujuannya ialah bagi menyelesaikan masalah tersebut, sebelum ia merebak ke tempat lain.

Hudzaifah berpendapat bahawa Usman hendaklah menyatukan semua mushaf dan memaksa mereka untuk membaca dengan satu bacaan. Pendapatnya dipersetujui oleh semua sahabat kecuali Abdullah Ibnu Mas’ud.(Mashahif Sajistani, Hal 11-14)

Kemudian Hudzaifah bergegas menuju ke Madinah untuk menyedarkan Usman demi menyelamatkan umat Muhammad sebelum mereka bercerai berai. Huzdzaifah berkata kepada Usman, “Hai khalifah! Tanpa basa basi aku mengingatkan mu, selamatkanlah umat ini sebelum mereka berselisih sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani.

Usman bertanya, “Apa masalahnya?” Hudzaifah menjelaskan, “Aku ikut perang di Armenia. AKu temui penduduk Syam mengikuti bacaan Ubay bin Kaab yang mengandungi beberapa hal yang tidak pernah didengari oleh penduduk Iraq. Penduduk Iraq mengikuti bacaan Ibnu Mas’ud yang mengandungi beberapa hal yang tidak pernah didengari oleh penduduk Syam. Masing-masing mengkafirkan pihak yang lainnya.”(Fath al Bari,Jilid 9, Hal 15)

Musyawarah Usman Dan Sahabat-sahabat

Peristiwa di atas akan mengkibatkan sesuatu yang buru terhadap ummah. Usman terpaksa menyelesaikannya dengan serius. Tanggungjawab ini adalah baru dan sangat besar, belum pernah dikerjakan oleh orang-orang sebelumnya. Watak terpenting bagi tanggungjawab ini ialah naskah-naskah mushaf yang ditulis oleh para sahabat utama yang tersebar di segenap penjuru empayar.

Ketika itu, adalah sangat sukar untuk melibatkan orang-orang yang dipandang tinggi seperti mereka. Apatah lagi, setiap mereka mempertahankan mushaf mereka sebagai musfah yang benar. Hal ini merupakan rintangan yang paling besar bagi penyatuan mushaf.

Dengan alasan inilah Usman mengumpulkan para sahabat di Madinah demi menyatukan semua mushaf. Akhirnya muncullah kesepakatan walau apa pun risikonya.

Ibnu Atsir berkata, “Usman mengumpulkan sahabat-sahabat Nabi dan menyampaikan masalah yang ada. Semuanya mendukung pendapat Hudzaifah.”(Al Itqan, Jilid 1, Hal 59; Mashahif Sajistani, hal 21)

Badan Penyeragaman Mushaf

Usman bergerak cepat menyatukan mushaf-mushaf. Langkah pertamanya adalah menulis pesan umum kepada para sahabat Nabi(sawa). Beliau mengundang mereka untuk melakukan pekerjaan ini.(Fath al Bari, Jilid 9, Hal 16)

Kemudian beliau memilih 4 orang terdekat untuk melakukan perkerjaan ini, iaitu Zaid bin Tsabit dari Ansar, Said bin Ash, Abdullah bin Zubair, Abdulrahman bin Harits. 3 nama terakhir ini semuanya dari Quraish. Empat orang tersebut adalah pasukan utama badan penyatuan Al Quran yang diketuai oleh Zaid.(Al Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Hal 111)

Dipilihnya Zaid sebagai ketua, menyebabkan protes dan bangkangan dari Ibnu Mas’ud. Ibnu Mas’ud berkata, “Aku disingkirkan dari tugas ini, dan diberikan kepada seorang(Zaid) yang-demi Allah- ketika berada dalam tulang sulbi orang kafir, aku sudah memeluk Islam.(Sahih Bukhari, Jilid 6, Hal 225; Mashahif Sajistani, hal 19-20, Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Ha 111)

Kerana penentangan itu, beliau sendiri menerima tanggungjawab 4 orang itu, namun mereka kesulitan melakukan pekerjaan itu. Akhirnya mereka meminta bantuan dari  Ubay bin Kaab, Malik bin Abi Amir, Katsir bin Aflah, Anas Bin Malik, Abdullah Bin Abbas, Mushab Bin Saad dan Abdullah bin Fathimah. Menurut riwayat Ibnu Sirrin dan Ibnu Saad, bantuan 5 orang lagi diminta menjadikan jumlah badan ini seramai 12 orang.(Al Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Hal 111; Al Itqan Jilid 1, Hal 59; Sahih Bukhari, Jilid 6, Hal 226;Fath al Bari, jilid 9, hal 17)

Sikap Sahabat atas Penyeragaman Mushaf

Sebagaimana yang telah dijelaskan, Hudzaifah bin Yaman adalah orang pertama yang memberi kesaksian atas penyeragaman mushaf-mushaf. Bahkan beliau bersumpah akan mengadu kepada khalifah agar menjadikan satu sahaja jenis bacaan.(Thabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, Bhg 2, Hal 62)

Belaiu juga bermesyuarah dengan semua sahabat Nabi di Kufah dan mendapat persetujuan mereka kecuali dari Ibnu Mas’ud. Usman mengundang para sahabat Nabi yang berada di Madinah untuk bermusyawarah tentang penyeragaman bacaan al Quran. Mereka semua bersetuju dengan usulan Usman.

Demikian juga Imam Ali Ibnu Abi Thalib, pada dasarnya beliau setuju terhadap niat itu. Ibnu Abi Daudmeriwayatkan dari Suwaid bin Ghaflah bahawa Imam Ali berkata demi Allah, Usman sedikit pun tidak berbuat sesuatu tentang mushaf-mushaf itu melainkan beliau bermusyawarah dengan kami. Belai bermusyawarah dengan kami dalam hal-hal bacaan. Dia berkata kepada ku:

“Aku diberitahu bahawa sebahagian mengatakan bahawa bacaan ku lebih baik dari bacaan mu. Berita ini adalah sesuatu yang mendekati kekufuran.” Aku bertanya kepadanya, “Apa pendapatmu?” Usman menjawab, “Aku berpendapat masyarakat hendaknya memiliki satu mushaf agar tidak terjadi perselisihan.” Aku berkata, “Pendapat yang bagus.”(Mashahif Sajistani, Hal.30)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali Ibnu Abi Thalib berkata, “Seandainya urusan(penyatuan mushaf ini) diserahkan kepada ku, niscaya aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh Usman.”(Fath Al Bari, Jilid 9, Hal 16)

Setelah Imam Ali menjawat jawatan sebagai khalifah, beliau memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan mushaf Usmani dan tidak mengubahnya, meskipun di dalamnya terdapat kesalahan-kesalahan tulis. Hal ini dilakukan kerana sejak saat itu sampai seterusnya tidak boleh ada seorang pun yang boleh mengubah dan menyimpangkan Ql Quran, dengan alasan memperbaiki Al Quran. Oleh kerana itu, mulai saat itu, beliau menekankan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh menyentuh Al Quran.

Diriwayatkan ada seorang membaca di hadapan Imam Ali:

“Wa thalhin mandhud”(dan pohon pisang yang bersusun buahnya..)- (Surah al waqiah:29)

Beliau berkata, “Mengapa dibaca thalhin?” Yang benar adalah Thal’in, sebagaimana yang disebutkan di tempat lain, “dan pohon kurma yang mayangnya lembut(Thal’uha Hadhim)(As Syuara:148)

Ungkapan itu bukan bentuk protes beliau kepada pembaca itu. Pembaca  itu bukan berniat merubah kata. Imam Ali berkata pada diri belaiu sendiri, namun orang-orang mendengarnya dan bertanya, “Adakah anda tidak akan mengubahnya?” Imam Ali berkata, “Mulai saat ini tidak boleh ada perubahan sedikit pun dalam Al Quran.”(Fath al Bari, Jilid 9, Hal 16; Thabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, Bhg 2, hal.62; Ibnu Hajar al Asqalani, Tahzib at Tahzib fi Asma ar Rijal, jilid 1, hal 187)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: