Pertemuan Yang Kesembilan Jumaat malam, 2 Sha’ban 1345 Hijrah (b)

Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450 (dicetak di Egypt) dari pengarang buku Kitab-e-Firdaus. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bahagian I, menyatakan dari Jam’u’l-Fawa’id, Manaqib oleh Ibn Maghazili Shafi’i, Firdaus oleh Dailami, Fara’idu’s-Simtain oleh Hamwaini dan Manaqib oleh Khawarizmi, dengan sedikit perbezaan pada perkataan tetapi tidak pada maksud, bahawa nabi Muhammad dan Ali telah dijadikan dari cahaya ribuan tahun sebelum kejadian cakrawala dan kedua mereka adalah dari satu cahaya sehingga mereka dipisahkan dari satu sama lain pada tempat peranakan Abdul-Muttalib. Satu bahagian pada tempat peranakan Abdullah dan melaluinya nabi telah dilahirkan. Yang satu lagi telah ditempatkan ditempat peranakan Abu Talib dan melaluinya Ali dilahirkan. Muhammad telah dipilih sebagai nabi dan Ali sebagai wazir, sebagaimana telah dinyatakan oleh nabi sendiri.
Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi dan ramai yang lain lagi telah nyatakan dari punca yang dipercayai bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dilahirkan dari satu cahaya,. Kami tinggal bersama sehingga kami sampai ketempat peranakan Abdul-Muttalib dimana kami berpisah.’

KETURUNAN ALI SECARA FISIKAL.
Dari segi keturunan Ali secara fisikal, bukti yang jelas keturunan dia yang paling tinggi dan suci dari segi kedudukan dari sebelah bapa dan juga dipihak ibu. Kesemua mereka yang terdahulu sehingga ke Adam adalah penyembah tuhan yang satu Cahaya ini tidak pernah sampai kepada mana-mana tempat peranakan yang tidak suci. Tidak ada dari sahabat yang lain dapat mengatakan yang sedemikian. Jalinan keturunan Ali adalah seperti berikut: (1) Ali Bin (2) Abu Talib Bin (3) Abdu’l-Muttalib (4) Hashim (5) Abd-e-Manaf (6) Qusai (7) Kilab (8) Murra (9) Ka’b (10) Luwai (11) Ghalib (12) Fehr (13) Malik (14) Nazr (15) Kinana (16) Khazima (17) Madreka (18) Ilyas (19) Muzar (20) Nizar (21) Ma’d (22) Adnan (23) Awwad (24) Al-Yasa’ (25) Al-Hamis (26) Bunt (27) Sulayman (28) Haml (29) Qidar (30) Isma’il (31) Ibrahim Khalil-Ullah (32) Ta’rikh (33) Tahur (34) Sharu (35) Abraghu (36) Taligh (37) Abir (38) Shale’ (39) Arfakhad (40) Sam (41) Noah (42) Lumuk (43) Mutu Shalkh (44) Akhnukh (45) Yarad (46) Mahla’il (47) Qinan (48) Anush (49) Seth (50) Adam Abu’l-Bashir.
Melainkan nabi, tiada yang lain mempunyai keturunan yang begitu mulia.

AZAR BUKAN BAPA IBRAHIM.
Sheikh: Kamu telah katakan bahawa kesemua keturunan Ali adalah penyembah tuhan yang satu, saya fikir awak sudah salah. Sebahagian dari keturunannya adalah penyembah berhala. Sebagai contoh bapa Ibrahim Khalillulah, Azar, penyembah berhala. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya saya lihat kamu dan orang-orang kamu di dalam kesesatan yang nyata.’

Shirazi: Kamu hanya mengulangi apa orang yang terdahulu dari kamu telah katakan, walaupun kamu tahu bahawa pakar dari segi sains keturunan semuanya bersetuju bahawa bapa Ibrahim adalah Tarukh, bukannya Azar.

Sheikh: Tetapi itu adalah ijtihad [hujah berasaskan pertimbangan minda sendiri] berhadapan dengan kenyataan tuhan. Kamu mengemukakan pandangan pakar kaji keturunan di dalam menentang al-Quran, yang dengan jelas telah mengatakan bahawa bapa Ibrahim adalah Azar, penyembah berhala.

Shirazi: Saya tidak pernah berhujah menentang perundangan tuhan. Tujuan saya untuk mengetahui penterjemahan al-Quran yang sebenarnya. Untuk mencapai kepada maksud tujuan itu saya mencari petunjuk dari mereka yang sama dengan al-Quran sebagai punca petunjuk; ahli bayt nabi. Perkataan yang digunakan di dalam al-Quran mempunyai maksud umum, kerana di dalam pengertian umum walaupun bapa saudara dan saudara sebelah ibu juga dipanggil ‘bapa’.
Terdapat dua pandangan mengenai Azar. Pertama bahawa dia adalah bapa saudara Ibrahim dan kedua adalah, selain dari bapa saudara, setelah bapa Ibrahim, Tarukh, meninggal dunia dia telah mengahwini ibu Ibrahim. Maka Ibrahim biasa memanggilnya bapa, kerana dia telah menjadi suami kepada ibunya.

Sheikh: kita tidak boleh mengenepikan maksud al-Quran yang jelas, melainkan kita jumpa maksud yang lain di dalam al-Quran itu sendiri, yang menunjukkan dengan jelas bahawa bapa saudara atau suami ibu dipanggil juga ‘bapa’. Jika kamu gagal untuk membukti keterangan yang begitu [dan pastinya kamu akan gagal] maka kenyataan kamu tidak boleh diterima.

Shirazi: Terdapat ada ketika di dalam al-Quran dimana perkataan telah digunakan yang tujuan maksudnya adalah umum. Sebagai contoh, ayat 133 Surah 2, Baqara, dari al-Quran telah menyokong maksud saya. Ianya merakamkan soal jawab nabi Yaqub dengan anak-anaknya, pada saat kematiannya. Ianya berbunyi, ‘Apabila dia berkata kepada anaknya: Siapa yang akan kamu patuhi selepas aku? Mereka berkata: Kami akan patuh kepada tuhan kamu dan tuhan bapa kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, tuhan yang esa, dan kepada Dia kami menyerah.’ [2:133]
Di dalam ayat ini pembutian pada kenyataan saya adalah perkataan Ismail. Menurut al-Quran, bapa nabi Yaqub adalah Ishak dan Ismail adalah bapa saudaranya, tetapi, menurut amalan umum, dia biasa memanggilnya bapa. Oleh kerana anak Yaqub juga menurut amalan biasa, memanggil bapa saudara mereka bapa, maka mereka menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab kepada bapanya. Tuhan menyampaikan soal jawab mereka seperti mana ianya berlaku. Begitu juga Ibrahim biasa memanggil bapa saudaranya dan juga suami ibunya ‘bapa’, walaupun, menurut bukti yang kukuh dari sejarah dan pakar keturunan, telah diakui sebagai fakta bahawa bapa Ibrahim bukan Azar tetapi Tarukh.

BAPA DAN IBU NABI BUKANLAH MUSYIRIK TETAPI MEREKA ADALAH YANG BERIMAN.
Bukti kedua pada fakta bahawa keturunan nabi bukanlah musyirik dan kafir adalah ayat 219 dari surah 26 as-Shu’ara yang berbunyi, ‘dan kamu berpusing semula dan berpusing semula diantara mereka yang sujudkan diri mereka kepada Allah.’ [26:219]
Mengenai maksud pengertian ayat suci ini Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, dan banyak yang lain lagi dari ulama kamu, telah menyampaikan dari ibn Abbas, yang berkata: ‘Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah yang beriman, sehingga dia dijadikan dari bapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram.’
Terdapat juga hadith yang diketahui ramai yang mana semua ulama kamu telah sebutkan. Bahkan Imam Thalabi, yang dikenali sebagai Imam hadith, menulis di dalam ulasannya dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, disampaikan dari Ibn Abbas, bahawa nabi telah berkata, ‘Allah menhantar saya kedunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan saya dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan saya dari bapa dan ibu saya, yang tidak pernah berjumpa secara haram.’
Di dalam hadith yang lain dia dikatakan telah berkata, ‘Allah tidak pernah mencampurkan kepada saya sebarang benih yang jahil.’
Di dalam bab yang sama Sulayman Balkhi menyampaikan dari Ibkaru’l-Afkar oleh Sheikh Salahu’d-din Bin Zainu’d-din Bin Ahmad yang di kenali sebagai Ibnu’s-Sala Halbi dan dari Sharh-e-Kibrit-e-Ahmar oleh Sheikh Abdu’l-Qadir telah menyampaikan dari Ala’u’d-Dowlat Semnani, hadith yang mendalam dari Jabir Ibn Abdullah bahawa nabi telah ditanya apa yang Allah jadikan dahulu [yang mula-mula]. Nabi menjawab soalan itu dengan khusus, yang mana saya tidak dapat mengatakannya pada ketika ini. Pada penghujung hadith itu nabi berkata: ‘Begitulah Allah berterusan memindahkan cahaya saya dari yang suci kepada yang suci sehingga dia meletakkan saya kepada bapa saya, Abdullah bin Abdul-Muttalib. Dari sana Dia membawa saya kepada tempat peranakan ibu saya, Amina. Kemudian Dia menjadikan saya hadir didunia ini dan menganugerahkan kepada saya gelaran Sayidul-Mursalin [ketua para rasul] dan Khatamu’n-Nabiyyin [penutup para nabi]
Kenyataan nabi bahawa dia berterusan dipindahkan dari yang suci kepada yang suci, membuktikan bahawa tiada dari datuknya yang terdahulu dari kalangan yang kafir. Menurut dari al-Quran yang mengatakan, ‘Sesungguhnya kafir adalah yang kotor.’ [9:28] setiap musyirik dan kafir adalah kotor. Dia mengatakan bahawa dia telah dipindahkan dari tempat peranakan yang suci ketempat peranakan yang suci, oleh kerana penyembah berhala kotor, maka tidak ada dari keturunannya yang menyembah berhala.
Di dalam bab yang sama dari Yanabiu’l-Mawadda satu hadith dari Ibn Abbas telah disampaikan melalui Kabir bahawa nabi berkata, ‘Saya tidak dilahir melalui cara perkahwinan yang tidak sah pada zaman jahiliah. Saya telah dilahirkan melalui cara islam dengan ada pernikahan.’
Tiidakkah kamu membaca syarahan 105 Nahjul-Balagha? Amirul-Mukminin berkata mengenai datuk-datuk nabi yang terdahulu, ‘Allah menyediakan untuk mereka [para nabi] tempat yang terbaik [tempat peranakan ibu mereka yang suci]. Dia memindahkan mereka dari tempat yang terhormat dan suci ketempat terhormat dan suci. Apabila bapa dari salah seorang mereka meninggal dunia anak dia mengambila alih dengan agama Allah, sehingga Allah maha besar menjadikan Muhammad nabi dan rasulNya. Maka Dia telah menjadikan punca kejadian nabi tempat yang paling tinggidan suci. Jalinan keturunan nabi termasuk mereka yang berkedudukan tinggi.’
Secara ringkas keturunan nabi, semenjak dari nabi Adam, kesemuanya adalah yang beriman dan menyembah tuhan yang Esa. Bolehlah dikatakan bahawa mereka dari ahli bayt nabi lebih mengetahui status kedudukan keluarga mereka dari orang lain.

DATUK-DATUK ALI YANG TERDAHULU SAMA BEBAS DARI KAFIR.
Apabila telah terbukti bahawa keturunan nabi adalah yang beriman dan penyembah tuhan yang satu, maka sama jugalah dengan keturunan Ali yang juga menyembah Allah. Saya telah buktikan melalui buku kamu bahawa Muhammad dan Ali adalah dari satu cahaya, dan selalu tinggal bersama di dalam tempat yang suci sehinggalah mereka dipisahkan di dalam tubuh Abdul-Muttalib. Setiap orang yang waras akan mengakui bahawa manusia yang terbilang personalitinya adalah penuntut kedudukan khalifa yang sebenar.

SALAH FAHAM MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB DAN PENJELASANNYA.
Sheikh: Saya terima fakta bahawa Tarukh adalah bapa Ibrahim, dan kamu telah buktikan kesucian keturunan nabi. Tetapi tidak mungkin untuk mencari keterangan yang sedemikian di dalam kes Ali. Walaupun jika kita mengakui bahawa semua dari keturunannya sehingga Abdul-Muttalib adalah yang beriman, bapanya Abu Talib, pastinya telah meninggalkan dunia ini sebagai kafir.

Shirazi: Saya mengaku terdapat perbezaan pendapat diantara ummah mengenai keimanan Abu Talib. Tetapi kami hendak kaatakan, ‘Wahai Allah! Kutuklah sizalim pertama yang menunjukkan kekejaman kepada nabi dan kutuklah keturunannya. Semoga kutukan Allah diatas dia yang memalsukan hadith yang akhirnya Nasibi dan Khariji mula mengatakan bahawa Abu Talib meninggalkan dunia sebagai orang kafir.’
Ulama shia secara umum dan semua ahli keluarga nabi percaya di dalam keimanan Abu Talib. Juga ramai dari ilmuan dan ulama kamu yang berfikiran saksama, seperti Ibn Abi’l-Hadid, Jalalu’d-din Suyuti, Abu’l-Qasim Balkhi, Abu Ja’far Askafi, guru mereka dari golongan Mu’tazali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’I – semuanya bersetuju bahawa Abu Talib adalah muslim.

IJMA SHIA MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB.
Shia yakin bahawa Abu Talib, semenjak dari mula lagi percaya kepada nabi Allah. Shia mengikuti ahli bayt yang suci, mengakui dengan satu kepercayaan ‘Abu Talib tidak pernah menyembah berhala; dia adalah salah seorang dari keturunan Ibrahim.’ Pandangan yang sama juga telah dinyatakan di dalam buku sahih ulama kamu.
Sebagai contoh, Ibn Athir berkata di dalam Jam’u’l-usul:, ‘Menurut dari ahli bayt, diantara semua bapa saudara nabi, hanya Hamza, Abbas dan Abu Talib menerima islam.
Persetujuan umum ahli bayt mengenai sesuatu maksud hendaklah dianggap muktamad. Hadith-e-Thalaqain dan hadith yang lain yang telah saya rujuk pada malam yang lalu dengan jelas membuktikan bahawa nabi telah membuat kenyataan yang jelas mengenai ma’sumnya keluarga baginda. Mereka adalah seiring dengan al-Quran dan satu dari Thaqalain [perkara yang berat] yang nabi telah tinggalkan sebagai punca petunjuk kebenaran untuk manusia. Adalah perlu bagi setiap muslim untuk patuh kepada mereka supaya mereka tidak akan tersesat.
Kedua, menurut dari kata-kata ‘Ahli sesabuah rumah lebih mengetahui mengenai ahli keluarga mereka,’ keluarga yang suci ini, lebih mengetahui mengenai keimanan datuk mereka dari Mughira bin Sha’ba, seorang Bani Umayya, Khariji dan Nasibi atau manusia jahil yang lainnya.
Adalah amat memeranjatkan bahawa ulama kamu tidak menerima kenyataan dari ahli bayt nabi, termasuk pemimpin bagi yang wara’, Amirul-Mukminin, yang mana keikhlasan dan kebenarannya telah diakui oleh Allah dan nabiNya. Kesemuanya mengatakan bahawa Abu Talib meninggal sebagai seorang yang beriman. Kamu tidak mempercayainya, tetapi kamu menerima perkataan dari seorang yang telah disahkan pendusta dan keji, Mughira, sebahagian Amawi, Khariji dan Nasibi.
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, seorang dari ulama kamu yang terkenal, berkata di dalam Shahr-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 310: ‘Terdapat berbagai pendapat mengenai islamnya Abu Talib. Golongan Imamiya dan kebanyakkan dari Zaidiyya berkata bahawa dia meninggalkan dunia ini sebagai muslim. Selain dari semua ulama shia, sebahagian dari ulama kita yang utama, seperti Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi berpegang pada pendapat bahawa Abu Talib memeluk islam, tetapi dia tidak nyatakan kepercayaannya, supaya dia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada nabi dan disebabkan oleh pengaruhnya, pihak penentang mungkin tidak menyekat usaha nabi.’

SALAH PENGERTIAN MENGENAI PEMALSUAN HADITH ZUHZAH DIPERJELASKAN.
Sheikh : Nampaknya kamu tidak tahu dengan ‘Hadith Zuhzah’ yang mengatakan, ‘Abu Talib di dalam api neraka’

Shirazi: Itu adalah hadith palsu yang direka pada masa Muawiya bin Abi Sufyan oleh musuh nabi. Kemudian Bani Umayya dan pengikutnya telah meneruskan usaha itu untuk memalsukan hadith menentang Ali Ibn Abi Talib dan menyebarkannya kepada manusia. Mereka tidak mahu menjadikan keimanan Abu Talib menjadi terserlah seperti Hamza dan juga Abbas. Pamalsu hadith Zuhzah adalah juga Mughira, seorang yang keji dan juga musuh Amirul-Mukminin.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 159-163; Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahab, dan ulama lain menulis bahawa Mughira telah melakukan penzinaan di Basra. Apabila saksi dibawakan kehadapan khalifa Umar, 3 dari mereka mengaku terhadapnya, tetapi yang keempat telah diajari untuk mengatakan sehingga kesaksiannya diragukan. Makanya yang 3 orang telah dijatuhkan hukuman dan Mughira telah dibebaskan.
Pengarang hadith itu adalah seorang penzina dan pemabuk, yang mana perundangan agama hampir dijatuhkan keatasnya. Dia telah menciptakan hadith itu kerana bencinya dia kepada Amirul-Mukminin dan untuk mengambil hati Muawiya. Kemudian Muawiya dan pengikutnya telah memperkukuhkan hadith palsu ini dengan pengakuan bahawa ‘Abu Talib di dalam neraka.’
Lebih-lebih lagi mereka yang ada kaitan dengan penyampaian hadith itu seperti Abdu’l-Malik Bin Umar, Abdu’l-Aziz Rawandi dan Sufyan Thawri, adalah penyampai yang lemah dan tidak boleh diterima. Fakta ini telah disahkan oleh ilmuan dan pengulas kamu yang mashur, Zahl, yang telah menyatakan di dalam bukunya Mizanu’l-I’tidal, jilid II. Jadi bagaimana sesaorang boleh bergantung kepada hadith yang sebegini, yang telah disampaikan oleh seorang yang terkenal pemalsu dan pemyampai yang lemah?

BUKTI TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Terdapat banyak keterangan yang membuktikan keimanan Abu Talib.
[1] Nabi berkata di dalam hadith [cantuman dua jari], ‘Saya dan penyokong anak yatim bersama di dalam syurga seperti jari ini.’
Ibn Abi’l-Hadid juga menyampaikan hadith ini di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 312, di mana dia berkata bahawa adalah nyata kenyataan nabi tidak bermaksud semua penyokong anak yatim, oleh kerana kebanyakkan penyokong anak yatim adalah yang keji. Maka disini nabi maksudkan Abu Talib, dan datuknya yang mashur, Abdul-Muttalib, yang telah memelihara nabi. Nabi telah dikenali di Makah sebagai anak yatim Abu Talib kerana setelah kematian Abdul-Muttalib, nabi, dari usia 8 tahun telah dipelihara oleh Abu Talib.
[2] Terdapat hadith yang terkenal yang telah disampaikan oleh shia dan sunni dengan cara yang berlainan. Sebahagian dari mereka berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Jibril datang kepada saya dan memberikan khabar gembira dengan perkataan begini, ‘Allah dengan pastinya telah kecualikan dari api neraka tempat peranakan dimana kamu telah dikeluarkan, tempuni yang menggandungi kamu, susuan yang menyusukan kamu dan peha yang memangku kamu.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Qazi Shukani di dalam Hadith-e-Qudsi telah mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jibril datang kepada saya dan berkata ‘Allah sampaikan salam kepada kamu dan berkata sesungguhnya Dia telah kecualikan dari api neraka tempat peranakkan yang melindungi kamu, tempuni yang menanggong berat kamu dan pangkuan yang menyokong kamu.’
Laporan tersebut dan juga hadith dengan jelas membuktikan keimanan penyokong nabi, terutama Abdul-Muttalib, Abu Talib dan isterinya Fatima bint Asad, dan juga bapa nabi, Abdullah, dan ibunya, Amina bint Wahhab, dan ibu susuannya, Halima.

SYAIR IBN ABIL-HADID PADA MEMUJI ABU TALIB.
[3] Ilmuan terkenal kamu, Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, mengubah syair yang berikut di dalam memuji Abu Talib. Mereka merakamkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 318, ‘Tanpa Abu Talib dan anaknya Ali ibn Abu Talib, islam tidak mempunyai kecemerlangan atau kekuatan. Abu Talib melindungi nabi di Makah serta menyokongnya, dan Ali pula di Madina. Abi Talib, dari arahan bapanya Abdul-Muttalib, terus menjaga nabi dan Ali serta menyempurnakan tugas tersebut.
Apabila Abu Talib meninggal dunia dengan kehendak Allah, ini tidak menyebabkan sebarang kerugian kerana dia telah tinggalkan Ali sebagai kenanggannya. Abu Talib telah memulakan perkhidmatan yang gemilang untuk Allah dan Ali telah menyempurnakannya kerana Allah.
Kemuliaan Abu Talib tidak dapat dirosakkan oleh kenyataan yang jahil dari seaorang, atau oleh mereka yang ingin melenyapkan kemuliaannya [musuhnya], ianya tidak ubah seperti sesaorang yang mengatakan hari siang yang terang benderang itu malam yang gelap gelita, dengan mengatakan gelap, tidak ada kesannya pada cahaya siang.’

SYAIR ABU TALIB MEMBUKTIKAN KEISLAMANNYA.
[4] Syair Abu Talib yang digubahnya sendiri pada memuji nabi adalah bukti yang nyata terhadap keimanannya. Sebahagian dari syair itu telah dirakamkan oleh Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 316. Lebih lagi ulama kamu seperti Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi, telah menulisnya sebagai bukti untuk keimanan Abu Talib.
Abu Talib menulis, ‘Saya meminta pelindungan dari Allah, terhadap mereka yang membenci kami atau mengatakan yang buruk mengenai kami, dari mereka yang keji yang mencaci kami dan dari mereka yang mengaitkan perkara kepada agama yang kami telah jauhi.’
Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa dia berdusta yang mengatakan bahawa saya akan meninggalkan Muhammad, walaupun kami lagi memerangi musuhnya dengan pedang dan tombak.
Kami sesungguhnya akan menolong dia sehingga kami dapat menghancurkan musuhnya. Kami akan memberikan kepadanya pengorbanan yang akan melupakan kami kepada isteri dan anak-anak kami.
Cahaya dia adalah yang melalui kegemilangan cahaya wajahnya kami mendapat ribuan rahmat dari Allah.
Dia datang memberikan bantuan kepada yang yatim; dia adalah tempat perlindungan para janda. Yang tidak berkemampuan dari Bani Hashim datang kepadanya meminta bantuan dan telah dicurahi degan beberapa rahmat.
Saya bersumpah dengan diri saya bahawa saya mempunyai kecintaan yang amat kepada Ahmad. Saya cintakan dia seumpama sahabat yang lkhlas.
Saya dapati diri saya sesuai untuk dijadikan korban untuk dirinya, maka saya membantunya seolah dia adalah permata bagi manusia seluruh dunia, kutukan terhadap musuh dan rahmat bagi ummah.
Semuga yang menjadi alam ini menyokong dia dengan pertolonganNya dan juga agamaNya, yang mana adalah jalan Allah, dan tidak terdapat padanya amalan yang salah.’
Terdapat syair khas dari Abu Talib yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 312, dan yang lainnya, telah disampaikan sebagai bukti kepada kepercayaannya. Di dalam syair itu dia berkata, ‘Manusia itu mengharap kami untuk menentang islam dengan pedang dan tombak; mereka fikir kami akan membunuh Muhammad. Tetapi muka kami belum lagi diwarnakan darah dengan pertolongan mereka. Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa kamu telah mengatakan kepada ku pendustaan; semoga kamu ditimpa bencana. Hatim dan Zamzam mungkim diisi sehingga penuh dengan kepala terpotong. Kazaliman telah dilakukan kepada Muhammad, yang telah dihantar oleh Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dia telah diberkan kitab, yang telah diwahyukan oleh tuhan langit.’
Selain dari keterangan yang jelas, yang telah membuktikan iman Abu Talib, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 315, menyebutkan syair yang berikut: ‘Kamu menjadi saksi terdapa adanya Allah! Saksikanlah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, bernama, Ahmad. Yang lain mungkin sesat di dalam agama mereka, tetapi saya adalah seorang yang mendapat petunjuk.’
Tuan-tuan berlaku adillah, dan katakan kepada kami jika penulis syair itu boleh dikatakan seorang yang kafir.

Shekh: Syair itu tidak boleh diterima atas dua sebab. Pertama, tidak ada rantaian berterusan mengenainya. Kedua, tidak terdapat dimana-mana yang boleh dilihat bahawa Abu Talib mengesahkan Islam. Menyampaikan beberapa syairnya tidak dapat dirumuskan sebagai bukti bahawa dia adalah Islam.

Shirazi: Bantahan kamu terhadap rantaian berterusan penyampai amatlah pelik. Bila mana kamu berhasrat, kamu menerima laporan solo sebagai boleh dipercayai dan jika kamu tidak berhajat, kamu menggunakan senjata kurangnya rantaian penyampai.
Jika kamu fikirkan sejenak, jika syair ini tidak disampaikan sacara berterusan oleh individu tertentu, walau pun begitu, tetapi jika ambil secara keseluruhan, ianya telah membuktikan bahawa Abu Talib percaya terhadap kerasulan nabi. Terdapat banyak perkara yang semacam ini dimana rantaian penyampainya ditentukan dengan cara yang sama seperti diatas. Sebagai contoh pertemporan Amirul-Mukminin dan juga contoh pada keberaniannya bergantung pada penyampai yang solo. Tetapi jika diambil secara keseluruhan, laporan itu membentuk satu rupa berterusan, yang telah dapat memberikan kepada kita pengetahuan yang diperlukan terhadap keberaniannya. Kemurahan Hatim dan keadilan Nushirwan telah diketahui dengan cara yang sama.
Oleh kerana kamu terlalu suka dengan rantaian berterusan penyampai, sila beritahu kami bagaimana kamu buktikan bahawa hadith Zuhza telah disampaikan dengan jayanya.

PENGESAHAN KEPERCAYAAN ABU TALIB KEPADA ALLAH PADA SAAT KEMATIANNYA.
Terhadap bantahan kamu kedua, jawapan saya amat mudah. Adakah perlu untuk menyatakan pengesahan sesaorang terhadap ke Esaan Allah, kerasulan nabi, hari kebangkitan dan seterusnya dalam bentuk prosa. Tetapi jika sesaorang menyatakan kepercayaannya dalam bentuk syair, tidakkah ianya mencukupi, ‘Kamu yang percaya kepada Allah, bersaksilah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, Ahmad.’ Ia mempunyai kesan yang sama seperti dia telah katakan dalam bentuk prosa.
Selain itu, dia mengesahkan kepercayaannya pada saat kematian dalam bentuk prosa juga. Seyyed Muhammad Rasuli Bazranji, Hafiz Abu Nu’aim, dan Baihaqi telah menyampaikan bahawa sekumpulan ketua Quraish, termasuk Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayya datang kepada Abu Talib apabila dia akan meninggal dunia. Pada ketika itu nabi berkata kepada bapa saudaranya Abu Talib, ‘‘Katakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,’ supaya saya boleh menjadi saksi dihadapan Allah.’ Dikala itu juga Abu Jahl dan Abi Umayya berkata, ‘Abu Talib! Adakah kamu akan berpaling dari kepercayaan Abdul-Muttalib?’ Mereka mengulangi kata-kata tersebut berulang kali sehingga Abu Talib berkata, ‘Kamu seharusnya mengetahui bahawa Abu Talib mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib.’ Keputusannya mereka semua pergi dengan merasa senang. Apabila tanda-tanda kematian kelihatan pada Abu Talib, sudaranya Abbas, yang sedang duduk pada penjuru katil, melihat bibirnya bergerak-gerak. Apabila dia cuba mendengarkan apa yang dikata Abu Talib, dia mendengar Abu Talib berkata, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah,’ Abbas berkata kepada nabi, ‘Anak saudaraku! Saya bersumpah dengan tuhan bahawa saudara saya Abu Talib telah mengatakan apa yang engkau arahkan supaya dia katakan.’ Oleh kerana Abbas pada masa itu belum memeluk islam, dia tidak menyebutkan kata-kata itu.
Kami telah buktikan pada mulanya bahawa keturunan nabi semuanya yang beriman di dalam ke Esaan Allah. Kamu harus tahu bahawa adalah mustahak untuk Abu Talib mengatakan dia mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib. Dia telah memuaskan orang-orang itu, dan yang sebenarnya dia mengesahkan kepercayaannya di dalam ke Esaan Allah kerana Abdul-Muttalib mengikuti kepercayaan nabi Ibrahim. Lebih-lebih lagi dia mengucapkan kata-kata ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’ Jika kamu mempelajari fakta sejarah mengenai Abu Talib, kamu pasti akan mengakui bahawa dia adalah seorang yang beriman.

PERTUKARAN NABI BERSAMA DENGAN ABU TALIB PADA PENGISTIHARAN KERASULANNYA.
Pada hari pengistiharan kerasulannya, nabi bersama dengan bapa saudaranya Abbas pergi kepada Abu Talib dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengarah saya untuk menyampaikan perintahNya; sesungguhnya Dia telah menajadikan saya rasulNya; maka bagaimana kamu melayani saya?’
Abu Talib adalah pemimpin Bani Quraish, ketua Bani Hashim, dan manusia yang paling dihormati pada pandangan masyarakat penduduk Makah. Dia telah membesarkan nabi. Jika dia seorang yang kafir, pada ketika itu juga dia telah menentangnya. Dan jika dengan pembuktian itu tidak mencukupi; nabi yang telah datang kepada dia untuk meminta pertolongan di dalam menyebarkan kerasulannya, Abu Talib setelah melihat bahawa itu adalah bertentangan dengan agamanya, tentu telah memperingatkan nabi atau sekurang-kurangnya menghalau nabi keluar dari tempatnya. Penolakkan sedemikian tentu telah menghalang nabi dari tugasnya yang besar. Agama Abu Talib [jika dikatakan kafir] tentu telah terselamat, dan pasti dia mendapat kepujian dari sekutunya. Abu Talib boleh memarahi nabi sebagaimana Azar telah lakukan kepada anak saudaranya Ibrahim.

PENGISTIHARAN KERASULAN IBRAHIM DAN PERBUALANNYA DENGAN AZAR.
Di dalam al-Quran, Allah maha besar memberitahu bagaimana Ibraham Khalilu’r-Rahman telah ditinggikan sebagai nabi Allah. Dia berkata kepada bapa saudaranya, Azar, ‘Wahai bapaku! Sesungguhnya pengetahuan telah sampai kepada saya yang tidak sampai kepada kamu; maka ikutilah saya, saya akan memandu kamu kejalan yang benar,’ [19:43] ‘Dia berkata, ‘Engkau tidak suka tuhan aku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, Saya akan pasti memarahi kamu; tinggalkanlah aku untuk waktu yang lama.’ [19:46]

ABU TALIB MEMBERITAHU NABI SOKONGANNYA YANG PENUH DAN JUGA MEMBACAKAN SYAIR PADA MEMUJI ISLAM.
Tetapi sebaliknya, apabila nabi meminta pertolongan dia, Abu Talib berkata, ‘Wahai anak saudaraku! Teruskanlah dengan misi kamu. Sesungguhnya kamu adalah tinggi di dalam kedudukan, terkuat di dalam kaum dan yang paling suci di dalam jalinan keturunan keluarga. Saya bersumpah dengan Allah bahawa lidah yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kamu akan dijawab oleh saya dengan pedang yang tajam. Demi Allah, keseluruh kaum Arab akan berlutut dihadapan kamu, sebagaimana binatang berlutut dihadapan tuannya.
Lebih lagi dia mengubah ayat-ayat yang berikut, merujuk kepada misi nabi. Ini telah dirakamkan oleh Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 306, dan Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira nya ms 5:-
Saya bersumpah dengan Allah bahawa manusia itu dengan pengikutnya tidak akan sampai kepada kamu, sehingga aku menghantar mereka semua kekuburannya.
Maka teruskanlah melaksanakan tugas kamu. Saya berikan khabar gembira mengenai kejayaan kamu. Sejukkanlah mata kamu dengannya.
Kamu telah memanggilku kepada agama mu. Aku percaya bahawa kamu telah memandu aku kejalan yang benar; kamu pastinya yang paling benar dan yang paling dipercayai.
Kamu telah membawa kepada kami agama yang aku tahu amat baik dari segala agama
Jika aku tidak takut pada ancaman dan tindakkan balasan, kamu akan dapati aku menyokong kamu dengan secara terangan.
Syair ini menunjukkan bahawa Abu Talib mengesahkan Muhammad sebagai rasul Allah. Terdapat banyak lagi syair sedemikian yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam sharh-nahjul-balagha dan ramai ulama yang lain telah tuliskan di dalam buku mereka.

ABU TALIB ADALAH PENYOKONG DAN PENJAGA NABI.
Kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan fakta ini. Kamu boleh merujuk Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi’s Yanabiu’l-Mawadda, bab 52, yang mana dia menyampaikan dari Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz bahawa, menulis mengenai Abu Talib, dia berkata, ‘Abu Talib adalah penyokong nabi dan rasul. Dia menulis banyak syair pada memuji nabi. Dia adalah pemimpin Quraish.’
Bukti yang nyata ini menunjukkan keilhlasan kepercayaan Abu Talib. Telah pasti Bani Umayya menggalakkan manusia mengutuk pemimpin bagi yang beriman, Amirul-Mukminin, dan juga cucu nabi, Hasan dan Husain. Mereka juga mengadakan hadith yang mengutuk Imam yang suci dan memalsukan laporan bahawa bapanya meninggal dunia sebagai seorang kafir. Pemberita itu adalah yang terkutuk Mughira bin Sha’ba, seorang yang memusuhi Ali dan bersahabat dengan Muawiya. Khariji dan Nasibi menyebarkan pandangan itu bahawa Abu Talib adalah seorang kafir. Orang awam telah dibawa kepada mempercayai bahawa itu adalah pandangan yang benar. Adalah amat pelik bahawa kamu menganggap Abu Sufyan, Muawiya dan Yazid [semoga kutukan Allah keatas mereka] orang yang beriman dan muslim, walaupun terdapat pertunjuk yang banyak pada yang sebaliknya. Dan bahkan mereka telah mengatakan Abu Talib kafir walaupun terdapat bukti yang nyata yang menunjukkan dia adalah yang kuat beriman.

TIDAK WAJAR MEMANGGIL MUAWIYA ‘KHALU’L-MU’MININ’.
Sheikh: Adakah wajar untuk kamu memanggil Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], Muawiya bin Abu Sufyan ‘kafir’ dan selalu mengutuknya.Bolehkan kamu memberitahu kami apakah bukti bahawa Muawiya bin Abu Sufyan dan Yazid adalah kafir dan berhak dikutuk. Dua manusia yang terkenal ini adalah diantara para khalifa. Bahkan Muawiya adalah keduanya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], dan juga Katib-e-Wahi [penulis wahyu].

Shirazi: Bolehkan kamu mengatakan bagaimana Muawiya menerima gelaran Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]?

Sheikh: Oleh kerana adik perempuan Muawiya, Umme Habiba, adalah isteri nabi dan Ummul-Mukminin [ibu yang beriman] maka abangnya Muawiya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]

Shirazi: Pada pendapat kamu kedudukan Ummul-Mukminin Aisha lebih tinggi atau Umme Habiba, adik perempuan Muawiya?

Sheikh: Walaupun mereka berdua Ummul-Mukminin, pastinya Aisha lebih cemerlang dari Umme Habiba.

Shirazi: Menurut dari kriteria kamu, semua saudara dari isteri nabi adalah Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]. Maka kenapa kamu tidak memanggil Muhammad bin Abi Bakr Khalu’l-Mu’minin? Menurut kamu bapanya lebih tinggi dari Muawiya, dan kakaknya lebih tinggi dari adik perempuan Muawiya. Tidak! Muawiya sebagai Khalu’l-Mu’minin tidak punya sebarang asas kebenaran.

MUAWIYA MENGATAKAN TAKBIR PADA KESYAHIDAN IMAM HASAN.
Abu’l-Faraj Ispahani di dalam Maqatilu’t-Talibin, Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab, Mas’udi di dalam Isbatu’l-Wasiyya, dan banyak lagi ulama telah menyampaikan bahawa Asma Ju’da, dengan arahan dan janji dari Muawiya, memberi racun kepada Abu Muhammad Hasan Ibn Ali. Ibn Abdu’l-Bar dan Muhammad Bin Jarir Tabari telah juga mengatakan bahawa apabila Muawiya telah diberitahu atas wafatnya Imam yang suci, dia melaungkan takbir [Allah mana besar] Ya pastinya manusia terkutuk seperti ini akan dipanggil Khalu’l-Mu’minin menurut kamu!!!

MUHAMMAD BIN ABI BAKR TELAH DIBUNUH DAHAGA DAN DIBAKAR MENJADI ABU KERANA CINTAKAN AHLI BAYT.
Tetapi lihatlah kepada Muhammad ibn Abi Bakr, yang telah dibesarkan oleh Amirul-Mukminin dan seorang dari sahabat karib ahli bayt yang suci.
Berkata mengenai keluarga yang suci ini, dia berkata, ‘Wahai keturunan Fatima! Kamu adalah tempat keselamatan untuk saya dan juga petunjuk. Adalah melalui kamu pada hari pengadilan, yang amalan baik saya akan nampak dan menjadi lebih bererti. Oleh kerana cinta saya untuk kamu ikhlas, saya tidak memperduli jika orang yang disebelah saya menyalak.’
Walaupun dia adalah anak dari khalifa pertama, Abu Bakr, dan saudara kepada Ummul-Mukminin Aisha, dia tidak digelar Khalu’l-Mu’minin. Dia telah dizalimi dan dihalang dari warisan bapanya!!
Apabila Amr bin As dan Muawiya bin Khadij menawan Mesir, bekalan air kepada Muhammad bin Abu Bakr telah dipotong. Apabila dia hampir mati dengan kehausan, dia telah dibunuh. Dia kemudian dibungkus dengan kulit keldai dan bungkusan itu telah dibalingkan kedalam api. Apabila Muawiya mengetahui perkara ini, dia merasa amat gembira.
Mendengar kepada fakta ini, kamu tidak bertanya mengapa manusia terkutuk ini membuat anak Abu Bakr, Khalu’l-Mu’minin, Muhammad bin Abu Bakr; dengan begitu kejam. Tetapi apabila Muawiya dikutuk, kamu terus menjadi marah. Maka kamu telah lihat penentangan terhadap keturunan nabi, dan ianya berterusan sehingga kehari ini.
Oleh kerana Muhammad bin Abu Bakr adalah seorang dari sahabat keurunan nabi, kamu tidak memanggilnya Khalu’l-Mu’minin, atau menyesali diatas pembunuhannya. Dan oleh kerana Muawiya adalah musuh ketat ahli bayt keturunan nabi, kamu mengelarkan dia Khalu’l-Mu’minin. Allah selamatkan kami fanatik yang buta tuli!!

MUAWIYA BUKAN PENULIS WAHYU TETAPI HANYA PENULIS SURAT.
Kedua, Muawiya bukanlah penulis wahyu. Dia memeluk islam pada tahun kesepuluh Hijrah apabila wahyu telah selesai diturunkan. Yang sebenarnya dia adalah penulis surat. Dia telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada nabi. Pada tahun kelapan Hijrah apabila Makah ditawan dan Abu Sufyan memeluk islam, Muawiya menulis banyak surat kepada bapanya, memarahinya kerana dia telah menerima islam. Apabila keseluruh semenanjung Arab dan sekitarnya tuduk kepada pengaruh islam, Muawiya sendiri telah terpaksa memeluk islam. Dengan melakukan itu dia telah kehilangan semua yang dibanggakannya. Kemudian Abbas meminta nabi memberikan kepada Muawiya sedikit kedudukan supaya tidak merasa terhina. Memandangkan kepada sokongan bapa saudaranya, nabi melantik Muawiya sebagai penulis surat.

BUKTI TERHADAP KAFIRNYA MUAWIYA.
Ketiga, terdapat banyak ayat di dalam al-Quran dan hadith membuktikan bahawa dia adalah kafir dan berhak kepada kutukan.

Sheikh: Saya hendak mendengar ayat-ayat al-Quran dan hadith itu.

Shirazi: Hanya sebahagian yang akan saya myatakan. Jika saya hendak mengatakan semuanya, ia akan membentuk sebuah buku. Muslim di dalam Sahih nya, mengatakan Muawiya adalah penulis nabi. Mada’ini berkata, ‘Sa’id bin Thabit adalah penulis wahyu dan Muawiya biasanya menulis surat untuk nabi kepada Arab yang lain.’

KETERANGAN DARI SURAH AL-QURAN DAN HADITH, MUAWIYA DAN YAZID ADALAH TERKUTUK.
[1] Sila rujuk kepada ayat 60 Surah 17 Bani Israel. Pengulas dari ulama kamu, seperti Tha’labi, Imam Fakhru’d-din Razi, dan yang lainnya berkata bahawa nabi melihat di dalam mimpinya bahawa Bani Umayya, seperti monyet, naik dan turun dari mimbarnya. Kemudiannya Jibril membawa ayat yang suci ini, ‘Dan apabila Kami katakan kepada kamu: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi manusia. Dan Kami tidak menjadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada kamu melainkan sebagai percubaan untuk manusia dan pokok yang terkutuk di dalam al-Quran juga. Dan Kami menjadikan mereka ketakutan, tetapi ianya hanya menambahkan kepada kedurhakaan mereka.’’[17:60]
Allah maha besar telah memanggil Bani Umayya, yang pemimpinnya adalah Abu Sufyan dan Muawiya, ‘pokok terkutuk’ di dalam al-Quran. Muawiya, yang menjadi dahan yang kuat pada pokok ini, pastinya terkutuk.
[2] Lagi Allah maha besar berkata, ‘Tetapi jika kamu berkuasa, kamu pastinya membuat kerosakkan dibumi dan memutuskan perhubungan persaudaraan. Mereka itulah yang Allah telah kutuk maka Dia telah menjadikan dia pekak dan buta matanya.’ [47:22-23]
Di dalam ayat ini mereka yang melakukan kerosakkan dibumi dan memutuskan tali persaudaraan telah dikutuk oleh Allah. Siapakah yang lebih merosakan dari Muawiya, yang mana khalifanya adalah terkenal dengan amalan kezaliman. Selain itu dia telah memutuskan ikatan persaudaraan.
[3] Juga Allah berkata di dalam al-Quran, ‘Sesungguhnya mereka yang mengatakan perkara yang jahat mengenai Allah dan rasulNya, Allah telah mengutuk mereka di dalam dunia ini dan juga diakhirat, dan dia telah menyediakan untuknya siksaan yang menghinakan.’ [33:57]
Pastinya menyakitkan Amirul-Mukminin dan kedua cucu nabi Hasan dan Husain begitu juga Ammar-e-Yasir dan sahabat terkenal yang lain adalah umpama menyakitkan nabi sendiri juga. Oleh kerana Muawiya telah menyakiti manusia yang wara’ ini, dia, menurut dari ayat al-Quran yang jelas, pastinya terkutuk didunia ini dan juga diakhirat.
[4] Di dalam surah Mukminun Allah berkata, ‘Pada hari dimana alasan mereka tidak memberikan faedah kepada mereka yang keji dan untuk mereka adalah kutukan dan untuk mereka tempat tinggal yang jahat.’ [40:52]
[5] Di dalam surah Hud, Dia berkata, ‘Sekarang sesungguhnya kutukan Allah kepada mereka yang zalim.’ [11:18]
[6] Di dalam surah al-Araf [Tempat yang ditinggikan] Allah berkata, ‘Kemudian yang memanggil akan panggil kepada mereka bahawa kutukan Allah keatas mereka yang zalim.’ [7:44]
Begitu juga banyak ayat lain yang diwahyukan mengenai mereka yang zalim. Telah jelas, bagi setiap mereka yang zalim dikutuk. Saya tidak fikir ada diantara kamu yang akan menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Muawiya. Maka jelaslah pada fakta bahawa dia adalah zalim, cukuplah pada menerima kutukkan dari Allah, dari segala bukti yang nyata kita juga boleh mengutuk mereka yang menerima kutukkan dari Allah.
[7] Di dalam surah an-Nisa Allah berkata, ‘Dan sesiapa yang membunuh orang beriman dengan sengaja, hukuman baginya adalah neraka; dia akan tinggal di dalamnya, dan Allah akan hantar siksaan kepadanya dan mengutuknya dan menyediakan untuknya siksaan yang amat pedih.’ [4:93]

PEMBUNUHAN TERHADAP ORANG BERIMAN YANG TERKENAL SEPERTI IMAM HASAN, AMMAR HAJAR BIN ADI MALIK ASHTAR DAN MUHAMMAD BIN ABI BAKR ATAS ARAHAN MUAWIYA..
Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan bahawa jika sesaorang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, dia berhak menerima kutukkan dan tempat tinggalnya adalah neraka. Tidakkah Muawiya bersekutu di dalam pembunuhan orang yang beriman? Tidakkah dia yang mengarahkan terhadap pembunuhan Hajar Ibn Adi dan tujuh orang sahabatnya? Tidakkah dia yang mengarahkan supaya Abdur-Rahman bin Hasan Al-Ghanzi ditanam hidup-hidup?
Ibn Asakir dan Yaqub Bin Sufyan di dalam buku sejarah mereka; Baihaqi di dalam Dala’il; Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab; dan Ibn Athir di dalam Kamil telah mengatakan bahawa Hajar Bin Adi, salah seorang sahabat yang terkenal, dan bersama tujuh orang sahabatnya telah dibunuh dengan kejam oleh Muawiya. Kesalahan mereka, kerana enggan mengutuk Ali.
Imam Hasan adalah cucu nabi yang pertama. Tidakkah dia terjumlah di dalam Ashab-e-Kisa [mereka yang dibawah selimut]? Bukankah dia salah seorang dari ketua remaja disyurga dan yang beriman, yang mempunyai kedudukan tertinggi? Menurut dari kenyataan Mas’udi, Ibn Abdu’l-Bar, Abu’l-Faraj Ispahani, Tabaqa oleh Muhammad Bin Sa’d, Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, dan ulama sunni yang lain, Muawiya menghantar racun kepada Asma’ Ju’da dan menjanjkan kepada dia bahawa jika dia membunuh Hasan Ibn Ali, Muawiya akan memberi kepadanya 100 000 dirham dan akan mengahwinkannya dengan anaknya Yazid. Adakah kamu teragak-agak untuk memanggil Muawiya terkutuk? Tidakkah fakta yang sebenar, bahawa di dalam peperangan Siffin sahabat nabi yang agung Ammar Yasir, telah syahid atas arahan Muawiya? Kesemua ulama kamu mengatakan dengan satu kenyataan bahawa nabi telah berkata kepada Ammar Yasir, ‘Tidak beberapa lama lagi kamu akan dibunuh oleh sekumpulan penentang yang sesat.’
Adakah kamu masih ragu bahawa ribuan muslim beriman telah dibunuh oleh pegawai Muawiya? Tidakkah perwira yang gagah dan ikhlas telah diracun oleh arahan Muawiya? Bolehkan kamu nafikan bahawa pegawai tertinggi Muawiya, Amr bin As dan Muawiya bin Khadij, secara kejam mensyahidkan gabenor Imam Amirul-Mukminin, yang wara’ Muhammad bin Abi Bakr? Tidak puas dengan itu mereka masukkan badannya kedalam kulit keldai dan membakarnya. Jika saya hendak berikan kepada kamu secara khusus mereka yang beriman yang telah dibunuh oleh Muawiya dan pegawainya, ianya memerlukan bukan satu malam malah beberapa malam.

PEMBUNUHAN 30 000 ORANG YANG BERIMAN OLEH BUSR BIN ARTAT DENGAN ARAHAN MUAWIYA.
Kekejaman yang paling besar adalah Busr bin Artat telah membunuh ribuan orang yang beriman atas perintah Muawiya. Abu’l-Faraj Ispahani dan Allama Samhudi di dalam Ta’rikhu’l-Medina, Ibn Khallikan, Ibn Asakir dan Tabari di dalam sejarah mereka; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, dan ramai lain dari ulama kamu telah menulis bahawa Muawiya mengarahkan Busr menyerang San’a dan Yaman dari Madina dan Makah. Dia berikan arahan yang sama kepada Zuhak bin Qais Al-Fahri dan yang lain. Abu’l-Faraj mengatakannya dengan perkataan ini, ‘Sesiapa sahaja dari sahabat dan shia Ali yang dijumpai hendaklah dibunuh, walaupun wanita dan kanak-kanak, jangan dibiarkan hidup.’ Dengan arahan yang tegas ini, mereka keluat dengan tenaga askar 3 000 orang dan menyerang Madina, San’a, Yaman, Ta’if dan Najran. Apabila mereka sampai ke Yaman, gabenornya, Ubaidullah Ibn Abbas telah keluar dari kota. Mereka memasukki rumahnya dan membunuh kedua-dua anaknya, Sulayman dan Dawud diatas pangkuan ibunya.
Ibn Abi’l-Hadid menulis di dalamSharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 121, bahawa di dalam serangan ini 30 000 telah terbunuh, tidak termasuk yang mati terbakar.
Adakah tuan-tuan masih ragu yang Muawiya berhak pada kutukan?

MUAWIYA MENGARAHKAN SUPAYA ALI DIKUTUK.
Diantara bukti yang jelas bahawa Muawiya adalah kafir dan berhak kutukkan adalah secara umum penolakkannya terhadap Amirul-Mukminin dan arahannya kepada manusia untuk membaca kutukkan terhadap Imam di dalam qunut [doa di dalam solat] mereka. Fakta ini telah disahkan oleh kita berdua shia dan sunni. Bahkan ahli sejarah bangsa lain telah merakamkan bahawa amalan yang hina itu telah diarahkan secara terbuka, dan ramai yang telah terbunuh kerana tidak menyebutkan kutukan tersebut. Amalan ini telah diberhentikan oleh khalifa Umayya, Umar bin Abdil-Aziz.
Mereka yang mengutuk adik nabi, suami Fatima, Amirul-Mukminin Ali Ibn Abi Talib, dan yang mengarahkan orang lain melakukan pastinya dikutuk. Fakta ini telah dirakamkan oleh semua ulama terkenal di dalam buku sahih mereka, Sebagai contoh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Imam Tha’labi dan Imam Fakhru’d-in Razi di dalam Tafsir (ulasan), Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Dailami di dalam Firdaus, Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Abraham Hamwaini di dalam Fara’id, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imamu’l-haram di dalam Dhakha’iru’l-Uquba, Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, dan ulama yang lainnya telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan perkataan, mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menghina Ali, sebenarnya menghina saya; yang menghina saya sebenarnya telah menghina Allah.’
Dailami di dalam Firdaus, Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menyakiti Ali, sebenarnya telah menyakiti saya, dan kutukan Allah keatas mereka yang telah menyakiti saya.’ Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq menyebut satu hadith mengenai akibat terhadap sesaorang yang mengutuk terhadap mana-mana dari keturunan nabi. Dia mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jika sesiapa mengutuk ahli bayt saya, semoga kutukkan Allah diatasnya.’
Dari itu Muawiya pastinya terkutuk. Sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Athir di dalam Kamil, Muawiya biasa mengutuk Ali, cucu-cucu nabi, Hasan dan Husain dan juga Abbas dan Malik Ashtar di dalam qunut solat harian.
Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan di dalam Musnad dan beberapa punca bahawa nabi Allah berkata, ‘Jika sesiapa melukakan Ali dia akan dilayani sebagai yahudi atau kristian pada hari pengadilan.’ Pastinya kamu semua telah tahu bahawa adalah satu dari hukum islam bahawa memanggil Allah dan nabi dengan nama yang hina membawa kepada kafir.
Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bahagian X, mengatakan bahawa satu ketika Abdullah Ibn Abbas and Sa’id Ibn Jabir melihat pada pinggir telaga zamzam sekumpulan orang Syria menghina Ali. Mereka pergi mendapatkannya dan berkata, ‘Siapa diantara kamu yang menghina nabi Allah?’ Orang Syria menjawa, ‘Tiada siapa diantara kami yang menghina nabi Allah.’ Kemudian mereka berkata, ‘Baik, siapa diantara kamu yang menghina Ali?’ Orang Syria berkata, ‘Ya, kami telah menghina Ali,’
Kemudian Abdullah dan Sa’id berkata, ‘Kamu harus menjadi saksi bahawa kami mendengat nabi berkata kepada Ali, ‘Sesiapa yang menghina kamu, sesungguhnya telah menghina saya; sesiapa yang menghina saya telah menghina Allah. Jika sesiapa yang menghina Allah, Dia akan menlontarkan mereka kedalam neraka.’

PARA SAHABAT NABI DITAHAP YANG BERBEZA PADA PEMAHAMAN.
Sheikh: Adakah wajar bagi orang yang berkaliber seperti kamu, mengutuk sahabat nabi yang terhormat? Tidakkah terdapat fakta bahawa Allah telah mewahyukan beberapa ayat pada memuji sahabat nabi dan berikan berita gembira dengan penyampaiannya. Dan khalu’I-Mukminin Muawiya, yang pastinya sahabat yang terhormat, berhak pada pujian yang dikandongi oleh ayat tersebut. Tidakkah menghina para sahabat bersamaan dengan menghina Allah dan nabi?

Shirazi: Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah katakan dimalam yang lalu. Tiada siapa menafikan terdapat ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat. Tetapi jika kamu faham pengertian sahabat atau kawan, kamu akan mengakui bahawa ayat yang diwahyukan pada memuji sahabat bukanlah ditujukan secara umum. Kita tidak boleh menganggap bahawa kesemuanya adalah suci.
Tuan yang dihormati! Kamu tentu faham bahawa ‘sahabat’ secara lisan bererti ikatan dua insan. Maka ia boleh bererti tinggal bersama atau sebagaimana yang difahami secara umum, menolong atau memberikan bantuan kepada yang lain. Menurut bahasa Arab, al-Quran dan hadith, sahabat nabi merujuk kepada yang menghabiskan masa hidupnya bersama dengan nabi, sama ada dia muslim ataupun kafir. Maka interpretasi kamu bahawa semua para sahabat berhak syurga adalah salah. Itu bertentangan dengan minda yang sihat dan juga hadith.

DALAM AYAT AL-QURAN ’SAHAB’ DAN ‘SAHABA’, BERETI RAKAN TIDAK MEMPUNYAI PENGERTIAN PENGHORMATAN.
Saya akan berikan lagi ayat al-Quran sebagai tambahan dan hadith sahih dari ulama sunni supaya kamu jangan tersalah faham mengenai perkataan ‘sahabat’. Perkataan ini telah digunakan untuk semua sahabat, sama ada mereka muslim ataupun kafir.
[1] Di dalam surah Najm [bintang], Allah berkata kepada yang kafir, ‘Sahabat kamu tidak membuat salah, dan tidak juga sesat.’ [53:2]
[2] Di dalam surah Saba [Sheba] Allah berkata, ‘Katakan, aku menyuruh kamu pada satu perkara, bahawa kamu bangun untuk Allah secara berpasangan atau sendirian, kemudian fikirkan; sahabat kamu tidak dirasuk.’ [34:46]
[3] Di dalam surah Kahf [Gua] Allah berkata, ‘dan berkata ia kepada sahabatnya sedang ia berselisih dengan dia: Saya punyai harta yang lebih dari kamu dan lebih ramai pengikut.. ‘ [18:34]
[4] di dalam surah yang sama, Allah berkata, ‘Sahabatnya berkata kepada dia sedang ia berselisih dengan dia: Adakah kamu percaya kepada Dia, yang menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian Dia menjadikan kamu manusia yang sempurna.’ [18:37]
[5] Di dalam surah al-A’raf [tempat yang ditinggikan], Allah berkata, ‘Tidakkah mereka bayangkan bahawa sahabat mereka bukannya gila? Dia hanya sekadar memberi peringatan.’ [7:184]
[6] Di dalam surah An’am [ternakkan], Allah berkata, ‘Katakan: haruskan kita memanggil selain dari Allah, yang tidak memberi faedah kepada kami amhupun menganiaya kami, dan haruskan kami berpatah kebelakang setelah Allah membimbing kami, seperti mereka yang syaitan telah membuat mereka jatuh kebinggongan didunia. Dia mempunyai sahabat yang mengajak kepada jalan yang benar [berkata], ‘Marilah kepada kami’ Katakan sesungguhnya petunjuk Allah, adalah petunjuk yang benar, dan kita diarah supaya menyerah kepada tuhan alam ini.’ [6:71]
[7] Di dalam surah Yusuf, dia berkata, ‘[Yusuf berkata kepad dua orang sahabatnya yang kafir] Wahai sahabat aku di penjara berdua! Adakah banyak tuhan lebih baik dari Allah, yang satu, yang berkuasa?’ [12:39]
Ini adalah beberapa ayat yang saya telah sampaikan sebagai contoh. Adalah jelas bahawa perkataan ‘sahaba’, ‘sahib’ ‘musahib’ dan ‘ashab’ tidak mempunyai kaitan khusus kepada muslim. Ianya digunakan kepada muslim dan bukan muslim sama sahaja. Sebagaimana saya telah katakan, sesaorang yang mempunyai hubungan sosial dengan seorang yang lain dipanggil musahib atau ashab. Sahabat nabi dirujuk kepada mereka yang mempunyai hubungan sosial dengan diri baginda.
Sudah pasti diantara para sahabat nabi dan diantara mereka yang duduk-duduk dalam kumpulannya, terdapat segala jenis manusia, baik dan jahat, yang beriman dan juga hipokrit. Ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat tidak boleh dikatakan untuk mereka semua. Ianya hanya merujuk kepada sahabat yang baik. Adalah benar bahawa tidak ada nabi yang terdahulu mampunyai sahabat yang terkenal seperti yang ada kepada nabi kita. Sebagai contoh sahabat pada Badr, Uhud dan Hunain yang telah berdiri teguh dengan berlalunya dugaan masa. Mereka telah menolong nabi dan teguh dengan keputusan.
Tetapi diantara sahabatnya terdapat beberapa orang yang berperangai buruk, musuh kepada nabi dan ahli baytnya, manusia seperti Abdullah bin Ubayy, Abu Sifyan, Hakam bin As, Abu Huraira, Thalabi, Yazid bin Sufyan, Walid Bin Aqaba, Habib Bin Musailima, Samra Bin Jundab, Amr Bin As, Busr Bin Artat (seorang zalim yang hauskan darah manusia), Mughira Bin Sha’ba, Mu’awiya Bin Abi Sufyan, and Dhu’s-Sadiyya. Manusia ini, semasa hidup nabi dan juga setelah nabi wafat, telah memyebabkan bencana yang besar kepada manusia. Seorang yang seperti itu adalah Muawiya, yang nabi telah kutuk masa hidup baginda. Setelah wafatnya nabi, apabila Muawiya mempunyai peluang, dia bangun memberontak dengan nama mencari pembalasan terhadap pembunuhan Uthman dan telah menyebabkan pertumpahan darah yang banyak diantara muslim. Di dalam pembunuhan ini ramai dari sahabat nabi yang terhormat, seperti Ammar Yasir telah terbunuh syahid. Nabi sendiri telah meramalkan akan syahidnya. Saya telah sampaikan hadith mengenai kejadian itu.

AL-QURAN YANG SUCI MEMUJI SAHABAT YANG BAIK DAN JUGA MENGUTUK SAHABAT YANG JAHAT.
Terdapat banyak ayat dari al-Quran dan hadith yang memuji sahabat yang terkenal dan wara serta beriman. Dan terdapat juga banyak ayat dan hadith yang mengutuk para sahabat yang keji.

Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa sahabat nabi menyebabkan kekacauan umum?

Shirazi: Ini bukan sahaja kata-kata saya. Allah di dalam sura ahli Imran berkata: ‘Jika dia [Muhammad] mati atau terbunuh, adakah kamu akan berpaling semula?’ [3:144]
Selain dari itu dan ayat yang lain dari al-Quran, Ulama kamu, termasuk Bukhari, Muslim, Ibn Asakir, Yaqub Bin Sufyan, Ahmad Bin Hanbal, Abdu’l-Bar, dan lainnya telah merakamkan laporan dan hadith mengenai kutukan terhadap sebahagian sahabat. Saya akan merujuk hanya dua hadith. Bukhari menyatakan dari Sahl Ibn Sa’d dan Abdullah Ibn Mas’ud bahawa nabi Allah berkata, ‘Saya akan menunggu kamu dipancutan Kauthar. Apabila sekumpulan dari kamu telah sesat dari jalan saya. Saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Mereka semua adalah sahabat saya!’ Kemudian jawapan dariNya akan sampai kepada saya, ‘Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka telah adakan selepas kamu.’
Dan lagi Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Tabrani di dalam Kabir, dan Abu Nasr Sakhri di dalam Ibana menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata, ‘Saya hendak menyelamatkan kamu dari siksaan neraka. Saya meminta kamu takutlah kepada neraka dan janganlah membuat perubahan pada agama Allah. Apabila saya mati dan berpisah dengan kamu, saya akan berada dipancutan Kauthar. Sesiapa yang sampai kepada saya disana selamat. Dan pada penghujung masa apabila saya dapati ramai dari manusia di dalam siksaan tuhan, saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Ini adalah manusia dari ummah saya,’ Jawapannya akan sampai, ‘Sesungguhnya, mereka ini kebali kebelakang sesudah kamu.’ Menurut dari kenyataan Tabrani di dalam Kabir, jawapannya adalah, ’Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka adakan selepas kamu. Mereka menerima agama mereka yang terdahulu.’

ABU TALIB SEORANG YANG KUAT BERIMAN.
Kamu menekankan bahawa Muawiya dan Yazid adalah muslim walaupun banyak kesalahan mereka telah dirakamkan di dalam buku kamu. Sebahagian dari ulama sunni menulis sebuah buku mengenai kutukan terhadap mereka, tetapi kamu masih berkeras mengatakan bahawa mereka berhak dipuji dan bahawa Abu Talib yang beriman tulus kamu katakan kafir.
Memang dapat dilihat kata-kata begini adalah hasil dari kebencian terhadap Amirul-Mukminin Ali. Kamu cuba membantah hujah yang membuktikan kekafiran dan hipokritnya Muawiya dan Yazid. Dan bahkan kamu menolak kenyataan Abu Talib secara terbuka mengenai imannya kepada Allah dan nabi.

BUKTI TAMBAHAN TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Bukankah ianya satu fakta bahawa ahli bayt nabi telah mengatakan bahawa Abu Talib adalah seorang yang beriman dan dia mati sebagai yang beriman? Tidakkah Asbagh Bin Nabuta, seorang yang dipercayai, telah menyampaikan dari Amirul-Mukminin bahawa dia berkata, ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa bapa saya, Abu Talib, datuk saya Abdul-Muttalib Hashim dan Abdul-Munaf tidak pernah menyembah berhala.’
Adakah wajar bahawa kamu menolak kenyataan Ali dan ahli bayt yang suci dan memberikan kepujian kepada kenyataan yang terkutuk Mughira, Amawis, Khariji, Nasibi dan musuh-musuh lain Amirul-mukminin.

JAFAR TAYYAR MEMELUK ISLAM ATAS ARAHAN BAPANYA.
Lebih-lebih lagi ramai ulama kamu, termasuk Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha telah menulis bahawa satu hari Abu Talib datang ke masjid dan melihat nabi sedang sembahyang. Ali sedang sembahyang pada sebelah kanan baginda. Abu Talib mengarahkan anaknya Jafar, yang bersama dengannya dan belum lagi memeluk islam, ‘berdirilah disebelah sepupu kamu dan lakukan sembahyang bersamanya’ Jafar pergi berdiri kesebelah kiri nabi dan mula bersembahyang. Pada ketika itu Abu Talib mengubah syair ini, ‘Sesungguhnya Ali dan Jafar adalah kekuatan saya dan penghibur di dalam kesusahan dan kekeciwaan. Wahai Ali dan Jafar! Janganlah tinggalkan berdampingan dengan sepupu kamu dan anak saudara ku, tetapi bantulah dia. Saya bersumpah, saya tidak akan meninggalkan nabi. Bolehkah sesiapa meninggalkan kumpulan nabi yang begitu mulia?’
Maka itu adalah pandangan semua ulama kamu bahawa Jafar memeluk islam dan melakukan sembahyang dengan nabi adalah arahan dari Abu Talib.

NABI MENANGIS DENGAN KEMATIAN ABU TALIB DAN MENDOAKAN RAHMAT ALLAH PADANYA.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma mengatakan dari Tabaqat-e-Muhammad Ibn Sa’d, yang menyampaikan dari Waqidi dan Allama Seyyed Muhammad Bin Seyyed Rasul Barzanji di dalam Kitabu’l-Islam Fi’l-‘am-o-Aba’-e-Seyyedu’l-An’am, kenyataan dari Ibn Sa’d dan Ibn Asakir, yang menyampaikan dari punca yang sahih dari Muhammad Bin Ishaq bahawa Ali berkata, ‘Apabila Abu Talib meninggal dan saya memberitahu nabi Allah mengenainya, baginda menangis. Kemudian dia berkata kepada saya, ‘Pergi dan mandikan jasadnya di dalam persediaan untuk pengkebumian, balut dirinya dengan kafan dan kebumikan dia. Semoga Allah merahmatinya dan keampunan keatasnya!’
Adakah dibolehkan oleh islam untuk melakukan upacara pengkebumian kepada kafir? Adakah dibenarkan kepada kita untuk mengatakan bahawa nabi mendoakan kerahmatan Allah keatas orang kafir dan musyirik? Nabi tidak meninggalkan rumahnya untuk beberapa hari dan berterusan mendoakan untuk keamanan abadi Abu Talib.

SAJAK ALI UNTUK BAPANYA ABU TALIB.
Jika kamu merujuk Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, ms.6 kamu akan lihat apa yang Amirul-Mukminin kata di dalam sajak pujiannya kepada bapanya, ‘Wahai Abu Talib, kamu adalah syurga bagi mereka yang mencari perlindungan, hujan rahmat bagi tanah yang gersang, cahaya yang menembusi kegelapan. Kematian kamu telah meruntuhkan tiang keselamatan. Sekarang yang Memberi Manfaat telah berikan rahmatNya keatas kamu. Allah telah mengambil kamu kepadaNya, kamu adalah bapa saudara yang terbaik kepada nabi.’
Bolehkah dipercayai bahawa seorang yang telah dipenuhi dengan keimanan akan menulis sajak pujian kepada seorang yang mati di dalam kekafiran?

ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA SEDANG HAMZA DAN ABBAS MENGISTIHARKANNYA.
Sheikh: Jika Abu Talib seorang yang beriman, mengapa dia tidak mengatakan kepercayaannya sebagaimana saudaranya, Hamza dab Abbas telah lakukan?

Shirazi: Terdapat perbezaan yang besar diantara Abbas, Hamza dan Abu Talib. Hamza tidak tahu takut dan perkasa bahawa semua penduduk Makah takut kepadanya. Dia memeluk Islam telah membuktikan pertolongan yang besar kepada nabi.
Abbas bagaimana pun tidak menyatakan islamnya begitu sahaja. Ibn Abdu’l-Bar menulis di dalam Isti’ab bahawa Abbas memeluk islam sedang dia berada di Makah, tetapi dia menyembunyikan kepercayaannya dari manusia ramai. Apabila nabi berhijarah dari Makah, Abbas juga berhajat untuk bersama dengannya. Tetapi nabi menulis kepadanya bahawa peninggalannya di Makah adalah penting bagi dirinya [nabi]. Maka dia tinggal di Makah dan selalu menghantar berita kepada nabi dari sana. Para musyirik membawa dia bersama mereka di dalam peperangan Badr. Apabila orang kafir dikalahkan, dia dibawa sebagai tawanan. Pada hari penaklukan Khaibar akhirnya dia dibenarkan untuk menyatakan keimanannya.
Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, ms 226 mengatakan dari Dhakha’iru’l-Uquba oleh Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i, yang menyampaikan dari Faza’il oleh Abu’l-Qasim Ilahi bahawa ahli ilmuan tahu bahawa Abbas telah memeluk islam semenjak dari mula lagi tetapi dia telah merahsiakannya. Di dalam peperangan Badr apabila dia telah datang bersama musyirik, nabi berkata kepada muslim, ‘Sesiapa yang melihat Abbas janganlah membunuhnya kerana dia terpaksa mengikut mereka yang kafir. Dia telah bersedia untuk hijrah, tetapi saya menulis kepadanya bahawa dia harus tinggal disana dan memberikan saya maklumat mengenai mereka yang kafir.’ Pada hari Abu Rafii memberitahu nabi bahawa Abbas menyatakan penerimaannya kepada islam, nabi telah membebaskan Abu Rafii.

MENGAPA ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA.
Jika Abu Talib menyatakan keimanannya, semua kaum Quraish dan kesemua kaum Arab akan bersatu menentang Bani Hashim. Abu Talib memahami perlunya dia menyembunyikan keislamannya. Dia berpura patuh kepada Quraish supaya dapat melindungi aktivitinya daripada musuh.
Selagi Abu Talib masih hidup keadaan yang sama berterusan, dan nabi dilindungi. Tetapi dengan kematian Abu Talib Jibril mencul dihadapan nabi dan berkata, ‘Sekarang kamu hendaklah meninggalkan Makah. Selepas Abu Talib kamu tidak mempunyai penolong disini.’
Sheikh: Adakah islam Abu Talib diketahui semasa nabi Allah, dan adakah kommuniti percaya kepadanya?

Shirazi: Ya, ianya diketahui umum dan mereka menyebutkan namanya dengan penuh hormat.

KEIMANAN ABU TALIB DIKETAHI UMUM SEMASA HIDUP NABI.
Sheikh: Bagaimana mungkin bahawa semasa hidupnya nabi perkara ini selalu disebutkan dan menjadi pengetahuan umum kepada semua, tetapi selepas 30 tahun, pandangan yang berbeza telah menjadi peganggan disebabkan oleh hadith yang palsu?

Shirazi: Ini bukanlah satu perkara yang unik. Kerap sesuatu yang diterima pada masa nabi, telah bertukar sepenuhnya dari yang asal disebabkan hadith yang dipalsukan. Perundangan dan amalan agama yang dipaksakan semasa hidup nabi telah ditinggalkan sama sekali selang beberapa tahun disebabkan oleh pengaruh manusia.

PERKAHWINAN MUT’A DAN HAJJ NISA ADALAH HALAL SEHINGGA KEMASA ABU BAKR TETAPI TELAH DIHARAMKAN OLEH UMAR.
Sheikh: Sila nyatakan satu contoh bagi perubahan yang sedemikian.

Shirazi: Ada banyak contoh; dua mencukupi untuk menunjukkan maksud saya. Saya akan bincangkan mut’a dan hajj nisa. Kedua golongan setuju dua amalan ini adalah biasa semasa hidupnya nabi. Lebih lagi ianya telah diamalkan semasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian masa khalifa Umar. Tetapi khalifa Umar telah memusingkan sepenuhnya peraturan al-Quran. Dia berkata, ‘Dua mut’a telah diamalkan semasa hayat nabi. Sekarang saya menjadikan keduanya haram dan akan menghukum mereka yang didapati melakukan amalan itu.’
Apa yang halal oleh Allah kini telah diharamkan. Perintah Umar telah tersebar luas dan dengan membuta tuli telah dipatuhi sehingga perundangan yang asal kini telah lenyap. Sehingga hari ini saudara sunni menganggap mut’a adalah bid’ah dari shia.
Jika kehendak Umar boleh memutarkan perintah Allah dan juga fakta sejarah yang mut’a telah diamalkan, kini bolehkan kamu percaya bahawa keimanan Abu Talib yang telah diketahui umum boleh dinafikan?

Sheikh: Adakah kamu katakan bahawa jutaan muslim telah melanggar perintah al-Quran dan juga sunnah nabi? Ingat seluruh dunia memanggil kami sunni iaitu pengikut sunnah. Shia dipanggil Rafizi iaitu yang menyimpang dari sunnah nabi.

SUNNI SEBENARNYA RAFIZI DAN SHIA ADALAH SUNNI.
Shirazi: Keadaan sebenarnya shia adalah sunni, iaitu mereka mengikuti al-Quran dan juga sunnah nabi. Kamu adalah Rafizi kerana kamu melanggar perintah al-Quran dan arahan nabi.

Sheikh: Ini adalah aneh! Kamu telah menukarkan jutaan muslim kepada Rafizi. Bolehkan kamu kemukan hujah pada menyokong maksud ini?

Shirazi: Saya telah pun memberitahu kamu pada malam yang lalu bahawa nabi mengarahkan kita supaya selepas baginda kita hendaklah mengikuti al-Quran dan keturunannya. Tetapi kamu dengan sengaja meninggalkan keturunan nabi dan mengikuti yang lain. Kamu menolak amalan nabi. Kamu meninggalkan manusia suci itu dengan arahan dari dua sheikh kamu dan kemudian kamu memanggil pengikut sunnah nabi Rafizi.
Diantara perintah lain yang jelas di dalam al-Quran yang mengatakan, ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang menguntungkan kamu, sa perlima darinya adalah untuk Allah dan rasul dan juga kerabat terdekat dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan yang bermusafir.’ [8:4] Rasul patuhi perintah ini dan memberikan khums [1/5] dari kekayaan yang diperolehi dari pihak musuh kepada yang beriman dan kerabatnya. Tetapi kamu menentang amalan ini.
Mut’a adalah satu lagi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: