Pertemuan Yang Kedelapan Khamis malam, 1 Shaban 1345 Hijrah (c)

FADAK DAN RAMPASAN TERHADAPNYA.
Apabila kubu Khaiber telah ditawan, orang kenamaan, tuan tanah dan orang-orang ternama Fadak datang menemui nabi. Fadak adalah kawasan lurah dicelah-celah bukit Madina. Ia mengandungi 7 perkampongan yang memanjang sehingga kepinggir pantai. Kebanyakkan tanahnya subur dan menggandongi tempat simpanan air. Terdapat perjanjian damai dengan penduduknya yang menyatakan bahawa setengah dari keseluruh Fadak adalah dibawah milik mereka yang setengah lagi adalah harta milik nabi. Fakta ini telah dinyatakan oleh Yaqut Hamawi, pengarang bagi Majimu’l-Buldan di dalam Futuhu’l-Buldan, jilid VI, ms 343; oleh Ahmad Bin Yahya Baladhuri Baghdadi (mati 279 H.) di dalam Ta’rikh; Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l- Balagha, (dicetak di Egypt), jilid IV, ms 78, menyebutnya dari Abu Bakr Ahmad Bin Abdu’l-Aziz Jauhari; oleh Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Ta’rikh-e-Kabir, dan oleh ramai lagi yang lain dari ahli hadith dan sejarah.

WAHYU PADA AYAT ‘BERIKAN KEPADA SAUDARA TERDEKAT’
Apabila nabi pulang ke Madina, Jibril mewahyukan ayat yang berikutnya: ‘Dan berikan kepada saudara terdekat akan haknya, dan kepada yang memerlukan dan musafir dan janganlah membazir.’ [7:26]
Nabi memikirkan apakah tujuan wahyu itu. Jibril muncul lagi dan memberitahunya bahawa Allah telah mengarahkan: ‘Fadak diberikan kepada Fatima.’ Nabi memanggil Fatima dan berkata: ‘Allah telah mengarahkan aku untuk memberikan Fadak sebagai hadiah kepada kamu.’ Maka dia terus memberikan Fadak kepada Fatima.

Hafiz: Tolong jelaskan apakah peristiwa yang kamu katakan dimana ayat itu telah diwahyukan. Adakah telah dituliskan di dalam buku sejarah dan ulasan dari shia, atau ianya juga terdapat di dalam buku yang dipercayai?

Shirazi: Ketua pengulas, Ahmad Tha’labi di dalam Kashfu’l-Bayan; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Tafsir, jilid IV, menyatakan dari Hafiz Ibn Mardawiyya; pengulas terkenal Ahmad Bin Musa (mati 352 H.) menyatakan dari Abu Sa’id Khadiri dan Hakim Abu’l-Qasim Haskani; Ibn Kathir; Imadu’d-din Isma’il; Ibn Umar Damishqi; Faqih-e-Shafi’i di dalam Ta’rikh, dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 39, menyatakan dari Tafsir-e-Tha’labi, Jam’u’l-Fawa’id dan Uyunu’l-Akhbar – semuanya menyampaikan bahawa apabila ayat ‘dan berikan kepada saudara terdekat haknya…’ telah diwahyukan, nabi memanggil Fatima dan memberikan Fadak kepadanya sebagai hadiah. Begitulah selagi nabi hidup, Fadak kekal di dalam milik Fatima. Wanita mulia itu memajakkan Fadak; hasilnya dipungut dalam 3 ansuran. Dari hasil itu dia mengambil jumlah wang yang cukup untuk makanan untuk dia dan anak-anaknya dan dibahagikan selebihnya kepada yang miskin dari Bani Hashim. Setelah wafatnya nabi, pegawai dari khalifa pemerintah telah merampas harta ini dari Fatima. Saya tanya kamu hadirin yang dihormati, dengan nama keadilan, bagaimana kamu menyebut tindakkan ini.

Hafiz: Inilah kali pertama saya mendengar bahawa nabi memberikan Fadak, atas perintah, kepada Fatima.

Shirazi: Mungkin juga kamu tidak tahu mengenai hal ini. Tetapi sebagaimana saya telah mengatakan kepada kamu, kebanyakkan dari ulama yang terkenal telah menulis mengenainya di dalam buku mereka yang boleh dipercayai. Supaya dapat menjelaskan lagi kedudukan ini saya merujukan kamu kepada Hafiz Ibn Mardawiyya, Waqidi dan Hakim (lihat Tafsir dan Ta’rikh mereka); Jalalu’d-din Suyuti Durru’l-Mansur, jilid IV, ms 177; Mullah Ali Muttaqi’s Kanzu’l-Umma dan nota ringkas yang dia telah tulis pada Ahmad Bin Hanbal’s Kitabu’l-Akhlaq dari Musnad mengenai masalah Sila-e-rahm; dan Ibn Abi’l-Hadid’s Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV. Kesemua ulama ini telah menyampaikan dengan cara berlainan, selain dari kenyataan Abu Sa’id Khadiri, bahawa apabila ayat diatas diwahyukan nabi memberi Fadak kepada Fatima Zahra.

HUJAH DARI HADITH ‘LA NURIS’ – KAMI TIDAK TINGGALKAN WARISAN.
Hafiz: Ianya adalah fakta yang telah diterima bahawa khalifa merampas Fadak atas dasar hadith yang terkenal yang disampaikan oleh Abu Bakr, yang mengatakan bahawa dia sendiri mendengar nabi mengatakan: ‘Kami nabi tidak meninggalkan sebarang warisan; apa sahaja yang kami tinggalkan sebagai warisan adalah sedekah.’ [harta ummah]

FADAK ADALAH HADIAH – BUKAN WARISAN
Shirazi: Pertama; ianya bukanlah warisan, tetapi hadiah. Kedua; hadith yang disampaikan tidak boleh diterima.

Hafiz: Apakah hujah yang kamu hendak sampaikan bagi menolak hadith itu?

Shirazi: Terdapat banyak sebab untuk menolak hadith itu.

HADITH ‘LA NURIS’ ADALAH PALSU.
Pertama; sesiapa yang mencipta hadith ini telah menyebutnya tanpa memikirkan terhadap perkataan yang digunakan. Jika dia lebih berhati-hati mengenainya, dia tentu tidak mengatakan: ‘Kami nabi tidak meninggalkan sebarang warisan, ‘ kerana dia tentu tahu bahawa penipuan ini akan terdedah oleh perkataan dari hadith palsu itu sendiri. Jika dia telah menggunakan perkataan, ‘Saya tidak meninggalkan sebarang warisan,’ hadith yang dicubanya mungkin lebih diterima. Tetapi apabila dia menggunakan jamaa, ‘Kami nabi…’ kami terpaksa menyelidik pada kebenaran hadith ini. Sekarang berasaskan dengan kenyataan kamu, kami merujuk kepada al-Quran untuk petunjuk. Kami dapati bahawa banyak ayat yang memberitahu kami bahawa nabi sebenarnya ada meninggalkan warisan. Ini membuktikan bahawa hadith itu perlu ditolak begitu sahaja.

FATIMA BERHUJAH MENGENAI KESNYA.
Di dalam bukunya Kitab-e-Saqifa seorang ulama dan ahli hadith terkenal, Abu Bakr Ahmad bin Abdul-Aziz Jauhari, mengenainya Ibn Abil-Hadid berkata di dalam bukunya sharh-nahjul-Balagha bahawa dia adalah seorang ulama dan ahli hadith sunni yang terkenal; Ibn Al-athir di dalam Nihaya; Mas’udi di dalam Akhbaru’z-Zaman dan di dalam Ausat; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 78, menyebutnya dari buku Abu Bakr Ahmad Jauhari, Saqifa dan Fadak, di dalam cara yang berbeza dan dari beberapa punca, sebahagiannya merujuk kepada Imam kelima Muhammad Baqir melalui Siddiqi Sughra Zainab-e-Kubra dan sebahagian darinya merujuk kepada Abdullah Ibn Hasan dengan disahkan oleh Siddiqi kubra Fatima Zahra dan dengan pengesahan Ummul-Mukminin Aisha dan juga pengesahan Muhammad bin Imran Marzabani, dia dari Zaid bin Ali bin Husain; dia dari bapanya , dan dia dari bapanya Imam Husain; dan dia dari ibunya yang mulia, Fatima Zahra; dan banyak lagi ulama dari golongan kamu telah menyampaikan ucapan Fatima dihadapan himpunan manusia ramai. Pembangkang menjadi tergamam apabila mereka mendengar hujah dan alasannya dan mereka tidak terjawab. Oleh kerana mereka tidak punya jawapan untuk dibuat maka mereka membuat kekacauan.

HUJAH FATIMA MENOLAK HADITH ‘LA NURIS’.
Satu dari hujah Fatima menolak hadith itu ialah, jika hadith itu benar, maka mengapa terdapat banyak ayat-ayat al-Quran mengenai warisan para nabi. Dia berkata: ‘Disatu tempat al-Quran berkata: ‘Dan Sulayman adalah warisan Daud.’ [27:16]
Mengenai nabi Zakaria al-Quran berkata: ‘Maka berilah kami dari Kamu seorang waris, yang akan mempusakai dari aku dan juga rumah Yakob.’ [19:5-6]
Mengenai doa Zakaria al-Quran berkata: ‘Dan Zakaria, apabila dia menyeru kepada Tuhannya: Wahai tuhanku, janganlah tinggalkan aku tidak berwaris, walaupun Engkau ada pewaris yang terbaik. Maka Kami menjawab kepadanya dengan memberinya Yahya.’ [21:89-90]
Selepas itu dia berkata: ‘Wahai anak Qahafa! Ada terdapat di dalam buku Allah bahawa engkau adalah pewaris bapamu, dan aku dinafikan hak Bapaku? Kamu telah melakukan penipuan yang besar. Adakah kamu semua dengan sengaja telah meninggalkan kitab Allah dan mengabaikannya sama sekali? Tidakkah aku ini keturunan nabi? Mengapa kamu menghalang aku dari hak-hak aku? Kenapa semua ayat-ayat pewarisan ini, yang ditujukan kepada semua manusia secara umum dan kepada nabi secara khusus telah dimasukkan kedalam al-Quran? Tidakkah kita semua ketahui bahawa ayat-ayat al-Quran tetap kekal tidak berubah sehingga ke hari pengadilan? Tidakkah al-Quran telah berkata: ‘Dan mereka yang berkerabat adalah lebih dekat sesama mereka di dalam perundangan Allah…’[8:75] dan : ’Dan Allah menyuruh kamu mengenai isu kamu, silelaki mendapat sama bahagian dengan dua perempuan…’ [4:11] dan: ‘Wasiat telah dituliskan untuk kamu apabila seorang dari kamu hampir kepada mati, jika dia meninggalkan harta, yang dia wasiatkan kepada ibubapa dan keluarga terdekat dengan kebajikkan. Ini adalah tugas semua bagi menjauhkan [kejahatan]’ Maka mengapa saya, secara khusus, telah ditegah dari warisan bapa saya? Adakah Allah mewahyukan ayat yang khas kepada kamu, yang mengenepikan bapa saya [dari haknya]. Adakah kamu tahu pengertian zahir dan bathin al-Quran lebih dari bapa saya, Muhammad, dan sepupu saya, Ali?

FATIMA MERAYU DALAM KEHAMPAAN.
Apabila mereka telah terdiam dengan hujah-hujah dan fakta yang benar, mereka tidak punya jawapan. Mereka berpaling kepada penipuan dan bahasa keji.
Dia berkata: ‘Hari ini engkau telah menghancurkan hati aku. Pada hari pengadilan aku akan mendakwa engkau dimahkamah ilahi dan Allah akan memutuskannya dengan adil. Allah adalah hakim yang terbaik. Muhammad adalah ketua dan pemimpin; masa kami dan juga engakau adalah pada hari yang dibangkitkan. Pada hari itu yang zalim akan rugi, dan taubat kamu tidak ada gunanya. Untuk semua itu ada waktu yang telah ditetapkan dan kamu akan tahu tidak lama lagi, kamu akan dikenakan siksaan yang amat pedih.’

KHALIFA MENGGUNAKAN BAHASA KEJI.
Hafiz: Siapakah yang berani mencaci sebahagian dari diri nabi, Fatima Zahra? Saya tidak dapat percaya. Penipuan mungkin terjadi, tetapi menggunakan bahasa keji tidak mungkin. Tolong janganlah katakan yang sedemikian.

Shirazi: Tidak siapa yang punya keberanian untuk mengatakan yang sedemikian melainkan khalifa, Abu Bakr. Tidak dapat mematahkan hujah yang jelas dari wanita malang ini, dia terus naik keatas mimbar dan menghina Fatima dan juga suami dan sepupunya, yang dicintai oleh Allah, Amirul Mukminin, Ali.

Hafiz: Saya fikir kenyataan yang memalukan ini telah disabarkan oleh fanatik.

Shirazi: Kamu telah tersilap. Kenyataan ini tidak disebarkan oleh fanatik shia. Ulama terkenal sunni yang telah menyiarkannya. Bagaimana jahil sekalipun orang awam kami, mereka tidak pernah memalsukan hadith. Jika kamu mengkaji buku sahih kamu, kamu akan mengakui ulama kamu yang mashor telah menggesahkan fakta ini. Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 80, dicetak di Egypt, menyatakan dari Abu Bakr Ahmad Bin Abdu’l-Aziz Jauhari, telah menulis dengan mendalam mengenai Abu Bakr naik ke mimbar selepas bantahan Ali dan Fatima.

BANTAHAN ALI DENGAN ABU BAKR.
Banyak ulama telah merakamkan bahawa apabila Fatima selesai merayukan kesnya. Ali memulakan bantahannya diperhimpuan muslim dimasjid Madina, memandang kepada Abu Bakr, dia berkata: ‘Mengapa kamu menafikan Fatima dari warisan bapanya, walaupun dia adalah pemiliknya dan telah memilikkinya semasa hayat bapanya? Abu Bakr menjawab: ‘Fadak adalah harta muslim. Jika Fatima menunjukkan cukup bukti bahawa itu adalah haknya, saya pasti akan memberikan kepadanya; jika tidak, saya akan menghalangnya.’
Imam yang suci berkata: ‘Tidakkah ini fakta yang nyata, apabila kamu membuat keputusan mengenai muslim secara umum, kamu memberikan keputusan yang bertentangan mengenai kami?
‘Tidakkah nabi telah berkata, bahawa tanggong jawab pendakwa pada mengadakan bukti dan pembela membuat pembelaan? Engkau telah menolak perundangan nabi dan juga bertentangan dengan perundangan agama, engkau meminta saksi-saksi dari Fatima yang telah memilikki harta itu semenjak dari hayat nabi. Lebih-lebih lagi, adakah perkataan Fatima tidak benar? Beliau adalah salah seorang Ashab-e-Kisa [mereka yang dibawah selimut] dan yang juga disebutkan di dalam ayat mensucikan.
‘Jika dua orang memberikan bukti bahawa Fatima telah melakukan sesuatu yang salah, beritahu aku bagaimana kamu akan melakukan terhadapnya? Abu Bakr berkata: ‘Saya akan menjatuhkan hukuman keatasnya sebagaimana saya akan lakukan terhadap lain wanita.’
Imam yang suci berkata: ‘Jika kau lakukan itu, kau adalah kafir dihadapan Allah, kerana engkau telah menolak keterangan Allah mengenai kesucian Fatima. Allah berkata: ‘Sesunguhnya Allah bermaksud untuk menjauhkan dari kamu segala macam kekotoran, Wahai kamu ahli rumah, dan mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.’ [33:33] Tidakkah ayat ini diwahyukah pada meninggikan kami?
Abu Bakr berkata: ‘Mengapa, tidak?’
Imam berkata: ‘Adakah mungkin bahawa Fatima, yang mana kesuciannya Allah telah sahkan, akan membuat tuntutan palsu terhadap harta dunia yang tidak bermakna ini? Engkau menolak keterangan dari seorang yang suci dan menerima keterangan dari arab yang membuang air kecil pada tumit kakinya!’
Setelah mengatakan ini Imam pulang kerumah dengan perasaan marah. Bantahannya telah mengerakkan orang ramai. Semua berkata: ‘Kebenaran bersama Ali dan Fatima. Demi Allah, Ali berkata benar. Mengapa anak perempuan nabi dilayani dengan kasar?’

KEJINYA ABU BAKR.
Ibn Abil-Hadid menyatakan bahawa manusia benar-benar tertarik dan sedar dengan bantahan Ali dan Fatima dan mula membuat kacau. Abu Bakr setelah melihat kedua manusia suci itu telah meninggalkan masjid, naik keatas mimbar dan berkata: ‘Wahai manusia mengapa kamu begitu terganggu dan terpengaruh. Mengapa kamu mesti mendengar kepada semua orang? Oleh kerana aku telah menolak pembuktian mereka, mereka kini berkata yang bukan-bukan. Yang nyatanya ialah, dia [Ali] itu musang yang telah diperdayakan oleh ekornya. Dia membuat segala bentuk kekacauan. Dia memandang kepada pentingnya kekacauan dan menghasut manusia untuk mengadakan kegelisahan dan pemberontakkan. Dia meminta pertolongan dari yang lemah. Dia meminta bantuan dari wanita. Dia serupa Ummu’t-Tihal yang mana orang di dalam rumahnya suka pada penzinaan.’
Tidakkah kenyataan itu amat keji dan menghinakan? Adakah itu sama dengan memuliakan, menghormati, cinta dan simpati, yang nabi telah katakan khusus untuk keluarganya? Berapa lama lagi kamu hendak kekal menerima kepercayaan yang menyimpang dan fanatik itu? Untuk berapa lama lagi kamu akan terus menentang shia dan memanggil mereka Rafizi dan kafir kerana mereka mengkritik perkataan dan amalan manusia yang telah dirakamkan di dalam buku kamu sendiri?

SEJARAH MENGADILI SESAORANG.
Pertimbanglah perkara ini dengan adil. Adakah kekejian dari seorang sahabat nabi yang telah berumur wajar? Perkataan keji dan menghinakan dari Muawiya, Marwan dan Khalid tidaklah begitu menghinakan sekali jika dibandingkan dari yang keluar daripada mulut seorang yang dikatakan ‘sahabat di dalam gua’ Hadirin yang dihormati! Kami tidak ada disitu pada ketika itu. Kami hanya mendengar nama-nama seperti Ali, Abu Bakr, Umar, Uthman, Talha, Zubair, Muawiya, Marwan, Khalid, Abu Huraira dll. Kami tidak punya ikatan persahabatan atau juga permusuhan dengan mereka. Kami hanya lihat pada dua perkara: Pertama; mereka yang Allah dan nabiNya cintai dan yang mana kepada mereka penghormatan dan ketaatan telah diperintahkan. Kedua; kami selidikki amalan dan pertuturan mereka. Kemudian kami pertimbangkan dengan minda yang saksama. Kami tidak akan membiarkan keutamaan untuk sesaorang mempengaruhi pertimbangan kami.

HADID TERPERANJAT TERHADAP PENGHINAAN ABU BAKR KEPADA ALI DAN FATIMA.
Bukan kami sahaja yang terperanjat dengan perangai yang sedemikian. Setiap orang dari ulama kamu yang adil telah terkejut apabila mengetahuinya. Ibn Abil-Hadid menulis di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 80, bahawa perkataan khalifa membuat amat terperanjat. Dia bertanya kepada gurunya Abu Yahya Naqib Jafar bin Yahya bin Abi Zaidul-Basari kepada siapa perkataan khalifa ditujukan. Dia berkata bahawa kenyataan itu bukannya yang tidak berterus terang [indirect]. Rujukkannya jelas. Ibn Hadid berkata: ‘Jika ianya amat jelas, saya tentu tidak bertanyakannya.’ Dengan itu dia ketawa dan berkata: ‘Perkara itu telah dikatakan kepada Ali.’ Ibn Hadid mengulangi perkataan itu dengan terperanjat: ‘Adakah perkataan ini semua telah dikatakan kepada Ali?’ Gurunya berkata: ‘Ya! Anakku! Inilah ertinya pemerintah.’
Beralih kepada menggunakan bahasa keji adalah taktik bagi mereka yang tidak mempunyai jawapan yang meyakinkan. Semua ini telah dilakukan kepada Ali, yang mana, sebagai yang dinyatakan oleh ulama kamu yang mashor serta buku-buku sahih, nabi berkata: ‘Ali adalah bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.’

MENYAKITI ALI ADALAH MENYAKITI NABI.
Merujuk kepada Ali dan Fatima, nabi berkata bahawa masalah mereka adalah masalahnya. Nabi berkata: ‘Seiapa menyakiti yang dua ini, menyakiti saya, dan yang menyakiti saya telah menyakiti Allah.’ Telah juga ditulis di dalam buku sahih kamu bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa yang memusuhi Ali, memusuhi saya, sesiapa yang memusuhi saya telah memusuhi Allah.’
Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii, di dalam Kifayatut-Talib, Bab 10, menyebutkan hadith yang khusus pada pengesahan Ibn Abbas, yang memberitahu sebilangan penduduk Syria yang mengutuk Ali bahawa dia telah mendengar nabi berkata mengenai Ali: ‘Dia yang menghina kamu, menghina aku; dia yang menghina aku telah menghina Allah; dan dia yang menghina Allah akan terus dilontar kedalam api neraka.’
Selepas hadith ini dia menyebutkan hadith lain dari punca yang sahih, semuanya membuktikan bahawa mereka yang menghina Ali adalah kafir. Bab 10 dari bukunya bertajuk ‘Mengenai kafirnya seaorang yang menghina Ali.’
Juga Hakim di dalam Mustadrak, jilid III, ms 121, telah menyebutkan hadith itu. Maka menurut dari hadith ini semua, mereka yang mengutuk Ali, mengutuk Allah dan nabiNya. Kesemua mereka [seperti Muawiya, Bani Umayya, Nasibi dan Khariji] adalah dengan sendirinya terkutuk. Sekarang saya fikir ianya telah mencukupi. Hari pengadilan pastinya akan tiba. Oleh kerana keturunan kami yang tertindas mengambil tindakkan berdiam diri dan meninggalkannya kehari pengadilan; kami juga akan turut diam.
Terdapat petunjuk kedua yang menolak hadith yang dikatakan: ‘Kami para nabi tidak meninggalkan warisan….’ Nabi berkata: ‘Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya; dan saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya.’ Kedua golongan telah menerima hadith ini. Pastinya, dia yang menjadi pintu kepada pengetahuan nabi tentu mengetahui semua hadith dan arahan nabi, terutama yang berkenaan dengan pewarisan. Diatas mereka bergantungnya kebajikan seluruh ummah. Nabi juga berkata: ‘Sesiapa yang ingin mendapatkan pengetahuan hendaklah datang kepada pintunya; Ali.’ Jika pengetahuannya tidak sempurna, nabi tentu tidak mengatakan bahawa Ali adalah pengadil yang terbaik dari seluruh ummah. Dia berkata: ‘Ali adalah yang terbaik pada menghuraikan perundangan.’ Hadith ini telah dirakamkan disemua buku sahih kamu.
Adakah nabi akan mengatakan kecemerlangan sesaorang dan mahirnya dalam perundangan, jika orang itu tidak faham masalah pewarisan dan hak-hak manusia? Sebahagian daripada tujuan nabi, adalah untuk memperkukuhkan pembaharuan sosial untuk manusia didunia dan juga kesejahteraan bagi mereka diakhirat. Bagaimana dia boleh menjadikan Ali, Amirul Mukminin, dan kemudian tidak menyatakan kepadanya hadith serupa ini yang boleh memberi kesan kepada keseluruhan struktur sosial manusia?

Sheikh: Kedua-dua ini bukanlah bukti menurut kami. Hadith Madina tidak diterima oleh ulama terkenal kami, dan masalah wazir dan pengganti telah juga ditolak oleh mereka. Bukhari dan Muslim di dalam kumpulan hadithnya dan yang lainnya dari ulama kami yang terkenal, menyatakan dengan pengesahan Ummul-Mukminin Aisha bahawa kepala nabi pada ketika matinya bersandar pada dadanya sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. Dia mengatakan bahawa baginda tidak membuat sebarang wasiat. Jika baginda telah membuat wasiat, Ummul-Mukminin tentu telah menyampaikannya, dan persoalan perwarisan tentu telah diselesaikan.

HADITH ‘SAYA ADALAH KOTA ILMU DAN ALI ADALAH PINTUNYA.’
Shirazi: Mengenai hadith ini, kamu telah tidak berlaku adil. Saya telah pun mengatakan kepada kamu bahawa kedua golongan telah menerimanya dan ianya telah disampaikan dengan rantaian yang berterusan. Berikut adalah ulama kamu yang terkenal yang telah mengesahkan akan sahihnya hadith ini: Imam Tha’labi, Firuzabadi, Hakim Nishapuri, Muhammad Jazari, Muhammad Bin Jarir Tabari, Suyuti, Sakhawi, Muttaqi Hindi, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i, Muhammad Bin Talha Shafi’i, Qazi Fazl Bin Ruzbahan, Munawi, Ibn Hajar Makki, Khatib Khawarizmi, Sulayman Qanduzi Hanafi, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i, Dailami, Ibn Talha Shafi’i, Mir Seyyed Ali Hamadani, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, Sheikhu’l-Islam Hamwaini, Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, Tibrani, Sibt Ibn Jauzi and Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i.

WAZIR [PENGGANTI] DITAULIAHKAN KEPADA ALI.
Mengenai masalah wazir, terdapat banyak kenyataan yang mengesahkan bahawa nabi ada membuat wasiatnya. Tidak ada orang yang berpengetahuan yang menolak fakta ini.

Nawab: Khalifa nabi adalah juga wazirnya, yang melaksanakan tugas hariannya. Sebagai contoh, mereka memberikan sara hidup kepada isteri-isteri nabi. Mengapa kamu katakan Ali telah dilantik sebagai wazir?

Shirazi: Kamu betul. Sebagaimana yang dilihat bahawa khalifa nabi adalah juga wazirnya. Dimalam-malam yang lalu saya telah sampaikan hujah saya dan kenyataan pengesahan mengenai khalifa. Bahawa nabi melantik Ali khalifanya dan wazirnya adalah benar. Sedang yang lainnya sibuk dengan kesenangan dan juga komplot politik mereka, wazirnya telah melakukan segala pengurusan jenazah nabi. Selepas itu beliau sibuk pada memulangkan segala barang yang diamanahkan kepada nabi seperti wang dan barangan berharga dan kemudian menguruskan segala perkara lain yang nabi telah amanahkan kepadanya. Ini terlalu amat jelas untuk diminta buktikan. Kedua-dua ulama golongan kita telah bersetuju pada fakta ini.

HADITH MENGENAI WAZIR.
Untuk membuktikan tujuan ini biarlah saya merujuk kepada beberapa hadith:
[1] Membina pertalian persaudaraan – Imam Tha’labi di dalam Manaqib dan Tafsir, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba (Mawadda VI), menyebutnya dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, yang mana, apabila nabi membina ikatan persaudaraan diantara para sahabat, berkata, ‘Ali, ini adalah saudara saya didunia ini dan juga diakhirat. Diantara keturunan saya dia adalah khalifa saya; dia adalah pengganti saya di dalam ummah. Dia adalah pewaris pengetahuan saya; dia adalah pembayar hutang saya. Apa sahaja milik dia adalah milik saya; apa sahaja milik saya adalah milik dia; keuntungan dia adalah keuntungan saya; kerugian dia adalah kerugian saya. Sesiapa sahabatnya adalah sebenarnya sahabat saya; dan sesiapa musuhnya adalah yang sebenarnya musuh saya.’
[2] Pertnyaan oleh Salman – Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi, bab 15 dari bukunya Yanabiu’l-Mawadda telah menyebutkan 20 hadith pada menyokong wazirnya Ali dari Imam Tha’labi, Hamwaini, Hafiz Abu Nu’aim, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Maghazili, Khawarizmi dan Dailami. Saya menyebutkan sebahagian dari mereka sebagai petunjuk kamu. Dia menyatakan dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal (dan Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma, ms 26, dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib juga telah menyebutkan hadith itu) bahawa Anas Ibn Malik berkata: ‘Saya suruh Salman tanya kepada nabi siapakah wasinya. Salman tanya kepada nabi: ‘Wahai nabi Allah! Siapakah wazir kamu?’ Nabi berkata: ‘Wahai Salman! Siapakah pengganti Salman?’ Dia berkata: ‘Yusha bin Nun.’ Kemudian nabi berkata: ‘Pengganti dan pewarisku, dia yang akan membayar segala hutangku dan yang akan melaksanakan segala janji-janjiku, adalah Ali Ibn Abi Talib.’
[3] Setiap nabi mempunyai pengganti. Ali adalah pengganti saya. Ianya telah dinyatakan dari Muwaffaq bin Ahmad, yang menyebutnya dari Buraida bahawa nabi berkata: ‘Setiap nabi mempunyai pengganti dan pewaris, dan sesungguhnya, pengganti dan pewaris saya adalah Ali.’ Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, ms 131 menyebutkan hadith yang sama yang jga telah disampaikan oleh Muhadith dari Syria di dalam Ta’rikh.
[4] Ali adalah penamat wazir. Sheikhu’l-Islam Hamwaini menyatakan dari Abu Dharr Ghifari, yang berkata: ‘Nabi berkata: ‘Saya adalah penamat para anbia dan kamu, wahai Ali adalah penamat bagi wazir sehinggalah kehari pengandilan.’
[5] Ali adalah wazir dari keturunan saya. Ianya telah disampaikan dari Khatib Khawarizmi, yang menyatakan dari Ummu’l-Mu’minin Umme Salma, yang berkata: ‘Nabi berkata: ‘Allah telah memilih pengganti bagi setiap nabi dan selepas saya wazir dari keturunan saya dan juga ummah saya adalah Ali.’
[6] Ali menyatakan kedudukannya di dalam syarahan. Ianya telah disampaikan dari Maghazil Faqih Shafii, yang menyampaikan dari Asbagh Bin Nabuta, seorang dari ketua sahabat Amirul-Mukminin, dan Muslim dan Bukhari juga telah menyebut darinya, bahawa ketuanya Amirul-Mukminin berkata di dalam satu dari syarahannya: ‘Wahai manusia! Saya adalah Imam [petunjuk] bagi semua makhluk, saya adalah pengganti dari makhluk yang terpilih; saya adalah bapa keturunan petunjuk yang paling suci; saya adalah adik nabi; penggantinya; sahabat yang dipercayai; kawan seperjuangan. Saya adalah ketua bagi yang beriman; saya adalah pemimpin mereka yang berwajah muka dan kaki berseri. Saya adalah ketua bagi semua pengganti; persahabatan dengan saya adalah persahabatan dengan Allah; pengikut saya adalah sahabat Allah; dan penolong saya adalah penolong Allah.’
[7] Allah menjadikan saya nabi dan Ali pengganti saya. Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib menyebut dari Abdullah Bin Mas’ud, bahawa nabi Allah berkata: ‘Pengkhabaran kenabian berakhir dengan saya dan Ali; kami tidak pernah tunduk kepada berhala; maka Allah menjadikan saya nabi dan Ali wazir.’
[8] Wazirnya Ali adalah sebahagian dari fomula ketaatan kepada nabi. Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i menyatakan di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda IV, dari Atba Bin Amir Jahni, yang berkata: ‘Kami memberikan bai’ah kepada nabi. Mengesahkan tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Esa dan tiada sekutu baginya dan sesungguhnya Muhammad itu nabi dan Ali itu wazir. Maka jika kita tinggalkan mana-mana satu dari yang tiga, kita akan menjadi kafir.’
[9] Saya memanggil manusia kepada kebenaran dan Ali menyinarinya. Di dalam Mawaddatul-Qurba yang sama, ada juga dirakamkan bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah melantik seorang pengganti bagi setiap nabi: Seth, pengganti Adam; Joshua pengganti Musa; Simon Peter pangganti Isa; dan Ali pengganti saya; dan pengganti saya adalah yang terbaik dari semua pengganti. Saya memanggil manusia kepada kebenaran dan Ali menyinarinya.’

ALLAH MEMILIH ALI DARI DIANTARA SEMUA MANUSIA UNTUK MENJADI PENGGANTI SAYA.
Penulis Yanabi menyebut dari Manaqib oleh Muwaffaq bin Ahmad Khawarizmi, yang menyebut dari Abu Ayyub Ansari, yang mengatakan bahawa apabila nabi Allah terbaring sakit. Fatima datang dan mula menangis. Kemudian nabi berkata: ‘Wahai Fatima, kamu telah dirahmati dengan khusus oleh Allah yang telah memberikan seorang suami yang islamnya adalah yang terdahulu, pengetahuan yang terbaik dari semua, dan kesabarannya melebihi kesabaran orang lain. Yang sebenarnya Allah telah berikan penghormatan khas kepada manusia didunia ini. Dari diantara semua Dia memilih dan melantik saya sebagai nabi dan rasul. Kemudian dia memberikan rahmat khas dan dari diantara manusia Dia memilih suamimu. Dan Dia mewahyukan kepada saya bahawa saya harus mengahwinkan kamu kepadanya dan hendaklah menjadikannya pengganti saya.’

AHLIL BAYT TELAH DIANUGERAHKAN DENGAN TUJUH KUALITI YANG TIADA BANDINGANNYA.

Setelah merakamkan hadith ini di dalam Manaqib, Ibn Maghazili Faqih Shafii merakamkan perkataan tambahan dari nabi: ‘Wahai Fatima! Kita ahli bayt telah dianugerahkan dengan tujuh kualiti, yang mana tiada terdapat dimana-mana keturunan manusia. Kedudukan nabi tertinggi milik kita, dan dia adalah bapa kamu, Pengganti saya adalah terbaik dari semua pengganti nabi, dan dia adalah suami kamu. Syahid kita mengatasi syahid lainnya dan dia adalah bapa saudara saya, Hamza. Dari diantara kita terdapat seorang yang mempunyai dua sayap yang dengannya dia terbang bila mana dia suka kesyurga, dan dia adalah sepupu saya, Jafar. Dari kita ada dua orang cucu yang menjadi ketua remaja disyurga, dan mereka adalah anak kamu. Dan saya memberitahu kamu, demi Allah yang mengawal nyawa saya, bahawa Mahdi dari ummah ini, yang mana dibelakangnya Isa, anak Mariam akan bersolat, adalah dari keturunan kamu.’

MAHDI AKAN MEMENUHI DUNIA INI DENGAN KEADILAN.

Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini setelah menyebutkan hadith ini, telah menyatakan ayat tambahan ini: Setelah menamakan Mahadi, nabi berkata: ‘Dia akan memenuhi dunia ini dengan keadilan, apabila ianya telah penuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Wahai Fatima! Janganlah bersedih dan menangis. Kerana cinta dan hormat ku kepada kamu, Allah lebih kasih kepada kamu dari saya. Dia telah memberikan kepada kamu seorang suami yang telah mencapai darjah keruhanian yang tertinggi, kedudukan yang tinggi dalam keluarga, paling peramah dengan manusia, paling saksama di dalam berurusan perkara manusia, dan yang paling tepat pada membuat keputusan.’

Saya rasa banyak ini telah cukup untuk memuaskan diri Nawab Sahib dan menghilang salah faham Sheikh Sahib.
PADA SAAT KEMATIANNYA, KEPALA NABI PADA DADA AMIRUL-MUKMININ.
Kepada tuntutan yang mengatakan bahawa pada saat kematian nabi, kepalanya berada di dada Ummul-Mukminin Aisha, adalah tidak benar. Ulama kamu sendiri menunjukkan bahawa pada ketika itu kepala baginda berihat pada dada Amirul-Mukminin Ali.

Sheikh: Di dalam buku apa ulama kami merakamkan fakta itu?

Shirazi: Bacalah Kanzu’l-Ummal, jilid IV, ms 55 dan jilid VI, ms 392 dan 400; Tabaqat dari Muhammad Bin Sa’d Katib, bahagian II, ms 51; Hakim Nishapuri’s Mustadrak, jilid III, ms 139; Talkhis-e-Dhahab; Sunan of Ibn Shabih; Kabir oleh Tabrani, Musnad oleh Imam Hanbal, jilid III; Hilyatu’l-Auliya oleh Hafiz Abu Nu’aim. Dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan, kesemua kerja ini telah disampaikan dari Ummul-Mukminin Umme Salma dan Jabir Ibn Abdullah Ansari bahawa pada masa kematiannya, nabi memanggil Ali dan merihatkan kepalanya pada dada Ali sehingga baginda menghembuskan nafasnya terakhir.
Sebagai tambahan kepada laporan ini, terdapat kenyataan Amirul Mukminin sendiri, yang telah dirakamkan di dalam Nahjul-Balagha. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid II, ms 561, mengatakan bahawa Imam mengatakan dengan jelas: ‘Sesungguhnya Ruh Nabi keluar dari dunia ini sedang kepalanya berihat di dada saya; dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sedang dia berada di dalam tangan saya. Maka saya sapukan tangan yang padanya kepada muka saya. ’Ibn Abil-Hadid di dalam jilid II, ms 562, dari bukunya telah mengulas pada kenyataan Ali, bahawa apabila kepala nabi berihat pada dada Ali, beberapa titik darah keluar mengalir, yang mana kemudian Ali sapukan kepada mukanya.
Dan pada ms 590 buku yang sama, di dalam menulis peristiwa pengkebumian Fatima, dia berkata bahawa Ali, mengadap kepada nabi dan berkata: ‘Sesungguhnya, saya yang meletakkan kamu diliang lahad; ruhmu telah keluar diantara leher dan dada saya
Semua rekod yang sahih dan hujah yang padu dengan jelas membuktikan bahawa pandangan Aisha tidak boleh diterima. Fakta yang telah diketahui bahawa Aisha menentang Amirul-Mukminin dari mula lagi. Dengan keizinan Allah, saya akan nyatakan mengenainya juga apabila keadaan memerlukannya.

PERTANYAAN MENGENAI PENGGANTIAN BERIKUTNYA ATAU WAZIR
Hadith ini dengan jelasnya menujukkan bahawa Allah melantik nabi dan penggantinya. Dia juga melantik Ali sebagai pengganti nabi. Lebih-lebih lagi, pengganti disini merujuk kepada kedudukan khalifa, dan bukan sahaja pengganti di dalam keluarga. Maka pengganti juga diberikan kuasa penuh diatas setiap indivivu ummah di dalam semua aspek, sama seperti penguasaan yang dimilikki nabi.
Semua ulama kamu yang terkenal telah mengesahkan penjagaan terhadap ummah ini, yang telah ditugaskan kepada Ali. Tiada siapa yang menafikkannya melainkan sebilangan kecil fanatik dan individu yang bermusuhan, yang enggan menerima tingginya kemuliaan Imam.
Ibn abdil-Hadid berkata di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid I, dicetak di Mesir: Menurut kami, tidak ada keraguan bahawa Ali adalah wasi nabi, dan manusia yang menentang fakta ini, pada pendapat kami, mempunyai dendam atau permusuhan terhadapnya.

SYAIR SEBAHAGIAN PARA SAHABAT MENGENAI PENGGANTIAN.
Ibn Abil-Hadid menyebutkan beberapa syair yang mengesahkan pengganti adalah Amrul-Mukminin. Diantaranya ada dua syair Abdullah bin Abbas, yang berkata: ‘Selain daripada kamu menjadi seorang dari ahli bayt, kamu adalah juga wasinya, dan apabila sesaorang mencabar kamu dimedan peperangan, kamu adalah pahlawan terbilang.’
Dia menyebutkan syair Khazima bin Thabit: ‘Selain daripada fakta bahawa kamu terjumlah di dalam ahli bayt nabi, kamu adalah juga pengganti selepasnya, dan kamu adalah saksi kepada apa sahaja yang datang kepadanya.’ Dia juga menyebutkan syair dari sahabat, Abu’l-Hakim Tihan, yang berkata: ‘Sesungguhnya, ia adalah pengganti seterusnya selepas nabi, Imam dan juga ketua kami. Tirai telah diangkat dan rahsia telah didedahkan.’
Mungkin ini telah mencukupi. Jika kamu mahu melihat syair yang lain pada maksud ini, kamu boleh membaca pada buku yang sama. Sebagaimana Ibn Abil-Hadid berkata: jika dia tidak takut pada memanjangkan kerja ini secara tidak wajar, dia akan memenuhkan banyak lagi helaian halaman muka surat dengan syair yang sedemikian, mengesahkan wasinya Ali.
Bagaimanapun pengganti dan nabi adalah saling berkaitan. Ini adalah kedudukan selepas nabi dan inilah yang dimaksudkan dengan pilihan ilahi.

WASIAT NABI MENGENAI ALI SEBAGAI PENGGANTI TERDAPAT DISETIAP BUKU SAHIH.
Sheikh: Jika laporan ini betul, mengapa kita tidak menjumpai sebarang rekod wasiat dan pesanan nabi, sebagaimana yang kita ada yang ditinggalkan oleh Abu Bakr dan Umar pada masa dia mati?

Shirazi: Kamu dengan mudah boleh mempelajari perkara ini dari buku kerja-kerja shia yang sahih, yang telah merakamkan dengan banyak pendapat dari ahli bayt, tetapi oleh kerana kita telah bersetuju pada malam yang pertama tidak akan menyatakan sesuatu dari sebelah pihak sahaja, saya terpaksa merujuk kepada beberapa hadith di dalam buku sahih kamu seperti Tabaqa oleh Ibn Sa’d, jilid II, ms 61, 63; Kanzu’l-Ummal oleh Ali Muttaqi, jilid IV, ms 54, dan jilid VI, ms 155, 393, 403; Musnad oleh Imam Ahmad Bin Hanbal, jilid IV, ms 164; dan Mustadrak oleh Hakim, jilid III, ms 59, 111. Selain dari ini ulama terkenal kamu seperti Baihaqi di dalam Sunan dan Dala’il, Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, Tabrani di dalam Kabir dan Ibn Mardawiyya di dalam Ta’rikh, dan juga yang lain yang telah merakamkan dengan perkataan berbeza cara arahan nabi, yang berkata: ‘Wahai Ali! Kamu adalah adik dan juga menteri saya; kamu akan membayar hutang-hutang saya. Kamu akan melaksanakan janji-janji saya dan melaksanakan tanggong jawab saya. Kamu akan memandikan jasad saya, dan meletakkannya di dalam kubur.’ Selain dari kenyataan yang jelas ini, terdapat banyak lagi arahan atau perundangan, yang telah disebutkan oleh nabi dalam hal ini.

NABI TELAH DITEGAH DARI MENULIS WASIATNYA PADA SAAT AKAN MATI.
Sheikh: Wasiat telah dituliskan untuk kamu apabila kematian telah hampiri seorang dari kamu jika dia meninggalkan harta untuk kedua orang tua dan keluarga terdekat, menurut kabajikkan, tugas mereka yang memelihara [diatas kejahatan] [2:180] Maka adalah perlu untuk nabi membuat wasiatnya dan melantik pengganti seterusnya. Apabila dia melihat kematiannya telah hampir mengapa dia tidak membuat wasiatnya sebagaimana Abu Bakr dan Umar lakukan?

Shirazi: Pertama, dengan perkataan ‘apabila kematian mengahmpiri seorang dari kamu’ adakah maksud kamu saat akhir hayat? Pada ketika itu, susah untuk mendapatkan sesaorang yang berfikiran wajar dan dapat melaksanakan tanggong jawabnya dengan penuh kesedaran. Pastinya ayat ini merujuk kepada masa apabila tanda-tanda dan petunjuk pada ketuaan, tidak sekuat dahulu dan juga penyakit-penyakit telah mula timbul.
Kedua; kenyataan kamu ini telah melukai hati saya dan mengingatkan saya kepada trajedi yang tidak dapat dilupakan; datuk saya, nabi Allah, telah menekankan betapa pentingnya supaya muslim menulis wasiat. Dia berkata: ‘Dia yang mati tanpa menuliskan wasiat, mati sebagai seorang jahiliah, setidaknya terdapat perpecahan diantara pewaris.’ Semasa 23 tahun kehidupan umumnya dia berulangkali menyatakan siapakah wasinya, orang yang Allah telah lantik menjadi pengganti. Apabila dia sendiri diranjang kematian, dia berhasrat untuk mengulangi apa yang dia selalu telah sebutkan supaya ummah tidak akan menyeleweng dan berpecah kepada berkumpulan. Adalah amat menyedihkan pemain politik telah menentang dan menghalang dia dari melaksanakan tugas agamanya. Akhir sekali rumusannya adalah bahawa kamu juga ada ketikanya akan bertanya mengapa nabi tidak menuliskan wasiat.

MEMBANTAH KEPADA ARAHAN NABI TIDAK DAPAT DIPERCAYAI.
Sheikh: Saya fikir kenyataan kamu ini tidak punya sebarang asas. Pastinya tiada siapa yang dapat menghalang nabi dari melakukan tugasnya. AL-Quran dengan terang berkata: ‘Apa sahaja rasul berikan kepada kamu terimalah, dan dari apa sahaja dia menghalang kamu, tinggalkan.’ [59:7] Juga di dalam beberapa ayat lain, patuh kepada nabi adalah wajib. Sebagai contoh, Allah berkata: ‘Taati Allah dan taati nabi.’ Jelas sekali, enggan mematuhi nabi adalah kafir. Makanya para sahabat dan pengikut nabi tidak akan menghalang dia dari menyatakan wasiatnya. Besar kemungkinan ini adalah kenyataan palsu, yang telah disebarkan oleh yang kafir untuk membuktikan betapa cuainya ummah.

RAKAMAN SAHIH MENGENAI NABI DIHALANG DARI MEMBUAT WASIATNYA.
Shirazi: Tolong janganlah berpura-pura seperti tidak tahu. Ini bukannya rakaman palsu. Rakaman ini telah disahkan, dan diterima oleh semua golongan islam. Bahkan Bukhari dan Muslim, yang begitu cermat dengan laporan yang berusur sedemikian, yang akan mengancam sudut pandangan dia sendiri, telah menyampaikan kejadian ini di dalam buku hadith mereka. Mereka menulis bahawa nabi, berada diranjang kematiannya, meminta kertas dan dakwat supaya dia dapat membuat arahan yang dituliskan untuk mereka, yang mana akan menyelamatkan mereka dari menyimpang selepas dia wafat. Sebahagian dari mereka yang hadir, dihasut oleh ahli politik, telah menyebabkan gangguan dan kekacauan yang telah membuat nabi begitu jengkel dan marah dan terus mengarahkan mereka semua supaya pergi.

Sheikh: Saya tidak boleh mempercayainya walaupun seketika. Siapakah yang begitu berani menentang nabi Allah? Walaupun orang awam yang berhajat hendak menulis wasiatnya, tiada siapa yang akan menghalang dia. Bagaimana mungkin sesaorang boleh menghalang nabi dari membuat wasiatnya? Untuk membantah dia adalah kafir.
Oleh kerana wasiat dari manusia agung ini adalah punca petunjuk bagi ummah, tiada siapa yang sepatutnya menghalang dia dari melaksanakannya. Khalifa Abu Bakr dan Umar menulis wasiat mereka, dan tiada siapa menghalangnya dari berbuat demikian. Saya ulangi, saya tidak menerima kenyataan yang sedemikian.

IBN ABBAS MENANGIS KERANA NABI TELAH DIHALANG DARI MENULIS WASIATNYA.
Ini bukannya perkara kesedihan bagi kamu dan kami sahaja. Para sahabat nabi juga bersedih diatas kejadian yang trajik ini. Bukhari dan Muslim, dan ulama kamu yang terkenal lainnya mengatakan bahawa Abdullah bin Abbas selalu mengalirkan air mata dan berkata: ‘Malang! Hari Khamis! Sungguh malang! Bagaimana ianya pada hari Khamis itu!’ kemudian dia menangis dengan kerasnya sehingga bumi basah dengan air matanya. Manusia bertanya kepada dia, apakah yang telah terjadi pada hari Khamis itu, yang telah menyebabkan dia menangis. Dia menjawab bahawa apabila nabi terbaring diranjang kematianannya, dia meminta kertas dan dakwat supaya dia dapat menuliskan wasiat, yang akan menghalang mereka dari menyimpang setelah dia wafat, sebahagiang dari mereka yang hadir telah menghalang dia dari melakukannya, dan bahkan mereka berkata bahawa nabi telah berkata yang bukan-bukan [semoga Allah mengampunkan saya]. Hari Khamis itu tidak dapat dilupakan. Mereka tidak membenarkan nabi menulis wasiatnya dan mereka telah melukakan hati nabi dengan kata-kata mereka.

UMAR MENGHALANG NABI ALLAH DARI MENULIS WASIATNYA.
Sheikh: Siapakah yang menghalang nabi Allah dari menuliskan wasiatnya?

Shirazi: Dia adalah khalifa kedua, Umar bin Khattab, yang telah menghalang nabi dari membuat wasiatnya.

Sheikh: Saya amat berterima kasih kerana kamu telah melegakan perasaan saya. Kenyataan ini amat menganggu perasan saya. Terasa sangat saya untuk mengatakan bahawa laporan ini telah diadakan oleh shia, tetapi saya terus mendiamkan diri, kerana perasaan hormat saya kepada kamu. Sekarang saya katakan apa yang terkandung di dalam hati saya. Saya menasihatkan kamu supaya jangan menyebarkan cerita yang dipalsukan ini.

Shirazi: Saya menasihatkan kamu supaya jangan menerima atau menolak fakta tanpa membuat pertimbangan yang wajar. Kamu telah membuat keputusan yang terburu-buru dalam perkara ini dan membuat tuduhan terhadap shia sebagai membuat cerita palsu. Buku kamu sendiri yang penuh dengan rakaman pada menyokong pandangan saya.

PUNCA HADITH PADA ‘PENGHALANGAN MEMBUAT WASIAT’.
Jika kamu merujuk buku kamu sendiri, kamu akan dapati ulama kamu yang terkenal sendiri telah menyampaikan peristiwa ini. Sebagai contoh Bukhari, di dalam Sahih, jilid II, ms 118; Muslim, di dalam Sahih (penghujung bab Kitab-e-Wasiyya); Hamidi di dalam Jam’i Bainu’s-Sahihain, Imam Ahmad Bin Hanbal, di dalam Musnad, jilid I, ms 222, Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 563; Kirmani, di dalam Sharh-e-Sahih Bukhari; Nuwi di dalam Sharh-e-Muslim; Ibn Hajar, di dalam Sawa’iq; Qazi Abu Ali; Qazi Ruzbahan; Qazi Ayaz; Imam Ghazali, Qutbu’d-din Shafi’i; Muhammad Ibn Abu’l-Karim Shahrastani, Ibn Athir; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani; Sibt Ibn Jauzi; dan yang lain dari ulama kamu secara umum telah mengesahkan episod yang trajik ini. Mereka telah menulis bahawa nabi sekembalinya dari haji terakhir telah jatuh sakit. Apabila sekumpulan sahabat datang berjumpanya, dia berkata: ‘Bawakan kepada ku kertas dan dakwat, supaya saya dapat menuliskan untuk kamu wasiat yang tidak akan membuat kamu menyimpang selepas aku.’

UMAR BERKATA: ‘ORANG INI TELAH BERKATA YANG BUKAN-BUKAN, AL-QURAN MENCUKUPI BAGI KITA.’
Imam Ghazali telah menulis di dalam bukunya Sirru’l-Alamin, Maqala IV, darinya juga Sibt Ibn Jauzi telah menyatakan di dalam Tadhkirat, p. 36, dan banyak lagi ulama kamu yang mashor telah mengatakan bahawa nabi meminta manusia membawakan dakwat dan kertas dan menurut rakaman yang lain, dia berkata: ‘Bawakan kepada saya kertas dan dakwat supaya saya dapat menghilangkan dari fikiran kamu segala keraguan mengenai khalifa selepas saya; dengan itu saya dapat memberitahu kamu siapa yang berhak kepada kedudukan khalifa selepas saya.’ Pada peringkat ini mereka menulis, Umar berkata: ‘Tinggalkan orang ini, kerana dia sebenarnya telah mengatakan yang bukan-bukan [semoga Allah mengampunkan saya]; Kitab Allah cukup untuk kita.’

NABI MENYURUH PARA SAHABAT YANG BERTENGKAR SUPAYA MENINGGALKANNYA.
Sebahagian dari para sahabat bersetuju dengan Umar, dan sebahagian bersetuju dengan nabi. Maka terdapat banyak kelam kabut dan tidak keharuan sehingga nabi berkata: ‘Pergi jauh dari saya; tidaklah wajar untuk bertengkar dihadapan saya.’
Ini adalah kekacauan yang pertama diantara muslim dihadapan nabi, di dalam 23 tahun nabi berkerja keras di dalam perkidmatannya kepada ummah. Punca kekacauan itu adalah khalifa Umar, yang telah menyemaikan beneh perpecahan dikalangan muslim. Hari ini kamu dan saya, dua saudara di dalam islam, selalu bertemu muka di dalam pertentangan.

UNTUK MEMANGGIL NABI ‘ORANG INI’ ADALAH SANGAT MENGHINAKAN.
Sheikh: Adalah tidak diduga seorang seperti kamu begitu berani [berani dengan niat jahat] mengatakan perkataan yang sangat menghinakan terhadap seorang yang sangat mulia seperti khalifa Umar.

Shirazi: Katakan kepada saya jika saya ada menunjukkan keberanian berniat jahat di dalam membacakan fakta sejarah dari buku ulama kamu. Adakah kamu fikir yang khalifa Umar begitu berani [berani dengan niat jahat] apabila dia menghalang nabi dari menulis wasiatnya? Adakah dia berani apabila dia menghina nabi dihadapan muka baginda sendiri? Seorang penyair dengan jujur telah berkata: ‘Kamu melihat debu dimata saya tetapi kamu tidak nampak tiang dimata kamu.’ Tidakkah Allah maha besar telah berkata: ‘Muhammad bukanlah bapa mana-mana manusia, tetapi nabi Allah dan penutup bagi segala nabi?’ Nama nabi selalu hendaklah disebut dengan nada hormat dan berbeza dengan yang lain. Dia hendaklah dipanggil ‘nabi Allah atau nabi terakhir,’ Tetapi Umar tidak mengambil perduli kepada arahan tuhan, malah dia merujuk kapada nabi dengan perkataan ‘orang ini’. Sekarang tolong jelaskan dengan nama Allah sama ada penghinaan telah dilakukan oleh khalifa atau tidak?
PERKATAAN ‘HAJAR’ YANG DIGUNAKAN UMAR BERERTI BUKAN-BUKAN.
Sheikh: Mengapa kamu katakan bahawa ‘hajar’ bererti ‘bukan-bukan’

Shirazi: Semua pengulas dan ulama terkenal kamu memberikan maksud hajar sebagai bukan-bukan. Sebagai contoh Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul, Ibn Hajar di dalam Sharh-i-Sahih Bukhari, dan pengarang perhimpunan hadith yang lain juga memberikannya maksud yang demikian. Tuan dihormati! Jika sesaorang berkata ‘orang ini mengatakan yang bukan-bukan’ mengenai diri nabi Allah, tidakkah dia telah melanggar peraturan dan perintah al-Quran?

PENGHINAAN TERHADAP DIRI NABI ADALAH KAFIR.
Nabi Allah tidak hilang kenabiannya atau ke ma’sumannya. Jika sesaorang mengatakan perkataan nabi sebagai ‘bukan-bukan’, tidakkah itu bererti bahawa orang itu telah kafir kepada Allah dan nabiNya?

Sheikh: Adakah wajar dengan kedudukannya sebagai khalifa, bagi kita untuk mencari kesalahannya dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya kepada Allah dan nabiNya?

Shirazi: Apabila kamu mendengar bahawa nabi dituduh dengan mengatakan perkataan yang bukan-bukan kamu tidak membantah. Tetapi seorang yang telah menjadi khalifa telah dikatakan oleh banyak ulama kamu, telah menghina nabi, kamu terus saja menyalahkan shia dari sepatutnya meyalahkan kapada yang sepatutnya disalahkan.
Ulama kamu seperti Qazi Ayaz; Shafi’i di dalam Kitab-e-Shifa; Kirmani di dalam Sharh-e-Sahih Bukhari, dan Nuwi di dalam Sharh-e-Sahih Muslim telah menulis bahawa sesiapa yang menggunakan perkataan itu dengan jelas tidak mempunyai kepercayaan kepada nabi. Makanya jika sesiapa menentang nabi, terutama dengan menggunakan bahasa menghina atau mengatakan nabi telah mengatakan yang bukan-bukan, kami lihat dengan jelas bahawa dia tidak mempercayai kepada nabi.

KEKACAUAN YANG PERTAMA DI DALAM ISLAM BERLAKU DIHADAPAN NABI.

Kamu bertanya kepada saya mengapa saya menuduh dia mengadakan perpecahan diantara islam. Ulama kamu telah menerima fakta ini. Seorang ulama agung, Husain Meibudi berkata di dalam Sharh-e-Diwan bahawa kekacauan pertama di dalam islam berlaku dihadapan nabi sendiri, apabila baginda berada diranjang kematian. Kekacauan bermula apabila Umar menghalang nabi dari menulis wasiatnya.
Shahrastani berkata di dalam bukunya Milal wa Nihal, Muqaddimah IV, bahawa pertengkaran pertama diantara kumpulan muslim bermula apabila Umar menolak untuk membenarkan dakwat dan kertas dibawakan kepada nabi diranjang kematiannya. Ibn Abil-Hadid mengesahkan fakta ini di dalam bukunya sharh-nahjul-balagha, jilid II, ms 563.

BOLEHKAH NABI BERKATA YANG BUKAN-BUKAN.

Sheikh: Jika khalifa Umar mengatakan perkataan itu, saya tidak mendapatinya sebagai kurang sopan [biadap]. Apabila sesaorang menderita sakit teruk, dia mungkin meracau [berkata yang bukan-bukan]. Jika dia mengatakan sesuatu yang kurang jelas, kita mungkin merujuk kenyataannya sebagai merepek. Dalam perkara ini tidak ada bezanya diantara nabi dengan orang lainnya.

Shirazi: Kamu semua sedar bahawa setiap nabi adalah ma’sum dan sifat ini tinggal kekal sehingga mati. Nabi Muhammad sudah pastinya ma’sum pada kejadian ini apabila dia mengatakan dia hendak menghalang ummahnya dari menyimpang setelah dia wafat.
Jika kamu melihat kepada ayat al-Quran yang mengatakan: ‘Dan dia tidak berkata dari kehendaknya; itu hanyalah wahyu yang disampaikan.’ ‘Dan kamu hendaklah ikut apa yang nabi arahkan keatas kamu,’ ‘Dan taati Allah dan taati rasul,’ kamu sendiri dengan jelas akan memahami bahawa menghalang kertas dan dakwat dari dibawakan kepada nabi adalah sebenarnya menentang Allah. Ini adalah fakta yang diterima bahawa perkataan merepek adalah terang-terangan menghina, dan khalifa menunjukkan kepada baginda nabi sebagai orang itu adalah lebih menghinakan.

PERKATAAN ‘ORANG ITU CAKAP MEREPEK’ ADALAH PALING MENGHINAKAN’

Sekarang saya mengatakan kepada kamu, apakah perasaan kamu jika sesaorang di dalam perhimpunan ini menunjukkan kepada kamu dan mengatakan, ‘orang itu hanya mengatakan yang bukan-bukan.’ Kamu dan saya tidak ma’sum dan kita boleh berkata yang bukan-bukan. Bolehkah kamu katakan itu satu kesopanan atau menghina? Jika ucapan yang begitu adalah menghina dalam perkara ini, kamu kenalah menerima sebarang perlakuan begitu terhadap nabi adalah menghina. Dan tiada siapa yang boleh menafikan bahawa telah menjadi tugas di dalam agama bagi setiap muslim menjauhkan diri dari orang yang sedemikian kelakuannya terhadap nabi yang dengan begitu keji dan menghina, sedang Allah dengan jelas memanggil baginda di dalam al-Quran nabiNya dan penutup segala rasul. Jika kamu meninggalkan prejudis kamu, apakah minda kamu yang waras akan katakan terhadap orang ini yang sepatutnya melihat kepada nabi Allah sebagai nabi dan rasul yang terakhir, tetapi berkata, ‘Orang ini telah bercakap yang bukan-bukan.’
KHALIFA TIDAK TIDAK BOLEH TERLEPAS KERANA MENENTANG NABI.
Sheikh: Katakan kita akui bahawa dia telah bersalah. Tetapi oleh kerana dia adalah khalifa nabi dan dia telah menggunakan pertimbangannya untuk keselamatan agama, dia adalah bebas dari kesalahan.

Shirazi: Pertama kenyataan kamu bahawa oleh kerana dia adalah khalifa nabi dan dia menggunakkan pertimbangannya, tidak punya apa-apa kaitan, kerana pada hari yang katakan perkataan itu, dia bukanlah khalifa. Mungkin dia belum mimpikannya lagi.
Kedua kenyataan kamu dia menggunakan pertimbangannya adalah juga memeranjatkan. Tidak pernahkah kamu memikirkan bahawa dihadapan perintah yang jelas, pertimbangan tidak mempunyai tempat? Yang sebenarnya, ia adalah satu kesalahan yang mana siapapun tidak boleh terlepas darinya.
Ketiga kamu katakan bahawa dia melakukan untuk keselamatan agama. Sungguh amat menghairankan ,ulama seperti kamu boleh kehilangan semua pertimbangan keadilan.

NABI BUKANNYA UMAR YANG BERTANGGONG JAWAB DIATAS KESELAMATAN AGAMA.
Tuan yang dihormati! Siapakah yang bertanggong jawab diatas keselamatan agama – nabi Allah atau Umar bin Khattab? Adakah minda kamu boleh menerima tujuan nabi [selepaskan mengatakan keadaan ‘Kamu tidak akan menyeleweng selepas penulisan wasiat itu] mungkin nabi tidak tahu bahawa penulisan di dalam wasiat itu akan bertentangan dengan agama, atau Umar bin Khattab lebih menyedari mengenainya dan menghalang nabi dari menulis wasiatnya? Betapa peliknya?
Kamu semua tahu benar bahawa sebarang halangan terhadap amalan agama yang perlu adalah dosa yang besar, dan ianya tidak boleh dibiarkan.

Sheikh: Tidak dapat dinafikan bahawa khalifa Umar telah mempertimbangkan keadaan dan kedudukan situasi yang terdapat di dalam agama dan telah membuat rumusan bahawa jika nabi menulis sesuatu, perbezaan besar dan gangguan akan berlaku. Maka adalah untuk menyokong dan kebaikkan untuk nabi juga bahawa dia menghalang dakwat dan kertas dari dibawa kepada baginda.

Shirazi: Tujuan hujah kamu menunjukkan seolah-olah bahawa nabi, yang ma’sum, sedang dia mengarahkan ummahnya, tidak menyedari akan berlakunya pertelingkahan selepas kematian baginda, dan Umar memandu dan menunjukkan kepada baginda dalam perkara ini. Tetapi tidakkah al-Quran telah berkata: ‘Dan tidak dibolehkan bagi lelaki beriman dan wanita beriman bahawa mereka mempunyai pilihan di dalam perkara yang Allah dan rasulnya telah putuskan dalam perkara itu; dan sesiapa yang melanggar perintah Allah dan rasulNya, dia pastinya telah sesat dengan kesesatan yang nyata.’ [33:36] Khalifa Umar melanggar perintah nabi, menghalangnya dari menulis wasiatnya. Lebih-lebih lagi dia biadap dengan mengatakan nabi telah mengatakan yang bukan-bukan. Perbuatan yang melampau ini benar-benar telah melukakan hati nabi sehingga baginda menyuruh mereka semua pergi jauh darinya.

AL-QURAN SAHAJA TIDAK CUKUP UNTUK MENJADI PETUNJUK KITA.
Sheikh: Tetapi niat baik khalifa nampak jelas dengan perkataannya yang terakhir, ‘Kitab Allah adalah cukup untuk kita,’ [iaitu kita tidak memerlukan kepada penulisan nabi Allah]

Shirazi: Sebenarnya perkataan itu adalah bukti yang terbaik pada membuktikan kekurangan kepercayaan dan kejahilannya terhadap al-Quran. Jika dia telah mengetahui kebenaran al-Quran, dia pastinya telah mengetahui bahawa al-Quran sahaja tidak cukup untuk semua keadaan. Ianya hanya menyatakan perkara yang perlu, tetapi penerangan secara khusus telah ditinggalkan kepada penterjemah dan pengulasnya. Al-Quran mengandungi arahan yang semasa [naskh], dimansuhkan, umum, khusus, terhad [muqayyad], perbandingan [mutashabih], mutlaq, secara ringkas [mujmal], jelas [muawwil].
Bagaimana mungkin manusia biasa dapat menfaatkan sepenuhnya dari al-Quran ini tanpa bantuan dari rahmat tuhan dan penterjemahan yang diberikan oleh penterjemahnya. Jika al-Quran sahaja telah cukup untuk ummah, mengapa ayat ini diwahyukan: ‘Kamu hendaklah melakukan apa yang nabi Allah mengarahkan keatas kamu untuk lakukan, dan kamu hendaklah menahan diri dari apa-apa yang dia larang kamu darinya.’ Allah juga mengatakan di dalam al-Quran: ‘Dan jika mereka telah merujuk itu kepada rasul dan orang yang berkuasa diantara mereka, mereka yang diantaranya yang dapat mencari pengetahuan darinya tentu telah mengetahui.’ [4:83]
Turutan dari itu bahawa al-Quran sahaja tidak dapat memenuhi kehendak tanpa pengulas dari yang menterjemahkan; iaitu Muhammad dan keturunannya yang suci. Disini saya merujuk sekali lagi kepada hadith yang diterima [yang mana saya telah sebutkan sebahagian dari puncanya pada malam yang lalu] yang mana nabi telah berulang kali walaupun pada ketika saat kematiannya: ‘Saya tinggalkan kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku; sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah dari satu dengan lain sehingga mereka bertemu dengan aku di pancutan kauthar.’
Nabi, yang diwahyukan oleh Allah, tidak menganggap al-Quran dengan sendirinya [solo] cukup untuk keselamatan. Dia berkata kita hendaklah memegang teguh kepada al-Quran dan ahli bayt, kerana mereka tidak dapat dipisahkan dari keduanya sehingga kehari pengadilan, dan bahawa ini adalah punca petunjuk bagi manusia. Tetapi Umar katakan bahawa al-Quran sahaja cukup untuk kita. Ini menunjukkan bahawa dia tidak sahaja mengenepikan ahli bayt yang suci tetapi juga menolak perintah nabi.
AL-QURAN JUGA MEMINTA KITA MERUJUK AHLI DZIKIR, IAITU, AJLI BAYT.
Siapa yang perlu kita patuh dalam hal ini? Tidak ada manusia yang berakal yang akan mengatakan bahawa kita perlu meninggalkan arahan nabi dan mengikut Umar. Jadi mengapa kamu menerima pendapat Umar, mengenepikan arahan nabi? Jika kitab Allah mencukupi, mengapa kita diarah supaya bertanya kepada ahli dhikir; sebagaimana al-Quran berkata: ‘Maka bertanyalah kepada pengikut bagi yang ingat, jika kamu tidak tahu.’ [16:43]
Adalah kenyataan bahawa dhikir bererti nabi atau al-Quran dan ahli dhikir bererti ahli bayt nabi.
Saya telah menjelaskan pada malam yang lalu dengan hujah yang diterima dan punca yang sahih bahawa ulama kamu seperti Suyuti dan lainnya telah merakamkan bahawa ahli dhikir bererti ahli bayt.

QUTBU’D-DIN SHIRAZI MEMBANTAH PERKATAAN UMAR.
Qutbu’d-Din Shirazi, seorang ulama yang terkenal kamu, berkata di dalam bukunya Kashful-Ghuyub: ‘Adalah fakta yang telah diterima bahawa kita boleh bergerak maju pada perjalanan tanpa petunjuk. Kami hairan dengan kenyataan khalifa Umar bahawa, oleh kerana kita mempunyai al-Quran bersama kita, maka kita memerlukan kepada sebarang petunjuk. Ianya seperti sesaorang mengatakan bahawa, oleh kerana kita mempunyai buku perubatan, kita tidak memerlukan kepada doktor. Pastinya ini adalah anggapan yang palsu kerana sesaorang yang tidak dapat menyelesaikan masalahnya dengan membaca buku perubatan hendaklah berjumpa dengan doktor. Begitulah sama benarnya dengan al-Quran. Setiap orang tidak dapat memanfaatkan darinya melalui kebolehan. Maka dia perlu beralih kepada mereka yang berpengetahuan al-Quran.
Al-Quran berkata: ‘Dan jika mereka merujuk kepada rasul, dan orang yang mempunyai kuasa diantara mereka, dia diantara mereka yang boleh mencari pengetahuan darinya, dan mengetahuinya..’[4:83]
Yang pastinya kitab yang sebenar adalah hati orang yang mempunyai pengetahuan, sebagaimana al-Quran berkata: ‘Sebenarnya ini adalah perhubungan yang jelas di dalam dada mereka yang diberikan pengetahuan.’ [29:49]
Ali berkata: ‘Saya adalah kitab Allah yang berkata-kata, dan ini adalah al-Quran yang bisu.’
Maka menurut manusia yang berpengetahuan Umar telah bersalah. Ianya adalah sesuatu yang kejam terhadap nabi Allah yang dilarang dari menulis wasiatnya.

ABU BAKR TIDAK DILARANG DARI MENULIS WASIATNYA.
Dengan berulang kali kamu mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar telah tidak dihalang dari menulis wasiatnya, saya mengaku itu adalah benar. Adalah aneh, sebagaimana semua ahli sejarah dan para hadith kamu telah merakamkan di dalam buku sahih mereka, bahawa khalifa Abu Bakr, pada saat kematiannya menyuruh Uthman bin Affan menulis apa yang dia [Abu Bakr] telah katakan. Itu adalah wasiatnya. Dia menuliskan apa yang Abu Bakr katakan kepadanya. Umar dan yang lain juga ada pada peristiwa itu. Tidak ada siapa membantah. Umar tidak mengatakan: ‘Kitab Allah mencukupi bagi kita; kita tidak memerlukan wasiat Abu Bakr.’ Tetapi dia tidak membenarkan nabi Allah menulis wasiatnya.
Ini menunjukkan bahawa semua tindakkan yang biadap dan keji serta menghalang nabi dari menulis wasiat adalah konpirasi politik.
Tangisan Ibn Abbas adalah wajar. Ummah muslim semua sepatutnya menangiskan air mata darah. Jika nabi telah diberikan peluang untuk menulis wasiatnya, masalah khalifa dengan jelas telah diselesaikan. Kenyataan nabi sebelum itu akan terlaksana [ummah terselamat dari kesesatan].Tetapi ahli poloitik telah memberontak menentang dan menghalangnya dari terlaksana.

Sheikh: Mengapa kamu katakan bahawa nabi hendak mengatakan sesuatu mengenai khalifa?

Shirazi: Sebelum nabi wafat segala perundangan yang penting telah diwahyukan. Ayat pada ‘Kesempurnaan agama,’ telah menjelaskannya. Pastinya perkara khalifa kerana ia akan memastikan bahawa tidak terdapat sebarang kekeliruan mengenai perkara perundangan itu. Saya sudahpun menjelaskan kepada kamu bahawa Imam Ghazali di dalam bukunya Sirru’l-Alamin (Maqala IV) telah merakamkan bahawa nabi berkata: ‘Bawakan dakwat dan kertas supaya saya dapat menghilangkan dari fikiran kamu segala keraguan mengenai khalifa dan bahawa saya mengulangi lagi kepada kamu siapa yang berhak kepada kedudukan itu.’ Kata-katanya, ‘supaya kamu tidak akan sesat selepas aku,’ membuktikan bahawa tujuan wasiatnya adalah petunjuk bagi ummah. Di dalam perkara petunjuk, tidak ada penekanan yang diperlukan melainkan berkenaan dengan kedudukan khalifa dan Imami.
Selain dari itu kami tidak menekankan pada maksud bahawa nabi hendak menyatakan sesuatu mengenai khalifa atau Imami. Yang pastinya adalah nabi hendak menuliskan sesuatu mengenai petunjuk untuk ummah supaya mereka tidak akan sesat selepas baginda. Jadi mengapa nabi tidak dibenarkan menulis wasiatnya. Katakanlah menahan baginda dari menulis wasiat adalah wajar, adakah perlu juga untuk menghina dan memalukan baginda?

MAKA ADALAH JELAS BAHAWA ALI ADALAH PENGGANTI NABI SETERUSNYA..
Perkara ini telah menjelaskan bahawa Ali adalah pengganti nabi seterusnya. Walaupun nabi telah berulang kali menyatakan fakta ini terdahulu, dia hendak disaat-saat akhir merakamkannya di dalam wasiat supaya tanggong jawab ummah boleh diperkukuhkan. Tetapi ahli politik telah tahu apa yang nabi hajatkan, maka mereka menghalang nabi dari melakukannya dengan menghinakan baginda.
Nabi telah menegaskan di dalam banyak hadithnya bahawa Allah maha besar telah melantik wazir untuk nabi-nabinya: Adam, Nuh, Musa, Isa dan yang lainnya, dan akhirnya Dia melantik untuk nabi wazirnya, Ali.
Nabi juga berkata: ‘Ali adalah pengganti saya seterusnya selepas saya di dalam ahli bayt dan juga ummah.’

Sheikh: Jika kenyataan ini dikatakan sebagai benar, ianya tidak disampaikan dengan penyampaian yang sempurna. Bagaimana kamu boleh dapatkan pengesahan darinya?

Shirazi: Kesahihan pendapat mengenai wasiat nabi menurut kami telah dibuktikan oleh kenyataan dari keturunan nabi. Lebih-lebih lagi, jika kamu masih ingat bahawa saya telah mengatakan pada malam yang terdahulu bahawa ulama kamu telah menganggap hadith yang disampaikan oleh satu orang sebagai sah. Sebaliknya, di dalam rakaman ini, jika tidak terdapat persamaan di dalam perkataan, yang pastinya maksud hadith itu secara umumnya adalah sama.

HADITH ‘LA NURIS’ DITOLAK.
Sebaliknya, kamu yang mengadakan syarat tidak petingnya perakaman rantaian yang berterusan. Apabila kamu telah disenyapkan oleh hujah kami, kamu cuba berselindung disebalik perlunya rantaian penyampai yang berterusan. Bolehkah kamu buktikan penyampaian rantaian yang berterusan untuk hadith ‘la nuris’ [Kami para nabi tidak meninggalkan warisan…] Kamu sendiri mengaku bahawa penyampai hadith itu adalah Abu Bakr atau Aus bin Hadasan. Tetapi jutaan yang beriman dan muslim yang ikhlas di dalam setiap era telah menolak hadith yang kamu katakan itu. Bukti yang terbaik untuk menunjukkan pemalsuan hadith itu adalah ianya telah ditolak oleh pintu bagi pengetahuan nabi, Ali, dan juga oleh semua keturunan nabi. Manusia suci ini mempunyai bukti bahawa hadith itu adalah palsu.
Sebagaimana yang saya telah katakan dahulu, nabi berkata: ‘Bagi setiap nabi terdapat wazir dan pewaris; sesungguhnya Ali adalah pengganti dan pewaris saya.’

KHALIFA KEPUNYAAN PEWARIS PENGETAHUAN.

Jika kamu kata pewarisa mereka tidak bererti pewarisan harta tetapi kepada pengetahuan [walaupun telah dibuktikan bahawa ianya bererti pewarisan harta] tujuan maksud kami menjadi bertambah jelas. Pewaris bagi pengetahuan nabi lebih berhak kepada kedudukan khalifa lebih dari mereka yang tidak mempunyai pengetahuan nabi.
Kedua; telah dibuktikan bahawa nabi telah menjadikan Ali pengganti dan pewarisnya, menurut dari hadith yang disampaikan oleh ulama kamu. Allah yang telah melantik Ali kepada kedudukan itu. Bolehkah nabi telah cuai untuk memberitahu pewaris dan penggantinya?
Adalah amat pelik bahawa di dalam menyelesaikan persoalan perundangan agama Abu Bakr dan Umar menerima keputusan Ali. Ulama dan ahli sejarah kamu telah merakamkan keputusan yang dinyatakan oleh Ali semasa pemerintahan khalifa Abu Bakr, Umar dan Uthman.

Hafiz: Adalah aneh kamu katakan bahawa khalifa tidak tahu perundangan agama dan Ali selalu mengingatkan mereka.

Shirazi: Tidak ada yang pelik mengenainya. Untuk mengetahui kesemua perundangan itu amatlah susah. Tidak mungkin untuk sesaorang mendapat pengetahuan yang sempurna melainkan dia adalah nabi Allah atau pintu bagi pengetahuan nabi. Ulama kamu telah merakamkan fakta ini di dalam buku sahih mereka. Saya berikan contohnya supaya mereka yang kurang pengetahuan tidak akan memikirkan bahawa saya katakan ini untuk menentang mereka.

KEPUTUSAN A

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: