Pertemuan Yang Kedelapan Khamis malam, 1 Shaban 1345 Hijrah (d)

KEPUTUSAN ALI MENGENAI WANITA YANG MELAHIRKAN BAYI SELEPAS ENAM BULAN HAMIL.
Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad; Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’ir-e-Uqba; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha; dan Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 56, menyebut dari Ahmad Bin Abdullah; Ahmad Bin Hanbal, Qala’i; dan Ibn Saman menyatakan insiden yang berikut:
‘Umar hendak merejam seorang wanita kerana dia melahirkan seorang bayi selepas enam bulan hamil. Ali berkata: ‘Allah mengatakan di dalam al-Quran bahawa waktu dari permulaan hamil sehingga waktu yang dinyatakan untuk penyusuan, mengambil masa selama 30 bulan. Oleh kerana waktu penyusuan adalah 2 tahun, maka waktu hamil adalah enam bulan. Ini bererti bahawa bayi berkemungkinan dilahirkan setelah menggandung enam bulan.’ Maka Umar telah membebaskan wanita tersebut dan berkata: ‘Jika Ali tidak ada disana, Umar pasti akan binasa.’
Di dalam bab yang sama dia menyebutkan dari Ahmad bin Hanbal, buku Manaqib: ‘Apabila Umar menghadapi masalah yang sukar untuk dia memahami, dia bergantung pada pemahaman Ali.’ Beberapa peristiwa yang sedemikian telah berlaku semasa pemerintahan Abu Bakr dan juga Uthman. Apabila mereka terikat dengan perkara yang rumit mereka bergantung kepada Ali sebagai penyelesainya. Mereka bertindak dengan keputusan yang dibuat oleh Ali.
Sekarang kamu akan tertanya-tanya kenapa mereka tidak menerima keterangan Ali di dalam kes Fadak. Di dalam kes itu mereka memilih untuk mengikuti kehendak mereka dan merampas hak Fatima.

HADITH ‘LA NURIS’ TIDAK DIGUNAKAN KEPADA HARTA YANG LAIN.
Hujah ketiga pada pembuktian bahawa palsunya hadith itu adalah kenyataan dan tindakan Abu Bakr sendiri. Jika hadith itu benar, apa sahaja yang ditinggalkan nabi akan disita [diambil kerana harta ummah]. Pewarisnya tidak punya hak pada apa sahaja yang ditinggalkan oleh nabi, tetapi Abu Bakr memberi Fatima rumahnya dan juga tempat kediaman para isteri nabi yang lain, Aisha, Hafsa dan yang lainnya sebagai pusaka mereka.

ABU BAKR MEMULANGKAN FADAK KEPADA FATIMA DAN UMAR MENGHALANGNYA.

Selain itu, jika hadith itu adalah benar dan Abu Bakr percaya bahawa itu adalah arahan nabi, jadi mengapa, setelah merampasnya Fadak [yang mana dia menganggapnya sebagai sedekah yang dimilikki oleh ummah] dia menulis dokumen bahawa harta itu hendaklah dipulangkan kepada Fatima? Kemudian Umar menghalang dan memusnahkan dokumen itu.

Hafiz: Ini adalah kenyataan yang unik. Saya tidak pernah mendengar bahawa khalifa memulangkan Fadak. Apakah punca laporan itu?

Shirazi: Hingga kini saya rasa mungkin kamu semua telah tahu bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan yang saya tidak dapat menyokong sepenuhnya. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Ali Bin Burhanu’d-din Shafi’i di dalam Ta’rikh Siratu’l-Halabiyya, jilid III, ms 391, menulis bahawa Abu Bakr telah tergerak sehingga menangis oleh ucapan rayuan Fatima. Dia menangis kerana rayuan Fatima dan seterusnya menulis surat mengatakan bahawa harta itu hendaklah dipulangkan kepadanya. Tetapi Umar hancurkan dokumen itu.
Ini bertambah pelik bahawa Umar yang sama, semasa pemerintah khalifa Abu Bakr menentang pemulangan Fadak, telah memulangkan kepada pewarisnya semasa pemerintahnya. Begitu juga khalifa Amawid dan Abbasid telah pulangkan Fadak kepada pewaris Fatima.

Hafiz: Apa yang kamu katakan memang sebenarnya memeranjatkan. Bagaimana boleh terjadi bahawa khalifa Umar yang menurut kenyataan kamu, sangat keras menghalang pemulangan Fadak kepada Fatima, telah sendirinya memulangkan Fadak kepada waris Fatima?

Shirazi: Sungguh aneh bukan, sudah semestinya. Saya serahkan dengan keizinan kamu, laporan dari ulama kamu yang diiktiraf dengan pengesahan dari khalifa yang memulangkan dan mengambil semula Fadak.

KHALIFA MEMULANGKAN FADAK KEPADA KETURUNAN FATIMA.

Ahli hadith dan sejarah Madina yang terkenal, Allama Samhudi (mati 911 H.), di dalam Ta’rikhu’l-Medina dan Yaqut Bin Abdullah Rumi di dalam Mu’ajamu’l-Buldan, mengatakan bahawa semasa pemerintahannya, Abu Bakr mengambil penguasaan Fadak. Umar semasa perintahannya, memulangkannya kepada Ali dan Abbas. Jika Abu Bakr mengambilnya mengikut arahan nabi dan menganggapnya sebagai harta ummah, atas dasar prinsip apa Umar memulangkan harta milik ummah kepada orang perseorangan?

Sheikh: Mungkin niatnya di dalam memberikan harta itu kepada orang peseorangan adalah untuk mengekalkannya di dalam pemilikan muslim.

Shirazi: Adakalanya saksi lebih bijak dari pendakwa yang kepadanya dia memberikan bukti. Khalifa tidak mempunyai ingatan yang sedemikian. Jika harta itu telah dipulangkan untuk perbelanjaan muslim, tentu sejarah telah merakamkan yang sedemikian. Tetapi semua ahli sejarah kamu telah menulis bahawa ianya telah dilepaskan kepada Ali dan Abbas. Ali menerima Fadak sebagai pewaris yang sah; bukan sebagai individu muslim. Seorang muslim tidak boleh memilikki harta milik semua ummah.

PEMULANGAN FADAK OLEH UMAR IBN ABDUL-AZIZ.

Sheikh: Mungkin rujukan itu adalah Umar Ibn Abdul-Aziz.

Shirazi: Ali dan Abbas tidak hidup dimasa Umar bin Abdul-Aziz. Itu adalah cerita yang lain. Allama Samhudi di dalam Ta’rikhu’l-Medina dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 81, mengatakan dari Abu Bakr Jauhari bahawa apabila Umar Bin Abdu’l-Aziz menduduki khalifa, dia menulis kepada gabenor Madina untuk memulangkan Fadak kepada keturunan Fatima. Dengan itu, dia memanggil Hasan Bin Hasanu’l-Mujtaba [dan menurut dari sebahagian kenyataan dia memanggil Imam Ali Ibnul-Husain] dan memulangkan Fadak kepadanya.
Ibn Abil-Hadid menulis mengenainya di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 81, dengan perkataan yang berikutnya: ‘Ini adalah harta pertama yang dirampas secara kejam dan kemudian diberikan kepada keturunan Fatima oleh Umar ibn Abdul-Aziz.’ Ianya tinggal di dalam milik mereka untuk sekian lama sehingga khalifa Yazid Ibn Abdul-Malik merampasnya kembali. Maka Bani Umayya memilikkinya kembali. Apabila kedudukan khalifa pergi ke Bani Abbas, khalifa Abbasid pertama, Abdulla Saffa, menyerahkan Fadak kepada keturunan Imam Hasan, yang telah mengagihkan pendapatannya, menurut hak pewaris kepada keturunan Fatima.
MEMULANGKAN FADAK KEPADA KETURUNAN FATIMA OLEH ABDULLAH MAHDI DAN MAMUN, ABBASID.
Apabila Mansur membunuh keturunan Imam Hasan, dia merampas semula Fadak dari mereka. Apabila anaknya, Mahdi, menjadi khalifa, dia memulangkan semula kepada mereka. Apabila Musa bin Hadi menjadi khalifa, dia sekali lagi merampas Fadak. Apabila Mamunur-Rashid Abbasid menjadi khalifa, dia memerintahkan Fadak diserahkan kepada keturunan Ali.
Yaqut Hamawi menyebut Mamun mengarah di dalam Mu’ajamu’l-Buldan. Mamun menulis kepada gabenornya di Madina: Sesungguhnya, nabi Allah memberikan Fadak kepada anak perempuannya, Fatima. Faktanya telah jelas dan diketahui umum oleh keturunan nabi.’
Penyair terkenal, Di’bal Khuza’I, juga hadir pada masa itu. Dia menyatakan beberapa rangkap, yang pertama darinya bermaksud: Hari ini kami semua bergembira dan senang. Mamun telah pulangkan Fadak kepada Bani Hashim.’

BUKTI BAHAWA FADAK TELAH DIBERIKAN KEPADA FATIMA.
Ianya telah dibuktikan dengan hujah yang jelas bahawa Fadak telah diberikan oleh nabi kepada Fatima. Ianya telah dirampas dengan tanpa sebab. Tetapi kemudian khalifa, diatas dasar keadilan atau pertimbangan politik, memulangkannya kepada keturunan wanita yang telah dizalimi.

Hafiz: Jika Fadak telah diberikan kepadanya sebagai hadiah, mengapa dia menuntutnya sebagai warisan, dan tidak mengatakan apa-apa mengenai hadiah?

Shirazi: Pada mulanya dia menuntut sebagai hadiah. Tetapi apabila saksi diminta dari pemilik harta, yang mana telah bertentangan kepada perintah nabi islam, dia mengadakan saksi. Keterangan mereka ditolak. Maka dia terpaksa mencari perlindungan dibawah undang-undang pewarisan.

Hafiz: Saya rasa awak telah tersilap. Kita tidak pernah melihat sebarang rekod mengenai tuntutan Fatima bahawa Fadak adalah hadiah.

Shirazi: Tidak. Saya tidak salah. Fakta ini tidak sahaja dirakamkan di dalam buku shia, tetapi telah juga ditulis di dalam buku ulama kamu yang terkenal. Ianya telah dirakamkan di dalam Siratu’l-Halabiyya, ms 39, disusun oleh Ali Bin Burhanu’d-din Halabi Shafi’i (mati 1044 H.), bahawa pada mulanya Fatima menyatakan kepada Abu Bakr bahawa Fadak miliknya dan telah diberikan oleh nabi Allah. Oleh kerana tiada saksi, dia terpaksa menuntut menurut perundangan pewarisan.
Juga Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir mengenai tuntutan Fatima; Yaqut Hamawi di dalam Mu’ajamu’l-Buldan; Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 80, dari Abu Bakr Jauhari dan yang fanatik Ibn Hajar di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ms 21, di bawah tajuk Shuhubhat-e-Rafza, VII Shubha, menyatakan bahawa tuntutan Fatima pertama adalah hadiah. Apabila saksinya ditolak dia merasa keciwa dan berkata dengan marah bahawa dia tidak akan berkata-kata dengan Abu Bakr dan Umar lagi.
Maka begitulah jadinya… dia tidak pernah kelihatan lagi berkata-kata dengan mereka. Apabila waktu kematiannya tiba, dia tentukan di dalam wasiatnya bahawa orang-orang ini tidak boleh mengambil bahagian di dalam solat jenazahnya. Bapa saudaranya Abbas, melakukan solat jenazah, dan dia dikebumikan pada malam hari. Menurut dari punca shia dan kenyataan Imam yang suci Ali melakukan solat jenazah.

HUJAH BAHAWA ABU BAKR BERTINDAK MENURUT ‘AYAT PEMBUKTIAN’ DAN JAWAPAN KEPADANYA.
Hafiz: Tidak dapat diragukan dan telah pasti Fatima merasa marah, tetapi Abu Bakr juga tidak boleh dipersalahkan. Dia terpaksa bertindak menurut akta perundangan agama. Oleh kerana ‘ayat pada pembuktian’ adalah berpengertian umum, dan bagi yang menuntut hendaklah mengemukakan dua orang saksi lelaki, atau satu lelaki dan dua wanita atau empat wanita sebagai saksi, dan oleh kerana di dalam kes ini jumlah saksi tidak mencukupi, khalifa tidak dapat memberikan keputusannya menyebelahi Fatima.

Shirazi: Hafiz Sahib telah berkata bahawa khalifa telah terpaksa bertindak menurut perundangan agama dan oleh kerana pembuktian sempurna tidak diperolehi dia tidak dapat menjatuhkan hukuman berpihak kepadanya. Saya akan menjawab pada maksud ini, dan saya meminta kamu untuk berlaku adil di dalam menilai ulasan saya.

UNTUK MEMINTA SAKSI DARI PEMILIK ADALAH BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG.

Pertama kamu katakan Abu Bakr terpaksa diawah undang-undang agama. Tolong beritahu kepada saya perundangan agama yang mana meminta saksi dari orang yang memiliki harta? Telah dibuktikan bahawa Fatima adalah pemilik Fadak; sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama, Abu Bakr meminta saksi dari dia adalah bertentangan dengan undang-undang agama. Tidakkah undang-undang agama kita meminta pendakwa yang mengeluarkan saksi dan bukan pemilik harta [pembela]?
Kedua; tiada siapa menafikan pengertian umum ayat pada pembuktian, tetapi ianya juga mempunyai pengertian yang khusus.

Hafiz: Apa yang kamu maksudkan dengan pengertian khusus?
Shirazi: Bukti untuk ini adalah bukti yang direkodkan di dalam buku hadith sahih kamu; mengenai Khazima Ibn Thabit. Dia memberikan pembuktian pada menyokong nabi di dalam kes mengenai penjualan kuda. Seorang Arab telah membuat tuntutan kepada nabi dan dia [Khazima] pembuktian seorang telah dianggap mencukupi. Nabi memberikannya nama panggilan Dhush-Shahadatain kerana dia telah dianggap sebagai sama dengan dua saksi yang adil. Contoh ini menunjukkan bahawa ‘ayat pada pembuktian’ membolehkan kita menerima satu saksi dibawah keadaan tertentu. Apabila Khazima, seorang yang beriman dan hanya sahabat diantara ummah, telah di kecualikan dengan ayat tersebut, maka Ali Dan Fatima yang ma’sum menurut dari ayat kesucian, sepatutnya di dalam kedudukan yang lebih baik pada menikmati pengecualian ini. Mereka berdua pastinya bebas dari penipuan. Untuk menolak keterangan mereka adalah untuk menolak keterangan Allah.

MENOLAK SAKSI FATIMA ADALAH BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG AGAMA.
Hazrat Fatima menuntut bahawa Fadak telah diberikan kepadanya oleh bapanya, dan di dalam milik dan kawalannya semasa hidup nabi. Dia telah diminta mengadakan saksi. Dia mengadakan Amirul-Mukminin Ali Ibn Abi Talib, Hasan dan Husain sebagai saksinya Tetapi keterangan mereka ditolak. Tidakkah tindakkan ini kejam? Tidak dapat diterima akal bagaimana sesaorang boleh menolak pengakuan Ali. Allah maha besar telah berkata di dalam al-Quran bahawa kita hendaklah bersama Ali, kita hendaklah mengikutinya. Zaid-e-Adl telah menjadi penyatuan dengan kebenaran disebabkan kebenaran yang teramat sangat. Begitu juga Ali telah dipanggil yang benar sebagaimana Allah berkata: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Takutlah kamu kepada Allah dan bersamalah dengan mereka yang benar.’ [9:119] Orang yang benar merujuk kepada nabi Muhammad, Ali dan ahli bayt.

YANG BENAR MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI.
Hafiz: Bagaimana ayat ini membuktikan pandangan kamu, yang mungkin bererti bahawa mengikut Ali adalah wajib kepada kami?

Shirazi: [1] Ulama kamu yang terkenal telah menulis di dalam buku mereka dan juga ulasan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji Muhammad dan Ali. ‘Mereka yang benar’ merujuk kepada mereka berdua, dan menurut dari sebahagian kenyataan ia bererti Ali; dan yang lain lagi merujuk kepada keturunan Muhammad.
Imam Tha’labi di dalam ulasan Kashfu’l-Bayan, Jalalu’d-din Suyuti menyatakan dari Ibn Abbas di dalam Durru’l-Manthur, Hafiz Abu Sa’id Abdu’l-Malik Bin Muhammad Khargushi menyatakan dari Asma’is di dalam Sharafu’l-Mustafa, dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Ini mereka yang benar adalah Muhammad dan Ali.’
Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 39, ms 1191, mengatakan dari Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, dan Hamwaini menyatakan pada pengeahan Ibn Abbas, yang berkata: ‘Didalam ayat ini ‘mereka yang benar’ adalah Muhammad dan keturunannya yang suci.’
Dan Sheikhu’l-Islam Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini, seorang ulama kamu yang terkenal, di dalam Fara’idu’s-Simtain, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Muhadith Sham di dalam Ta’rikh, mengatakan dari puncanya, menulis: ‘Dengan yang benar, iaitu, bersama Ali Ibn Abi Talib.’
[2] Allah berkata: ‘Dan dia yang membawa kebenaran, dan dia yang menerima kebenaran – inilah mereka yang memelihara [dari kejahatan].’ [39:33]
Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Manthur, Hafiz Ibn Mardawiyya di dalam Manaqib, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, mengatakan dari pengulas pilihan, menyatakan yang berikut dengan pengesahan Ibn Abbas dan Mujahid:
‘Dia yang membawa kebenaran adalah Muhammad dan dia yang mengesahkannya adalah Ali Ibn Abi Talib.’
[3] Allah berkata di dalam surah Hadid dari al-Quran: ‘Dan mereka yang benar-benar percaya kepada Allah dan rasulnya, ini adalah mereka yang benar dan taat pada pandangan tuhan mereka; mereka pasti dapat ganjaran dan cahaya mereka..’[57:19]
Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Manazil Mina’l-Qur’an Fi Ali, menyatakan dari pengesahan ibn Abbas bahawa ayat itu pada memuji Ali merujuk kepadanya sebagai diantara mereka yang benar.
[4] Di dalam surah Nisa Allah berkata: ‘Dan sesiapa mentaati Allah dan rasul, ini adalah mereka yang diatasnya Allah telah berikan nikmat dari diantara nabi-nabi dan yang benar dan yang syahid dan yang baik dan merekalah teman yang baik-baik.’ [4:69]
Di dalam ayat ini juga yang benar merujuk kepada Ali. Terdapat banyak hadith oleh ulama kamu dan juga kami, yang menunjukkan bahawa Ali adalah yang benar dan sebenarnya yang paling mulia dari yang benar.

ALI YANG PALING TINGGI DIANTARA YANG BENAR
Banyak dari ulama terkenal kamu telah menulis di dalam buku mereka bahawa nabi berkata: ‘Terdapat 3 orang yang paling benar – Hizqil, seorang yang beriman diera Firaun; Habib Najjar di dalam surah Yasin dan Ali Ibn Abi Talib yang melebihi dari mereka semua.’ Nama yang berikut ini semuanya telah merakamkan hadith tersebut: Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir Kabir; Imam Tha’labi di dalam Kashfu’l-Bayan; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Manthur; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Shirwaih di dalam Firdaus; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 451; Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; dan Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa [30 dari 40 hadith yang dia ulas semuanya mengenai kemuliaan Ali] menyebutnya dari Bukhari, yang mengatakan dari Ibn Abbas, dengan pengecualian rangkap yang terakhir.
Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 42, menyebutnya dari Musnad Imam Hanbal; Abu Nu’aim Ibn Maghazili Shafi’i; penulis terkenal Khawarizmi, menyebutnya dari Abu Laila dan Abu Ayyub Ansari, di dalam Manaqib; Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, [dan banyak lagi yang lain] menyebutkan bahawa nabi berkata: ‘Terdapat 3 orang yang paling benar: – Habib Hajjar, seorang beriman yang disebutkan di dalam surah Yasin yang berkata: ‘Wahai manusia! Ikutilah para nabi;’ Hizqil, seorang yang beriman dizaman Firaun, yang berkata, ‘‘Adakah kamu membunuh sesaorang yang menyembah Allah?’ dan Ali Ibn Abi Talib, yang tertinggi dari mereka semua.’
Manusia menjadi hairan melihat bagaimana pemahaman kamu telah dikelirukan oleh kefanatikkan. Kamu sendiri membuktikan dengan berbagai hadith dan disahkan oleh al-Quran, bahawa Ali menduduki tempai yang tertinggi diantara yang benar dan sebaliknya kamu mengelar orang lain sebagai siddiq, walaupun tidak terdapat satu ayat pun yang telah mengatakan mengenai dirinya sebagai benar.
Tuan-tuan! Berlaku adillah. Adakah patut untuk menolak keterangan orang yang dikatakan oleh Allah sebagai siddiq di dalam al-Quran, seorang yang telah diarahkan untuk kita ikuti?

ALI BERSAMA KEBENARAN DAN AL-QURAN.
Nabi berkata: ‘Ali bersama kebenaran dan kebenaran berputar mengelilingi dia.’ Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh, jilid IV, ms 321, Hafiz Ibn Mardawiyya di dalam Manaqib, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Masnad, Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid I, ms 111, Ibn Hajar Makki di dalam Jam’u’s-Saghir, jilid II, ms 74,75, 140 dan Sawa’iq-e-Muhriqa, bab IX, Fasl 11, hadith 21, menyebutnya dari Umme Salma dan Ibn Abbas juga di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 65, ms 185, diambil dari Jam’u’s-Saghir oleh Jalalu’d-din Suyuti, dengan sedikit tambahan, di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 116, Faizu’l-Qadir, jilid IV, ms 358, menyebutnya dari Ibn Abbas, Manaqibu’s-Sabi’in, ms 237, hadith 44 menyebutnya dari pengarang Firdaus; Sawa’iq-e-Muhriqa, bab 59, bahagian 2, ma 238, menyebutnya dari Umme Salma dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, sebahagian dari mereka menyebutnya dari Umme Salma, sebahagian dari A’yesha dan sebahagian dari Muhammad Bin Abu Bakr, semua menyampaikan bahawa mereka mendengar nabi berkata: ‘Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali; tidak terdapat berbezaan diantara keduanya, dan mereka tidak akan berpisah sehinggalah mereka bertemu dengan saya ditasik kauthar.’
Sebahagian penyampai telah menyatakan perkataan ini, ‘Kebenaran ada bersama Ali, dan Ali selalu bersama yang benar. Tidak ada perbezaan diantara keduanya, dan keduanya tidak akan berpisah dari satu dengan yang laiannya.’
Ibn Hajar menulis di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, bab 9, bahagian 2, ms 77, bahawa nabi ketika diranjang kematian berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkata: Kitab Allah dan keturunan saya, ahli bayt.’ Kemudian memegang tangan Ali, dia mengangkatnya dan berkata: ‘Ini Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan saling berpisah sehingga mereka bertemu dengan saya ditasik Kauthar. Kemudian saya akan tanya mereka mengenai perkara penggantian.’
Dan secara umum ianya telah disampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dengan kebenaran dan kebenaran bersama dengan dia. Mereka berputar diantara sesama mereka.’
Sibt Ibn Jauzi, di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma, ms.20, di dalam berkaitan dengan hadith ghadir, menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Dan yang benar itu bergerak mengelilingi Ali, di arah mana saja yang dia tuju.’ Sibt mengulasnya dengan berkata, ‘Hadith ini membuktikan jika ada terdapat perbezaan diantara Ali dengan para sahabat yang lain, yang benar pastinya bersama Ali.’

PATUH KEPADA ALI ADALAH PATUH KEPADA ALLAH DAH NABINYA.
Telah dirakamkan di dalam buku yang telah disebutkan dan buku-buku sahih yang lain dari kamu bahawa nabi selalu berkata: ‘Sesiapa yang patuh kepada Ali patuh kepada saya, dan seiapa yang patuh kepada saya patuh kepada Allah. Sesiapa yang engkar kepada Ali sesungguhnya engkar kepada saya dan sesiapa yang engkar kepada saya sesungguhnya telah engkar kepada Allah.’ Abu’l-Fath Muhammad Bin Abdu’l-Karim Shahrastani menyatakan di dalam Milal-wa-Nihal bahawa nabi berkata: ‘Yang sebenarnya adalah bahawa Ali adalah selalu benar, dan mereka yang mengikutnya adalah dijalan yang benar.’
Dengan segala kenyataan yang jelas yang telah disampaikan oleh buku kamu yang sahih, tidakkah menolak kepada Ali sama juga ertinya menolak kepada nabi?

KHALIFA ABU BAKR TIDAK MENGIKUTI PEMBUKTIAN PERUNDANGAN DI DALAM KES-KES LAIN.
Petunjuk kedua yang kamu telah katakan bahawa khalifa terpaksa bertindak dengan etika perundangan agama, oleh kerana ‘ayat pada pembuktian’ dengan maksudnya yang umum telah diguna pakai di dalam kes ini. Maka dengan ketiadaan saksi, dia tidak dapat memberikan ‘harta kepunyaan muslim’ kepada Fatima, pada dasar tuntutan dia seorang sahaja. Bahkan dia sungguh berhati-hati sehingga dia telah meminta, dengan bertentangan pada perundangan agama, saksi pada pemilik harta sebenar. Pertama saya telah katakan Fadak bukanlah harta milik muslim. Ianya telah diberikan kepada Fatima sebagai hadiah oleh bapanya, dan telah menjadi miliknya dari ketika itu.
Kedua, jika khalifa sebenarnya hendak mengikut perundangan agama, dia hendaklah dengan tegas mengikutinya di dalam semua keadaan. Mengapa dia memakai polisi dua cara berlainan? Dia biasa memberikan harta muslim kepada orang lain hanya dengan kata-kata sesaorang tanpa meminta bukti atau saksi. Tetapi di dalam kes harta Fatima dia menjadi begitu berhati-hati.
Ibn Abi’l-Hadid telah merekodkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 25, bahawa dia bertanya kepada Ali Ibnu’l-Fariqi, seorang guru di Madrasa Gharbi di Baghdad, sama ada Fatima benar, dan mengatakan yang sebenar mengenai tuntutannya. Dia berkata, ‘Ya,’ Saya berkata, ‘Jika dia benar dan berkata jujur, mengapa khalifa tidak memberikan Fadak bagi pihak dirinya?’ Fariqi tersenyum [walaupun dia bukan menyindir] dan berkata bahawa jika Abu Bakr telah menyerahkan Fadak kepada Fatima pada hari itu, dihari esoknya dia akan datang menuntut kedudukan khalifa untuk suaminya. Maka khalifa terpaksa memberikan haknya yang itu juga, oleh kerana dia telah menerima kebenarannya pada kes yang pertama.’
Menurut dari ulama kamu yang terkenal, kedudukan peristiwa amatlah jelas. Mereka telah menerima faktanya dari semenjak hari pertama lagi bahawa Fatima adalah yang benar, tetapi kedudukan politik telah meminta supaya mereka menolak tuntutan hak yang sah dari wanita malang yang tidak berdosa itu.

ABU BAKR MEMBERIKAN HARTA KEPADA JABIR TANPA MEMINTA DIADAKAN SAKSI.
Hafiz: Bilakah khalifa memberikan harta muslim tanpa meminta diadakan saksi?

Shirazi: Apabila Jabir menuntut bahawa nabi telah menjanjikan bahawa dia hendaklah dibayar dari rampasan yang didapati dari Bahrain, dia telah diberikan 1 500 dinar dari baitul-mal tanpa sebarang bantahan atau meminta diadakan saksi darinya.

Hafiz: Pertama, saya belum pernah melihat laporan yang sedemikian. Mungkin ianya di dalam buku kamu. Kedua, bagaiamana kamu boleh mengatakan saksi tidak diminta?

Shirazi: Adalah pelik bahawa kamu tidak pernah melihatnya. Ini laporan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari adalah satu-satunya hujah ulama di dalam menyokong pandangan mereka bahawa laporan dari satu orang penyampai yang adil dan benar dari kalangan sahabat adalah diterima.
Menurut, Sheikhu’l-Islam Hafiz Abdu’l-Fazl Ahmad Bin Ali Bin Hajar Asqalani berkata di dalam bukunya Fathu’l-Bari Fi Sharh-e-Sahihu’l-Bukhari: Laporan ini membuktikan bahawa sampaian dari seorang sahabat yang adil adalah diterima walaupun ianya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri kerana Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir di dalam menyokong tuntutannya.
Bukhari merekodkan laporang yang sama dengan lebih mendalam di dalam sahihnya. Di dalam Bab ‘Man Yakfal un mayyit dainan’ dan ‘Kitabu’l-Khuma fi Bab-e-ma Qata’an-nabi mina’l-Bahrain, dia menulis bahawa apabila harta rampasan Bahrain dibawa ke Madina, Abu Bakr mengistiharkan bahawa sesiapa yang telah dijanjikan harta oleh nabi Allah atau sesiapa yang mempunyai tuntutan yang tidak memuaskan hati mereka hendaklah datang menerima hak mereka. Jabir datang dan berkata: ‘Nabi menjanjikan kepada saya bahawa apabila Bahrain ditawan dan dibawah pemerintahan muslim; saya akan diberikan dengan hadiah dari harta itu.’’ Maka dengan itu Abu Bakr memberikan kepadanya 1 500 dinar tanpa meminta sebarang bukti, hanya sekadar diatas dasar tuntutannya sahaja.
Jalalu’d-din Suyuti juga merekodkan kejadian itu di dalam bukunya Ta’rikhu’l-Khulafa di dalam bahagian yang berkenaan dengan khalifa Abu Bakr.
Wahai manusia yang adil: Tolong katakan kepada kami dengan nama Allah adakah ini satu keadilan? Yang pastinya terdapat adanya tindakkan berpihak disini, bagaimana diperbolehkan Abu Bakr menentang ‘ayat pada pembuktian’ dan memberikan wang kepada Jabir diatas dasar tuntutannya seorang sahaja? Selain itu Bukhari di dalam sahihnya dan banyak yang lain lagi dari ulama dan kaum perundangan golongan kamu, menerima pembuktian seorang, dari sahabat yang adil walaupun jika ianya memberikan faedah kepada diri orang perseorangan? Tidakkah Ali seorang individu yang paling sempurna diantara semua para sahabat? Jika kamu mempertimbangkan perkara ini dengan jujur kamu akan mengakui bahawa ini bukan sahaja pada penolakkan keadilan, malah ianya semua adalah kuasa dan penipuan yang terangan-terangan.

Hafiz: Saya fikir Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir kerana dia adalah seorang sahabat nabi yang rapat. Dia tentunya mendengar nabi berkata: ‘Jika sesiapa memberikan kenyataan yang palsu dari saya, tempat tinggalnya adalah neraka.’ Diberikan amaran yang keras ini, adalah satu bukti yang sahabat rapat yang di didik oleh nabi tidak akan membuat gerakkan yang salah dengan memberikan keterangan palsu dari nabi Allah.

Shirazi: Adakah Jabir lebih rapat kepada nabi dari Ali dan Fatima, siapakah yang telah di didik secara khusus oleh nabi?

ALI DAN FATIMA ADALAH RUJUKAN PADA AYAT KESUCIAN.
Hafiz: Telah pasti Ali dan Fatima adalah lebih rapat kepada nabi Allah, kerana mereka dibawah jagaan dan didikan baginga semenjak lahir.

Shirazi: Maka kamu hendaklah mengakui bahawa Ali dan Fatima pastinya mengikut amaran itu dengan patuh dan tidak boleh, dari apa yang dikatakan nabi, membuat tuntutan yang palsu. Dan bagi pihak Abu Bakr hendaklah menerima tuntutan Fatima, oleh kerana kedudukan keduanya adalah lebih tinggi dari Jabir [sebagaimana yang kamu telah akui]. Malahan kedudukan mereka lebih tinggi dari semua para sahabat. Merekalah yang berhak pada ‘Ayat kesucian’ dan juga yang ma’sum. Ayat itu mewahyukan kesucian mereka berlima: Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Bahkan ulama kamu telah mengesahkan kebenaran mereka yang suci ini.
Dengan mengenai Amirul-Mukminin, saya telah mengatakan kepada kamu bahawa nabi memanggil beliau, ‘Yang palin benar di dalam seluruh ummah,’ dan Allah telah memanggil beliau yang benar di dalam al-Quran. Untuk kebenaran pada diri Fatima Zahra, terdapat banyak juga hadith yang sedemikian. Diantaranya terdapat satu yang disampaikan oleh Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 42, dari A’yesha, yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat sesiapa yang lebih benar dari Fatima melainkan bapanya.’

Hafiz: Kenyataan kamu bahawa ayat itu diwahyukan di dalam memuji lima orang tidak dapat diterima. Selama di dalam perbincangan ini kamu telah menunjukkan pengetahuan yang mendalam di dalam buku-buku kami. Kini kamu hendaklah menerima dalam hal ini kamu telah tersalah, oleh kerana pengulas seperti Qazi Baidhawi dan Zamakhshari percaya bahawa ayat suci ini telah diwahyukan di dalam memuji para isteri nabi. Dan jika ada terdapat rekod yang mengatakan ianya diwahyukan pada memuji lima orang itu, ianya pasti yang lemah. Sebabnya adalah, bahawa ayat itu dengan sendirinya membuktikan pertentangan kepada maksud kamu. Kontek bagi ‘ayat kesucian’ adalah berkaitan dengan para isteri nabi dan bahagian yang ditengah tidak boleh dikeluarkan dari kontek asal.

MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAT KESUCIAN BUKAN PADA MEMUJI PARA ISTERI NABI.
Shirazi: Tuntutan yang diketengahkan oleh kamu boleh disangkal dari banyak pandangan. Kamu katakan bahagian yang tengah yang mengikuti bahagian yang hadapan adalah berkenaan para isteri nabi, dan makanya ahli bayt diketepikan dari ayat yang suci itu. Jawapan saya adalah, seperti mana yang kerap berlaku di dalam perbincangan kita, kita mengalihkan pandangan dari satu orang kepada yang lain kemudian kita kembali kepada orang yang pertama semula. Terdapat banyak contoh yang sebegini di dalam penulisan orang-orang Arab terkenal dan juga puisi mereka. Di dalam al-Quran sendiri terdapat banyak contoh yang sedemikian. Bahkan jika kamu teliti bahagian yang dipersoalkan, al-Ahzab, setelah mengatakan kepada para isteri nabi, penumpuan telah beralih kepada yang beriman. Kemudian kepada para isteri diperkatakan semula. Masa tidak mengizinkan saya untuk menyatakan penghuraian mengenai penerangannya dengan lebih lanjut lagi.
Kedua, jika ayat ini adalah mengenai para isteri nabi, gantinama yang digunakan di dalamnya hendaklah perempuan. Disebabkan gantinama yang digunakan adalah lelaki, kita telah tahu bahawa rujukkannya bukanlah kepada isteri nabi, tetapi kepada keturunan nabi.

Nawab: Jika Fatima juga termasuk di dalam kumpulan itu mengapa gantinama perempuan tidak digunakan?

Shirazi: [Memandang kepada para ulama] Tuan yang dihormati: kamu tahu bahawa di dalam ayat ini, walaupun Fatima adalah seorang dari yang dirujuk, gantinama lelaki digunakan kerana ianya adalah gantinama dipengaruhi. Iaitu di dalam dua kumpulan lelaki dan wanita, kumpulan lelaki lebih diberatkan. Di dalam ayat ini pada menggunakan gantinama lelaki dengan sendirinya telah membuktikan bahawa kenyataan ini bukanlah lemah, tetapi dengan segala kekuatan. Selain itu pada melihat ramainya ahli lelaki, gantinamanya hendaklah di dalam lelaki kerana di dalam lima yang suci hanya terdapat seorang wanita dan empat lelaki. Jika ayat ini untuk para isteri nabi, menggunakan gantinama lelaki untuk wanita pastinya salah sama sekali. Selain dari itu, rumusan yang dibuat dari hadith yang sahih di dalam buku kamu adalah ayat itu diwahyukan pada memuji keturunan nabi dan bukan merujuk kepada para isteri.
Walaupun Ibn Hajar seorang fanatik yang keterlaluan telah berkata di dalam Sawaiq-e-Muhriqa bahawa kebanyakkan pengulas percaya bahawa ayat itu telah diwahyukan pada memuji Ali, Fatima, Hasan dan Husain.

ISTERI NABI TIDAK TERJUMLAH DI DALAM AHLI BAYT.
Kita ketepikan sebentar penghujahan, para isteri nabi tidak termasuk di dalam ahli bayt.
Ianya telah disampaikan di dalam sahih Muslim dan Jam’u’l-Usul bahawa Hasan Ibn Samra tanya Zaid Ibn Arqam sama ada para isteri nabi terjumlah di dalam ahli bayt. Zaid berkata: ‘Demi Allah, tidak. Seorang isteri bersama dengan suaminya untuk waktu tertentu, tetapi apabila dia diceraikan, dia pulang kepada keluarga bapanya, bersama dengan keluarga ibunya, dan terputus terus dari suaminya. Ahli bayt adalah ahli keluarga nabi yang mana sedekah diharamkan. Mereka tidak akan berpisah dengan ahli bayt walau kemana mereka pergi.’
Selain dari pandangan yang jelas dari diantara shia 12 Imam mengenai keturunan yang suci, terdapat banyak hadith yang merekodkan di dalam buku kamu, yang menolak anggapan bahawa para isteri nabi termasuk di dalam ahli bayt.

BANYAK HADITH MENGENAI ‘AYAT KESUCIAN’ ADALAH PUJIAN KEPADA LIMA YANG SUCI.
Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Imam Fakhru’d-d Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid VI, ms 783; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid V, ms 199 dan Khasa’isu’l-Kubra, jilid II, ms 264; Nishapuri di dalam Tafsir, jilid III; Imam Abdu’r-Razzaq ar-Ra’sani di dalam Tafsir Rumuzu’l-Kunuz; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 208; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, jilid IV, ms 204 dan 206; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, ms 188; Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, jilid II, ms 133 dan jilid VII, ms 140; Nabhani di dalam Sharafu’l-Mu’ayyid, Edisi Beirut , ms 10; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 100, dengan enam hadith sahih dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 33, dengan pengesahan Sahih Muslim menyebut dari penyampaian Ummu’l-Mu’minin A’yesha; 10 sebutan dari Tirmidhi, Hakim Ala’u’d-Dowlat Semnani, Baihaqi, Tibrani, Muhammad Bin Jarir, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Abi Shaiba, Ibn Munzir, Ibn Sa’d, Hafiz Zarandi, dan Hafiz Ibn Mardawiyya sebagaimana yang disampaikan oleh Ummu’l-Mu’minin Umme Salma, Umar Bin Abi Salma, (yang telah dibesarkan oleh nabi), Anas Bin Malik, Sa’d Bin Abi Waqqas, Wathila Ibn Asqa’, dan Abu Sa’id Khudri berkata bahawa ‘ayat kesucian’ telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Bahkan Ibn Hajar Makki, walaupun menentang shia di dalam banyak segi telah mengakui akan maksudnya yang sebenar dalam tujuh cara. Dia berkata di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji Muhammad, Ali, Fatima, Hasan, dan Husain dan hanya pesonaliti itu sahaja yang dirujuk oleh ayat itu.
Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Kitab-e-Rashqatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.), bab 1, ms 14-19, menyampaikan dari Tirmidhi, Ibn Jarir, Ibn Munzir, Hakim, Ibn Mardawiyya, Baihaqi, Ibn Abi Hatim, Tibrani, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Kathir, Muslim Bin Hajjaj, Ibn Abi Shaiba, dan Samhudi pada asas penyelidikkan dan kerja ulama kamu, bahawa ayat suci ini diwahyukan pada memuji lima yang suci itu.
Di dalam Jam’i-Bainu’s-Sihahu’s-Sitta, Mauta dari Imam Malik Bin Anas, Sahih dari Bukhari aan Muslim, Sunan dari Abu Dawud dan Sijistani, dan Tirmidhi, Jam’u’l-Usul dan buku-buku yang lain, ulama dan ahli sejarah kamu secara umum mengesahkan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Dan menurut dari golongan kamu, hadith ini telah disampaikan tanpa terputus.

HADITH DARI UMME SALMA MENGENAI ‘HARRIRA’ [BUBUR MANIS] DARI FATIMA DAN WAHYU ‘AYAT KESUCIAN’
Banyak penyampai hadith telah merakamkan insiden mengenai harrira. Diantara mereka adalah Imam Tha’labi di dalam Tafsir, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, dan Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul, menyebutnya dari sahih Tirmidhi dan Muslim: kesemuanya menyampaikan dari isteri nabi, Ummu’l-Mu’minin Umme Salma yang berkata: ‘Nabi berada dirumah saya apabila Fatima membawa semangkuk harrira untuk baginda. Pada ketika itu dia sedang duduk dianjung dimana dia selalu tidur. Dia mempunyai selimut Khaibari bersama dengannya. Saya sedang solat didalam bilik saya. Nabi menyuruh Fatima memanggil suami dan anak-anaknya. Sebentar kemudian Ali, Hasan dan Husain masuk dan semuanya berkongsi harrira tersebut. Jibril muncul dan mengwahyukan ayat suci ini kepada nabi: ‘Allah hanya hendak menjauhkan kekotoran daripada kamu . Wahai ahli bayt dan untuk mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna.’ [33:33]
Kemudian nabi menutup mereka semua dengan selimut, mengangkat tangannya kearah langit, dan berkata: ‘Wahai Allah, ini adalah ahli keturunan saya. Jauhkanlah dari mereka semua kekotoran dan sucikanlah mereka dengan kesucian yang sempurna.’ Umme Salma berkata bahawa dia bergerak kehadapan dan berhasrat untuk masuk kedalam selimut dengan berkata: ‘Wahai nabi Allah, bolehkah saya masuk bersama dengan mereka?’ Nabi menjawb: ‘Tidak, tinggallah ditempatmu, kamu adalah yang mulia.’ Ini bererti dia tidak boleh dijumlahkan diantara ahli bayt dan sampai ketahap kedudukan itu, tetapi akhir baginya adalah baik.
Imam Fakhru’d-din Razi di dalamTafsir; menambah bahawa nabi berkata: ‘Semua dosa telah terjauh dari kamu’ dan kamu telah diberikan pakaian rahmat.’ Ya amat pelik dengan ulama kamu yang zalim adalah, mereka yang telah menulis di dalam buku-buku yang sahih bahawa Ali dan Fatima adalah terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ [dan kekotoran yang amat keji adalah berdusta]. Malah mereka monalak Imamnya Ali [wazir] dan enggan untuk menerima keterangan beliau pada menyokong Fatima mengenai tuntutnya kepada Fadak. Tidak dapat difahami atas kriteria apa mereka yang mengatakan adil, telah bentuk cara pada mengadili.

FADAK TELAH DIAMBIL ATAS SEBAB POLITIK.
Sekarang marilah kita kembali kepada tujuan kita yang mula. Adakah wajar untuk menolak kenyataan Ali Dan Fatima dan menghalang mereka dari hak sendiri, tetapi menerima tuntutan Jabir tanpa teragak-agak walaupun dia hanya seorang muslim biasa.

Hafiz: Tidak boleh diterima langsung bahawa khalifa nabi, yang begitu akrab dengan nabi, sanggup merampas Fadak. Sebenarnya Fadak tidak ada apa gunanya kepada khalifa, yang memilikki keseluruh baitul-mal muslim dibawah kawalannya.

Shirazi: Memang nampak jelas dia tidak memerlukannya. Tetapi kumpulan politik diketika itu menganggapnya perlu untuk menghancurkan keluarga nabi. Mereka menjadikan jiwa-jiwa yang suci ini dengan berbagai-bagai kerisauan, penderitaan dan kemiskinan, maka jiwa yang suci ini tidak akan memikirkan tentang kedudukan khalifa. Manusia dunia ini telah melakukan apa sahaja yang boleh untuk menjadikan diri mereka kaya dengan harta dunia.
Ahli politik ini sedar bahawa jika keluarga suci ini mempunyai kuasa diatas harta dunia, manusia pastinya akan cenderung kepada mereka. Pertimbangan politik telah membuatkan mereka merampas Fadak dan menutup segala punca pencarian kewangan keluarga suci itu.

KHUM DITEGAH.
Diantara perkara yang dihalang kepada mereka adalah khum, yang mana telah banyak ditekankan di dalam al-Quran. Oleh kerana Allah telah melarang sedekah kepada nabi dan keturunannya, pintu khum telah dibukakan untuk mereka. Dia berkata di dalam al-Quran surah 8 [Anfal]: ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja keuntungan yang kamu dapati, satu perlima darinya adalah hak Allah dan juga rasul dan kepada saudara terdekat dan juga yang bermusafir.’ [8:41]
Keperluan ini telah diadakan supaya keturunan nabi dapat hidup dalam aman dan tidak memerlukan bantuan dari ummah. Tetapi setelah wafatnya nabi, mereka telah dihalang dari hak-hak mereka juga. Khalifa Abu Bakr menafikan hak ahli bayt ini dan mengatakan bahawa khum hendaklah digunakan untuk peralatan perang. Maka keluarga nabi telah dijadikan tidak berdaya dari segala sudut.
Imam Shafi’i Muhammad Bin Idris memberitahu mengenai perkara itu di dalam kitabnya Kitabu’l-Umm, ms 69: ‘Keturunan nabi yang mana Allah telah memperuntukkan sebahagian khum sebagai ganti sedekah, tidak boleh diberikan apa-apa bahagian, besar atau kecil, dari pemberian yang wajib. Ini semua telah dilarang kepada mereka, ahli bayt untuk menerimanya. Orang yang sengaja memberikan pemberian yang wajib kepada ahli bayt, tidak akan diterima dari mereka tanggong jawab mereka. Dengan menafikan hak mereka kepada khum, sedekah yang telah terlarang kepada mereka tidak juga dibolehkan.
Sehingga kepada masa khalifa Umar bin Khattab, keturunan nabi telah dihalang dari tutntutan hak mereka sebenar dengan alasan bahawa jumlah khum sangatlah besar maka tidaklah boleh diberikan kepada saudara terdekat nabi. Ianya telah diputuskan bahawa wang itu untuk digunakan pada keperluan tentera. Mereka telah dinafikan hak mereka sehingga kehari ini.

Hafiz: Imam Shafii berkata bahawa khum hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian; satu bahagian kepada nabi, yang mana digunakan untuk perbelanjaan dan keperluan muslim, bahagian kedua adalah kepada saudara terdekat dan bagi yang tiga bahagian lagi adalah untuk anak yatim, yang memerlukan dan musafir.

Shirazi: Pengulas secara umum setuju bahawa di masa hidupnya nabi ayat itu talah diwahyukan untuk menolong kepada saudara terdekat dan juga keturunan nabi. Khum telah digunakan untuk perbelanjaan mereka. Menurut perundangan shia, dengan mematuhi kepada amalan yang amalkan oleh keturunan nabi dan juga para Imam yang suci serta mematuhi kepada pengertian ayat al-Quran yang disebutkan diatas, khum dibahagikan kepada enam bahagian. Tiga bahagian diperuntukkan kepada Allah, Nabi dan keluarga yang terdekatnya iaitu kepada Imam, dan beliau di dalam era ghaib, kepada wakilnya, seorang mujtahid. Dia adalah adil dan pakar perundangan islam, yang membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan muslim, menurut pertimbangannya sendiri. Tiga bahagian lagi adalah peruntukkan anak yatim, yang memerlukan, dan pengikut lkhlas nabi. Tetapi setelah wafatnya nabi, hak ini telah dinafikan kepada keturunannya. Ulama kamu yang terkenal seperti Jalalu’d-din Suyuti, di dalam Durru’l-Mansur, jilid III; Tabari, Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l- Bayan, Jarullah Zamakhshari di dalam Kashshaf, Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, Nisa’i di dalam Kitab-e-Alfiy, dan yang lain, semua mengesahkan fakta bahawa bida’ah telah diperkenalkan oleh ahli politik yang licik [pintar belit] setelah wafatnya nabi.

Hafiz: Kamu fikir bahawa mujtahid mempunyai hak pada menjalankan perundangan ini. Tidakkah khalifa Abu Bakr dan Umar menggunakan pertimbangannya dan cuba menolong muslim?

KHALIFA TIDAK BOLEH MENGELUARKAN PERINTAH YANG BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN YANG TERANG DARI ALLAH DAN JUGA PADA AMALAN NABI.
Shirazi: Sudah pasti mujtahid mempunyai hak membuat keputusan, tetapi dia tidak boleh memutarkan perintah yang jelas. Adakah kamu memihak kepada pendapat khalifa Abu Bakr dan Umar, dari apa yang dikatakan oleh ayat al-Quran yang dikatakan tadi dan juga kepada amalan nabi? Sila berlaku adillah dan beritahu kepada kami sama ada mereka mempunyai motif tertentu disebalik ini semua. Orang yang mempunyai minda yang waras akan mengakui bahawa ini semua bukan suatu perkara biasa, tetapi tujuan mereka adalah hendak membuat keluarga nabi Muhammad lumpuh tidak berdaya [secara ekonomi].

ALLAH TELAH MENJADIKAN ALI SAKSI NABI.
Selain dari semua ini, Allah telah mengistiharkan Ali sabagai saksi nabi. Dia berkata di dalam al-Quran, ‘Adalah dia kemudian telah mendapat bukti yang jelas dari tuhannya, dan penyaksian darinya….. petunjuk dan rahmat?’ [11:17]

Hafiz: Sejauh yang saya tahu ‘yang mendapat bukti yang nyata dari tuhannya’ bererti nabi dan ‘saksi’ bererti al-Quran. Mengapa kamu katakan bahawa saksi disini bererti Ali?

Shirazi: Saya tidak menyatakan pendapat saya mengenai al-Quran. Apa yang kami tahu adalah dari keturunan nabi bahawa saksi disini bererti Ali. Para ulama dan juga pengulas mempunyai pandangan yang sama. Ulama kamu yang ternama telah merakamkan lebih kurang 30 hadith untuk menyokong perkara ini. Sebagai contoh Imam Abu Ishaq Tha’labi menyatakan 3 hadith di dalam Tafsir; Jalalu’d-din Suyuti menyatakan di dalam Durru’l-Mansur dari Ibn Mardawiyya, Ibn Abi Hatim, dan Abu Nu’aim; Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini mengatakan di dalam Fara’idu’s-Simtain dari tiga punca; Sulayman Balkhi Hanafi menyatakan di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari Tha’labi, Hamwaini, Khawarizmi, Abu Nu’aim, Waqidi dan Ibn Abdullah Ansari dan lainnya; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani mengatakan dari punca berlainan; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i, Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, Ibn Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (lihat bukunya Kifayatu’t-Talib, bab 62) dan yang lainnya dari ulama kamu yang menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan; ‘saksi’ di dalam ayat itu bererti Ali Ibn Abi Talib. Khatib Khawarizmi writes in his Manaqib bahawa orang bertanya Ibn Abbas apa yang dimaksudkan dengan ‘saksi’ Dia berkata, ‘Itu merujuk kepada Ali, yang menjadi saksi pada nabi.’Maka menurut dari kenyataan ini, semuanya dari buku ulama kamu yang boleh dipercayai, adalah wajib bagi ummah menerima keterangan Ali. Allah sendiri telah mengatakan dia sebagai saksi kepada nabi. Sebagaimana nabi mengakui kualiti tertentu pada diri Khazima bin Thabit, dengan mengatakan bahawa keterangan dia bersamaan dengan dua saksi muslim dan memberikan dia dengan gelaran Dhu’sh-Shahadatain, Allah yang maha besar yang menyatakan ayat ini telah meninggikan kedudukan Ali dan telah memperkenalkan dia sebagai saksi untuk nabi. Saya hairan atas dasar apa yang terdapat di dalam agama, yang membolehkan manusia itu menolak keterangan Ali.
Bolehkah kamu menerima keputusan mereka bahawa, Ali Ibn Abi Talib, yang paling menolak kepada kekayaan dunia dan yang mana perangai dan peribadi telah diakui oleh kawan dan musuh sama sahaja, adalah manusia yang tamakkan dunia? Bahkan perkataan yang lebih keji telah digunakan kepadanya, yang mana saya tidak dapat sebutkan. Kesemuanya telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu.
Maka dengan menggunakan perkataan ‘faedah peribadinya terlibat dalam kes ini’ mereka cuba untuk meyakinkan manusia bahawa ada kemungkinan untuk Ali memberikan keterangan yang palsu untuk faedah isteri dan anak-anaknya. Semoga Allah mengampunkan kata-kata saya. Bagaimana anehnya, walaupun Allah telah mengenalkan dia sebagai saksi yang dipercayai, manusia yang icik ini telah menolak keterangannya.

PENDERITAAN MENTAL ALI.
Walaupun al-Quran telah memperkatakan kebenaran Ali, dia terus menderita dari tuduhan-tuduhan ahli politik. Dia berkata di dalam syarahan Shiqshiqayya nya: ‘Saya menahan derita yang amat sangat. Ianya seolah saya telah ditikam dimata dan dicekik dileher.’ Perkataan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Imam telah menderita. Dia berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa anak Abu Talib lebih suka mati dari bayi yang sedang menyusu pada susuan ibunya.’ Apabila yang terkutuk Abdur-Rahman Ibn Muljim Muradi memukul kepalanya dengan pedang beracun, dia berkata: ‘Dengan Tuhan Kabah, saya telah berjaya.’
Tuan sekelian, apa yang berlaku telahpun berlaku. Tetapi sekarang, adalah tidak wajar ulama yang terpelajar seperti kamu telah menyebabkan lebih banyak masalah kepada orang yang dicintai oleh Allah dan nabinya dengan membuat salah faham diantara manusia yang tidak tahu. Kamu semua tahu bahawa menyakiti Ali Ibn Abi Talib adalah sama seperti menyakiti nabi Allah.

HADITH MENGUTUK MEREKA YANG MENYAKITI ALI.
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Imam tha’labi di dalam Tafsir dan Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Sesiapa yang menganiaya Ali, menganiya saya. Wahai manusia sesiapa yang menganiya Ali akan dibangkitkan pada hari keadilan sebagai yahudi atau kristian.’
Ibn Hajar Makki pada ms 78 pada bahagian II, bab 9, hadith 16 dari Sa’d Ibn Abi Waqqas dan Muhaddad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 68, berkata dengan pengesahan yang baik bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa yang menganiya Ali sesungguhnya dia telah menganiya saya.’

Saya teringat satu lagi hadith. Izinkan saya menyampaikannya. Untuk menyampaikan hadith nabi dan mendengarkan padanya adalah ibadah. Hadith ini telah dirakamkan oleh Bukhari di dalam Sahih; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Manazala Mina’l-Qur’an fi Ali’; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib telah menyampaikannya. Hakim Abu’l-Qasim Haskani juga menyampaikannya dari Hakam Abu Abdullah Hafiz, dia dari Ahmad Bin Muhammad Bin Abi Dawud Hafiz, dia dari Ali Bin Ahmad Ajali, dia dari ‘Ibad Bin Yaqub, dia dari Artat Bin Habib, dia dari Abu Khalid Wasti, dia dari Zaid Bin Ali, dia dari bapanya Ali Bin Husain, dia dari bapanya, Husain Ibn Ali, dia dari bapanya Ali Ibn Ali Talib; setiap dari penyampai itu berkata bahawa nabi berkata sedang dia baginda memegang sehelai dari janggutnya: ‘Wahai Ali, sesiapa yang menyakiti sehelai dari rambut kamu, sesungguhnya telah menyakiti saya, sesiapa yang menyakiti saya telah menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah adalah dikutuk oleh Allah.’
Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Rashfatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi, (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.) bab IV, ms 60, menyampai dari Kabir oleh Tabrani, Sahih oleh Bin Habban, dan Hakim, pada pengesahan Amiru’l-Mu’minin, bahawa nabi Allah berkata: ‘Semuga Allah mengutuk keatas sesiapa yang menyedihkan saya mengenai dengan keturunan saya.’

ALI TELAH DISAKITI DAN DIHINA.
Tuan-tuan pertimbangkanlah apa yang telah terjadi. Keterangan Ali telah ditolak dihadapan umum. Harta Fatima telah dirampas. Fatima merasakan pukulan yang begitu hebat keatas dirinya sehingga beliau meninggalkan dunia ini di dalam usia yang begitu muda, penuh dengan kemarahan.

Hafiz: Ya pada mulanya Fatima marah, tetapi akhirnya apabila dia melihat keputusan khalifa adalah betul, dia sudah tidak marah lagi. Akhirnya dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kepuasan dan ridha.

FATIMA KEKAL MARAH KEPADA ABU BAKR DAN UMAR SEHINGGA DIA MENINGGAL DUNIA.
Shirazi: Jika apa yang kamu katakan adalah benar, mengapa ulama terkenal kamu menulis yang sebaliknya? Sebagai contoh, dua ulama yang paling dipercayai, Bukhari and Muslim, menulis di dalam Sahih mereka bahawa Fatima mengenepikan Abu Bakr kerana dia marah. Disebabkan oleh kemarahannya dia tidak berkata-kata kepada Abu Bakr disepanjang baki hidupnya. Apabila dia meninggal, suaminya Ali, mengkebumikannya dimalam hari. Dia tidak membenarkan Abu Bakr melakukan solat jenazah untuknya.
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i telah merakamkan kenyataan yang sama di dalam Kifaya, bab 99. Juga Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari di dalam bukunya Imama wa’s-Siyasa, ms 14, menulis bahawa Fatima, ketika sakit diranjang, berkata kepada Abu Bakr dan Umar: ‘Biar Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah membuat saya marah. Apabila berjumpa dengan nabi Allah, saya pastinya akan mengadu mengenai kamu.’ Buku yang sama juga merakamkan: ‘Fatima marah dengan Abu Bakr dan enggan berjumpa dengannya untuk sepanjang baki hidupnya.’
Selain itu terdapat banyak lagi rakaman seperti demikian di dalam buku sahih kamu.

KESEDIHAN FATIMA ADALAH KESEDIHAN ALLAH DAN JUGA NABI.
Terdapat haduth yang terkenal yang telah disampaikan oleh ulama kamu seperti Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sulayman Qanduzi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, menyatakan dari Tirmidhi, Hakim dan lainnya dengan sedikit perbezaan kepada perkataan, bahawa nabi telah berulang kali berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya, dia adalah cahaya mata saya, dia adalah buah hati saya, dia adalah belahan jiwa saya. Sesiapa yang menyedihkannya telah menyedihkan saya; sesiapa yang menyedihkan saya telah menyedihkan Allah; sesiapa yang membuat dia marah telah membuat saya marah; sesiapa yang telah menyakiti dia telah menyakiti saya.’
Ibn Hajar Asqalani, di dalam al-Isaba fi tamyiz as-Sahaba, menyebut dari Sahihs oleh Bukhari dan Muslim bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; apa yang menyakiti dia menyakiti saya; apa yang meninggikan tahap keruhaniannya meninggikan keruhanian saya.’
Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 40, dan Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Fatima, anak perempuan saya, adalah sebahagian dari badan saya; apa yang membuat dia suka, membuat saya suka; apa yang menyakitinya telah menyakiti saya.’ Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad (Raghib Ispahani) menyampaikan di dalam Mahadhiratu’l-Ubada, jilid II, ms 204, bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; makanya sesiapa yang membuat dia marah, telah membuat saya marah.’
Hafiz Abu Musa Bin Muthanna Basri (mati pada 252 H.) di dalam bukunya Mu’ajam; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 35; Abu Ya’la Musili di dalam Sunan; Tibrani di dalam Mu’ajam; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid VII, ms 154; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba; Hafiz Ibn Asakir di dalam Ta’rikh-e-Shami; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 175; Muhibu’d-din Tabari di dalam Dhakha’ir, ms 39, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms 105 dan Abu Irfanu’s-Subban di dalam As’afu’r-Raghibin, ms 171, telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata kepada anak perempuannya: ‘Wahai Fatima, sesungguhnya, jika kamu marah, Allah juga akan menjadi marah; jika kamu gembira Allah juga turut gembira.’
Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih, di dalam bab Manaqib Qarabat-e-Rasulullah, ms 71, menyebut dari Miswar Bin Makhrama yang mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; maka sesiapa yang membuat Fatima marah, telah membuat saya marah.’ Terdapat banyak hadith yang sedemikian di dalam buku sahih kamu, seperti sahih Bukhari; sahih Muslim; Sunan oleh Abu Dawud; Tirmidhi; Musnad oleh Imam Hanbal; Sawa’iq-e-Ibn Hajar; dan Sheikh Sulayman Balkhi’s Yanabiu’l-Mawadda. Bagaimana kamu boleh selaraskan hadith ini semua yang merakamkan bahawa Fatima tidak meninggalkan dunia marah dengan terhadap mereka?

PERTUDUHAN MENGENAI NIAT ALI HENDAK MENGAHWINI ANAK PEREMPUAN ABU JAHL.
Sheikh: Hadith ini adalah betul, tetapi ianya juga dinyatakan oleh Ali bahawa, apabila dia berhasrat untuk mengahwini anak perempuan Abu Jahl, nabi Allah menjadi marah dengannya dan berkata: ‘Sesiapa yang menyedihkan Fatima menyedihkan saya, dan sesiapa yang menyedihkan saya adalah yang terkutuk oleh Allah.’

Shirazi: Kita hendaklah menerima atau menolak sesuatu perkara dengan menggunakan minda yang waras dan kebijaksanaan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Maka berikan khabar gembira kepada hamba-hambaKu, mereka yang mendengarkan perkataan, yang mengikuti yang terbaik darinya, mereka adalah yang mendapat petunjuk dari Allah, dan mereka adalah orang yang mengerti.’ [39:19]
Kenyataan itu telah disampaikan oleh orang yang terdahulu kamu. Hari ini kamu menyokong kata-kata mereka tanpa mempertimbangkan kewibawaan mereka. Saya terpaksa memberikan kepada kamu jawapan yang ringkas. Pertama, ulama kamu sendiri telah mengakui fakta bahawa Ali terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ dan adalah sempurna sucinya. Kedua, di dalam ayat Mubahila, Allah telah memanggil dia ‘diri’ kepada nabi, sebagaimana kita telah bincangkan dimalam-malam yang lalu. Kami telah tunjukkan juga bahawa dia adalah ‘pintu bagi kota ilmu nabi Allah’ dan benar-benar memahami perintah dan perundangan al-Quran. Dia mengetahui bahawa Allah telah berkata di dalam surah al-Ahzab: ‘Dan adalah tidak wajar bagi kamu yang kamu harus menyusahkan rasul Allah.’ [33:53]
Oleh kerana itu semua adalah benar, maka bagaimana Ali boleh melakukan atau mengatakan sesuatu yang akan menyusahkan nabi? Dan bagaimana pula sesaorang boleh memikirkan sesuatu yang begitu tinggi kemuliaannya; dan nabi akan merasa susah hati dengan peribadi yang begitu mulia dan dicintai oleh Allah? Dan bolehkah nabi merasa marah dengan satu amalan yang diizinkan oleh Allah, sebagaimana Dia telah katakan di dalam al-Quran: ‘..maka kahwinlah wanita yang kelihatan baik kepada kamu, dua, tiga atau empat? [4:3]
Arahan kepada nikah itu mempunyai erti yang umum dan ia ditujukan kepada semua ummah begitu juga kepada nabi dan juga wazir. Dan jika kita katakan Amirul-Mukminin mempunyai hasrat tersebut, ianya dibolehkan. Nabi Allah tidak akan marah kepada segala amalan yang dibolehkan, dan tidak juga dia menggunakan kata-kata yang sedemikian. Setiap orang yang waras, setelah mempertimbangkannya dengan teliti, akan mengetahui bahawa laporan ini adalah satu dari yang dipalsukan oleh Bani Umayya. Ulama kamu sendiri mengakui fakta ini.

PEMALSUAN HADITH SEMASA ERA MUAWIYA.
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali menyebutkan satu laporan dari ketua dan juga gurunya, Abu Ja’far Iskafi Baghdadi, di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 358, bahawa Mu’awiya Bin Abu Sufyan telah membentuk satu kumpulan para sahabat dan juga Tabi’in pada tujuan memalsukan hadith di dalam mengutuk Ali. Tujuan itu adalah untuk menjadikan dia sasaran bagi kebencian manusia supaya mereka akan menjauhi dia. Diantara mereka adalah Abu Huraira, Amr Bin As, Mughira Bin Shaiba, Urwa Bin Zubair, seorang dari tabi’in juga bersama mereka. Abu Ja’far Iskaf juga telah merujuk kepada beberapa hadith yang telah dipalsukan. Berkata mengenai Abu Huraira, dia berkata bahawa dialah orangnya yang menyampaikan hadith yang bertujuan pada menunjukkan bahawa Ali berhasrat untuk mengambil anak perempuan Abu Jahl untuk dikahwini semasa hidupnya nabi. Ini telah membuat nabi marah, dan dia berkata dari atas mimbar, ‘Kawan Allah dan musuh Allah tidak boleh bersama. Fatima adalah sebahagian dari diri saya. Sesiapa yang menyedihkannya, menyedihkan saya. Dia yang hendak mengahwini anak perempuan Abu Jahl hendaklah berpisah dengan anak perempuan saya.’
Selepas itu, Abu Jafar berkata bahawa hadith itu dikenali sebagai Karabisi; oleh kerana semua hadith yang tidak berasas dipanggil Karabisi [penjual kain secara lisan] Ibn Abil-Hadid berkata bahawa hadith itu telah disampaikan di dalam kedua sahih Bukhari dan Muslim dari Miswar bin Makhrama az-Zahr. Dan Seyyed Murtaza Alamul-Huda, seorang dari ulama shia yang terkenal, berkata di dalam bukunya Tanzia’u’l-Anbia wa’l-A’imma bahawa kenyataan itu telah disampaikan oleh Husain Karabisi, yang amat terkenal memusuhi ahli bayt. Dia tergolong di dalam Nawasib dan seorang musuh terkuat bagi keluarga suci. Kenyataannya tidak dapat diterima. Menurut dari hadith yang direkodkan di dalam buku sahih kamu, musuh Ali adalah munafiq. Munafiq, menurut al-Quran adalah ahli neraka; maka laporannya tidak membawa erti.
Selain itu, hadith mengutuk manusia yang menganggu Fatima, tidak saja di dalam lingkungan kenyataan Karabisi atau hadith palsu Abu Huraira mengenai anak perempuan Abu Jahl. Terdapat banyak hadith pada tajuk ini. Diantaranya yang disampaikan oleh Parsa Dari Bukhara di dalam Faslu’l-Khitab; satu oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawadda XIII dari Mawaddatu’l-Qurba, pada pengesahan Salman Muhammadi, bahawa nabi berkata: ‘Fatima cinta amatlah berguna kepada kita diratusan tempat, yang paling senang diantaranya adalah kematian, kuburan, mizan [timbangan], sirat [jambatan], dan dipersoalkan. Maka jika anak perempuan saya, Fatima, senang dengan sesaorang, saya juga akan merasa senang dengannya. Jika saya merasa senang dengannya, Allah juga akan senang dengannya. Jika anak perempuan saya tidak suka kepadanya, saya juga tidak suka kepadanya. Jika saya tidak suka kepadanya Allah juga tidak suka kepadanya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Fatima dengan suaminya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Ali, Fatima dan shia mereka.’
Saya tanya kepada kamu apakah rumusannya yang kamu dapati daripada hadith-hadith ini dan juga hadith yang dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Fatima kekal marah dengan Abu Bakr dan Umar sehingga dia meninggal dunia.

SALAH FAHAM MENGENAI KEMARAHAN FATIMA ADALAH TIDAK BERIMAN.
Hafiz: Hadith itu sudah pastinya benar dan telah dirakamkan secara khusus di dalam buku sahih kami. Yang sebenarnya saya juga meragui kenyataan Karabisi yang Ali berhasrat mengahwini anak perempuan Abu Jahl. Saya tidak mempercayainya, dan kini saya rasa berterima kasih yang kamu telah menyelesaikan masaalah itu untuk saya.
Kedua, di dalam hadith ini ‘kemarahan’ bererti kemarahan agama dan bukan kemarahan untuk dunia. Kemarahan dia mengenai Abu Bakr dan Umar, yang telah dirakamkan di dalam semua buku yang dipercayai, bukanlah pada agama. Iaitu, Fatima tidak merasa marah dengan Abu Bakr dan Umar kerana mereka melanggar mana-mana perundangan Agama. Ya benar jika sesiapa yang menjadikan dia marah dalam hal agama, maka dia akan mendapat kutukan dari nabi.
Tetapi yang sebenarnya Fatima marah timbul dari pertukaran keadaan, yang mana setiap manusia sensitif, yang gagal untuk mendapatkan maksud tujuannya. Oleh kerana Fatima telah membuat tuntutan kepada Fadak dan khalifa tidak menerima tuntutannya, dia pastinya menerima kesan darinya dan merasa marah pada ketika itu. Tetapi kemudian perasaan tidak senang itu hilang dari ingatannya, dan dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh khalifa. Bukti pada kepuasan hatinya adalah dengan dia berdiam diri. Dan apabila Ali menjadi khalifa, walaupun dia mempunyai kuasa penuh, telah tidak mengambil semula Fadak dibawah kawalannya. Ini juga membuktikan bahawa dia amat berpuas hati dengan keputusan khalifa yang terdahulu.

FATIMA ADALAH BEBAS DARI IKATAN DUNIA.
Shirazi: Pertama kamu katakan kemarahan Fatima bukan disebabkan agama tetapi keduniaan. Kamu telah menyatakan pandangan ini tanpa mengkaji dengan tiliti. Menurut dari prinsip utama ayat al-Quran dan juga hadith nabi, tidak ada orang yang benar-benar beriman yang pernah menunjukkan kemarahan yang sedemikian [untuk dunia], jangan dikatakan Fatima, yang mana kesuciannya telah dibuktikan dari ‘ayat kesucian’; ‘ayat Mubahila’ dan juga surah Hal Ata dari al-Quran [76:1]
Terdapat banyak hadith di dalam buku kamu dan juga buku kami yang sahih bahawa Fatima menduduki kedudukan yang tertinggi di dalam iman dan bahawa nabi dengan jelas mengatakan mengenainya: ‘Sesungguhnya Allah telah memenuhi anak perempuan saya, Fatima dengan iman dari kepala hingga kekaki.’

KEMARAHAN FATIMA DIGERAKKAN OLEH AGAMA.
Mana-mana yang beriman, lelaki dan wanita, yang tujuan mereka adalah untuk mengakui yang benar, tidak akan menunjukkan sebarang kemarahan apabila hakim mengeluarkan perintah yang adil. Dan tidak juga orang beriman yang sedemikian akan memendam kemarahan dan kebenciannya sehingga dia mati, dan mempastikan di dalam wasiatnya bahawa tidak ada daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan arahan tersebut yang dibenarkan bersama di dalam mendirikan solat jenazah untuknya.
Lebih-lebih lagi Fatima, yang mana kemuliaannya Allah sendiri telah memberikan keterangan, pasti tidak akan membuat tuntutan yang palsu, supaya hakim dapat menolak tuntutannya.
Kedua; jika kemarahan Fatima hanyalah ‘kemarahan dunia’ sebagaimana yang kamu katakan, atau kekeciwaan kerana tuntutannya dotolak, kemarahannya tidak lama tentu akan hilang, terutama setelah penyesalan yang ditunjukkan oleh mereka yang bertanggong jawab terhadap kemarahannya. Pasti tidak ada kebencian di dalam hatinya. Nabi telah berkata: ‘Satu dari tanda orang yang beriman adalah dia tidak mempunyai kebencian yang diasaskan dari sentimen dunia, terhadap sesiapapun.’ Juga nabi telah berkata: ‘Jika seorang yang beriman telah melakukan kesalahan, orang beriman yang tersinggong tidak sepatutnya merasa permusuhan dengannya lebih dari 3 hari.’ Maka Fatima Zahra yang suci lagi benar, yang menurut dari keterangan Allah, telah dipenuhi dengan iman dari kepala hingga ke kaki, tidak akan membenci terhadap sesiapa. Maka dari sini kita akan dapati bahawa kemarahan Fatima adalah khusus pada agama. Apabila dia melihat bahawa perintah yang dijatuhkan kepada dirinya bertentangan dengan perintah Allah dan juga bapanya, dia menjadi marah dengan kebencian disebabkan oleh agama dan itu adalah kemarahannya, yang menyebabkan juga kemarahan Allah dan nabiNya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: