Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (d)

Di dalam surah A’raf, al-Quran mengatakan rayuan Harun apabila Musa meninggalkannya bertanggong jawab diatas Bani Israil. Manusia terus menyembah anak lembu emas, dan Harun tidak punya siapa yang menyokongnya; tinggal berdiam diri. Al-Quran berkata, ‘Dan dia [Musa] menarik kepala saudaranya, mengheret dia kepadanya. Dia [Harun] berkata, ‘Anak kepada ibu ku Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah dan hampir sahaja membunuh ku.’ [7:150]

KEADAAN ALI SAMA SEPERTI HARUN.

Maka menurut dari al-Quran Harun tidak mengeluarkan pedang menentang manusia. Dia berdiam diri apabila mereka menerima anak lembu emas Samiri sebagai objek sembahan kerana dia [Harun] sedar bahawa dia telah dikalahkan. Begitu juga, Ali, yang mana nabi telah menyatakan sebagai Harun [sebagaimana kami telah bincangkan secara mendalam dahulu], telah juga berdiam diri bersabar dan menanggong, apabila ditinggalkan sendirian. Imam yang suci telah dibawa ke masjid dengan paksa dan pedang yang tidak bersarung diletakkan dikepalanya, dan dipaksa memberikan bai’ah. Kemudian dia pergi kepusara nabi dan mengulangi kata-kata sama yang Allah telah sampaikan melalui lidah Harun. Harun telah berkata kepada Musa, ‘Sesungguhnya manusia telah menganggap saya lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’

PENERIMAAN NABI.

Contoh bagi maksud tujuan ini adalah nabi Muhammad adalah amat jelas. Kita harus memikirkan mengapa dia kekal diam selama 13 tahun dihadapan aktivi permusuhan dari musuh-musuhnya di Makah sehingga akhirnya dia terpaksa meninggalkan kota asalnya dimalam hari yang gelap. Sebabnya adalah dia tidak punya penolong. Bahkan dimasa dia berkuasa, dia tidak dapat menolak sebahagian dari bid’ah.

Sheikh: Bagaimana boleh begitu, kamu katakan nabi gagal membasmikan bid’ah?

NABI TIDAK DAPAT MEMBUAT PERUBAHAN YANG MEMDADAK KERANA TAKUTKAN MANUSIA.
Shirazi: Telah disampaikan oleh Hamidi di dalam Jam’i Bainu’s-Sahihain dan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dari Ummu’l-Mu’minin A’yesha, bahawa nabi telah berkata kepadanya, ‘Jika manusia ini tidak berada dekat dengan kekafiran dan kejahilan, dan jika saya tidak takut bahawa ia akan menghancurkan keimanan mereka, saya akan mengarahkan rumah Kabah diruntuhkan dan apa sahaja yang telah dikeluarkan digantikan semula. Setelah meratakan, saya akan bina dua pintu menghadap timur dan barat sebagaimana ianya dimasa nabi Ibrahim, dan saya telah membinanya semula pada tapak yang didirikan oleh Ibrahim.’
Pastinya jika nabi sendiri tidak dapat menentang bid’ah terbesar, Ali hanyalah sekadar memerhati pada prinsip yang sama apabila dia berhadapan dengan pertarungan yang sama.
Ahli fiqh yang terkenal Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i, dan Khatib Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib mereka bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Ummah mempunyai dendam yang mendalam terhadap kamu. Sejurus wafatnya saya, mereka akan memperdaya kamu dan menunjukkan apa yang ada di dalam hati mereka. Saya mengarahkan kamu supaya bersabar dan mengawal diri pada ketika itu supaya Allah dapat memberikan ganjaranNya kepada kamu dengan gantian yang lebih baik.’

SELEPAS WAFATNYA NABI KESABARAN ALI ADALAH KERANA ALLAH.

Kedua, Amirul-Mukminin tidak pernah mementingkan diri tetapi selalu ingat kepada Allah. Tumpuannya hanya kepada Allah sepenuhnya. Dia menyerahkan diri dan ahlinya kepada kehendak Allah. Maka, kesabaran dan penanggongan penderitaan untuk mendapatkan haknya adalah semata-mata kerana Allah, supaya tidak ada perpecahan diantara muslim dan bahawa manusia akan kembali kepada jahiliah. Apabila harta Fatima telah dirampas darinya, dia pulang kerumah, sedih dan keciwa. Dia berkata kepada Ali, ‘Kamu telah mengecut seperti uri. Kamu telah bersara dari dunia seperti manusia yang tertuduh dan yang telah patah sayapnya. Sekarang sayap kamu yang lemah tidak dapat membantu kamu. Itu Ibn Qahafa [Abu Bakr] dengan paksaan telah merampas dari saya pemberian bapa saya dan juga nafkah untuk anak-anak saya. Malahan manusia itu telah menghina saya dengan niat yang jahat dan bermusuhan kepada saya.’ Dia berkata dengan pajang lebar.
Imam mendengarkan sehingga Fatima berhenti. Kemudian dia memberikan jawapan ringkas yang sungguh menyakinkan. Dia berkata, ‘Wahai Fatima! Di dalam perkara agama dan menyampaikan yang benar, saya tidak pernah menyembunyikan diri. Tidakkah kamu kehendakki agama yang suci ini terselamat dan nama bapa kamu disebutkan disetiap masjid sehingga akhir zaman?’ Fatima berkata, ‘Ya itulah yang paling saya hajati.’ Ali berkata, ‘Dari itu kamu hendaklah bersabar. Bapa kamu telah memberi arahannya kepada saya mengenai situasi ini, dan saya tahu saya perlu menanggongnya. Jika tidak, saya punya kekuatan pada menundukkan musuh dan merampas semula hak kamu dari mereka. Tetapi kamu harus tahu bahawa dalam perkara itu agama akan hancur. Maka kerana Allah dan keselamatan agamanya, bersabarlah. Balasannya diakhirat untuk kamu lebih baik dari hak kamu yang telah dirampas.’
Atas sebab ini Amirul-Mukminin menjadikan kesabaran kebiasaannya. Dia menerima kesabaran dan diam untuk keselamatan islam. Di dalam kebanyakkan syarahannya dia merujuk kepada maksud ini.

KENYATAAN ALI TENTANG KEBAIKKAN DIAMNYA SETELAH WAFATNYA NABI.

Ibrahim Bin Muhammad Saqafi, seorang ulama sunni yang dipercayai, Ibn Abi’l-Hadid, dan Ali Ibn Muhammad Hamadani mengatakan bahawa apabila Talha dan Zubair memutuskan bai’ah mereka dan meninggalkan Madina menuju ke Basra, Ali menyuruh manusia berkumpul di masjid. Kemudian setelah memuji Allah, dia berkata, ‘Setelah wafatnya nabi, kami katakan bahawa kami adalah ahli bayt, penggantinya, dan orang yang berhak kepada warisannya. Tiada siapa melainkan kami yang boleh menuntut hak memerintah selepas baginda. Tetapi segolongan hipokrit telah merampas hak memerintah dari kami dan menyerahkannya kepada musuh-musuh kami. Demi Allah hati dan mata kami menangis untuknya. Demi Allah kami amat sedih dan keciwa. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika saya tidak takutkan ummah muslim akan hancur, kami telah terbalikkan khalifa. Mereka telah menduduki kekuasaan hingga keakhirnya. Sekarang Allah telah kembalikan kedudukan khalifa kepada saya. Dan kedua mereka [Talha dan Zubair] juga memberikan bai’ah kepada saya. Sekarang mereka telah menuju ke Basra bertujuan untuk membuat kekacauan diantara manusia.’
Diantara ulama kamu yang terkenal, Ibn Abi’l-Hadid dan Kalbi, telah mengatakan bahawa pada masa dia hendak pergi menuju Basra, Ali berkata kepada manusia. Dia berkata, ‘Apabila nabi Allah wafat, Quraish telah menolak kami dan mengenepikan hak kami yang mana kami lah yang lebih layak dari mereka yang lainnya. Maka pada fikiran saya adalah lebih baik bersabar pada ketika itu, daripada membiarkan muslim hancur dan darah mereka ditumpahkan, kerana mereka baru sahaja memeluk islam.
Diamnya dan menahan diri dari mencabar khalifa Abu Bakr dan Umar bukanlah bererti Ali bersetuju dengan mereka. Itu hanyalah kerana dia mahu mengelakkan dari terjadinya perpecahan yang dahsyat diantara manusia dan untuk menyelamatkan agama dari kehancuran. Maka setelah enam bulan berdiam diri dan menolak, kemudian sebagaimana dikatakan oleh ulama kamu, dia berikan bai’ah dan kerja sama dengan mereka. Di dalam surat yang dihantarkan kepada penduduk Mesir melalui Malik Ashtar; dia dengan jelas menulis bahawa diamnya dia adalah untuk mengekalkan agama.
Tek asal surat Ali, yang mana Ibn Abil-Hadid telah rakamkan di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 164, adalah seperti berikut:
SURAT AMIRUL-MUKMININ KEPADA PENDUDUK MESIR MENERANGKAN DIAMNYA DIA APABILA DITOLAK DARI KEDUDUKAN KHALIFA.
‘Allah yang maha besar menghantar Muhammad sebagai saksi dari para nabi untuk mengingatkan manusia. Maka apabila nabi wafat manusia berselisih diantara mereka, siapa yang akan menggantinya. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak pernah ingat atau percaya, tidak juga ada tanda yang sekecilnya, bahawa orang Arab akan merampas hak bagi pengganti dari ahli bayt dan memberikannya kepada orang lain selepas baginda. Tidak dapat dibayangkan bahawa selepas wafatnya nabi, walaupun terdapat arahan yang nyata, mereka sanggup mengenepikan hak saya.
Saya merasa amat sedih bahawa manusia berlari kepada orang tertentu [Abu Bakr] dan memberikan bai’ah kepadanya. Maka saya menarik diri; sehingga saya melihat bahawa sekumpulan manusia telah menyimpang dari islam dan bertujuan untuk menghancurkannya. Kemudian saya takut, jika saya tidak menolong islam dan juga muslim, islam akan mengalami kehancuran yang lebih menyakitkan saya dari rampasan terhadap hak saya. Yang pastinya kuasa politik tidak dapat bertahan lama. Ia akan pecah seperti juga awan. Atas dasar inilah saya bangun supaya jahiliah menjadi lemah dan islam menjadi kukuh.’

SYARAHAN AMIRUL-MUKMININ SETELAH SYAHIDNYA MUHAMMAD BIN ABU BAKR.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 35, menyampaikan dari Kitabu’l-Gharat oleh Ibrahim Ibn Sa’d Bin Hilal Saqafi, yang menyampaikan dari Abdu’r-Rahman Bin Jundab, yang menyampaikan dari bapanya bahawa apabila pihak musuh menduduki Mesir dan Muhammad bin Abu Bakr telah syahid, Amirul-Mukminin memberi syarahan yang mana dia menyatakan perasaan keciwanya terhadap atitiut manusia muslim setelah wafatnya nabi. Dia menuliskan catitan itu di dalam suratnya kepada penduduk Mesir. Imam suci berkata, ‘Seorang berkata kepada saya Wahai anak Abu Talib! Bagaimana tamaknya kamu terhadap kedudukan khalifa.’
Saya katakan kepadanya, ‘Kamu lebih tamak dari saya, dan kamu terlalu jauh dari kedudukannya. Siapakah yang lebih tamak diantara kita? Adakah saya yang meminta hak saya, yang mana Allah dan nabiNya telah menjadikan saya penuntut yang sah, atau kamu, yang telah menghalang saya dari hak itu, dan telah mengadakan halangan diantara saya dengan hak saya?
Mereka semua terdiam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan menolong mereka yang zalim.’
Kenyataan ini dan syarahan yang lain oleh Imam Ali menunjukkan bahawa sebab mengapa Imam tidak menentang musuhnya, tetapi berdiam diri dan memberikan bai’ah selepas enam bulan, bukanlah kerana dia setuju dengan mereka di dalam keputusan mereka mengenai khalifa. Ianya disebabkan dia takut islam akan musnah dan muslim akan terbahagi.
Jika Ali telah bangun mempertahankan haknya, sebahagian manusia tentu telah menyokongnya [ramai yang menyuruhnya tampil kehadapan] dan peperangan saudara telah bermula.
Nabi baru sahaja wafat. Muslim masih lagi dekat dengan era jahiliah, dan akar keimanan belum lagi kuat tertanam. Yahudi, kristian, penyembah berhala, dan hipokrit musuh yang paling bahaya, tentu telah mendapat peluang menghancurkan islam. Seterusnya islam akan musnah.
Amirul-Mukminin faham perkara ini. Lebih-lebih lagi nabi telah memberitahunya bahawa asas bagi islam tidak akan hancur dan agama adalah umpama matahari, yang dapat dilindungi untuk sekita oleh awan kejahilan dan permusuhan tetapi akhirnya akan muncul semula, menyinarkan cahayanya dimana-mana.
Secara ringkas, dia menuntut haknya selama 6 bulan dan membuktikan kebenaran tuntutannya di dalam beberapa perjumpaan dan perhimpunan, tetapi tidak memberikan bai’ah. Walaupun dia tidak memilih untuk berperang, dia terus menuntut haknya melalui hujah dan bantahan.

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA JUGA MENERANGKAN DIAMNYA ALI.
Imam yang suci memulakan syarahan Shiqshiqayya dengan maksud yang sama. ‘Demi Allah! Anak Abu Qahafa memakaikan diri dia dengannya [khalifa] walaupun dia pasti tahu bahawa hubungan saya dengannya adalah sama seperti kedudukan paksi pada kinci air. Limpahan air mengalir dari saya dan tiada siapa yang sampai ketinggian pengetahuan saya. Saya menjauhkan diri saya kedudukan khalifa. Kemudian saya pertimbangkan sama ada saya harus mengambil hak saya dengan kekerasan atau secara tenang menahan kegelapan, dimana yang dewasa menjadi lemah, yang muda menjadi tua, dan yang beriman beramal dibawah tekanan sehingga dia bertemu Allah. Saya dapati menahan itu lebih jalan yang lebih bijak untuk diamalkan. Maka saya bersabar walaupun terdapat tusukan dimata dan tercekik dikerongkongan. Saya perhatikan rampasan terhadap warisan saya, sehingga yang pertama telah melalui jalannya. Tetapi dia menyerahkan khalifa kepada Ibn Kattab selepasnya.’
Syarahan ini penuh dengan emosi yang kuat dari Ali. Tetapi setakat ini cukup untuk membuktikan pandangan kami.

KERAGUAN TERHADAP SYARAHAN SHIQSHIQAYYA
Sheikh: Pertama syarahan tidak membutikan tidak senangnya Imam. Kedua, syarahan ini bukan mengenai Ali. Yang sebenarnya itu adalah kerja Seyyed Sharif Razi, yang telah memasukkan di dalam syarahan Ali. Yang sebenarnya Ali tidak ada aduan terhadap khalifa. Bahkan dia amat senang dengan mereka.

Shirazi: Kenyataan kamu itu berasaskan dari kebencian yang melampau. Apa yang Ali katakan dan adukan telah dinyatakan terlebih dahulu. Kedukaan Imam bukannya tertakluk pada syarahan yang itu sahaja. Kamu katakan bahawa pengarang syarahan itu adalah seorang ilmuan yang wara’; Seyyed Raziu’d-din, adalah salah. Ulama kamu seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid, Sheikh Muhammad Abduh, Mufti of Egypt, dan Sheikh Muhammad Khizari (di dalam Muhazirat-e-Ta’rikhu’l-Uma’imu’l-Islamiyya, ms 127, telah mengatakan bahawa syarahan itu adalah Ali. Ulama kamu yang telah mengulas mengenainya. Sebahagian dari ulama fanatik kamu yang datang kemudian telah cuba untuk mengadakan keraguan mengenai kesahihannya, tetapi tiada seorang dari lebih 40 ulama terkenal dari sunni dan shia, yang telah menulis ulasan pada nahjul-Balagha, ada mengatakan perkara yang sedemikian.

SEYYED RAZI.
Ilmuan yang agung lagi wara’ seyyed Raziu’d-din, akan menegah dari dikatakan satu dari syarahannya kepada Ali. Lebih-lebih lagi, ahli bahasa Arab dan sasteranya, yang telah menyelidikki syarah nahjul-Balagha, telah membuat keputusan, pada sudut caranya yang tinggi dan pemikiran yang cemerlang, kerja itu bukan tiruan.
Ulama kamu yang terkenal seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Bin Abi’l-Hadid Mu’tazali dan Sheikh Muhammad Abduh, telah mengakui bahawa syarahan Ali yang dalam dan cantik pengetahuannya hanya rendah martabatnya di dalam kemuliaan hanya pada kata-kata Allah dan juga nabi.
Ibn Abi’l-Hadid menyampaikan dari Musaddiq Bin Shabbib sebagai berkata bahawa Ibn Khashshab yang terkenal berkata, ‘Adalah mustahil untuk Razi atau sesiapa sahaja untuk menghasilkan komposisi yang sedemikian rupa. Kami telah mengkaji kerja-kerja Razi; ianya tidak dapat dibandingkan dengan penulisan syarahan Imam.’

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA TELAH DIRAKAMKAN LAMA SEBELUM SEYYED RAZI DILAHIRKAN.
Mengenepikan semua aspek yang lain pada persoalan, ramai ilmuan, ahli hadith dan ahli sejarah [keduanya sunni dan shia] telah merakamkan adanya syarah ini sebelum lahirnya ilmuan yang agung Seyyed Razi dan juga bapanya Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e Nahjul-Balagha menulis bahawa dia dapati syarah ini di dalam buku Sheikhnya, Abu’l-Qasim Balkhi Imam-e-Mu’tazila, yang hidup dimasa Muqtadir B’illah Abbasi. Yang pastinya Seyyed Razi telah dilahirkan lama selepasnya. Dia juga menulis bahawa dia melihat syarah ini di dalam Kitabul-Insaf, dari seorang guru yang terkenal, Abu Ja’far Bin Qubba, seorang dari anak murid Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, yang telah meninggal dunia sebelum kelahiran Seyyed Razi.
Juga Sheikh Abu Abdullah Bin Ahmad, yang dikenali sebagai Ibn Khashshab, dikatakan sebagai berkata, ‘Saya telah melihat syarah ini di dalam buku yang ditulis 200 tahun sebelum lahirnya Seyyed Razi. Saya juga telah lihat syarah ini di dalam kerja-kerja penulis ilmuan yang telah menulisnya sebelum kelahiran bapa Seyyed Razi, Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Dan kamu katakan bahawa Ali merasa senang dengan penentangnya. Ini pastinya telah mengabaikan kenyataan yang tidak terkira banyaknya dari ulama kamu, yang telah saya nyatakan terdahulu. Saya akan mengatakan satu contoh lagi.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 561, merakamkan Ali sebagai berkata, ‘Saya tinggal bersama nabi dari mula sehingga wafatnya. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di dada saya. Adalah saya yang memandikan badannya dengan pertolongan malaikat, melakukan solat jenazah, dan kebumikan baginda. Maka tidak ada sesiapa yang lebih dekat, atau yang yang lebih berhak kepada penggantnya selain saya.’
Pada penghujung syarahan dia merujuk kepada penentangnya di dalam perkataan ini, ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang Esa, bahawa saya dijalan yang benar dan bahawa penentang saya dijalan yang salah.’
Tetapi kamu katakan bahawa penentangnya dijalan yang benar. Saya harap kamu dapat melihat kepada ayat al-Quran yang mengatakan, ‘Mereka berhasrat untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak membiarkan bahkan Dia menyempurnakan cahayaNya, walaupun yang kafir membencinya.’ [9:32]

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: