Benarkah Muawiyah seorang penulis wahyu?

Benarkah Muawiyah penulis wahyu?

Nama beberapa orang penulis wahyu telah sedia maklum dalam lembaran sejarah seperti Ali bin Abi Talib, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun Muawiyah yang terkenal sebagai kelompok Fiatul Baghi (pendurhaka yang sesat) turut dikatakan penulis wahyu  dan cerita ini telah lama beredar di kalangan penyokong kuat Muawiyah supaya martabat individu ini dimuliakan umat Islam. Namun sejauh mana kesahihan pengriwayatannya menurut timbangan ilmu saringan hadis dan pandangan ulama terdahulu? Jikalau benar ia penulis wahyu sekalipun mestikah ia terpelihara dari melakukan dosa?

Penelitian riwayat penulisan Wahyu oleh Muawiyah.

Riwayat terpenting yang menyabitkan penulisan wahyu oleh Muawiyah diambil dari kitab Hadis Sahih Muslim oleh Muslim bin Hajjaj Nisyaburi:

حدثني عَبَّاسُ بن عبد الْعَظِيمِ الْعَنْبَرِيُّ وَأَحْمَدُ بن جَعْفَرٍ الْمَعْقِرِيُّ قالا حدثنا النَّضْرُ وهو بن مُحَمَّدٍ الْيَمَامِيُّ حدثنا عِكْرِمَةُ حدثنا أبو زُمَيْلٍ حدثني بن عَبَّاسٍ قال كان الْمُسْلِمُونَ لَا يَنْظُرُونَ إلى أبي سُفْيَانَ ولا يُقَاعِدُونَهُ فقال لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يا نَبِيَّ اللَّهِ ثَلَاثٌ أَعْطِنِيهِنَّ قال نعم قال عِنْدِي أَحْسَنُ الْعَرَبِ وَأَجْمَلُهُ أُمُّ حَبِيبَةَ بِنْتُ أبي سُفْيَانَ ازوجكها قال نعم قال وَمُعَاوِيَةُ تَجْعَلُهُ كَاتِبًا بين يَدَيْكَ قال نعم قال وَتُؤَمِّرُنِي حتى أُقَاتِلَ الْكُفَّارَ كما كنت أُقَاتِلُ الْمُسْلِمِينَ قال نعم قال أبو زُمَيْلٍ وَلَوْلَا أَنَّهُ طَلَبَ ذلك من النبي صلى الله عليه وسلم ما أَعْطَاهُ ذلك لِأَنَّهُ لم يَكُنْ يُسْأَلُ شيئا إلا قال نعم .

النيسابوري ، مسلم بن الحجاج أبو الحسين القشيري (متوفاي261هـ) ، صحيح مسلم ، ج 4   ص 1945 ، ح2501 ، كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ ، 40 بَاب من فَضَائِلِ أبي سُفْيَانَ بن حَرْبٍ ، تحقيق : محمد فؤاد عبد الباقي ، ناشر : دار إحياء التراث العربي – بيروت .

Telah diceritakan kepada kami ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Azim dan Ahmad bin Ja’far al-Ma’taqiri, mereka berkata telah diceritakan oleh al-Nadhru –beliau adalah Ibnu Muhammad al-Yamami- telah diceritakan oleh ‘Ikrimah, telah diceritakan kepada kami Abu Zumail, telah diceritakan kepadaku Ibnu Abbas yang berkata:

“Kaum Muslimin tidak memberi perhatian kepada Abu Sufyan dan sahabat-sahabatnya”. Abu Sufyan berkata kepada Nabi (saw): “Wahai nabi Allah, saya punya tiga permintaan dan perhatikanlah”, Nabi bersabda, “Iya”. Dia mengatakan: Padaku Ummu Habibah binti Abu Sufyan, gadis arab terbaik dan tercantik, saya kahwinkan ia denganmu”. Nabi bersabda, “Iya”. Dia berkata, “Jadikanlah Muawiyah penulis apa yang ada antara kedua tanganmu (Wahyu). Nabi bersabda, “Iya”.  Dia berkata: “Arahkan aku menjadi panglima tentera memerangi orang kafir sebagaimana aku telah memerangi Muslimin”. Nabi berkata “Iya”. Berkata Abu Zumail, “Jikalau dia tidak memohonannya daripada Nabi, niscaya permintaannya tidak dikabulkan, kerana nabi tidak menjadikan permintaan itu sesuatu melainkan mengatakan Iya”. – Sahih Muslim, jilid 4 halaman 1945

Nawawi dalam Syarahnya menyatakan:

واعلم أن هذا الحديث من الاحاديث المشهورة بالاشكال ووجه الاشكال أن أبا سفيان إنّما أسلم يوم فتح مكة سنة ثمان من الهجرة وهذا مشهور لا خلاف فيه وكان النبي صلى الله عليه وسلم قد تزّوج أم حبيبة قبل ذلك بزمان طويل.

قال أبو عبيدة وخليفة بن خياط وإبن البرقي والجمهور: تزّوجها سنة ست وقيل سنة سبع … .

قال القاضي: والذي في مسلم هنا أنّه زوّجها أبو سفيان غريب جدّاً وخبرها مع أبي سفيان حين ورد المدينة في حال كفره مشهور ولم يزد القاضي على هذا .

وقال ابن حزم هذا الحديث وهم من بعض الرواة ؛ لأنّه لا خلاف بين الناس أنّ النبي صلى الله عليه وسلم تزّوج أم حبيبة قبل الفتح بدهر وهي بأرض الحبشة وأبوها كافر وفي رواية عن ابن حزم أيضاً أنّه قال: موضوع. قال: والآفة فيه من عِكْرِمَة بن عمار الراوي عن أبي زميل … .

النووي ، أبو زكريا يحيى بن شرف بن مري ، شرح النووي على صحيح مسلم ، ج 16 ، ص 63 ،  ناشر : دار إحياء التراث العربي – بيروت ، الطبعة الثانية ، 1392 هـ .Ini merupakan salah satu hadis yang terkenal bermasalah kerana tiada keraguan lagi bahawa Abu Sufyan telah masuk Islam dalam tahun pembebasan kota Makkah iaitu tahun ke-delapan Hijrah.

Abu Ubaidah dan Khalifah bin Khayyat, dan Ibnu al-Barqi dan ramai lagi berkata: Rasulullah (saw) berkahwin dengan Ummu Habibah pada tahun ke-enam dan menurut yang lain pula tahun ke-tujuh Hijrah.

Al-Qadhi berkata: Sungguh aneh Abu Sufyan menikahkannya kerana tidak ada keraguan lagi, menurut riwayat Abu Sufyan masih kafir ketika masuk ke kota Madinah.

Berkata Ibnu Hazm, hadis ini termasuk riwayat yang diragui; kerana tidak berselisih di kalangan manusia bahawasanya Nabi (saw)  sudah lama menikahi Ummu Habibah sebelum pembebasan kota Makkah dan ia termasuk di kalangan Muhajirin yang berhijrah ke Habsyah sementara ayahnya masih kafir. Menurut riwayat daripada Ibnu Hazm lagi, beliau berkata: Hadis ini Maudhu’. Masalah di sini ialah seorang yang bernama ‘Ikrimah bin Ammar yang menukilkannya daripada Abi Zumail…

Shamsudin Zahabi (wafat dalam tahun 748 Hijrah)  dalam Mizan al-I’tidal menulis bahawa hadis ini dan tiga hadis yang lain telah diambil daripada orang yang tidak boleh dipercayai:

وفي صحيح مسلم قد ساق له أصلا منكرا عن سماك الحنفي عن ابن عباس في الثلاثة التي طلبها أبو سفيان وثلاثة أحاديث أخر بالإسناد .

الذهبي ، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان أبو عبد الله ، ميزان الاعتدال في نقد الرجال ، ج 5 ، ص 116 ، تحقيق : الشيخ علي محمد معوض والشيخ عادل أحمد عبدالموجود ، ناشر : دار الكتب العلمية – بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1995م .Ibnu al-Mulqin Syafie (wafat dalam tahun 804 Hijrah) juga mengkritik hadis ini:

هذا من الأحاديث المشهورة بالإشكال المعروفة بالإعضال ، ووجه الإشكال : أنّ أبا سفيان إنّما أسلم يوم الفتح ، والفتح سنة ثمان ، والنبي كان قد تزّوجها قبل ذلك بزمن طويل . قَالَ خليفة بن خياط : والمشهور على أنّه تزّوجها سنة ست ، ودخل بها سنة سبع . وقيل : تزّوجها سنة سبع ، وقيل : سنة خمس .

الأنصاري الشافعي ، سراج الدين أبي حفص عمر بن علي بن أحمد المعروف بابن الملقن ، البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير ، ج 6 ، ص 731 ، تحقيق : مصطفى أبو الغيط و عبدالله بن سليمان وياسر بن كمال ، ناشر : دار الهجرة للنشر والتوزيع – الرياض-السعودية  ، الطبعة : الاولى ، 1425هـ-2004م .

Hadis ini merupakan hadis-hadis yang masyhur dan terkenal dengan masalahnya, dan pertikaiannya ialah: Abu Sufyan masuk Islam di hari pembukaan kota Makkah, dan peristiwa pembukaan itu berlaku pada tahun ke-sembilan, dan Nabi telah menikah dengannya jauh lebih lama sebelum peristiwa itu. Telah berkata Khalifah bin Khayyat: Pernikahannya terkenal berlangsung dalam tahun ke-enam Hijrah dan baginda bertemu dengannya dalam tahun ke-tujuh, dan sebahagian mengatakan tahun ke-tujuh. Ada pula yang mengatakan tahun ke-lima.- Badrul Munir fi Takhrijul Ahadith, jilid 6 halaman 731.

Berkata Ibnu Qayyim al-Jauzi (Wafat pada tahun 751, beliau merupakan murid istimewa Ibnu Taimiyah dan penyebar pemikiran dan akidahnya) telah mengkritik hadis ini seperti berikut:

وقد أشكل هذا الحديث على الناس فإنّ أم حبيبة تزّوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم قبل إسلام أبي سفيان كما تقدم. زوّجها إيّاه النجاشي ، ثم قَدِمَت على رسول الله صلى الله عليه وسلم قبل أن يسلم أبوها فكيف يقول بعد الفتح أزوّجك أم حبيبة .

Hadis ini menimbulkan masalah kepada manusia. Ummu Habibah telah menikahi Rasulullah (saw) sebelum Abu Sufyan memeluk Islam di mana perkahwinan ini atas izin kurnia raja Najashi. Kemudian ia datang kepada Rasulullah (saw) sebelum keislaman ayahnya. Bagaimana mungkin ia mengatakan ‘aku nikahkan dikau dengan Ummu Habibah?

فقالت طائفة : هذا الحديث كذب لا أصل له. قال ابن حزم: كذبه عكرمة بن عمار وحمل عليه .

Ada golongan yang mengatakan hadis ini adalah dusta dan tiada asasnya, Ibnu Hazm mengatakan ‘Akramah bin ‘Ammar menciptanya.

واستعظم ذلك آخرون وقالوا : أنّى يكون في صحيح مسلم حديث موضوع وإنما وجه الحديث أنه طلب من النبي (ص) أن يجدد له العقد على ابنته ليبقى له وجه بين المسلمين وهذا ضعيف؛ فإنّ في الحديث أن النبي (ص) وعده وهو الصادق الوعد ولم ينقل أحد قط أنه جدّد العقد على أم حبيبة. ومثل هذا لو كان، لنقل ولو نقل واحد عن واحد فحيث لم ينقله أحد قط، علم أنّه لم يقع ولم يزد القاضي عياض على استشكاله فقال: والذي وقع في مسلم من هذا غريب جدّاً عند أهل الخبر وخبرها مع أبي سفيان عند وروده إلى المدينة بسبب تجديد الصلح ودخوله عليها مشهور .

Namun ada kumpulan yang lain mempertahankannya dengan mengatakan: Dalam Sahih Muslim tidak ada hadis Maudhu’, adapun maksud hadis itu ialah Abu Sufyan meminta pernikahan anaknya diulang lagi supaya ia mendapat tempat di sisi umat Islam. Namun alasan ini lemah kerana Rasulullah (saw) merupakan seorang yang berpegang teguh dengan janji telah menerima permintaan Abu Sufyan dalam hadis tersebut, namun tidak ada seorang pun yang mengatakan akad nikah itu diperbaharui semula setelah itu. Jikalaulah perkara ini dinukilkan maka telah sedia maklum bahawa peristiwa ini tidak pernah berlangsung.

وقالت طائفة لم يتفق أهل النقل على أنّ النبي (ص) تزّوج أم حبيبة رضي الله تعالى عنها وهي بأرض الحبشة بل قد ذكر بعضهم أن النبي (ص) تزّوجها بالمدينة بعد قدومها من الحبشة حكاه أبو محمد المنذري وهذا من أضعف الأجوبة لوجوه :

Berkata pula golongan yang lain, tidak ada sejarawan yang bersetuju bahawa Rasulullah menikahi Ummu Habibah (ra) di Habsyah. Bahkan sebahagian mereka menyatakan Nabi (saw) menikahinya di Madinah setelah ia datang dari Habsyah. Perkara ini diceritakan oleh Abu Muhammad al-Munziri namun ianya sangat lemah sedangkan jawapan yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah:

أحدها : أنّ هذا القول لا يعرف به أثر صحيح ولا حسن ولا حكاه أحد ممن يعتمد على نقله .

1. Sesungguhnya pendapat ini tidak diketahui samada Sahih atau Hasan, dan tidak ada seorang pun yang terpecaya menukilkannya.

الثاني: أن قصة تزويج أم حبيبة وهي بأرض الحبشة قد جرت مجرى التواتر كتزويجه (ص) خديجة بمكة وعائشة بمكة وبنائه بعائشة بالمدينة وتزويجه حفصة بالمدينة وصفية عام خيبر وميمونة في عمرة القضية ومثل هذه الوقائع شهرتها عند أهل العلم موجبة لقطعهم بها فلو جاء سند ظاهره الصحة يخالفها عَدُّوه غلطا ولم يلتفتوا إليه ولا يمكنهم مكابرة نفوسهم في ذلك .

2. Kisah perkahwinan Ummu Habibah di bumi Habsyah adalah mutawatir seperti mana perkahwinan baginda dengan Khadijah dan Aisyah di Makkah, dengan Hafsah, Safiyah dan Maimunah di Madinah. Ianya sudah masyhur dan meyakinkan. Jikalau ada riwayat yang bertentang dengan perkara ini, sudah tentu ianya salah dan tidak boleh diambil kira.

الثالث: أنه من المعلوم عند أهل العلم بسيرة النبي (ص) وأحواله أنه لم يتأخر نكاح أم حبيبة إلى بعد فتح مكة ولا يقع ذلك في وهم أحد منهم أصلا .

3. Sudah maklum di kalangan sejarawan Sirah Nabawiyah bahawa baginda tidak menangguhkan pernikahan baginda dengan Ummu Habibah sehingga pembebasan kota Makkah, tidak pula seorang pun meragui peristiwa ini.

الرابع: أن أبا سفيان لما قدم المدينة دخل على ابنته أم حبيبة فلما ذهب ليجلس على فراش رسول الله (ص) طَوَتْه عنه، فقال: يا بنية ما أدري أرغبت بي عن هذا الفراش؟ أم رغبت به عني؟ قالت: بل هو فراش رسول الله (ص(

4. Ketika Abu Sufyan datang ke Madinah bertemu dengan anaknya Ummu Habibah dan ingin duduk di atas tilam Rasulullah (saw), Ummu Habibah mengumpul tilam itu. Abu Sufyan berkata: Wahai anakku, aku tidak tahu apakah engkau mengasingkan tilam ini dariku? atau aku tidak layak untuk tilam ini? Ummu Habibah berkata: Bahkan ia adalah tilam Rasulullah (kata beralas iaitu: ‘Engkau orang kafir, tidak boleh duduk di atas tempat baginda’).

الخامس: أن أم حبيبة كانت من مهاجرات الحبشة مع زوجها عبيد الله بن جحش ثم تَنَصَّر زوجها وهلك بأرض الحبشة ثم قدمت هي على رسول الله (ص) من الحبشة وكانت عنده ولم تكن عند أبيها ، وهذا مما لا يشك فيه أحد من أهل النقل ومن المعلوم أن أباها

لم يسلم إلا عام الفتح فكيف يقول: عندي أجمل العرب أُزوّجك إياها؟ وهل كانت عنده بعد هجرتها وإسلامها قط؟ فإن كان، قال له هذا القول قبل إسلامه، فهو محال؛ فإنها لم تكن عنده ولم يكن له ولاية عليها أصلا وإن كان قاله بعد إسلامه فمحال أيضا؛ لأن نكاحها لم يتأخر إلى بعد الفتح … .

5. Ummu Habibah termasuk daripada golongan muhajirin ke Habsyah bersama suaminya Ubaidillah bin Jahsy yang keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian kemudian meninggal dunia di sana. Ummu Habibah berangkat dari Habsyah menuju kepada Rasulullah di Madinah, bukan kepada ayahnya. Perkara ini jelas dan tidak ada keraguan di kalangan sejarawan. Telah sedia maklum bahawa ayahnya belum lagi masuk Islam kecuali dalam tahun pembukaanan kota Makkah. Tidak mungkinlah ia boleh mengatakan: ‘Aku mempunyai seorang perempuan Arab yang tercantik, dan aku kahwinkan ia denganmu’..? Apakah Ummu Habibah ada di sisi ayahnya setelah masuk Islam? Jikalau tawaran kepada baginda ini sebelum Abu Sufyan masuk Islam, maka ia adalah mustahil; kerana Ummu Habibah sama sekali tidak berada di sisi Abu Sufyan sebagai walinya. Mustahil juga jikalau Abu Sufyan mengatakan demikian setelah masuk Islam kerana pernikahan Ummu Habibah tidak pernah ditangguh sehingga tahun Fathul Makkah.

وقال أبو الفرج بن الجوزي: في هذا الحديث هو وهم من بعض الرواة لا شك فيه ولا تردد وقد اتهموا به عكرمة بن عمار راوي الحديث.

Berkata Abul Faraj bin Jauzi: Hadis ini antara yang tidak benar. Tiada syak lagi ‘Ikrimah bin Ammar dituduh menceritakan hadis ini.

قال: وإنما قلنا إن هذا وهم؛ لأن أهل التاريخ أجمعوا على أن أم حبيبة كانت تحت عبيد الله بن جحش وولدت له وهاجر بها وهما مسلمان إلى أرض الحبشة ثم تنصر وثبتت أم حبيبة على دينها فبعث رسول الله (ص) إلى النجاشي يخطبها عليه فزوجه إياها وأصدقها عن رسول الله (ص) أربعة آلاف درهم وذلك في سنة سبع من الهجرة وجاء أبو سفيان في زمن الهدنة فدخل عليها فثنت بساط رسول الله (ص) حتى لا يجلس عليه ولا خلاف أن أبا سفيان ومعاوية أسلما في فتح مكة سنة ثمان ولا يعرف أن رسول الله (ص) أمر أبا سفيان آخر كلامه…

Dia berkata: Kami mengatakan kesilapannya daripada perawi, kerana para sejarawan berijma’ bahawa Ummu Habibah adalah isterinya ‘Ubaidillah bin Jahsy mempunyai seorang anak dan telah berhijrah ke Habsyah; namun ‘Ubaidillah telah memeluk agama Kristian sedangkan Ummu Habibah tetap berpegang pada agamanya. Rasulullah mengirim utusan meminangnya kepada raja Najashi. Maka Ummu Habibah menikahi Rasulullah dengan mahar bernilai empat ribu dirham dalam tahun ke-tujuh Hijrah. Abu Sufyan datang ke Madinah di zaman perjanjian damai dan pergi ke rumah anaknya. Namun Ummu Habibah mengumpul tilam Rasulullah supaya Abu Sufyan tidak duduk di atasnya. Tidak ada khilaf bahawa Abu Sufyan dan Muawiyah masuk Islam dalam tahun pembebasan kota Makkah pada tahun ke-delapan Hijrah dan tidak pernah diketahui Abu Sufyan memohon kepada Rasulullah demikian.

وقالت طائفة منهم البيهقي والمنذري رحمهما الله تعالى يحتمل أن تكون مسألة أبي سفيان النبي (ص) أن يزوجه أم حبيبة وقعت في بعض خرجاته إلى المدينة وهو كافر حين سمع نعي زوج أم حبيبة بأرض الحبشة والمسألة الثانية والثالثة وقعتا بعد إسلامه فجمعها الراوي .

Berkata satu lagi golongan daripada mereka iaitu al-Baihaqi dan al-Munziri semoga Allah merahmati kedua mereka: Mungkin tawaran pernikahan Ummu Habibah daripada Abu Sufyan berlaku dalam salah satu perjalanannya ke Madinah iaitu setelah mendengat berita kematian suaminya di Habsyah. Dan dua tawarannya yang lain setelah beliau masuk Islam di mana semua kata-katanya dihimpun dan diriwayatkan seperti ini.

وهذا أيضا ضعيف جدا فان أبا سفيان إنما قدم المدينة آمنا بعد الهجرة في زمن الهدنة قبيل الفتح وكانت أم حبيبة إذ ذاك من نساء النبي (ص) ولم يقدم أبو سفيان قبل ذلك إلا مع الأحزاب عام الخندق ولولا الهدنة والصلح الذي كان بينهم وبين النبي (ص) لم يقدم المدينة فمتى قدم وزوج النبي (ص) أم حبيبة فهذا غلط ظاهر .

Ini juga sangat lemah, kerana Abu Sufyan berangkat ke Madinah di zaman perdamaian setelah Hijrah dan sebelum pembabasan kota Makkah. Ketika itu Ummu Habibah sudah menjadi isteri Nabi (saw) dan Abu Sufyan tidak pernah berangkat sebelum itu kecuali bersama pasukan tempur tahun perang Khandak. Jikalau tidak ada perjanjian damai di antara mereka dan Nabi (saw), Abu Sufyan tidak akan berangkat ke Madinah. Oleh itu bilakah ia menikahkan Ummu Habibah dengan Rasulullah? ini adalah satu kesilapan yang jelas.

وأيضا فإنه لا يصح أن يكون تزويجه إياها في حال كفره إذ لا ولاية له عليها ولا تأخر ذلك إلى بعد إسلامه لما تقدم فعلى التقديرين لا يصح قوله أزوجك أم حبيبة

Dari satu sudut lagi, tidak benar Abu Sufyan dalam keadaan kafir menikahkan anaknya kerana dia tidak boleh menjadi wali kepada Ummu Habibah. Tidak pula ditangguhkan pernikahan ini sehingga dia masuk Islam kemudian memohonnya. Tidak benar kata-katanya: ‘aku nikahkan dikau dengan Ummu Habibah’.

وأيضا فإن ظاهر الحديث يدل على أن المسائل الثلاثة وقعت منه في وقت واحد وانه قال ثلاث أعطنيهن الحديث ومعلوم أن سؤاله تأميره واتخاذ معاوية كاتبا إنما يتصور بعد إسلامه فكيف يقال بل سأل بعض ذلك في حال كفره وبعضه وهو مسلم وسياق الحديث يرده … .

Tambahan pula zahir hadis ini menunjukkan tiga permintaan daripada baginda dalam satu masa. Dia berkata: “Tunaikanlah tiga permintaanku”. Hadis tersebut telah maklum bahawa permintaannya ialah: Dia ingin menjadi panglima tentera dan memohon Muawiyah dijadikan penulis wahyu. Dia hendaklah mengatakan demikian setelah masuk Islam. Jikalau sebagian permintaannya itu dikemukakan ketika ia masih kafir, apakah ini boleh diterima sebagai himpunan kata-kata?

وبالجملة فهذه الوجوه وامثالها مما يعلم بطلانها واستكراهها وغثاثتها ولا تفيد الناظر فيها علما بل النظر فيها والتعرض لابطالها من منارات العلم والله تعالى اعلم بالصواب

Oleh itu seluruh hadis ini Batil dan tidak ada nilai. Dalam pandangan ilmiyah ianya tidak mempunyai manfaat dan Allah Maha Mengetahui

فالصواب أن الحديث غير محفوظ بل وقع فيه تخليط والله اعلم .

الزرعي الدمشقي ، محمد بن أبي بكر أيوب (معروف به ابن قيم الجوزية) ، جلاء الأفهام في فضل الصلاة على محمد خير الأنام ، ج 1 ، ص 243 ـ 249 ، تحقيق : شعيب الأرناؤوط – عبد القادر الأرناؤوط ، ناشر : دار العروبة – الكويت ، الطبعة : الثانية ، 1407 – 1987 .

Maka benarlah bahawa hadis tersebut tidak terjaga dan banyak kesalahan di dalamnya. Wallahu A’lam. – Ibnu Qayyim al-Jawzi dalam kitab Jala ul Afham Fi Fadhli Solah ‘Ala Muhammad Khairul Anam, jilid 1 halaman 243-249.

Ahlusunnah percaya Muawiyah hanyalah seorang penulis surat biasa Rasulullah sahaja.

Ramai tokoh Ahlusunnah percaya bahawa Muawiyah hanya menulis surat-surat biasa Rasulullah (saw) untuk orang lain. Shamsudin Zahabi dalam Siyar A’lam Nubala menulis:

ونقل المفضل الغلابي عن أبي الحسن الكوفي قال كان زيد بن ثابت كاتب الوحي وكان معاوية كاتبا فيما بين النبي صلى الله عليه وسلم وبين العرب .

الذهبي ، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان أبو عبد الله ، سير أعلام النبلاء ، ج 3   ص 123 ، تحقيق : شعيب الأرناؤوط ، محمد نعيم العرقسوسي ، ناشر : مؤسسة الرسالة – بيروت  ، الطبعة : التاسعة ، 1413هـ .Daripada Abi al-Hasan al-Kufi yang berkata: Zaid bin Thabit penulis Wahyu, Muawiyah adalah penulis surat-surat Nabi kepada orang-orang Arab – Siyar A’lam al-Nubala juz 3 halaman 123.

Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam al-Ishabah menulis:

وقال المدائني كان زيد بن ثابت يكتب الوحي وكان معاوية يكتب للنبي صلى الله عليه وسلم فيما بينه وبين العرب .

الذهبي ، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان أبو عبد الله ، سير أعلام النبلاء ، ج 3   ص 123 ، تحقيق : شعيب الأرناؤوط ، محمد نعيم العرقسوسي ، ناشر : مؤسسة الرسالة – بيروت  ، الطبعة : التاسعة ، 1413هـ .Madain berkata: Zaib bin Tsabit menulis Wahyu dan Muawiyah menulis surat Nabi (saw) untuk orang-orang Arab – al-Ishabah juz 6 halaman 153

Ibnu Abil Hadid menulis:

فالذي عليه المحققون من أهل السيرة أن الوحي كان يكتبه علي عليه السلام وزيد بن ثابت ، وزيد بن أرقم ، وأن حنظلة بن الربيع التيمي ومعاوية بن أبي سفيان كانا يكتبان له إلى الملوك وإلى رؤساء القبائل ، ويكتبان حوائجه بين يديه ، ويكتبان ما يجبى من أموال الصدقات وما يقسم في أربابها .

إبن أبي الحديد المعتزلي ، أبو حامد عز الدين بن هبة الله ، شرح نهج البلاغة ، ج 1 ، ص 201 ـ 202 ، تحقيق : محمد عبد الكريم النمري ، ناشر : دار الكتب العلمية – بيروت / لبنان ، الطبعة : الأولى ، 1418هـ – 1998م .

Penyelidik daripada kalangan sejarawan mengatakan: Sesungguhnya Wahyu ditulis oleh Ali, Zaid bin Tsabit dan Zaid bin Arqam. Manakala Hanzalah bin al-Rabi’ al-Timi dan Muawiyah menulis surat baginda kepada kerajaan-kerajaan  dan kepala-kepala kabilah, mereka berdua menulis keperluan-keperluan dan harta-harta Baitul Mal termasuk pembahagiannya…. – Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid juz 1 halaman 201-202

Penulis Wahyu bukanlah menyebabkan seseorang itu Maksum dari melakukan dosa

Kemurtadan seorang penulis wahyu:Jikalaulah kita menganggap Muawiyah penulis Wahyu sekalipun, tidak sekali-kali dia mempunyai kelebihan maksum yang tidak melakukan dosa. Pernah terjadi satu peristiwa seorang yang bernama Abdullah bin Abi Sarhin yang disepakati oleh Syiah dan Sunni sebagai penulis wahyu di zaman Rasulullah. Namun ia keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Nabi mengarahkan dia dibunuh walaupun ia berpaut pada kain Ka’bah

Ibnu Abi Syubaih dalam al-Mushannaf, Nasai dalam al-Mujtabi, Zahabi dalam Tarikh Islam, Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah telah menukilkan:

عن مصعب بن سعدٍ عن أَبِيهِ قَالَ : لَمَّا كَانَ يَوْمُ فَتْح مَكَّةَ أَمَّنَ رَسُولُ اللَّهِ النَّاسَ إِلاَّ أَرْبَعَةَ نَفَرٍ وَامْرَأَتَيْنِ وَقَالَ : أُقْتُلُوهُمْ وَإِنْ وَجَدْتُمُوهُمْ مُتَعَلقِينَ بِأَسْتَارِ الْكَعْبَةِ : عِكْرِمَةَ بْنَ أَبي جَهْلٍ ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ خَطْلٍ ، وَمَقِيسَ بْنَ صُبَابَةَ ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ سَعْدِ بْنِ أَبي سَرْحٍ … .

إبن أبي شيبة الكوفي ، أبو بكر عبد الله بن محمد ، الكتاب المصنف في الأحاديث والآثار ، ج 7 ، ص 404 ، تحقيق : كمال يوسف الحوت ، ناشر : مكتبة الرشد – الرياض ، الطبعة : الأولى ، 1409 .

النسائي ، أحمد بن شعيب أبو عبد الرحمن  ، المجتبى من السنن ، ج 7 ، ص 105 ، تحقيق : عبدالفتاح أبو غدة ، ناشر : مكتب المطبوعات الإسلامية – حلب ، الطبعة : الثانية ، 1406 – 1986 .

الذهبي ، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان أبو عبد الله ، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام ، ج 2 ، ص 552 ، تحقيق : د. عمر عبد السلام تدمرى ، ناشر : دار الكتاب العربي – لبنان/ بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1407هـ – 1987م .

إبن كثير القرشي ، إسماعيل بن عمر أبو الفداء ، البداية والنهاية ، ج 4 ، ص 298 ، ناشر : مكتبة المعارف – بيروت .

Daripada Mush’ab bin Sa’ad berkata, daripada bapanya yang berkata: Tatkala hari pembukaan kota Makkah, Rasulullah (saw) memberi keamanan kepada manusia melainkan empat laki-laki dan dua wanita. Baginda bersabda, “Bunuhlah mereka walaupun kalian menemukan mereka berpaut pada kain Ka’bah iaitu ‘Ikrimah bin Abi Jahl, Abdullah bin Khatl, Maqisa bin Shubabah, Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarhin.

-Ibnu Abi Syaibah al-Kufi, Abu Bakar bin Muhammad, al-Kitab al-Mushannaf fil Ahadith wal Athar, jilid 7 halaman 404. Al-Nasai, Ahmad bin Syuib Abu Abdul Rahman, al-Mujtaba min al-Sunan, jilid 7 halaman 105. Ibnu Kathir, al-Bidayah Wan Nihayah, jilid 4 halaman 298.

Samarqandi dalam tafsir ayat 93 surah al-An’am menulis tentang kemurtadannya:

«وَ مَنْ قالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ ما أَنْزَلَ اللَّهُ» يعني عبد الله بن أبي سرح كان كاتب الوحي فكان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أملى عليه «سميعاً عليماً» يكتب عليماً حكيماً وإذا أملى عليه «عليماً حكيماً» كتب هو سميعاً بصيراً وشك وقال إن كان محمد صلى الله عليه وسلم يوحى إليه فقد أوحي إلي وإن كان ينزل إليه فقد أنزل إلي مثل ما أنزل إليه فلحق بالمشركين وكفر .

السمرقندي ، نصر بن محمد بن أحمد أبو الليث ، تفسير السمرقندي المسمى بحر العلوم ، ج 1 ، ص 487 ، تحقيق : د.محمود مطرجي  ، ناشر : دار الفكر – بيروت .‘Dan barangsiapa yang mengatakan kami akan menurunkan seperti apa yang Allah turunkan (surah al-An’am ayat 93)’

Orang yang mengatakan demikian adalah Abdullah bin Abi Sarhin iaitu pernah menjadi penulis wahyu. Dia adalah orang yang diarah oleh Nabi menulis “Sami’an Bashira” tetapi ditulisnya sebagai “Sami’an Hakima”, dan apabila disuruh menulis “‘Aliman Hakima” dia menulis “Sami’an Bashira”. Dia berkata: “Jikalau Muhammad (saw) diberi wahyu, maka saya juga telah diberi wahyu. Jikalau diturunkan kepadanya, maka diturunkan juga kepada saya. Oleh itu dia termasuk orang musyrikin dan menjadi kafir. Tafsir al-Samarqandi juz 1 halaman 487

Jasad penulis wahyu tidak diterima bumi

Menarik perhatian di sini salah seorang penulis wahyu di zaman Rasulullah telah murtad dan pergi berlindung dengan Ahli Kitab. Setelah ia mati, terjadi satu peristiwa yang aneh di mana mayatnya tidak dapat ditanam kerana tidak diterima oleh bumi.

Muslim Nisyaburi menulis dalam Sahihnya:

حدثني محمد بن رَافِعٍ حدثنا أبو النَّضْرِ حدثنا سُلَيْمَانُ وهو بن الْمُغِيرَةِ عن ثَابِتٍ عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال كان مِنَّا رَجُلٌ من بَنِي النَّجَّارِ قد قَرَأَ الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ وكان يَكْتُبُ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَانْطَلَقَ هَارِبًا حتى لَحِقَ بِأَهْلِ الْكِتَابِ قال فَرَفَعُوهُ قالوا هذا قد كان يَكْتُبُ لِمُحَمَّدٍ فَأُعْجِبُوا بِهِ فما لَبِثَ أَنْ قَصَمَ الله عُنُقَهُ فِيهِمْ فَحَفَرُوا له فَوَارَوْهُ فَأَصْبَحَتْ الْأَرْضُ قد نَبَذَتْهُ على وَجْهِهَا ثُمَّ عَادُوا فَحَفَرُوا له فَوَارَوْهُ فَأَصْبَحَتْ الْأَرْضُ قد نبَذَتْهُ على وَجْهِهَا ثُمَّ عَادُوا فَحَفَرُوا له فَوَارَوْهُ فَأَصْبَحَتْ الْأَرْضُ قد نَبَذَتْهُ على وَجْهِهَا فَتَرَكُوهُ مَنْبُوذًا .

النيسابوري ، مسلم بن الحجاج أبو الحسين القشيري (متوفاي261هـ) ، صحيح مسلم ، ج 4 ، ص 2145 ، ح2781 ، كِتَاب صِفَاتِ الْمُنَافِقِينَ وَأَحْكَامِهِمْ ، تحقيق : محمد فؤاد عبد الباقي ، ناشر : دار إحياء التراث العربي – بيروت .Anas bin Malik berkata: Seorang laki-laki daripada Bani Najjar yang membaca surah Baqarah dan Ali ‘Imran, beliau menjadi untuk Rasulullah (saw). Kemudian dia melarikan diri dan berlindung dengan Ahli Kitab dan mereka sangat senang dengannya. Tidak lama kemudian dia meninggal lantas mereka menggali kubur dan menanamnya. Namun mereka terkejut apabila bumi melemparkan ia keluar ke permukaan. Mereka menggali lagi untuknya dan menanamnya, namun bumi tetap saja melemparnya ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya tanpa dikebumikan.

Perseteruan Muawiyah dengan Ali

Penulisan Wahyu buat Abdullah bin Abi Sarhin tidak memberi manfaat dan tidak membuatkan ia terselamat dari api nereka. Bagaimana dosa-dosa Muawiyah dapat dilindungi dan disucikan dengan penulisan Wahyu?

Apakah penulis wahyu diperbolehkan keluar memerangi Imam dan Khalifah Allah dan malakukan pembunuhan lebih dari seratus ribu orang muslimin? Tidakkah mencaci Amirulmukminin itu beerti mencaci Rasulullah? Apakah penulisan wahyu boleh menyucikan Muawiyah dari dosa memusuhi Ali?

Ibnu Taimiyah telah mengiktiraf bahawa Muawiyah telah memberi arahan kepada Sa’ad bin Abu Waqqas mencaci Ali:

وأما حديث سعد لما أمره معاوية بالسب فأبى فقال ما منعك أن تسب علي بن أبي طالب فقال ثلاث قالهن رسول الله صلى الله عليه وسلم فلن أسبه لأن يكون لي واحدة منهن أحب إلي من حمر النعم الحديث فهذا حديث صحيح رواه مسلم في صحيحه .

إبن تيمية الحراني ، أحمد بن عبد الحليم أبو العباس ، منهاج السنة النبوية ، ج 5 ، ص 42 ، تحقيق : د. محمد رشاد سالم ، ناشر : مؤسسة قرطبة ، الطبعة : الأولى ، 1406 .

“Adapun hadis: Sa’d tatkala Muawiyah memberi arahan supaya beliau mencaci, namun dia menahan diri. Muawiyah bertanya: Apakah yang menghalang engkau dari mencerca Ali bin Abi Talib? Maka Sa’ad berkata: Ada tiga perkara yang disabda oleh Rasulullah (saw) yang menyebabkan aku tidak akan mencacinya. Jikalau aku mempunyai salah satu kelebihan itu, maka ianya lebih baik dari unta berbulu merah. Hadis ini Sahih yang diriwayatkan Muslim Nisyaburi dalam kitab Sahihnya”. – Minhaj al-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah, jilid 5 halaman 42.

Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Nasai dalam bab kelebihan Amirul Mukminin (as), Zahabi dalam Tarikh al-Islam dan banyak lagi menukilkan dengan sanad yang Sahih bahawa mencaci Ali bin Abi Talib (as) beerti mencaci Rasulullah (saw):

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيِّ قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى أُمِّ سَلَمَةَ فَقَالَتْ لِي أَيُسَبُّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيكُمْ قُلْتُ مَعَاذَ اللَّهِ أَوْ سُبْحَانَ اللَّهِ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَبَّ عَلِيًّا فَقَدْ سَبَّنِي .

الشيباني ، أحمد بن حنبل أبو عبدالله (متوفاي241هـ) ، مسند أحمد بن حنبل ، ج 6 ، ص 323 ، ح26791 ، ناشر : مؤسسة قرطبة – مصر .

النسائي ، أحمد بن شعيب أبو عبد الرحمن ، خصائص أمير المؤمنين علي بن أبي طالب ، ج 1 ، ص 111 ، ح 91 ، باب ذكر قول النبي صلى الله عليه وسلم من سب عليا فقد سبني ، تحقيق : أحمد ميرين البلوشي ، ناشر : مكتبة المعلا – الكويت ، الطبعة : الأولى ، 1406 .

الذهبي ، شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان أبو عبد الله ، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام ، ج 3 ، ص 634 ، تحقيق : د. عمر عبد السلام تدمرى ، ناشر : دار الكتاب العربي – لبنان/ بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1407هـ – 1987م .

Abdillah pergi bertemu Ummu Salamah dan ia berkata: Adakah sesiapa di kalangan anda yang mencerca Rasulullah (saw)?. Aku berkata: Saya berlindung dengan Allah… Ia berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah (saw) bersabda: Barangsiapa yang mencerca Ali, maka ia telah mencerca aku. – Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 6 halaman 323, hadis no 26791, Sunnan Nasai, jilid 1 halaman 1111 hadis no 91, Tarikh al-Islam oleh Zahabi jilid 3 halaman 634.

Hakim Nisyaburi setelah menukilkan hadis ini berkata:

هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .

الحاكم النيسابوري ، محمد بن عبدالله أبو عبدالله ،المستدرك على الصحيحين ، ج 3 ، ص 130 ، تحقيق : مصطفى عبد القادر عطا ، ناشر : دار الكتب العلمية – بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1411هـ – 1990م .Hadis ini Sahih namun Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. – Mustadrak ‘Ala Sahihain, jilid 3 halaman 130.

Haithami juga berkata:

رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح غير أبى عبد الله الجدلي وهو ثقة .

الهيثمي ، علي بن أبي بكر الهيثمي ، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد ، ج 9 ، ص 130 ، ناشر : دار الريان للتراث / ‏دار الكتاب العربي – القاهرة ، بيروت – 1407

Ahmad meriwayatkan Hadis tersebut dan perawinya adalah perawi Sahih (perawi hadis sahih Bukhari) melainkan Abu Abdullah Jadali, namun ia juga turut Thiqah.-  Majma’ Zawaid oleh al-Haithami, jilid 9 halaman 130.

Oleh itu sejarah telah mengajar kita bahawa seorang penulis Wahyu belum tentu beliau tetap beristiqomah dalam keimanan. Apalagi  Muawiyah seorang yang terkenal dari golongan Fiatul Baghi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: