Pertemuan Yang Kedelapan Khamis malam, 1 Shaban 1345 Hijrah (b)

DI DALAM AYAT AL-QURAN ‘YANG BENAR’ MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI.
Shirazi: Saya telah berulang kali menyatakan kepada kamu bahawa shia telah berikrar untuk mengikuti ketua mereka.
Jika tidak mereka tidak boleh menjadi shia. Al-Quran telah memberikan bukti terhadap kebenaran ketua mereka. Sebagai contoh ulama terkenal kamu, Imam Tha’labi dan Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Tafsir, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Ma Nazal mina’l-Qur’an fi Ali, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 39, menyebutkan dari Khawarizmi, Hafiz Abu Nu’aim dan Hamwaini dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 62 – kesemua mereka telah mengatakan dari sejarah seorang ilmuan Muhaddith-e-Sham bahawa di dalam ayat al-Quran, ‘Wahai orang yang beriman! Berwaspadalah [terhadap tugas kamu kepada] Allah; dan bersamalah mereka yang benar.’ [9:119]
‘Yang benar’ merujuk kepada Muhammad dan Ali. Maka pengikut bagi keluarga yang mulia ini bukanlah penipu atau pemalsu kerana orang itu sendiri yang menipu dan memalsukan cerita yang tidak punya sebarang kebenaran atau asas yang kuat akan jatuh semula menimpa diri dan matlamatnya. Apa yang shia katakan telah ditulis oleh ulama kamu sendiri. Pertama kenalah kamu membuat bantahan kepada ulama kamu yang menulis semua ini. Jika ulama kamu tidak menulisnya mengenai melanggar sumpah setia oleh para sahabat di dalam buku mereka yang sahih, saya tidak akan menyebutnya di dalam perjumpaan ini.

Hafiz: Siapakah ulama sunni yang menulis bahawa para sahabat telah melanggar sumpah setia mereka. Hanya cakap-cakap kosong tidak memadai.

Shirazi: Saya bukan hanya bercakap kosong. Hujah saya penuh dengan logik. Para sahabat telah melanggar sumpah beberapa kali. Mereka melanggar janji yang mana nabi Allah telah mengarahkan mereka, and yang paling penting adalah perjanjian taat setia di Ghadir-e-Khum.

GHADIR, HADITH DAN CARANYA.
Kesemua shia dan sunni ulama telah mengesahkan bahawa pada tahun ke 10 Hijrah, nabi Allah pulang dari haji terakhir, mengumpulkan semua para sahabat di Ghadir-e-Khum pada 18 Dhil-Hijja. Sebahagian dari mereka yang terdahulu telah dipanggil semula dengan arahan dari nabi dan mereka yang tertinggal dibelakang telah ditunggui. Kebanyakkan dari ulama dan ahli sejarah kamu dan juga punca dari shia memberikan jumlah 70 000 orang disana, dan sebahagian lagi dari ulama kamu, sebagai contoh, Tha’labi di dalam Tafsir, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat’u- Khasa’isi’l-Umma fi Ma’rifati’l-A’imma dan yang lain telah menulis bahawa disana terdapat 120 000 orang berkumpul. Nabi mengarahkan mimbar didirikan. Dia naik keatas mimbar dan memberikan syarahan yang panjang, sebahagian besarnya mengandungi kehormatan dan kemuliaan Amirul Mukminin. Dia membacakan kebanyakkan dari ayat-ayat al-Quran yang memuji kepada Ali, dan mengingatkan manusia pada kedudukan Amirul Mukminin sebagai wazir. Kemudian nabi berkata: ‘Wahai Ummah! Tidakkah aku mempunyai tuntutan yang lebih besar dari kamu terhadap nyawa kamu?’ Rujukan di dalam ayat al-Quran, ‘Nabi mempunyai tuntutan yang lebih besar pada diri yang beriman dari mereka pada diri mereka sendiri.’ [33:6]
Kumpulan manusia menjawab dengan satu suara, menyahut, ‘Sesungguhnya, Ya Rasul Allah!,’ Kemudian nabi mengistiharkan: ‘Barang siapa saya maulanya, Ali ini adalah maulanya.’ Sesudah itu baginda mengangkat tangannya kelangit sambil berdoa kepada Allah, ‘Wahai Allah, jadilah Kamu kawan kepadanya bagi sesiapa yang berkawan dengan dia, dan jadilah musuh kepadanya, yang memusuhi dia [Ali]. Tolonglah mereka yang menolongnya dan abaikanlah mereka yang mengabaikannya.’
Kemudian khemah didirikan dengan arahan nabi, yang menyuruh Amirul Mukminin Ali duduk di dalamnya. Keseluruh ummah diarahkan untuk memberikan bai’ah kepada Ali. Nabi mengatakan, dia memberikan arahan ini dengan mengikuti perintah dari Allah. Orang pertama yang memberikan taat setianya pada hari itu adalah Umar. Kemudian Abu Bakr, Uthman, Talha dan Zubair mengikut kemudiannya, dan kesemuanya manusia kemudiannya memberikan sumpah setia mereka selama tiga hari [sedang nabi berada disitu]

Hafiz: Bolehkah kamu percaya, peristiwa yang begitu penting ini berlaku sebagaimana yang kamu katakan dan tiada siapa dari ulama yang terkenal menyatakannya?

Shirazi: Saya tidak menduga kenyataan yang sedemikian dari kamu. Peristiwa Ghadir-e-Khum adalah jelas, sejelas siangnya hari dan tiada siapa melainkan mereka yang berfikiran sempit dan amat degil sahaja yang akan meragui dan menafikan kejadian yang sedemikian. Peristiwa yang penting ini telah dirakamkan oleh semua ulama yang wara’ di dalam buku sahih mereka. Saya ingin menyatakan disini hanya sebahagian dari nama pengarang dan buku-buku mereka supaya kamu boleh mengetahui bahawa kesemua ulama kamu yang ulung telah mengatakan hadith ini:
1. Imam Fakhru’d-Din Razi – Tafsir-e-Kabir Mafatihu’l-Ghaib.
2. Imam Ahmad Tha’labi – Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan.
3. Jalalu’d-Din Suyuti – Tafsir-e-Durru’l-Manthur.
4. Abu’l-Hasan Ali Bin Ahmad Wahidi Nishapuri – Asbabu’n- Nuzul.
5. Muhammad Bin Jarir Tabari – Tafsiru’l-Kabir.
6. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani – Ma Nazal Mina’l-Qur’an fi Ali dan Hilyatu’l-Auliya.
7. Muhammad Bin Isma’il Bukhari – Ta’rikh, jilid 1, ms 375.
8. Muslim Bin Hajjaj Nishapuri – Sahih, jilid 2, ms 325.
9. Abu Dawud Sijistani – Sunan.
11. Hafiz Ibnu’l-Iqda – Kitabu’l-Wilaya.
12. Ibn Kathir Shafi’i Damishqi – Ta’rikh.
13. Imam Ahmad Ibn Hanbal – jilid 4, ms 281&371.
14. Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali – Sirru’l-Alamin.
15. Ibn Abdu’l-Birr – Isti’ab.
16. Muhammad Bin Talha Shafi’i – Matalibu’s-Su’ul, ms 16.
17. Ibn Maghazili Faqih Shafi’i – Manaqib.
18. Nuru’-d-Din Bin Sabbagh Maliki – Fusulu’l-Muhimma.
19. Husain Bin Mas’ud Baghawi – Masabihu’s-Sunna.
20. Abu’l-Mu’ayyid Muwafiq Bin Ahmad Khatib Khawarizmi – Manaqib.
21. Majdu’d-Din Bin Athir Muhammad Bin Muhammad Shaibani -am’u’l-Usul.
22. Hafiz Abu Abdu’r-Rahman Ahmad Bin Ali Nisa’i – Khasa’isu’l-Alawi and Sunan.
23. Sulayman Balkhi Hanafi – Yanabiu’l-Mawadda, bahagian IV.
24. Shahabu’d-din Ahmad Bin Hajar Makki – Sawa’iq Muhriqa dan Kitabu’l-Manhu’l-Malakiyya, terutama Sawa’iq, bahagian 1, ms 25. Walaupun dia begitu fanatik, dia berkata: “Hadith ini adalah benar, dimana kesahihannya tidak boleh diragukan. Sesungguhnya ia telah disampaikan oleh Tirmidhi, Nisa’i dan Ahmad, dan jika dikaji puncanya, bolehlah diterima.”
25. Muhammad Bin Yazid Hafiz Ibn Maja Qazwini – Sunan.
26. Hafiz Abu Abdullah Muhammad Bin Abdullah Hakim Nishapuri-Mustadrak.
27. Hafiz Sulayman Ibn Ahmad Tabrani – Ausat.
28. Ibn Athir Jazari – Usudu’l-Ghaiba.
29. Yusuf Sibt Ibn Jauzi – Tadhkiratu’l-Khasa’isu’l-Umma, ms 17.
30. Abu Umar Ahmad Bin Abd Rabbih – Iqdu’l-Farid.
31. Allama Samhudi – Jawahiru’l-Iqdain.
32. Ibn Taimiyya Ahmad Bin Abdu’l-Halim – Minhaju’s-Sunna.
33. Ibn Hajar Asqalani – Fathu’l-Bari and Tahdhibu’t-Tahdhib.
34. Abdu’l-Qasim Muhammad Bin Umar Jarullah Zamakhshari – Rabiu’l-Abrar.
35. Abu Sa’id Sijistani – Kitabu’d-Darayab Fi hadithi’l-Wilaya.
36. Ubaidullah Bin Abdullah Haskani – Du’atu’l-Huda Ila Ada Haqqi’l-Muwala.
37. Razin Bin Mu’awiya Al-Abdari – Jam Bainu’s-Sahihi’s-Sitta.
38. Imam Fakhru’d-din Razi berkata di dalam Kitabu’l-Arba’in bahawa seluruh ummah sebulat suara mengesahkan hadith ini.
39. Muqibili – hadithu’l-Mutawatira.
40. Suyuti – Ta’rikhu’l-Khulafa.
41. Mir Seyyed Ali Hamadani – Mawaddatu’l-Qurba.
42. Abul Fath Nazari – Khasa’es’u’l-Alavi
43. Khwaja Parsa Bukhari – Faslu’l-Khitab
44. Jamaluddin Shirazi – Kitabu’l-Araba’in
45. Abdul Ra’ufu’l-Manavi – Faizu’l-Qadir fi Sharh-i-Jame’u’s-Saghir
46. Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i – Kifayatu’t-Talib, bahagian 1
47. Yahya Bin Sharaf-Nauvi – Tehzibu’l-Asma wa’l-Lughat
48. Ibrahim bin Muhammad Hamwaini – Fara’adu’s-Simtoun
49. Qazi Fazlullah bin Ruzhahan – Ibtalu’l-Batil
50. Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Sharbini – Siraju’l-Munir
51. Abul Fath Shahristani Shafi’i – Milal wa’n-Nihal
52. Hafiz Abu Bakr Khatib Baghdadi – Tarikh
53. Hafiz Ibn Asakir abul Qasim Damishqi – Tarikh-i-Kabir
54. Ibn Abi’l-Hadid Mutazali – Sharhe Nahju’l-Balagha
55. Ala’uddin Samnani -Urwatu’l-Wuthqah
56. Ibn Khaldun – Muqaddima
57. Molvi Ali Muttaqi Hindi – Kanzu’l-Ummal
58. Shamsuddin Abul Khair Damishqi – Asnu Matalib
59. Syed Sharif Hanafi Jurjani – Sharh-i-Mawaqit
60. Nizamuddin Nishapuri – Tafsir-i-Ghara’ibu’l-Qur’an

HADITH GHADIR DISAMPAIKAN OLEH TABARI, IBN IQDA DAN IBN HADDID.
Saya telah nyatakan puncanya yang saya boleh ingat. Tetapi lebih dari 300 ulama kamu yang terkenal telah menyatakan hadith Ghadir, Ayat Baligh [mengajar], Kamalud-Din [kesempurnaan agama], dan percakapan dikawasan masjid, dengan pengesahan lebih dari 100 orang sahabat nabi. Jika saya menyatakan kesemua nama mereka yang menyampaikannya, ia akan memenuhi sebuah buku. Setakat ini saya rasa telah mencukupi untuk membuktikan bahawa hadith ini diterima sebagai benar.
Sebahagian dari ulama kamu telah menulis buku pada tajuk ini. Sebagai contoh, pengulas dan ahli sejarah yang termashor pada abad keempat Hijarah, Abu Jafar bin Jarir Tabari [mati 310 Hijrah], memberikan dengan mendalam hadith Ghadir di dalam bukunya Kitabul-Wilaya dan telah menyampaikan melalui 75 rantaian penyampai.
Hafiz Abu’l-Abbas Ahmad Bin Sa’id Abdu’r-Rahman Al-Kufi, terkenal sebagai Ibn Iqba [mati 333 Hijrah] telah menyampaikan hadith ini di dalam bukunya Kitabul-Wilaya melalui 125 rantaian dengan disahkan oleh 125 orang para sahabat nabi.
Ibn Haddad Hafiz Abu’l-Qasim Haskani [mati 492 Hijrah] di dalam bukunya Kitabul-Wilaya, telah menyampaikan dengan mendalam kejadian Ghadir bersama dengan ayat al-Quran yang diwahyukan. Secara ringkas semua ulama dan ilmuan yang berkedudukan tinggi [melainkan sebilangan kecil fanatik] telah menyebutkan hadith ini dari nabi, yang telah mengistiharkan Ali sebagai wazirnya pada 18 Dhul-Hijja pada tahun Haji terakhir. Ianya juga adalah satu fakta bahawa khalifa Umar adalah diantara sahabat yang pertama untuk menyatakan kegembiraannya pada peristiwa ini. Mengambil tangan Ali, dia berkata: ‘Tahniah kepada mu Ali! Pagi ini telah membawa rahmat yang besar pada mu. Kamu telah menjadi maula ku dan maula bagi semua yang beriman lelaki dan wanita.’

NASIHAT JIBRIL KEPADA UMAR.
Ahli fiqah Shafii, Mir Seyyed Ali Hamadani, dari abad ke 8 Hijrah, seorang ilmuan yang boleh dipercayai dari golongan kamu, menulis di dalam bukunya Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V, behawa sebilangan besar sahabat telah menyebutnya dari khalifa Umar di berbagai tempat, sebagai telah berkata: ‘Nabi telah menjadikan Ali ketua, Ketua dan pemimpin bagi ummah. Dia mengistiharkan di dalam perhimpunan umum bahawa Ali adalah maula kita. Setelah mendoakan untuk kawannya dan mengutuk musuhnya, dia berkata Wahai Allah! [Iaitu, saya telah selesaikan tugas sebagai nabi] Pada peristiwa ini seorang muda yang kacak dan harum baunya sedang duduk disebelahku. Dia berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya, Nabi Allah telah mengikatkan dengan perjanjian yang mana tiada siapa melainkan si hipokrit yang akan melanggarnya. Maka Umar! Jagalah dari melanggarnya.’’ Saya memberitahu nabi Allah bahawa apabila dia sedang berucap pada orang ramai, seorang muda yang kacak, dan harum yang duduk disebelah saya telah mengatakan yang sedemikian kepada saya. Nabi berkata: ‘Dia bukan dari keturunan Adam, dia adalah Jibril [yang menyerupai] Dia hendak menekankan pada maksud yang saya telah hebahkan mengenai Ali.’
Sekarang saya ingin mencari keadilan dari kamu, adakah wajar bagi mereka untuk melanggar perjanjian yang utuh dengan nabi Allah dalam tempuh dua bulan, iaitu melanggar perjanjian yang telah diberkan kapada Ali, membakar rumahnya, menghunuskan pedang kepadanya, memalukannya, mengheretnya kemasjid dan memaksakan bai’ah keatannya?

Hafiz: Saya tidak menjangkakan orang yang dihormati dan seorang Seyyed seperti kamu akan menyifatkan sahabat nabi bagi keduniaan. Nabi mengistiharkan mereka sebagai petunjuk kepada ummah apabila dia mengatakan: ‘Sahabat saya adalah umpama bintang; jika kamu mengikuti mana-mana satu dari mereka, kamu akam mendapat petunjuk.’

HADITH PADA ‘MENGIKUTI SAHABAT’ TIDAK SAHIH.
Shirazi: Pertama saya lebih suka jika kamu tidak mengulang-ulangi perkara yang sama. Kamu baru saja berhujah dari hadith yang sama dan saya telah memberikan jawapannya. Para sahabat, adalah seperti mereka yang lainnya, tidak ma’sum. Jika telah terbukti bahawa mereka tidak ma’sum, mengapa hendak dihairankan, dengan adanya bukti yang nyata, keduniaan itu disifatkan kepada mereka?
Kedua; supaya dapat membersihkan fikiran kamu, saya sekali lagi akan menjawabnya, supaya kamu tidak akan bergantung pada hadith yang sedemikian lagi dimasa yang akan datang. Menurut dari penyelidikkan ulama kamu yang terkenal bahawa hadith ini tidak boleh dipercayai, sebagaimana saya nyatakan terdahulu. Qazi Ayaz Maliki menyebut dari ulama kamu yang terkenal bahawa penyampai hadith ini termasuk nama orang yang jahil seperti Harith bin Qazwin dan Hamza bin Abi Hamza Nasibi, yang telah didapati sebagai pendusta, hadith ini tiada nilai pada menyebutnya.
Juga Qazi Ayaz di dalam Sharh-e-Shifa dan Baihaqi di dalam Kitab, telah mengistiharkan hadith ini sebagai palsu dan telah menganggap puncanya sebagai tidak boleh dipercayai.

SEBAHAGIAN SAHABAT ADALAH HAMBA KEPADA NAFSUNYA DAN BERPALING DARI KEBENARAN.
Ketiga saya tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak sopan, saya hanya mengatakan apa yang telah ditulis oleh ulama kamu. Saya nasihatkan kamu supaya membaca Fazil Taftazani’s Sharh-e-Maqasid, yang mana dia menyatakan dengan jelas bahawa terdapat banyak ketika dimana diantara para sahabat bermusuhan, ini telah menunjukkan bahawa sebahagian dari mereka telah menjadi keji dan zalim. Maka pada kami manusia tidak perlu dihormati hanya kerana mereka sahabat nabi. Kehormatan yang sebenarnya terletak pada amalan dan peribadi mereka. Jika mereka tidak tergolong di dalam hipokrit tetapi sebaliknya yang patuh dan taat kepada nabi, mereka tentulah dimuliakan dan dihormati. Kami akan meletakkan debu dikaki mereka pada mata kami.
Maka, kamu orang-orang yang adil, adakah kamu mengatakan bahawa banyak hadith di dalam buku kamu yang dipercayai mengenai memerangi Amirul Mukminin Ali [sebagai contoh yang nabi katakan: ‘memerangi Ali adalah memerangi aku.’] adalah semuanya tidak berasas? Atau adakah kamu mengaku bahawa hadith ini benar sahih?
Adakah tidak ianya dirakamkan dengan punca yang dipercayai oleh ulama kamu yang terkenal. Kita tidak perlu menyatakan bahawa hadith ini telah dirakamkan oleh ulama shia dengan penerimaan semua, di dalam semua buku mereka. Jika kamu terima hadith ini, kamu hendaklah mengakui bahawa ramai sahabat adalah pelampau dan keji, sebagaimana Muawiya, Amar ibn As, Abu Huraira, Samra bin Jundab, Talha, Zubair; kesemua mereka bangun menentang Ali, yang sebenarnya mereka telah bangun menentang nabi sendiri.
Dan oleh kerana mereka menentang nabi, maka pastinya mereka telah menyimpang dari jalan yang benar. Dari itu jika kami katakan bahawa sebahagian dari para sahabat adalah hamba kepada nafsunya, kami tidaklah salah, kerana apa yang kami katakan adalah benar. Selain itu bukan kami sahaja yang mengatakan sebahagian sahabat adalah kaji, zalim dan pelampau. Kami asaskan pendirian kami dari pengesahan ulama agung kamu.

PANDANGAN IMAM GHAZALI MENGENAI SAHABAT YANG MELANGGAR BAI’AH YANG DIBUAT PADA HARI GHADIR-E-KHUM.
Jika kamu selidiki Sirru’l-Alamin, disusun oleh Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Ghazali Tusi, kamu tidak akan membantah kepada apa yang saya katakan. Saya bagaimanapun terpaksa menyebutkan sebahagian dari kenyataannya yang keempat di dalam menyokong kenyataan saya. Dia mengatakan: ‘Bukti dan hujah menjadi jelas, dan terdapat sebulat suara penerimaan diantara muslim mengenai teks pada ucapan di hari Ghadir-e-khum, bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa sahaja saya maulanya, Ali adalah maulanya.’ Kemudian Umar terus berkata, ‘Tahniah kepadamu, tahniah kepadamu, Wahai Abu Hasan! Kamu adalah ketua aku dan juga ketua bagi yang beriman lelaki dan wanita.’
Tahniah serupa ini dengan jelas menunjukkan pada pengesahan arahan dari nabi, dan penerimaan ketua dan pemimpinnya Ali. Tetapi kemudian mereka telah dikalahkan oleh kehendak dunia mereka. Cinta kepada kuasa dan pemerintahan telah menghalang mereka dari taat. Mereka melantik bagi diri mereka khalifa di saqifa-e-bani-Saada. Mereka hendak menaikkan bendera kekuasaan mereka dan menakluk wilayah supaya nama mereka akan dikekalkan dalam sejarah. Mereka telah mabuk dengan nafsu untuk berkuasa. Mereka mengabaikan perintah al-Quran, dan juga arahan nabi. Mereka menjual agama untuk dunia. Apakah jenis perniagaan yang mereka lakukan dengan Allah.
Apabila nabi diranjang kematiannya, dia meminta pena dan dakwat supaya dia dapat memperjelaskan isu penggantinya. [Semoga Allah mengampunkan saya kerana mengatakannya], tetapi Umar berkata, ‘Tinggalkan orang ini. Dia berkata yang bukan-bukan.’ Maka apabila al-Quran dan hadith tidak boleh menolong mereka, justru itu mereka bergantung kepada ijma. Tetapi ini juga batal, kerana Abbas, dan keturunannya, Ali serta isterinya dan juga keturunan mereka tidak bersama dengan mereka yang memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Begitu juga, orang-orang saqifa menolak bai’ah kepada Kharaji, dan puak Ansar menolak mereka juga.
Hadirin yang dihormati, silalah ingat, shia tidak mengatakan apa-apa, melainkan apa yang ulama kamu telah nyatakan. Tetapi oleh kerana kamu benci kepada kami, kamu cuba mencari kesalahan dari apa yang kami katakan, walau bagaimana manasabah sekalipun. Kamu tidak pernah mengkritik ulama kamu, bahawasanya mengapa mereka menulis perkara yang sedemikian, dan walaupun mereka telah dedahkan apa yang sebenar dan mengesahkan semuanya pada lembaran buku sejarah.

Sheikh: Sirru’l-Alamin bukan ditulis oleh Imam Ghazali. Kedudukannya terlalu tinggi untuk menulis buku yang sedemikian dan ulama terkenal tidak percaya buku ini ditulis olehnya.

SIRRU’L-ALAMIN ADALAH BUKU KARANGAN IMAM GHAZALI.

Shirazi: Kebanyakkan dari ulama kamu telah mengakui bahawa buku ini adalah penulisan Imam Ghazali. Yusuf Sibt Ibn Jauzi amat berhati-hati terhadap rujukkan kepada para ilmuan yang lain [dan juga seorang fanatik agama] Di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 36, dia berhujah dari kenyataan yang sama oleh Imam Ghazali di dalam Sirru’l-Alamin, dan menyebutkan rangkap yang sama yang telah saya sebutkan tadi. Oleh kerana tidak ada ulasan yang diberikan mengenainya, ini menunjukkan bahawa dia mengeshkan bahawa buku itu telah ditulis oleh Imam Ghazali.
Kedua; dia juga bersetuju dengan pandangannya, yang saya telah katakan secara ringkas, walaupun dia sendiri mengatakan dengan lebih khusus. Jika dia tidak setuju pasti dia telah mengulas [komen] mengenainya. Kebiasaan bagi ulama fanatik kamu, apabila mereka menemui kenyataan yang sedemikian dari ilmuan yang terkenal, dan mendapati diri mereka tidak dapat menolaknya secara logik, sama ada mereka katakan buku itu bukan ditulis oleh pengarang tersebut, atau itu adalah sesuatu yang direka oleh shia. Atau mereka kadang kala melampaui sehingga mengatakan bahawa orang itu keji atau kafir.

RUJUKAN KEPADA STATUS IBN IQDA.

Terdapat bukti bahawa banyak ulama kamu yang terkenal telah didakwa hanya kerana mereka mengatakan yang benar. Ulama yang fanatik dan mereka yang jahil dari golongan kamu menganggapnya haram membaca buku yang tidak disahkan [oleh mereka]. Pengarang bagi kerja-kerja tersebut telah dihukum mati sebagaimana Hafiz Ibn Iqda Abu’l-Abbas Ahmad bin Muhammad Bin Sa’id Hamadani yang mati pada 303 Hijrah. Dia adalah seorang ulama terkenal. Ramai ilmuan yang mashor dari golongan kamu seperti Dhahabi dan Yafi’i, telah mengakui kewibawaan dia, dan berkata bahawa dia telah belajar 300 000 hadith bersama dengan puncanya dan dia adalah seorang yang wara’.
Pada perhimpunan umum diKufa dan Baghdad di dalam abad ketiga Hijrah, dia secara terbuka menyampaikan kegagalan kedua sheikh [Abu Bakr dan Umar]. Makanya dengan itu manusia telah memanggilnya Rafizi dan menghalang dari menyebutkan hadith darinya. Ibn Kathir Dhahabi dan Yafi’I menulis mengenai dia: ‘Sheikh Ibn Iqba duduk di dalam masjid Basra [masjid yang terkenal diantara Baghdad dan Kazimain] dan menyebutkan kegagalan dan kekurangan kedua sheikh [Abu Bakr dan Umar] kepada manusia. Atas sebab ini hadith yang disampaikannya telah ditolak. Jika tidak, tiada keraguan mengenainya sebagai seorang yang benar dan wara’. Al-Khatib Baghdadi juga memujinya di dalam ‘Tarikh’ nya tetapi pada penghujungnya dia berkata: ‘Oleh kerana dia menerangkan kekurangan dan kekejian keud sheikh, dia adalah Rafizi.’
Maka kamu semua janganlah menganggap bahawa hanya shia sahaja yang hendak mendedahkan kebenaran. Ulama kamu yang agung juga seperti Imam Ghazali dan Ibn Iqba pernah menunjukkan kecacatan kepada diri ketua sahabat.

RUJUKAN PADA KEMATIAN TABARI.

Disetiap era sejarah, terdapat banyak peristiwa dimana ulama telah disiksa atau dituduh pada sebab ucapan atau penulisan mereka yang benar. Sebagai contoh pengulas dan ahli sejarah yang terkenal Muhammad Ibn Jarir Tabari, yang menjadi kebanggaan ulama kamu, mati pada tahun 310 Hijrah di Baghdad. Tetapi oleh kerana pihak berkuasa takut akan terjadinya kekacauan umum, mereka enggan membenarkan kerandanya di bawa keluar pada waktu siang. Secara terpaksa dia telah dikebumikan di dalam rumahnya pada waktu malam.

PEMBUNUHAN NASA’I.
Satu lagi insiden adalah pembunuhan terhadap Imam Abdu’r-Rahman Ahmad Ibn Ali Nisa’i’. Dia adalah seorang yang mulia dan salah seorang Imam Sahih Sitta [enam buku sahih] Dia tergolong pada golongan ulama kamu yang berkedudukan tinggi di dalam abad ke 3 Hijrah. Apabila dia sampai di Damascus pada tahun 303 Hijrah; dia melihat bahawa, disebabkan oleh Bani Umayya, penduduk kawasan itu secara terbuka menghina nama Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Talib setelah selesai solat wajib, terutama di dalam ucapan pada solat berjamaah. Dia amat terharu melihat kejadian ini dan dia membuat keputusan untuk mengumpul semua hadith nabi yang memuji Amirul Mukminin dengan rantaian sampai kepada pada puncanya, semuanya yang dia boleh ingat. Dengan itu dia menulis sebuah buku, Khasa’isu’l-Alawi, pada menyokong kedudukan dan kemuliaan Ali. Dia pernah membacakan kepada manusia dari atas mimbar hadith dari bukunya, pujian kepada Imam yang suci.
Satu hari apabila dia sedang menyampaikan ketinggian kedudukan dan kemuliaan Ali, sekumpulan pengganas fanatik telah menarik dia dari mimbar dan memukulnya. Mereka menumpukan pukulan mereka di kemaluannya, mengheret dia keluar dari masjid dan mencampakkannya dijalanan. Akibat dari kecederaan ini dia meninggal dunia beberapa kemudian. Jasadnya di bawa ke Makah dan dikebumikan disana. Kejadian ini adalah disebabkan oleh kebencian dan kejahilan.
Sekarang ma’afkan saya kerana telah melencong sedikit dari titik perbincangan. Apa maksud saya adalah kedudukan wazir Amirul Mukminin tidak sahaja dirakamkan oleh ulama shia; Malah ulama kamu yang terkenal juga menyatakan bahawa nabi di hadapan 70 000 atau 120 000 orang, mengangkat tangan Ali dan memperkenalkan dia sebagai Imam [ketua dan petunjuk] kepada ummah.

KESANGSIAN SUNNI MENGENAI PENGERTIAN MAKSUD MAULA.
Hafiz: Memang benar, tidak dinafikan mengenai peristiwa dan Nas dari hadith, tetapi pada masa yang sama ia tidak mempunyai tujuan kepada maksud yang kamu dengan bahasa yang fasih telah mengutarakan.
Selain dari itu, terdapat keraguan mengenai teks pada hadith itu. Sebagai contoh, perkataan ‘maula’ kamu memberitahu kami maksudnya , ‘Tiada sesiapa yang mempunyai tuntutan yang lebih pada yang lain,’ walaupun telah diketahui dalam hadith ini ‘maula’ bererti ‘cinta, penolong dan kawan’ Nabi tahu bahawa Ali mempunyai banyak musuh, maka baginda hendak menerangkan kepada manusia bahawa sesiapa yang baginda cintai, atau sahabat baginda, atau baginda menolong dia, maka Ali juga cintakan dia, juga sahabat dia dan juga penolong. Sebab mengapa dia memintakan perjanjian dari manusia adalah bahawa dia tidak mahu manusia membuat kesulitan kepada Ali.

Shirazi: Saya fikir kadang kala kamu tidak sepatutnya mengguna pakai tabiat orang-orang terdahulu kamu. Jika kamu meneliti fakta itu dengan cermat, kebenaran isu itu akan kelihatan lebih jelas.

Hafiz: Apakah faktanya yang membuktikan maksud pandangan kamu? Sila beritahu kami.

MAKSUD MAULA SEBAGAI ‘PETUNJUK’, ‘KETUA’, DI DALAM KETERANGAN AYAT YA AYYUHA’R-RASUL BALIGH
Shirazi: Bukti yang pertama adalah al-Quran dan wahyu pada ayat: ‘Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah disampaikan kepada mu dari Tuhan mu; dan jika kamu tidak laksanakan, maka kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya, dan Allah akan memelihara kamu dari manusia.’ [5:67]

Hafiz: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada hari tersebut dan untuk tujuan itu?

Shirazi: Kesemua ulama kamu yang terkenal telah menermanya: Jalalu’d-din Suyuti: Durru’l-Mansur; jilid II, ms 298; Hafiz Ibn Abi Hatim Razi: Tafsir-e-Ghadir; Hafiz Abu Ja’far Tabari: Kitabu’l-Wilaya; Hafiz Abu Abdullah Mahamili: Amali; Hafiz Abu Bakr Shirazi: Ma Nazala mina’l-Qur’an Fi Amiri’l-Mu’minin; Hafiz Abu Sa’id Sijistani: Kitabu’l-Wilaya; Hafiz Ibn Mardawiyya: Tafsir-e-Ayah; Hafiz Abu’l-Qasim Haskani: Shawahidu’t-Tanzil; Abu’l-Fatha Nazari: Khasa’isu’l-Alawi; Mu’inu’d-din Meibudi: Sharh-e-Diwan; Qazi Shekani: Fathu’l-Ghadir, jilid III, ms 57; Seyyed Jamalu’d-din Shirazi: Arba’in; Badru’d-din Hanafi: Umdatu’l-Qari Fi Sharh-e-Sahih Bukhari, jilid 8, ms 584; Ahmad Tha’labi: Tafsir Kashfu’l-Bayan; Imam Fakhru’d-din Razi: Tafsir-e-Kabir, jilid III, ms 636; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani: Ma nazala mina’l-Qur’an Fi Ali; Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini: Fara’idu’s-Simtain; Nizamu’d-din Nishapuri: Tafsir, jilid VI, ms 170; Seyyed Shahabu’d-din Alusi Baghdadi: Ruhu’l-Ma’ani, jilid II, ms 348; Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki: Fusulu’l-Muhimma, ms 27; Ali Bin Ahmad Wahidi: Asbabu’n-Nuzul, ms 150; Muhammad Bin Talha Shafi’i: Matalibu’s-Su’ul, ms 16; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i: Mawadda V from Mawaddatu’l-Qurba; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi: Yanabiu’l-Mawadda, Bab 39.
Dipendekkan sejauh yang saya tahu, 30 dari ulama kamu telah menulis di dalam buku sahih mereka dan di dalam ulasan mereka terhadap ayat al-Quran yang diwahyukan pada hari Ghadir-e-Khum yang mengenai Amirul Mukminin Ali. Bahkan Qai Fazl bin Ruzbahan, miskipun dengan segala fanatiknya, telah menulis: ‘Sesungguhnya telah dibuktikan di dalam buku sahih bahawa apabila ayat ini diwahyukan; Nabi memegang tangan Ali sambil berkata: ‘Kepada sesiapa saya adalah maulanya, ini Ali juga adalah maulanya.’
Bagaimanapun adalah sungguh memeranjatkan orang fanatik yang sama Qazi di dalam buku Kashf Ghumma memberikan kenyataan yang aneh dari Razi bin Abdullah: ‘Di dalam masa nabi, kami biasa membaca ayat ini: ‘Wahai nabi Kami [Muhammad] sampaikanlah apa yang telah disampaikan kepada kamu dari Tuhan mu, iaitu, Ali adalah ketua bagi orang yang beriman. Jika kamu tidak; maka kamu tidak sampaikan pengkhabaranNya.’
Juga Suyuti di dalam Durru’l-Mansur dari Ibn Mardawiyya, Ibn Asakir dan Ibn Abi Hatim dari Abu Sa’id Khadiri, Abdullah Ibn Mas’ud (salah seorang penulis wahyu ) dan Qazi Shukani di dalam Tafsir-e-Fathu’l-Ghadir; menyampaikan bahawa pada masa nabi mereka juga membaca ayat itu dengan cara yang sama.
Dipendekkan, amaran yang terkandung di dalam ayat itu berbunyi: ‘Jika kamu tidak melakukannya [adalah seumpama] kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya [sama sekali]… ‘ menunjukkan bahawa pengkhabaran dimana nabi telah diarahkan untuk disampaikan adalah terlalu amat penting. Ianya adalah sesuatu yang penting pada menyempurnakan kanabian itu sendiri. Makanya isu itu adalah yang berkenaan dengan Imami, pengalihan kuasa kepada seorang yang akan memandu ummah di dalam jalan islam setelah wafatnya nabi.

WAHYU AYAT ‘PADA HARI INI AKU TELAH SEMPURNAKAN UNTUK KAMU AGAMA KAMU’ DI GHADIR-E-KHUM’.
Kedudukan kedua yang membuktikan pandangan saya adalah wahyu ayat: ‘Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan dicukupkan nikmat keatas kamu dan telah memilih untuk kamu islam sebagai agama.’ [5:3]

Hafiz: Tetapi ianya adalah fakta yang telah diterima bahawa ayat ini telah diwahyukan pada hari Arafa, dan tidak ada satu ulama yang mengatakan bahawa ianya telah diwahyukan pada hari Ghadir.

Shirazi: Saya meminta kamu janganlah terburu-buru pada menafikan fakta ini. Ya sudah tentu, saya mengaku sebahagian dari ulama kamu telah mengatakan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada hari Arafa, tetapi ramai dari ulama terkenal kamu juga mengatakan bahawa ianya diwahyukan pada hari Ghadir. Juga sebahagian dari mereka mempunyai pandangan bahawa mungkin ayat ini diwahyukan dua kali, sekali di Arafa dan sekali lagi di Ghadir.
Menurut, Sibt Ibn Jauzi telah berkata di dalam Khawasu’l-Umma, ms 18: ‘Ada kemungkinan bahawa ayat ini telah diwahyukan dua kali, sekali pada hari Arafa dan sekali pada hari Ghadir-e-Khum, sebagaimana ayat: ‘Dengan nama Allah, maha pemurah, maha pengasih’ telah diwahyukan dua kali, sekali di Makah dan sekali lagi di Madina.
Ulama kamu yang dipercayai seperti, Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid II, ms 256 dan Itqan, jilid I, ms 31; Imamu’l-Mufassirin Tha’labi di dalam Kashfu’l-Bayan; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Ma Nusala Mina’l-Qur’an Fi Ali; Abu’l-Fatha Nazari di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Ibn Kathir Shami di dalam Tafsir, jilid II, ms 41, di ikuti oleh Hafiz Ibn Mardawiyya: Muhammad Bin Jarir Tabari, ulama, pengulas dan ahli sejarah abad ke 3rd Hijrah di dalam Tafsir-e-Kitabu’l-Wilaya; Hafiz Abu’l-Qasim Haskani di dalam Shawahid-ut-Tanzil; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira-e-Khawasu’l-Umma, ms 18; Abu Ishaq Hamwaini di dalam Fara’id-us-Simtain, Bab XII; Abu Sa’id Sijistani di dalam Kitabu’l-Wilaya; Al-Khatib-e-Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid VIII, ms 290; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib, Bab XIV dan Maqtalu’l-Husain, bab IV; semua telah menulis bahawa pada hari Ghadir-e-Khum nabi melantik Ali dengan arahan tuhan kepada kedudukan wilaya [wazir]. Dia memberitahu ummah apa yang telah diarahkan kepadanya untuk mengatakan mengenai Ali, dan dia telah mengangkat tangan Ali dengan tinggi sehingga warna putih pada ketiaknya kelihatan. Maka dia berkata kepada ummah: ‘Hormati Ali kerana dia adalah amir [ketua] orang yang beriman. Seluruh kommuniti patuh kepada arahannya. Mereka belumpun bersurai dari sesama mereka apabila ayat itu diwahyukan.’
Nabi amat gembira dengan diwahyukan ayat tersebut. Maka ketika berucap kepada manusia, dia berkata: ‘Allah maha besar, Dia yang telah sempurnakan bagi mereka agamanya dan telah mencukupi rahmatnya keatas mereka dan ridha dengan kenabian ku dan wazirnya Ali sesudah ku.’
Imam Haskani dan Imam Ahmad bin Hanbal telah memberikan secara mendalam peristiwa ini. Jika kamu, hadirin yang dihormati, telah meninggalkan pendapat kamu yang terdahulu dalam perkara ini; kamu pasti akan memahami ayat suci ini dan juga hadith, yang menunjukkan perkataan ‘maula’ bererti wali [ketua] iaitu seorang yang mempunyai kuasa diatas yang lain.
Jika ‘maula’ atau ‘wali’ tidak bererti ‘orang yang mempunyai kuasa diatas yang lain’ maka rangkap yang akhir ‘selepas aku’ tidak mempunyai makna. Dan ayat ini, yang mana nabi telah ucapkan dari lidahnya yang suci, membuktikan ‘maula’ dan ‘wali’ bererti ‘orang yang punyai kuasa lebih diatas yang lain’ kerana dia berkata bahawa kedudukan itu diberkan khusus kepada Ali selepas dia.
Ketiga kamu hendaklah memikirkan keadaan disitu. Dipadang pasir yang panas, dimana tidak terdapat sebarang pelindungan untuk mereka, nabi mengumpulkan seluruh ummah. Manusia berselindung disebalik unta mereka, dengan kaki mereka tertutup dari bahang mata hari yang membakar. Dalam keadaan begini nabi memberikan ucapan yang panjang, yang mana Khawarizmi dan Ibn Mardawiyya di dalam Manaqib, dan Tabari di dalam Kitabu’l-Wilaya, dan yang lain juga telah nyatakan. Adakah termasuk difikiran kamu bahawa nabi memerlukan ribuan pengikutnya untuk menghabiskan masa tiga hari, dipadang pasir yang panas membakar untuk mereka memberikan bai’ah kepada Ali, hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang kawan? Yang nyatanya tidak ada satu orang dari seluruh kommuniti yang tidak tahu betapa rapatnya diantara nabi dan Ali atau yang tidak pernah dengar mengenai dia [sebagaimana saya telah tunjukkan dahulu] Ayat al-Quran yang dipersoalkan ini telah diwahyukan kali kedua, terutama dikeadaan yang berlainan dan dengan arahan yang lebih serius sehingga manusia perlu diletakkan di dalam keadaan yang tidak menyenangkan dan tertanya-tanya, mustahil ini semua sekadar untuk mengatakan Ali adalah seorang kawan. Sama ada tindakkan nabi dimaksudkan pada menunjukkan betapa petingnya duduk perkara atau satu senda gurau. Dan pastinya nabi adalah bebas dari tindakkan yang sia-sia.
Adalah wajar untuk merumus bahawa segala peraturan itu telah dibuat bukan sekadar untuk menunjukkan kapada manusia bahawa mereka harus menjadi kawan Ali. Peristiwa itu menandakan berakhirnya pengkhabaran rasul; dan tertubuhnya Imami, punca petunjuk bagi ummah selepas wafatnya nabi.

PANDANGAN SIBT IBN JAUZI MENGENAI MAKSUD ‘MAULA’
Sebahagian dari ulama kamu yang terkenal telah mengakui bahawa maksud utama ‘maula’ adalah ‘ketua’ Diantara mereka, Sibt Ibn Jauzi, telah memberikan 10 maksud perkataan tersebut di dalam Tadhkira-e-Khawas, Bab II, ms 20, berkata bahawa tidak ada satu perkataan melainkan yang ke 10, menyamai dengan apa yang dimaksudkan oleh nabi. Dia berkata: ‘Hadith itu khusus bermakna taat; maka maksud yang ke 10 adalah betul, dan ianya bererti ‘ketua diatas yang lain’ Makanya hadith itu bermaksud ‘dari sesiapa sahaja saya maulanya, Ali adalah juga maulanya.’
Di dalam buku Maraju’l-Bahrain Hafiz Abdu’l-Faraj Yahya Bin Sa’id Saqafi menghuraikan dengan maksud yang sama. Dia menyampaikan hadith ini dari puncanya sendiri dari ketuanya, yang mengatakan bahawa nabi memegang tangan Ali dan berkata: ‘Dari sesiapa sahaja saya adalah wali atau ketua diatas dirinya, Ali adalah juga walinya atau ketua diatas dirinya.’
Sibt Ibn Jauzi berkata: ‘Kata-kata nabi bahawa Ali mempunyai kuasa atau ketua diatas diri semua yang beriman dengan jelas membuktikan Imami atau wazir bagi Ali, dan patuh kepadanya adalah wajib.’

PANDANGAN IBN TALHA SHAFII MENGENAI MAKSUD ‘MAULA’
Muhammad bin Talha Shafii di dalam Matalibus-Suul di bahagian tengah pada bab V, ch 1, ms 16, telah berkata bahawa perkataan maula mempunyai banyak maksud, sebagai contoh: Ketua, penolong, pengganti, yang benar, pemimpin. Dia kemudian mengatakan bahawa hadith ini mempunyai pengertian yang dalam bagi ayat Mubahila [3:61] Di dalamnya Allah telah memanggil Ali sebagai ‘diri’ nabi. Tidak ada perpisahan diantara diri nabi dengan diri Ali, kerana Dia telah mencantumkan keduanya dengan gantinama yang merujuk kepada nabi.
Muhammad bin Talha menambah: ‘Di dalam hadith ini nabi menunjukkan bahawa apa sahaja ketentuan bagi diri yang beriman terhadap diri nabi, begitulah juga adanya pada diri Ali. Sebagaimana nabi adalah ketua bagi yang beriman di dalam semua perkara, penolong, ketua, pemimpin – semua ini menjelaskan pada maula – makanya mengikuti itu semua maksudnya kepada Ali juga. Dan ini adalah kedudukan yang tinggi, paling tinggi yang diperuntukkan khas bagi Ali. Atas sebab inilah hari Ghadir adalah hari eid [hari raya] dan hari bersuka ria bagi pencinta dan sahabat Ali.

Hafiz: Dari sudut pandangan kenyataan kamu, perkataan ‘maula’ mempunyai banyak maksud, adalah salah untuk kita merumuskan bahawa ianya digunakan pada menunjukkan satu maksud bererti ‘ketua’ sahaja sehingga mengenepikan maksud-maksud yang lain.

Shirazi: Tentu kamu sedar akan asas prinsip pelajaran yang mana satu perkataan mungkin mempunyai banyak maksud, tetapi ianya hanya mempunyai satu maksud asas dan darinya maksud yang lain didapati. Maksud asas bagi perkataan ‘maula’ atau wali adalah ketua. Sebagai contoh wali nikah bererti seorang yang bertindak sebagai pesuruhjaya [kuasa wakil] atau yang diamanahkan. Wali bagi wanita adalah suaminya, wali bagi kanak-kanak adalah bapanya, yang mempunyai sepenuh kuasa diatasnya. Wali ahd [keturunan] raja bermaksud ‘sesaorang yang mempunyai kuasa memerintah tidak boleh dinafikan haknya jika dia hidup lebih lama dari keturunannya.’
Selain dari itu, bantahan kamu memantul [berpatah] semula kepada kamu, mengapa kamu telah menghadkan maksudnya kepada ‘kawan’ dan ‘penolong’ sedangkan ia mempunyai banyak maksud. Maka penentuan maksudnya tanpa mempunyai bantahan yang khusus maka ditolak. Bantahan yang kamu buat kembali kepada kamu dan bukan kepada kami kerana maksud yang kami tentukan adalah bukan tanpa objek tertentu. Ianya adalah ayat al-Quran, hadith dan pendapat ulama, kesemuanya membuktikan maksud yang sama, seperti yang kami telah berikan. Diantaranya adalah penjelasan dari ulama kamu seperti Sibt Ibn Jauzi, Muhammad Ibn Abi Talha Shafii yang telah berikan mengenai maksudnya. Lebih-lebih lagi ianya dinyatakan di dalam jumlah hadith yang banyak dari kedua-dua punca shia dan sunni yang ayat suci itu berbunyi: ‘wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan mu, mengenai wilaya Ali dan dia sebagai ketua orang beriman.’
Jalalud-Din Suyuti, seorang ulama kamu telah mengumpulkan hadith-hadith ini di dalam bukunya Durrul-Mansur.

HUJAH ALI BERDASARKAN HADITH GHADIR DI DALAM MASJID KUFA.
Jika hadith ini dan perkataan maula bukannya bukti terhadap Imam dan khalifanya Ali, Amirul Mukminin tentu tidak berulang-kali berhujah darinya. Bahkan di dalam komiti Perunding dia merujuk kepadanya sebagai bukti terhadap Imamnya dia, sebagaimana tercatit di dalam Khatib Khawarizmi, ms 217; Ibrahim Ibn Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id, Bab 58; Hafiz Ibn Iqda di dalam Kitabu’l-Wilaya; Ibn Hatim Damishqi di dalam Durru’n-Nazim, dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 61, telah merakamkannya. Yang paling penting adalah bukti yang diberikan oleh 30 para sahabat di Rahba.
Banyak dari ulama kamu yang terkenal telah menyampaikan perbincangan Ali dengan kaum muslim di Rahba-e-Kufa [diperkarangan masjid Kufa]. Berikut ini adalah sebahagian dari yang telah merakamkan kejadian itu.
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, bahagian 1, ms 129; Ibn Athir Jazari di dalam Asadu’l-Ghaiba, jilid III dan jilid V, ms 206 dan 276; Ibn Qutayba di dalam Ma’arif, ms 194; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 362; Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid V, ms 26; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 408; Muhibu’d-din Tabari di dalam Dhakha’ir-e-Uqba, ms 67; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, ms 26; Allama Samhudi di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Shamsu’d-din Jazari di dalam Asnu’l-Matalib, ms 3; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 4; Hafiz Ibn Iqda di dalamKitabu’l-Wilaya. Ali berdiri dihadapan manusia dan meminta mereka menjadi saksi mengenai apa yang mereka telah dengar nabi katakan mengenainya di Ghadir-e-Khum. 30 orang dari para sahabat, termasuk mereka yang mengambil bahagian dalam perang Badr, berdiri dan berkata bahawa mereka melihat pada hari Ghadir-e-Khum nabi memegang tangan Ali dan berkata kepada manusia: ‘Tahukah kamu aku mempunyai hak yang lebih diatas diri orang yang beriman dari mereka terhadap nyawa mereka sendiri?’ Semua mereka menjawab,’Ya’ Kemudian nabi berkata: ‘Dari siapa saya maulanya, ini Ali adalah maulanya.’

BENCANA TERHADAP MEREKA YANG TIDAK MENGESAHKAN HADITH GHADIR.
Dari di dalam perhimpunan ini hanya tiga orang yang tidak menjadi saksi terhadap peristiwa tersebut. Seorang dari mereka adalah Anas bin Malik, yang mengatakan bahawa dia telah menjadi lemah ingatan disebabkan tua dan telah lupa segalanya. Ali kutuk ketiga-tiga mereka. Beliau berkata: ‘Jika kamu berdusta, semoga Allah memberi kamu dengan kusta, yang mana serban kamu tidak dapat menutupnya.’ Belumpun sempat Anas bangun dari tempat duduknya penyakit kusta telah kelihatan pada tubuhnya. [Menurut dari sebahagian kenyataan dia menjadi buta dan tempang]

HUJAH KEEMPAT: ‘TIDAKKAH AKU MEMPUNYAI HAK YANG LEBIH DIATAS KAMU DARI DIRI KAMU SENDIRI.’
Shirazi: Keempat; cara hadith itu disampaikan dengan sendirinya membuktikan bahawa perkataan ‘maula’ bererti ‘ketua’ Nabi pada ucapannya di Ghadir, bertanya kepada manusia: ‘Tidakkah aku mempunyai hak yang lebih diatas diri kamu dari diri kamu sendiri.’ Ini merujuk kepada perkataan al-Quran: ‘Nabi mempunyai lebih hak diatas yang beriman dari mereka terhadap diri mereka sendiri.’ [33:6]
Lebih-lebih lagi terdapat hadith yang dipercayai di dalam buku kedua golongan yang telah merakamkan bahawa nabi berkata: ‘Tidak ada diri yang beriman yang mana aku mempunyai lebih hak padanya didunia ini dan juga diakhirat, dari dia pada dirinya sendiri. Kesemua mereka berkata dengan satu suara bahawa baginda mempunyai hak yang lebih diatas mereka dari mereka diatas diri mereka sendiri. Selepas itu nabi berkata: ‘Dari sesiapa saya ‘maulanya’, ini Ali juga ‘maulanya’. Maka dari kontek ucapan ia menunjukkan bahawa nabi maksudkan ‘berkuasa’ atau ‘ketua diatas yang lain’ apabila dia menggunakan perkataan ‘maula.’

Hafiz: Di dalam banyak buku tidak terdapat rekod sedemikian yang mengatakan nabi telah mengatakan perkataan itu. ‘Tidakkah aku mempunyai hak yang lebih pada kamu dari kamu diatas diri kamu sendiri?

Shirazi: Di dalam menyampaikan hadith Ghadir, penyampai telah menggunakan perkataan yang berlainan sedikit, tetapi bagi shia, dan semua ulama Ithna Ashari [12 Imam] telah berkata bahawa teks dan kontek hadith Ghadir adalah seperti yang telah disampaikan.
Dan di dalam kebanyakkan buku sahih, yang ditulis oleh ulama kamu, seperti Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira-e-Khawasu’l-Umma, ms 18; Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Nuru’d-din Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma; dan yang lain yang telah menyampaikan hadith Ghadir, ayat, ‘Tidakkah aku mempunyai hak yang lebih pada kamu dari kamu diatas diri kamu sendiri’ ada terdapat padanya.
Sekarang sekadar untuk memperjelas saya sampaikan terjemahan hadith ini yang telah disampaikan oleh Imam ahli hadith, Imam Ahmad bin Hambal di dalam musnad, jilid IV, ms 281, pada pengesahan Bara’a bin Azib. Dia berkata: ‘Saya sedang berjalan dengan nabi. Kami sampai di Ghadir. Nabi memberitahu: ‘Berkumpulah untuk solat’ Adalah kebiasaan apabila sesuatu yang serius akan terjadi nabi akan mengarahkan manusia supaya berkumpul untuk solat. Apabila manusia telah brkumpul dan solat telah didirikan, nabi biasanya akan memberikan ucapan. Tempat yang khas telah disediakan untuk nabi diantara dua pokok. Setelah selesai berdoa nabi, mengangkat tangan Ali tinggi melepasi kepalanya, berkata kepada orang ramai: ‘Tahukah kamu bahawa aku adalah ketua bagi yang beriman dan mempunyai lebih hak dari mereka dari mereka diatas diri mereka sendiri?’ Semua mereka menjawab, ‘Ya, kami tahu itu.’ Baginda sekali lagi berkata: ‘Tahukah kamu bahawa aku adalah ketua bagi yang beriman dan mempunyai lebih hak dari mereka dari mereka diatas diri mereka sendiri?’ Semua mereka menjawab, ‘Ya, kami tahu itu.’ Maka nabi berkata: ‘Dari sesiapa saya ‘maulanya’, ini Ali juga ‘maulanya’ Kemudian dia berdoa kepada Allah: ‘Wahai Allah! Jadilah sahabat kepadanya yang menjadi sahabat kepada Ali, dan jadilah musuh kepadanya yang menjadi musuh kepada Ali.’ Sejurus sahaja selepas ini, Umar bin Khattab bertemu dengan Ali dan berkata: ‘Tahniah kepada kamu, Wahai anak Abu Talib! Kamu telah menjadi maula kepada semua yang beriman lelaki dan wanita.’
Juga Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V; Sulayman Balkhi di dalam Yanabi dan Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilya telah merakamkan hadith ini dengan sedikit perbezaan perkataan.
Hafiz Abu’l-Fatha, dari mana Ibn Sabbagh juga telah sampaikan di dalam Fusulu’l-Muhimma, telah menyampaikan hadith ini di dalam perkataan ini: ‘Wahai manusia! Allah maha besar adalah maula ku, dan aku mempunyai lebih hak diatas kamu dari kamu diatas diri kamu sendiri. Kamu harus tahu bahawa dari sesiapa saya ‘maulanya’, ini Ali juga ‘maulanya’ Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan dan Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam hadith (ms. 81,83,93,24) telah menyampaikan hadith ini dengan cara yang sama. Dan Zaid Ibn Arqam menulis di dalam hadithnya No. 84, bahawa nabi Allah berkata di dalam ucapannya: ‘Tidakkah kamu tahu bahawa aku mempunyai lebih kuasa diatas semua yang beriman, lelaki dan wanita, dari mereka diatas diri mereka sendiri?’ Kesemua mereka berkata: ‘Kami menjadi saksi bahawa kamu mempunyai lebih kuasa diatas yang beriman dari mereka diatas diri mereka sendiri.’ Pada ketika itu nabi berkata: ‘Dari sesiapa saya ‘maulanya’, ini Ali juga ‘maulanya’ Kemudian dia mengangkat tangan Ali. Di dalam tambahannya Abu Bakr Ahmad Bin Al-khatib Baghdadi (mati 462 A.H.), di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid 8, ms 289, 290, telah menyampaikan hadith yang lebih khusus dari Abu Huraira bahawa jika sesiapa berpuasa pada 18hb Dhul-Hijja [Hari Ghadir] dia akan mendapat ganjaran 60 bulan berpuasa. Dia kemudian merakamkan hadith yang diatas dengan cara yang sama.

SYAIR HASAN DIHADAPAN NABI.

Keadaan kelima pada membuktikan wilaya [wazir] Ali, adalah bacaan syair terhadapnya, yang Hasan bin Thabit telah bacakan dengan keizinan nabi, di dalam perhimpunan yang mana kedudukan Ali sebagai wazir telah diumumkan. Sibt Ibn Jauzi dan yang lainnya telah menulis bahawa apabila nabi mendengarkan rangkap-rangkap itu, dia berkata: ‘Wahai Hasan! Selagi kamu berterusan membantu kami atau memuji kami dengan lidah kamu, ruhul-Qudus, ruh yang suci, akan terus menyokong kamu.’
Pengulas dan juga penyampai hadith terkenal diabad keempat Hijrah, Hafiz Ibn Mardawiyya (mati 352 H.), di dalam Manaqib; Ketua Imam, Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib dan Maqtalu’l-Husain, bahagian IV; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Risalatu’l-Azhar fi ma Aqdahu’sh-Shu’ara dan banyak lagi ulama kamu, penyampai dan juga ahli sejarah menyatakan dari Abu Sa’id Khudiri bahawa pada hari Ghadir-e-Khum, selepas ucapan nabi dan perlantikkan Ali sebagai penggantinya, Hasan bin Thabit berkata: ‘Adakah kamu mengizinkan saya membacakan beberapa rangkap syair pada peristiwa ini?’ Nabi Allah berkata: ‘Ya, bacalah dengan rahmat Allah.’ Maka dia berdiri ditempat yang ditinggikan dan terus membacakan secara sepontan rangkap-rangkap yang digubah. Maksud rangkap tersebuta adalah seperti berikut:
‘Pada hari Ghadir-e-Khum, nabi memanggil semua ummah, dan saya mendengar suaranya memanggil mereka Nabi berkata kepada manusia, ‘Siapakah maula dan wali kamu?’ Manusia menjawab dengan jelas, ‘Maula kami adalah Allah [Tuhan] dan wali kami adalah kamu [nabi] dan tiada siapa menafikan fakta ini.’ Maka nabi suci berkata kepada Ali: ‘Berdirilah! Saya merasa puas dengan kamu menjadi Imam [wazir] dan hadi [petunjuk] selepas ku. Maka bagi siapa aku maulanya, ini Ali adalah maulanya. Dengan itu semua manusia hendaklah setia dan patuh pada menolongnya.’ Kemudian nabi berdoa kepada Allah: ‘Wahai Allah! Berbaiklah dengan mereka yang berbaik dengannya, musuhilah mereka yang memusuhinya.’
Rangkap syair ini adalah bukti jelas pada menunjukkan fakta bahawa pada hari tersebut para sahabat nabi tidak menterjemahkan perkataan ‘maula’ kepada maksud yang lain melainkan ‘Imam’ dan bahawa Ali akan menjadi khalifa selepas nabi wafat. Jika perkataan ‘maula’ tidak bererti ‘Imam’ atau ketua diatas yang lain, nabi tentunya telah menganggu Hasan ketika dia menyebutkan baris: ‘Saya berpuas hati dengan kamu menjadi Imam dan petunjuk selepas aku.’ Dan akan menjelaskan bahawa dia tersalah mengerti dan bahawa baginda tidak bermaksud Ali menjadi Imam dan pengganti selepasnya dan bahawa baginda bermaksud dengan perkataan ‘maula’ adalah kawan atau penolong. Tetapi sebenarnya nabi telah menyokongnya dengan mengatakan ‘ruhul-qudus juga akan menyokongnya’ Selain dari itu nabi juga menerangkan dengan jelas kedudukan Imami atau wilaya Ali di dalam syarahannya. Kamu hendaklah meneliti syarahan nabi, yang baginda sampaikan pada hari Ghadir-e-Khum yang telah dirakamkan dengan penuh mendalam oleh Abu Jafar Muhammad Ibn Jarir Tabari [mati 310 Hijrah] di dalam bukunya Kitabul-Wilaya. Dia menulis bahawa nabi telah berkata: ‘Dengar dan patuh. Sesungguhnya Allah adalah maula kamu dan Ali adalah Imam kamu. Sehingga ke hari pengadilan Imami adalah kepunyaan ahli ku, keturunan Ali.’

PARA SAHABAT MELANGGAR JANJI YANG MEREKA BUAT PADA HARI GHADIR.

Apa juga terjemahan yang kamu berikan pada perkataan ‘maula’, ianya adalah fakta yang telah diterima bahawa para sahabat telah membuat perjanjian kepada nabi pada hari itu. Terdapat persamaan sepenuhnya diantara kedua golongan pada tujuan ini. Jadi mengapa mereka melanggar sumpah? Walaupun jika kita anggap, untuk seketika bahawa dengan perkataan maula nabi bermaksud hanya kawan dan penolong, demi kerana Allah beritahulah kepada kami jika pada fikiran kamu bahawa persahabatan bererti membakar rumahnya, menggemparkan keluarganya, mengancamnya dengan pedang terhunus.
Nabi memberikan arahan yang jelas bahawa para sahabat hendaklah memberikan bai’ah kepada Ali. Adakah kamu fikir bahawa baginda bermaksud bahawa mereka dengan itu boleh mengancam anak menantunya? Selepas wafatnya nabi tidakkah mereka melanggar sumpah? Adakah mereka yang melanggar sumpah memenuhi, pada pendapat kamu, syarat-syarat bagi persahabatan? Adakah mereka menbaca ayat 25 surah al-Ra’d dari al-Quran? ‘Dan mereka yang melanggar perjanjian Allah setelah disahkan, dan memutuskan apa yang Allah arah pada menyambungkan dan membuat kerosakkan dibumi; dan bagi mereka, keatasnya kutukan, dan mereka dapat kejahatan sebagai tempat tinggal.’ [13:25]
PARA SAHABAT MELANGGAR JANJI DI UHUD, HUNAIN DAN HUDAIBIYYA.
Di dalam peperangan Uhud dan Hunain, apabila nabi telah membuat semua para sahabat berjanji bahawa mereka tidak akan lari pada hari itu, tidakkah mereka sebenarnya telah lari? Mereka lari dari medan perang dan meninggalkan nabi untuk menghadapi musuh. Ini telah dirakamkan oleh ahli sejarah kamu seperti Tabari, Ibn Abil-Hadid dan Ibn A’same Kufi. Tidakkah ini melanggar sumpah setia?
Saya bersumpah dengan Allah bahawa kamu dengan tanpa sebab mencari kesalahan pada shia apabiala kami menyebutkan apa yang ulama dan ahli sejarah kamu yang terkenal telah katakan.

SHIA HANYA MENGUTUK PARA SAHABAT YANG BERBUAT KEJI.
Saya tidak faham mengapa kamu menyerang kami untuk bergenerasi lamanya. Apa sahaja yang kamu tulis diterima, tetapi jika kami tulis apa yang telah ditulis oleh ulama sunni yang agung, kami akan dilebel sebagai kafir kerana mengkritik ketidakadilan sebahagian para sahabat.
Jika kritikan pada sahabat bererti Rafizi, maka yang jelas mereka semua adalah Rafizi, kerana kesemua mereka mengkritik satu sama lain diatas amalan yang keji. Bahkan Abu Bakr dan Umar melakukannya.
Sebahagian dari para sahabat nabi adalah yang beriman dan wara’ dan sangat dihormati. Yang lain menurutkan kehendak nafsu dan terkutuk. Jika kamu mahukan bukti sejarah terhadap fakta ini, saya mengsyorkan bahawa kamu membaca Ibn Abi’l-Hadid’s Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 454, 462, dan meneliti secara mendalam jawapan Zaidi kepada bantahan Abu’l-Ma’ali Juwaini’s, yang mana Abu Jafar Naqib telah rakamkan. Maka kamu akan mengetahui berapa banyak pertentangan terdapat dikalangan para sahabat, yang mana sebenarnya mereka mengutuk sesama sendiri sebagai keji dan kafir.

PARA SAHABAT LARI DI HUDAIBIYYA.
Di dalam catitannya pada peristiwa Hudaibiyya, Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, dan yang lain dari ahli sejarah kamu telah menulis bahawa setelah persetujuan perjanjian ditanda tangani, kebanyakkan dari para sahabat, termasuk Umar bin Khattab menyatakan kemarahan mereka mengenai syarat perjanjian tersebut. Mereka memberitahu nabi bahawa mereka tidak berpuas hati dengan keamanan dan mahukan berperang. Nabi berkata kepada mereka: ‘Tidakkah aku mengenali kamu! Bukankah kamu juga orangnya yang ketakutan di dalam peperangan Badr, sehingga Allah menurunkan malaikatnya untuk membantu! Tidakkah kamu, sahabat aku yang sama pada hari Uhud, telah lari kebukit-bukit dan meninggalkan aku tanpa perlindungan? Walaupun aku terus berteriak memanggil kamu, supaya kamu kembali.’
Nabi menyebutkan segala kelemahan mereka dan mereka terus menyatakan kekesalan mereka. Ibn Abil-Hadid berkata pada penghujung kerjanya bahawa teguran ini telah ditujukan kepada Umar, yang tidak mempercayai segala janji yang dibuat oleh nabi. Kemudian dia menulis dari penjelasan kenyataan nabi, khalifa Umar pastinya telah melarikan diri dipeperangan Uhud kerana di dalam kenyataannya nabi telah merujuk kepada itu juga.
Sekarang kamu sendiri boleh lihat bahawa jika kami menyatakan fakta ini, yang telah dirakamkan oleh ulama kamu seperti Abil-Hadid dan lainnya, kami terus menjadi tumpuan serangan kerana kami telah menghina khlifa, tetapi tidak terdapat sebarang bantahan terhadap Abil-Hadid. Yang sebenarnya kami tidak punya niat pada menghina sesiapa. Kami sekadar menyampaikan fakta sejarah, dan kamu melihat kepada kami dengan mata yang marah. Kamu mengabaikan faktanya.

SHIA AKAN MENCARI PEMBALASAN DIHARI PENGADILAN.
Shia mempunyai banyak aduan pada hari pengadilan terhadap kamu sunni. Dunia ini akan binasa, dan kamu akan berdiri dimahkamah ilahi untuk menjawab segala penindasan kamu.

Hafiz: Sila beritahu kami penindasan terhadap apa yang akan kamu cari di hari pengadilan?

Shirazi: Terdapat peristiwa yang mungkin saya akan katakan. Apabila hari pengadilan ilahi tiba saya akan mencari keadilan padanya.

Hafiz: Saya meminta kamu supaya jangan merangsang perasaan orang lain. Beritahu kami penindasan apa yang kamu telah deritai.

Shirazi: Penindasan dan kekejaman bukan perkara baru bagi kami sekarang. Asasnya telah diletakkan sebaik sahaja setelah wafatnya keturunan kami, nabi Allah. Hak bagi nenek kami, Fatima Zahra, yang telah diberikan oleh bapanya, nabi, untuk membesarkan anak-anaknya telah dirampas. Bantahan dan aduannya telah tidak dipedulikan. Akhirnya dia pergi di dalam usia yang begitu muda dengan hati yang hancur.

Hafiz: Tidak ada perlunya pada merangsang manusia. Beritahu kami apa hak Fatima yang telah dirampas? Tetapi ingat jika kamu gagal membuktikan terhadap tuntutan kamu, kamu juga akan gagal dimahkamah keadilan ilahi. Anggaplah diri kamu dimahkamah keadilan ilahi dan berilah hujah kamu.

Shirazi: Satu hari kita akan berada dimahkamah ilahi. Kita mengharap keadilan. Jika kamu juga mempunyai perasaan adil, seperti yang seharusnya, maka seperti seorang hakim dengarkanlah keterangan kami tanpa berat sebelah. Saya percaya kamu akan mengakui sahnya tuntutan saya.

Hafiz: Saya bersumpah saya tidak perjudis atau degil. Pastinya kamu telah lihat dimalam-malam yang lalu bahawa saya tidak membantah sembarangan. Apabila saya mendengar hujah yang munasabah saya telah menerimanya. Diamnya saya adalah petunjuk yang saya menerima cara yang betul. Secara lumrah saya bukan yang suka bertengkar. Saya mengaku sebelum bertemu dengan kamu disini, saya berhasrat untuk menewaskan kamu. Tetapi kini saya amat tertarik dengan keikhlasan, sopan santun, terus terang dan rasa kebenaran kamu, maka saya telah bersumpah dihadapan Allah bahawa saya akan tunduk menerima segala fakta yang munasabah walaupun tindakkan ini akan mengecewa yang lain. Percayalah, saya bukannya orang yang sama seperti dimalam pertama. Saya katakan secara terus terang hujah kamu telah meninggalkan kesan yang mendalam dihati saya. Saya benar-benar berharap bahawa saya akan mati dengan mencintai dan berkasih sayang kepada nabi dan keturunannya, supaya saya dapat berdiri dengan megah dan puas dihadapan nabi kelak.

Shirazi: Kejujuran yang begitulah yang diharapkan dari ulama seperti kamu. Saya juga tertarik kepada kenyataan kamu, dan telah terbina perasaan persahabat terhadap kamu. Sekarang saya hendak membuat satu permintaan. Saya harap kamu akan menerimanya.

Hafiz: Ya, silakan.

Shirazi: Malam ini saya ingin menjadi saksi dan yang lain menjadi hakim, supaya mereka boleh membuat keputusan tanpa prejudis [berat sebelah] sama ada tuntutan saya ini benar. Sebahagian dari mereka yang beriman tetapi tiada pengetahuan, telah berkata bahawa tiada gunanya kita bincangkan perkara yang telah berlaku 1 300 tahun dahulu. Mereka tidak faham bahawa perkara yang berkaitan dengan ilmu telah diperbincangan di dalam setiap era. Perbincangan yang adil akan menunjukkan kebenaran dan tuntutan pewarisan boleh dibuat secara sah oleh sipewaris pada bila-bila masa. Oleh kerana saya adalah seorang dari pewaris, maka saya hendak menayakan satu soalan kepada kamu. Sila berikan jawapan yang adil.

Hafiz: Baiklah, kami bersedia mendengarkan kenyataan kamu.

Shirazi: Jika dengan arahan tuhan si ayah berikan hartanya kepada sianak, dan setelah matinya siayah, jika harta itu diambil dari sianak yang memilikki harta itu, apakah bentuk pada tuntutan itu?

Hafiz: Tindakkan merampas adalah kejam. Tetapi siapakah yang kamu rujuk apabila kamu katakan penindasan dan tertindas?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: