Pertemuan Yang Kedelapan Khamis malam, 1 Shaban 1345 Hijrah (a)

Seyyed Abdul-Hayy: Tuan yang dihormati, semalam kamu telah menyumbang kepada permusuhan diantara Muslim

Shirazi: Beritahu saya bagaimana saya lakukan.

Seyyed: Sedang kamu menerangkan ‘diri kami’, kamu telah membahagi Muslim kepada dua golongan. Muslim dan yang Beriman. Tetapi Muslim semuanya adalah satu dan sama. Mereka yang mengatakan perkataan, ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah RasulNya’ adalah semuanya bersaudara. Mereka tidak seharusnya dibahagikan kepada dua golongan, kerana ini adalah merbahaya kepada Islam. Shia memanggil diri mereka yang beriman dan mereka memanggil kami Muslim. Kamu tentu telah lihat di India bahawa shia dikatakan yang beriman dan sunni dikatakan Muslim. Yang sebenarnya Islam dan Iman adalah sama kerana Islam bererti menerima arahan agama. Pengakuannya adalah kebenaran kepada iman. Keseluruh kommuniti telah bersetuju bahawa Islam adalah iman yang bersih. Kamu telah menyalahi dari pandangan umum.

PERBEZAAN ANTARA ISLAM [MENYERAH] DAN IMAN [KEPERCAYAAN].
Shirazi: Pertama, rujukan kamu kepada manusia umum, tidak bererti manusia dari ummah secara keseluruhan. Ianya merujuk kepada manusia umum dari golongan sunni sahaja. Kedua, kenyataan kamu mengenai islam dan iman tidaklah tepat. Bukan sahaja shia yang berbeza pandangan dengan sunni, tetapi Ashari, Mutazali, Hanafi dan Shafii juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenainya iman dan islam. Ketiga, saya benar-benar tidak faham kenapa seorang terpelajar seperti kamu harus berselindung disebalik bantahan yang remeh. Perpecahan kepada dua golongan telah dibuat oleh Allah di dalam al-Quran. Mungkin kamu telah terlupa perkara yang berkaitan kepada sahabat dipihak kanan dan sahabat dipihak kiri yang dirujuk di dalam al-Quran yang berkata: ‘Penduduk padang pasir berkata: ‘Kami percaya’ Katakan: ‘Kamu belum percaya tetapi katakan, kami berserah, iman belum masuk lagi kedalam hati kamu.’ [49:14]
Pastinya kamu tahu bahawa ayat ini diwayukan pada mengutuk kaum padang pasir, Bani Asad, yang hanya Muslim dalam nama sahaja. Semasa tahun kelaparan, mereka memenuhi Madina, dan mengharap supaya mendapat bantuan, telah mengatakan mereka beriman. Tetapi di dalam hati, mereka adalah kafir terhadap Allah dan nabiNya. Ayat ini menerangkan bahawa terdapat dua kumpulan Muslim, muslim yang ikhlas, yang telah mengesahkan kebenaran iman; dan mereka yang hanya menyebutkan pengistiharan kepada iman. Di dalam lingkungan sosial kita, kumpulan yang terakhir itu juga mendapat perlindungan keselamatan dan faedah dari perundangan untuk semua orang muslim. Tetapi mengikut kepada perundangan al-Quran, mereka tidak berhak kepada sebarang ganjaran diakhirat. Pengistiharan mereka; bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah RasulNya, dan pada mempamerkan bahawa mereka adalah muslim tidak mempunyai sebarang pengertian.

Seyyed: Kamu adalah benar, tetapi islam tanpa iman tidak ada makna, begitu juga iman tanpa islam tidak punya kemuliaan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Dan jangan mengatakan kepada sesiapa yang menawarkan kepada kamu keamanan: Kamu bukanlah seorang yang beriman.’ [4:94]
Ayat ini membuktikan bahawa kita hendaklah melayani menurut pada apa yang zahir. Jika sesiapa mengatakan: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya.’ Kita hendaklah menerima imannya. Ini dengan sendirinya adalah bukti yang terbaik bahawa islam dan iman adalah sama.

Shirazi: Ayat itu diwahyukan mengenai sesaorang yang tertentu, sama ada Usama bin Zaid atau Muhailam bin Jasama-e-Laisi, yang, dimana telah dikatakan, membunuh sesaorang di dalam peperangan yang telah mengistiharkan, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah’ Dia telah dibunuh dengan anggapan bahawa dia telah mengatakan perkataan itu dalam keadaan takut.
Tetapi kerana kamu fikirkan ayat ini dalam pengertian umum, maka kami juga menganggap semua muslim sebagai bersih. Ya melainkan, kami melihat mereka menafikan pada asas agama.
Tetapi terdapat perbezaannya diantara islam dan iman, kerana iman mempunyai berbagai kedudukan. Imam Jafar bin Muhammad As-Sadiq berkata di dalam sebutannya dari Umar dan Zubair, ‘Untuk iman terdapat syarat, kedudukan dan peringkat. Sebahagian darinya kurang, dan kekurangannya jelas kelihatan; sebahagian mempunyai nilai yang baik dan berat; sebahagian nya adalah menyeluruh dan telah sampai ketahap kesempurnaan.’
Kekurangan Iman adalah peringkat pertama iman yang mana sesaorang lalui kepada islam dari kafir. Iman boleh bertambah. Rujukan kepadanya telah dibuat di dalam beberapa hadith. Diantaranya adalah sebutan di dalam Usul Kafi dan di dalam Nahjul Balagha dari Amirul Mukminin dan Jafar bin Muhammad As-Sadiq yang berkata: ‘Allah telah membahagikan iman kepada 7 kelas yang mengandungi kebaikkan, kebenaran, keyakinan di dalam hati, menyerah kepada kehendak Allah, ketaatan, pengetahuan dan kesabaran. Ketujuh-tujuh kualiti ini telah dibahagikan tidak sama rata kepada manusia. Sesiapa yang mempunyai kesemua kualiti ini adalah orang yang sempurna imannya. Makanya islam adalah tahap peringkat iman yang pertama, yang mana hanya mengandungi pengistiharan secara lisan di dalam mempercayai kerasulan Muhammad dan keEsaan Allah. Iman belum memasukki hati orang itu lagi. Nabi Allah memberitahu sekumpulan orangnya: ‘Wahai manusia! Kamu adalah diantara mereka yang telah menerima islam dengan lidah kamu tetapi belum lagi dengan hati kamu.’
Pastinya islam dan iman adalah berbeza. Tetapi kita tidak dikehendakki untuk menyiasat hati orang lain. Saya katakan semalam bahawa tanda yang beriman adalah amalannya. Tetapi kita tidak punya hak untuk bertanya mengenai tindakkan seorang muslim. Kami terpaksa, bagaimanapun pada menunjukkan ciri-ciri iman, supaya mereka yang sedang lena tidur dapat digerakkan pada melakukan tugas-tugas mereka. Makanya mereka hendaklah sedar akan kebenaran iman dan mengetahui bahawa keselamatan diakhirat hanya dicapai dengan melakukan amalan yang baik, sebagaimana hadith telah katakan: ‘Iman bererti penerimaan dengan lidah, yakin di dalam hati, dan amalan dengan anggota.’ Penerimaan dengan lidah dan berkeyakinan di dalam hati adalah pendahuluan kepada amalan.
Sudah tentu kita tahu bahawa dunia yang hina ini hanyalah pendahuluan kepada dunia yang lain. Jalan keselamatan bagi sesaorang tertutup diakhirat melaiankan dia menjadi seorang yang beramal baik disini. Allah yang maha berkuasa telah berkata di dalam al-Quran: ‘Demi masa, manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh…’[103:1-3]
Secara ringkas, menurut al-Quran, wara’adalah akar kepada iman. Dan jika sesaorang tidak mempunyai amalan kebajikan bagi dirinya, pengesahan secara lisannya atau keyakinan di dalam hatinya masih meninggalkan dirinya jauh dari iman. Jika adalah benar bahaa kita haruslah menganggap sesiapa sahaja yang mengatakan, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah,’ mengapa kamu menganggap shia sebagai kafir? Sudah tentu shia percaya kepada ke Esaan Allah, kenabian Muhammad, satu Kiblat, satu kitab. Mereka melakukan segala amalan yang wajib, mengerjakan puasa yang ditentukan, pergi menunaikan haji, membayar khum dan zakat, percaya kepada hari kebangkitan dan hari pembalasan.
Tidakkah kamu yang menyebabkan perpecahan di dalam muslim? Kamu telah memisah dan menjauhkan jutaan muslim dari diri kamu dan mengatakan mereka kafir walaupun kamu tidak punya sedikitkan bukti pun untuk menyokong tuduhan itu. Kamu tidak kenalkah bahawa itu semua adalah peralatan pihak musuh yang mahu mengadakan perpecahan diantara muslim dengan pembohongan tersebut. Yang sebenarnya kita tidak punya perbezaan di dalam asas kepercayaan kita, melainkan pada Imami dan wazir. Dan apa pula jika terdapat perbezaan di dalam amalan kepercayaan? Perbezaan yang begitu terdapat juga diantara kamu yang empat mazhab, dan ianya lebih sirius dari perbezaan dengan kami. [Adalah tidak wajar sekarang untuk menunjukkan perbezaan diantara Hanafi dan Maliki atau Shafii dan Hanbali]. Pada pendapat saya kamu tidak punya apa-apa bukti untuk menunjukkan murtad atau kafirnya shia. Satu-satunya kesalahan shia yang tidak dapat dimaafkan, menurut dari apa yang dipropaganda oleh Khariji dan Nasibi dengan cara Umayya, adalah bahawa shia tidak pernah salah pada menghuraikan hadith. Mereka tidak memberi orang seperti Abu Huraira, Anas dan Samura tempat diantara nabi dan diri mereka. Bahkan ahli perundangan kamu dan juga khalifa agung kamu mengutuk mereka sebagai pendusta.
Kesalahan yang terbesar yang dikatakan kepada shia adalah kerana mereka mengikuti keturunan nabi, Ali dan 12 Imam, dan bukannya Imam yang empat. Tetapi kamu tidak punya bukti dari nabi untuk menunjukkan bahawa muslim mesti mengikuti Ashari atau Muntazili di dalam asas agama [tawhid], dan Maliki, Hanafi, Shafii atau Hanbali di dalam perkara amalan [fiqah]. Disebaliknya terdapat banyak arahan dari nabi memberitahu kita bahawa keturunan dan ahli bayt nabi adalah sama setaraf al-Quran dan ummah hendaklah mendampingkan diri kepada mereka. Diantara hadith itu adalah hadith thaqalain, hadith-e-safina, hadith-e-bab-e-Hitta. Bolehkah kamu menyebutkan satu hadith yang mana nabi berkata bahawa ummah selepasnya hendaklah mengikut Abul-Hasan Ashari dan Wasil bin Ata, dsb, di dalam bahagian asas [tawhid] agama, dan satu dari empat mazhab – Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifa atau Muhammad bin Idris Shafii? [fiqah] Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab IV, menyatakan dari Faraid Hamwaini menyebutnya dari Ibn Abbas bahawa Nabi berkata kepada Amirul Mukminin: ‘Wahai Ali! Aku adalah kota ilmu dan kamu adalah pintunya. Tidak ada siapa yang boleh masuk kekota tanpa pertama masuk melalui pintunya. Dia adalah pendusta yang mengatakan dia cinta kepada ku sedang dia itu musuh kamu, kerana kamu adalah daripada aku, dan aku daripada kamu. Daging kamu adalah daging aku, darah kamu adalah darah aku, jiwa kamu adalah jiwa aku, wajah kau adalah wajah aku. Rahmat bagi mereka yang patuh kepada kamu, binasalah mereka yang engkar kepada mu. Sahabat kamu selamat dan musuh kamu sesat. Sesiapa yang bersama dengan kamu dia berjaya, dan mereka yang menjauhi kamu akan kecundang. Selepas aku, kamu dan semua para Imam dari keturunan kamu adalah umpama bahtera Nuh: sesiapa yang menaikinya akan selamat, dan sesiapa yang enggan menaikinya akan tenggelam. Mereka [para Imam] adalah umpama seperti bintang: apabila satu tenggelam yang satu lagi akan terbit. Turutan ini akan berterusan sehingga kehari pengadilan.
Ianya telah disebutkan dengan jelas di dalam hadith-e-thaqalain [diakui oleh kedua golongan] bahawa jika kamu bersama ahli bayt, kamu tidak akan menyempang.’ Bahkan fanatik seperti Ibn Hajar Makki merakamkan yang didapatinya di dalam bukunya Sawaiq Muhriqa, Bab 2, sub bahagian 1, ms 92, pada kaitan dengan ayat al-Quran: ‘Dan tahan mereka, kerana mereka akan ditanya.’ [37:24]
Dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi telah juga menyebutkan dari Sawaiq di dalam bukunya Yanabiul Mawadda, Bab 95, ms 296, dicetak di Istanbul, mengatakan bahawa hadith ini telah disampaikan di dalam cara yang berbeza. Ibn Hajjar berkata: ‘Sesungguhnya, hadith pada dua perkara penting [thaqalain] telah disampaikan dengan cara yang berbeza. Ianya telah disampaikan oleh lebih dari 25 sahabat nabi.’
Ibn Hajar berkata mengenai ayat al-Quran yang diatas bahawa pada hari pengadilan, manusia akan ditanya mengenai walaya Ali dan juga keturunan nabi.
Dia menulis bahawa menurut dari beberapa punca, hadith ini telah disampaikan pada peristiwa Arafa, dan sebahagian berkata ianya disampaikan apabila nabi diatas ranjang maut dengan tempat kediamannya penuh dengan para sahabat. Yang lain mengatakan bahawa ianya telah dimuatkan di dalam ucapannya yang terakhir selepas haji wida’. Ibn Hajar memberikan pendapatnya mengenai terdapaynya perbezaan keadaan pada hadith ini: ‘Tidak terdapat ketetapan, pada kemungkinannya bahawa nabi, di dalam keinginannya untuk menunjukkan kemuliaan al-Quran dan keturunannya yang suci, mengulangi hadith ini pada tempat dan keadaan yang berbeza. Ianya telah disampaikan dengan sah bahawa nabi berkata: ‘Saya tinggalkan diantara kamu dua perkara penting; jika kamu mengikuti mereka, kamu tidak akan menyimpang: dan keduanya ialah kitab Allah dan ahli bayt ku.’
Tabrani telah meyatakan hadith ini dengan tambahan begini: ‘Saya tanya kamu mengenai dua ini: al-Quran yang suci dan ahli bayt, maka janganlah cuba untuk membuang mereka. Kerana kamu akan binasa. Janganlah mengabaikan mereka. Kerana kamu akan rosak. Janganlah mengajar mereka, kerana mereka lebih mengetahui dari kamu.
Bahkan Ibn Hajar yang fanatik, setelah menyatakan dari Tabrani dan lainnya, menulis: ‘Nabi mengelar al-Quran dan keturunannya, ‘dua perkara penting’ kerana kedua ini amatlah berat dan cemerlang di dalam semua aspek.’ Nabi juga berkata: ‘Saya memuji Allah yang telah memenuhi hati ahli bayt ku dengan kebijaksanaan.’ Dan nabi juga berkata di dalam hadith yang dirujuk terdahulu, ‘… dan jangan cuba untuk mengajar mereka [keturunan ku] apa-apa juga, oleh kerana mereka yang paling terpelajar dari kamu semua. Anggaplah mereka yang utama dari segala ummah kerana Allah telah menjadikan mereka suci dan telah mengenalkan mereka kepada ummah dengan kuasa luar biasa dan mempunyai kemuliaan serta lainnya.’
Terdapat satu petunjuk di dalam hadith ini yang menekankan pada mengikuti ahli bayt: iaitu, generasi ahli bayt yang berturutan tidak akan terputus sehingga ke hari pengadilan. Amat menghairankan bahawa sebahagian manusia mengakui bahawa ahli keturunan nabi mempunyai pengetahuan yang tinggi tetapi melanggar arahan nabi dan mengambil sebagai ketua mereka orang yang tidak punya hak pada rujukan. Bolehkan kamu atau kami menukarkan al-Quran? Bolehkah kita memilih mana-mana kitab lain?

Seyyed: Tidak boleh. Ini adalah amanah nabi, pengkhabaran tuhan, punca petunjuk yang agung.

Shirazi: Semoga Allah merahmati kamu. Kamu mengatakan yang benar. Apabila kita tidak boleh menukar al-Quran dan menggantikannya dengan kitab lain, maka prinsip yang sama hendaklah diikuti mengenai yang sama dengan al-Quran. Maka menurut dari prinsip mana, orang yang bukan dari keturunan nabi dibolehkan mendahului keturunannya? Saya perlukan jawapan yang mudah bagi soalan ini supaya kita boleh tahu sama ada ketiga-tiga khalifa – Abu Bakar, Umar dan Uthman – tergolong di dalam ahli bayt nabi, dan termasuk di dalam hadith yang kami telah sebutkan [Thaqalain, Safina, Bab-e-Hitta] Jika mereka terjumlah di dalamnya, maka kita hendaklah mengikuti mereka , menurut dari arahan nabi.

Seyyed: Tiada siapa percaya bahawa mana-mana dari khalifa, melainkan hanya Ali yang terjumlah di dalam ahli bayt nabi. Sebenarnya tiga khalifa yang disebut adalah sahabat nabi.

Shirazi: Adakah nabi menyurh kita untuk mengikuti kumpulan atau individu tertentu? Jika satu golongan berkata bahawa adalah perlu untuk mengikut orang lain [bukan ahli bayt], haruskah kita patuh kepada nabi atau mengikut [dikatakan] bermanfaat sebagaimana yang ditentukan oleh ummah?

Seyyed: Sudah pasti patuh kepada nabi adalah wajib.

Shirazi: Selepas nabi mengarahkan kita untuk mengikuti al-Quran dan ahli baytnya, mengapa orang lain diutamakan? Adakah Abu’l-Hasan Ali Bin Isma’il Ash’ari, Wasil Bin Ata, Malik Bin Anas, Abu Hanifa, Muhammad Bin Idris Shafi’i, and Ahmad Bin Hanbal tergolong pada keturunan nabi atau Amirul Mukminin, Ali dan sebelas dari keturuannya?

Seyyed: Sudah pasti tidak.Tiada siapa pernah berkata mereka ini dari keturunan nabi, tetapi mereka adalah ahli fiqah terkenal dan orang yang wara’ dari ummah.

Shirazi: Tetapi menurut dari persetujuan kommuniti, Imam 12 adalah keturunan dari nabi. Ulama kamu bersetuju bahawa mereka adalah sama dengan al-Quran, dan patuh kepada mereka membawa kepada keselamatan. Lebih-lebih lagi nabi berkata mereka adalah yang paling berpengetahuan.
Dengan arahan yang sebegini jelas, apakah jawapan yang akan mereka berikan apabila nabi bertanya, mengapa mereka melanggar apa yang dia telah sebutkan dan membiarkan orang lain mendahului keturunannya? Adakah mana-mana arahan dari nabi bahawa golongan Ashari atau Mutazali harus mengikuti ketua mereka atau bahawa golongan Maliki, Hanafi, Shafii dan Hanbali perlu mengikut ketua mereka di dalam amalan agama? Tiada siapa ada menyebut nama mereka 300 tahun setelah wafatnya nabi.
Hanya terkemudian, untuk tujuan politik atau alasan lain yang saya tidak tahu, mereka timbul dipementasan. Tetapi para Imam dari keturunan nabi telah dikenali umum semasa hayat nabi lagi. Ali, Hasan, Husain dan Fatima telah dikenali sebagai ahli Kisa, iaitu ‘orang dibawah selimut’ Merekalah orangnya yang mana sanjungan ‘ayat bagi kesucian’ telah diwahyukan. Adakah wajar untuk memanggil mereka yang mengikuti Ali, Hasan, Husain dan para Imam yang lain kafir? Kamu telah mengutamakan mereka yang bukan dari keturunan nabi, mereka yang hanya ahli di dalam perundangan fiqah. Apakah jawapan yang akan kamu berikan dimahkamah tuhan apabila kamu ditanya mengapa kamu telah menyesatkan manusia awam, mengapa kamu memanggil pengikut ahli bayt kafir dan pembuat bida’ah?
Kamu salahkan kami kerana kami bukan pengikut mazhab Maliki, Hanafi, Shafii dan Hanbali. Dan sedangkan kamu tidak mengikut Ali, walaupun terdapat perintah yang terang lagi tegas dari Allah dan nabi yang kamu perlu melakukannya. Tanpa alasan yang munasabah, kamu mengikuti satu dari empat mazhab dan menutup pintu bagi perundangan.

Seyyed: Kami bergantung kepada empat Imam sebagaimana kamu bergantung kepada 12 Imam.

Shirazi: Syabas! Kamu telah mengatakan suatu perkara yang bagus! Jumlah Imam 12 orang tidaklah ditentukan oleh shia atau ulama mereka beberapa abad setelah wafatnya nabi. Banyak hadith yang disampaikan dari kedua pihak, membuktikan bahawa nabi sendiri menentukan jumlah Imam adalah 12.
Diantara ulama kamu yang banyak yang telah merakamkan fakta ini adalah Sheikh Sulayman Qanduzi Hanafi, yang menulis di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 77, mengenai kenyataan: ‘Terdapat 12 Imam selepas saya.’
Yahya Bin Hasan di dalam Kitabu’l-Umma telah menyampaikan dalam 20 cara bahawa nabi berkata bahawa penggantinya adalah 12 orang, dan semuanya dari Quraish. Ianya telah disampaikan dengan tiga cara di dalam sahih Bukhari, dengan 9 cara dalam sahih Muslim, dengan 3 cara di dalam sunan Abi Daud, dengan satu cara di dalam sunan Tirmidhi dan dengan 3 cara di dalam Hamidis Jam-e-Bainus-Sahihain.
Ramai lagi dari ulama kamu seperti Hamwaini di dalam Fara’id, Khawarizmi dan Ibn Maghazili, masing-masing di dalam Manaqib, Imam Tha’labi di dalam Tafsir dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, dan Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda 10. Semua telah merakamkan 12 hadith di sampaikan oleh Abdullah bin Abbas, Ubaya bin Rabi’i Zaid bin Haritha, Abu Huraira dan Amirul Mukminin Ali. Semua ini telah disampaikan secara berlainan, tetapi sama, dalam perkataan bahawa nabi berkata jumlah penggantinya dan Imam adalah 12, dan kesemuanya dari Quraish. Sebahagian hadith mengatakan dari Bani Hashim. Di dalam hadith yang lain, ditentukan nama-nama 12 pengganti itu disebutkan. Sebahagian hanya memberikan jumlahnya. Saya telah menyebutkan hanya satu contoh dari banyaknya hadith ulama kamu. Sekarang bolehkah kamu sebutkan satu hadith yang mengatakan bahawa jumlah penggantinya adalah empat? Walaupun jika terdapat satu sahaja hadith yang sedemikian, kami akan menerimanya lebih daripada yang kami punya.
Walau apa pun juga kamu tidak dapat menyebutkan satu pun hadith mengenai empat Imam kamu. Terdapat perbezaan yang besar diantara Imam shia dan Imam kamu. 12 Imam kami telah dilantik oleh tuhan sebagai pengganti.
Mengenai Imam kamu, hanya ini yang boleh dirumus: Mereka mempunyai pengetahuan ilmu fiqah, dan boleh menterjemah al-Quran dan hadith. Sebahagian mereka, seperti Abu Hanifa, menurut rakaman dari ulama kamu, tidak termasuk diantara penyampai hadith, perundangan atau mujtahid, tetapi hanya seorang yang bergantung pada pendapat sendiri. Ini dengan sendirinya telah menunjukkan dia kekurangan pengetahuan.
Sebaliknya Imam shia adalah petunjuk yang dilantik tuhan, ditentukan sebagai pengganti nabi. Sudah pasti pada setiap era terdapat seorang perundangan dan ulama di anatara shia yang dapat menterjemahkan perintah-perintah Allah, beriringan dengan al-Quran, hadith dan persetujuan pendapat. Kami mengikut keputusan ulama yang sedemikian. Walaupun para perundangan kamu [ahli fiqah] adalah murid, dan mendapat pengetahuan dari Imam shia, kamu dengan membuta tuli telah mengikuti mereka yang terdahulu, dari anak murid mereka yang menyimpang dari asas pengetahuan dan bergantung kepada spekulasi.

Seyyed: Bagaimana kamu mengatakan bahawa Imam kami mendapat faedah dari Imam kamu?

Shirazi: Ini adalah fakta sejarah bahawa Imam Jafar Sadiq lebih utama dari semua ulama dalam pengetahuan. Seorang alim terkenal Nuru’d-Din bin Sabbagh Maliki mengakui di dalam Fusulu’l-Muhimma bahawa Imam suci ini amat terkenal dengan ilmu pengetahuannya. Dia menulis: ‘Manusia mendapat ilmu daripadanya dari berbagai lapangan. Manusia datang dari tempat yang jauh untuk mendapatkan arahan. Dia menjadi amat terkenal dimana sahaja dan para ulama menyebutkan banyak hadith dari beliau selain dari ahli bayt yang lain…’ Kumpulan yang besar dari golongan masyarakat terkenal seperti Yahya Bin Sa’id Ibn Jarih, Malik Bin Anas, Sufyan Thawri, Abu Ainiyya, Abu Ayyub Sijistani, Abu Hanifa, and Saba – semua telah menyampaikan dari sebutannya.
Kamalu’d-Din Abi Talha juga menulis di dalam Manaqib bahawa ulama terkenal dan ketua agama telah menyampaikan hadith dari Imam yang suci dan telah mendapat ilmu darinya. Diantara mereka dia menyebutkan nama-nama mereka yang dinyatakan di dalan Fusulul-Muhimma. Bahkan musuh mengakui kemuliaan Imam yang suci. Sebagai contoh Maliki di dalam Fusulu’l- Muhimma dan khususnya Sheikh Abu Abdu’r-Rahman Salmi di dalam Tabaqatu’l-Masha’ikh telah menulis: ‘Sesungguhnya Imam Jafar Sadiq lebih utama dari semua mereka dimasanya. Dia mempunyai pengetahuan dan kepakaran khusus dalam agama, paling wara’ didunia ini, menahan diri dari keinginan dunia dan kebijaksanaan yang mendalam.’
Dan Muhammad Bin Talha Shafi’i telah merakamkan semua kemuliaan Imam yang suci di dalam Matalibu’s-Su’ul, chapter VI, ms 81: ‘Orang ilmuan ini adalah ketua yang terkenal dari ahli bayt. Dia telah di anugerahkan dengan pengetahuan yang mendalam dan selalu di dalam keadaan mengingati Allah. Dia kerap membacakan al-Quran dan memberikan penterjemahannya. Sahabatnya telah dapat mengumpulkan permata dari lautan ilmunya. Dia membahagikan masanya di dalam se hari se malam di dalam berbagai bentuk ketaatan. Melawat kepadanya seolah peringatan kepada hari akhirat. Dengan mendengarkan ucapannya boleh membuat sesaorang kepada wara’, dan dalam mengikuti arahannya boleh membawa kepada mendapatnya syurga. Wajahnya yang berseri menunjukkan bahawa dia adalah dari keturunan nabi. Keikhlas amalannya juga menunjukkan bahawa dia adalah dari keturunan nabi. Banyak ulama telah menerima hadith dan mendapat pengetahuan darinya. Diantara mereka adalah Yahya Bin Sa’id Ansari, Ibn Jarih, Malik Bin Anas, Sufyan Thawri, Ibn Ainiyya, Sha’ba and Ayyub Sijistan. Semuanya berterima kasih diatas keberuntungan mereka dan keistimewaan belajar darinya.’

KAITAN SHIA DENGAN IMAM JAFAR SADIQ.
Nawab: Shia percaya dengan 12 Imam. Mengapa shia dikaitkan dengan nama Imam Jafar Sadiq dan dipanggil mazhab Jafari?

Shirazi: Setiap nabi, dengan arahan tuhan, melantik penggantinya. Muhammad mengistihatkan Ali sebagai penggantinya dan mengarahkan ummah supaya patuh kepadanya. Tetapi setelah nabi wafat, kedudukan khalifa telah dirampas oleh Abu Bakr, Umar dan Uthman. Semasa pemerintahan mereka, dibahagian permulaan, Abu Bakr dan Umar merujuk kepada Ali dalam banyak perkara dan bertindak diatas nasihat beliau. Lebih-lebih lagi apabila ulama dan para ilmuan terkenal dari agama lain yang datang ke Madina dalam mencari pengetahuan agama, telah benar-benar berpuas hati setelah perbincangan mereka dengan Ali. Disepanjang hidupnya, Ali terus menyumbang kepada Islam dalam berbagai cara. Setelah syahidnya, apabila Bani Umayya menjadi pemerintah, para Imam dengan kejam telah ditindas. Imam Hasan Mujtaba, Imam Husain, Imam Zainu’l-Abidin, dan Imam Muhammad Baqir, adalah mangsa kekejaman Umayya yang tidak berperi. Semua laluan yang menuju kepada mereka telah ditutup hanya tinggal sebahagian kecil dari pengikut mereka sahaja, yang lainnya tidak dapat mengambil faedah dari pengetahuan mereka. Setiap seorang dari mereka telah dibunuh.
Di dalam permulaan abad kedua Hijrah, dibawah tekanan yang kuat dari aristokrat Umayya, manusia telah bangun menentang mereka. Peperangan telah berlaku diantara Bani Abbas dengan Bani Umayya. Sedang Bani Umayya sibuk mempertahankan pemerintah, mereka tidak dapat meneruskan tekanan kepada ahli bayt. Makanya Imam Jafar Sadiq keluar dari persembunyian yang dikuat kuasakan oleh Ummaya. Dia mengajarkan manusia mengenai perundangan agama. 4 000 pencinta ilmu pengetahuan berkumpul dikeliling mimbarnya dan menghilangkan dahaga mereka dari lautan ilmu, Imam yang suci. Sebahagian dari sahabatnya yang utama telah merakamkan 400 doktorin yang dinamakan sebagai Usul-e-Arba’mi’atin – bererti ‘400 pendapat’ Yafi’iy Yamani menulis bahawa Imam Jafar melebihi yang lain dalam pengetahuan. Jabir Ibn Hayyan Sufi menulis 1 000 lembar susunan, menyenaraikan hampir 500 buku berasaskan dari ajaran Imam Jafar.
Sebahagian dari ahli perundangan sunni yang terkenal adalah muridnya juga. Abu Hanifa, Malik Bin Anas, Yahya Bin Sa’id Ansari, Ibn Jarih, Muhammad Bin Ishaq, Yahya Bin Satid Qattan, Sufyan Bin ‘Uyayna, Sufyan Thawri – kesemuanya mendapat faedah dari pengetahuannya yang luas. Masa pembelajaran terbuka pada ketika ini sahaja, kerana Bani Umayya menyekat sebagaimana orang-orang mereka yang terdahulu, dan malangnya pula Bani Abbas telah menyekat keturunannya dari bercakap secara bebas. Kebenaran shia telah dibuka dan kemuliaan ahli bayt telah diistiharkan oleh Jafar Sadiq. Makanya golongan ini menjadi terkenal sebagai Jafari, tetapi tidak ada bezanya diantara Imam Sadiq dengan mana-mana empat Imam yang terdahulu dan dari enam Imam yang datang selepsnya. Semuanya dilantik dan mendapat petunjuk ilahi.
Walaupun keduanya, lawan dan musuh mengakui kecemerlangannya dalam pengetahuan dan kesempurnaan di dalam semua kemuliaan, orang terdahulu kamu enggan menerimanya sebagai seorang ahli agama dan juga orang yang paling sempurna pada ketika itu. Mereka enggan mengiktiraf pengajiannya bersama dengan pengajian yang lain, walaupun dia memegang kedudukan tertinggi di dalam pengetahuan dan kepatuhan, sebagaimana diakui oleh ulama kamu. Oleh kerana dia dari ahli bayt nabi, dia mempunyai hak untuk mendapat keutamaan dari yang lain. Walaupun yang sedemikian, ulama kamu yang fanatik telah tidak memperdulikan mereka dari keturunan nabi, malah ahli agama seperti Bukhari dan Muslim yang kamu lebih tinggikan, telah tidak mahu merakamkan hadith dari ahli faqih ini dan juga ahli bayt nabi. Mereka tidak merakamkan hadith dari para Imam atau Sadat dari keturunan nabi: Alawi, Husaini, Abidi, Musawi, Rizawi or from such ulema and jurists, like Zaid Bin Ali Bin Husain, the Martyr, Yahya Bin Zaid, Muhammad Bin Abdullah, Husain Bin Ali, Yahya Bin Abdullah Bin Hasan and his brother Idris, Muhammad Bin Ja’far Sadiq, Muhammad Bin Ibrahim, Muhammad Bin Zaid, Abdullah Bin Hasan, Ali Bin Ja’far (Arizi), dan lainnya, kesemua mereka adalah ulama dan ahli faqih terbilang dan dari keturunan keluarga nabi.
Sebaliknya kamu telah merakamkan hadith dari Abu Huraira, yang mana kerekternya telah diketahui umum, dan juga dari penipu dan pemalsu ulung Akrama, Khariji. Ulama kamu telah mengesahkan bahawa orang-orang ini adalah penipu dan masih juga mereka menerima hedith-hadith orang ini dengan sepenuh hati. Ibn Bayyit menulis bahawa Bukhari telah menyebutkan sebanyak 1 200 hadith dari khariji dan Nasibi; seperti juga Imam bin Hattan, pemuja Ibn Muljim, pembunuh Amirul Mukminin. Pengikut Imam-e-Azam (Abu Hanifa), Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Hanbal menganggap mereka [Imam] sebagai muslim tulen walaupun tidak seorang dari mereka adalah dari ahli bayt nabi, dan setiap satu dari kumpulan ini adalah bebas pada menerima cara mereka walaupun terdapat perbezaan yang besar di dalam asas beragama begitu juga pada cara amalan diantara mereka. Betapa malangnya bahawa mereka memanggil pengikut Jafar bin Muhammad As-Sadiq kafir. Dan disetiap tempat yang dikuasai oleh sunni, termasuk Makah, yang mengenainya Allah berkata: ‘Sesiapa yang memasukkinya adalah bebas,’ mereka tidak bebas untuk menyatakan kepercayaan mereka atau melakukan solat. Maka kamu manusia yang baik harus tahu bahawa kami shia bukanlah penyebab perbezaan di dalam islam; kami tidak membawa perpecahan diantara muslim. Yang sebenarnya kebanyakkan dari gangguan ini datangnya dari pihak kamu. Adalah kamu yang mengatakan 100 juta islam kafir, walaupun mereka adalah yang beriman sama seperti kamu.

Hafiz: Itu adalah benar, sebagaimana yang kamu katakan, saya bukanlah orang yang zalim. Saya mengaku terdapatnya pelampau disebabkan oleh kefanatikan. Apa yang saya hendak katakan tanpa berselindung atau memuji, bahawa saya telah mendapat faedah yang banyak dari ucapan kamu dan telah belajar dengan banyak. Tetapi dengan keizinan kamu, biar saya cakapkan satu perkara, ianya satu aduan dan juga mempertahankan kehormatan golongan sunni. Bolehkah kamu memberitahu kami mengapa guru dan ulama shia seperti kamu tidak membendung orang awam kamu dari membuat kenyataan yang membawa kepada kekafiran? Dan akhirnya pihak lain dapat menggunakan perkataan kafir kepada mereka. Seorang mungkin menjadi tumpuan serangan kerana dia membuat kenyataan yang tidak betul. Maka kamu juga tidak seharusnya menjadikan sunni tempat tumpuan serangan. Shia mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati sunni, yang kemudiannya mengatakan shia sebagai kafir.

Shirazi: Boleh saya tahu kenyataan yang bagaimana atau amalan mana yang membawa kepada kafir?

Hafiz: Shia mencari kesalahan dari sahabat yang terkenal dan juga sebahagian dari isteri suci nabi; ini adalah nyata satu tindakan musyrik. Oleh kerana para sahabat telah bertahun-tahun berjuang dengan nabi menentang musyrik, adalah jelas perkhidmatan mereka adalah bebas dari kecacatan. Mereka pastinya mendapat syurga, terutama mereka yang mendapat rahmat tuhan. Menurut al-Quran: ‘Sesungguhnya Allah telah redha dengan yang beriman apabila mereka memberikan bai’ah kepada kamu dibawah pokok… ‘ [48:18] Tidak ada keraguan bahawa nabi menghormati mereka. Sesiapa yang menafikan kemuliaan mereka pastinya telah menyimpang. Al-Quran berkata: ‘Tidak dia berkata dari kehendaknya. Itu tidak lain adalah wahyu yang disampaikan.’ [53:3-4]

Shirazi: Saya harap tajuk ini tidak ditimbulkan di dalam perjumpaan umum. Jawapan saya mungkin sampai kepada mereka yang kurang arif, dan mereka mungkin menyebarkan propaganda. Adalah lebih baik jika ianya dibincangkan secara tertutup. Saya akan berjumpa dengan kamu satu hari, dan kita akan selesaikan masalah ini secara perseorangan.

Hafiz: Maafkan saya, kerana ramai dari kami setelah beberapa malam menekankan supaya tajuk ini hendaklah diperbahaskan. Perbincangan kamu selalunya munasabah. Jika kamu memberikan jawapan yang meyakinkan, tentu tidak ada tindak balas yang tidak menyenangkan. Jika tidak kamu bersetujulah dengan pandangan kami.

Nawab: Tidakkah betul. Kita semua mahukan isu itu diselesaikan disini dan sekarang.

Shirazi: Saya hanya menurut dengan kehendak kamu. Saya tidak menduga bahawa seorang yang berkemampuan seperti kamu, setelah semua penjelasan yang saya telah berikan pada malam-malam yang lalu pada persoalan kekafiran yang dikatakan kafir kepada golongan shia. Saya telah pun membentangkan bukti yang cukup bahawa shia Ithna Ashari [12] adalah pengikut Muhammad dan ahli keturunannya. Kamu telah membangkitkan beberapa isu. Saya akan menjawab setiap satu daripadanya secara berasingan.

KRITIKKAN KEPADA SAHABAT TIDAK BERERTI KAFIR.
Pertama kamu katakan bahawa shia mengkritik para sahabat dan sebahagian dari isteri nabi membawa kepada kafir. Saya tidak faham asas kepada kenyataan ini. Jika kritik disokong oleh bukti, ianya diizinkan. Dan jika sesaorang membuat tuduhan yang palsu, ini tidak bererti dia kafir. Dia mungkin dikatakan berdosa, sama seperti mereka yang minum arak atau berzina. Dan setiap dosa terhadap perundangan tuhan boleh diampunkan.
Ibn Hazm Zahiri Andalusi (dilahirkan 456 A.H.) berkata di dalam bukunya Al-Fasl fi’l-milal wa’n-Nihal bahagian III, ms 227: ‘Jika sesaorang mengkritik para sahabat nabi kerana kejahilan, dia tidak boleh disalahkan. Jika dia lakukan dengan berpengetahuan, dia berdosa sapa seperti mereka yang melakukan zina, curi, dsb. Jika mereka mengutuk para sahabat dengan sengaja, dia adalah kafir oleh kerana mereka adalah sahabat nabi, perangai yang sedemikian sama seperti bermusuh dengan Allah dan nabiNya. Sebaliknya jika hanya kritik sahabat tidaklah membawa kepada kafir.’
Pernah khalifa Umar meminta nabi untuk mengizinkannya untuk memenggal kepala Hatib, si Munafik, walaupun dia seorang sahabat, muhajir, dan juga yang mengambil bahagian di dalam peperangan Badr. Oleh kerana mengkritik dan mengatakan dia munafik, Umar tidak dikatakan kafir. Jadi bagaimana mungkin shia dikata kafir kerana mengkritik sebahagian dari sahabat, katakanlah buat seketika apa yang kamu katakan adalah benar. Lebih-lebih lagi ulama kamu yang terkenal telah menolak pandangan kamu. Diantara mereka Qazi Abdur-Rahman Shafii, yang di dalam Mawafiq nya telah menolak penjelasan dari ulama kamu yang fanatik mengenai kafirnya shia. Dan Muhammad Ghazali menulis bahawa mengutuk dan mengkritik sahabat tidaklah kafir; bahkan mengutuk kedua-dua sheikh tidaklah menjadi kefir.
Mulla Sa’d Taftazani menulis di dalam Sharhe Aqa’id-e-Nas’I bahawa: ‘Sebahagian orang yang fanatik berkata bahawa sesiapa yang mengutuk sahabat adalah kafir. Amat susah untuk menerima pandangan ini. Kekafiran mereka ini tidak dibuktikan kerana sebahagian ulama penyokong sahabat, mengabaikan perbuatan mereka yang keji dan membuat alasan yang jahil pada menyokong sahabat ini. Mereka katakan para sahabat nabi semuanya bebas dari segala doa, walaupun kenyataan ini bertentangan dengan fakta. Adakalanya mereka berperang sema sendiri. Cemburu dan cinta kepada kuasa kerap mengerakkan mereka pada melakukan kejahatan. Bahkan sebahagian dari para sahabat yang terkenal juga tidak bebas dari tindakkan yang berdosa. Maka jika berasaskan pada bukti tertentu, sesaorang mengkritik sahabat itu, dia tidak perlu dikutuk kerannya. Sebahagian manusia kerana mereka berpihak kepada sahabat, telah menutup segala kekejian perbuatan sahabat. Tetapi sebahagian lagi ada yang merakamkan perbuatan keji mereka dan mengkritiknya.
Selain dari itu, Ibn Athir Jazari, pengarang Jam’u’l-Usul, telah memasukkan shia di dalam mazhab islam, jadi bagaimana kamu boleh memanggil mereka kafir? Semasa era khalifa pertama, sebahagian manusia mengutuk para sahabat kerana perbuatan keji mereka. Bahkan khalifa tidak menjatuhkan mereka dengan hukuman mati kerana kafir. Menurut, Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, bahagian IV, ms 335, 354, Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad bahagian 1, ms 9, Dhahabi di dalam Talkhise Mustadrak, Qazi Ayaz di dalam Kitab-e-Shifa, bahagian IV, Bab 1 dan Imam Ghazali di dalam Ihya’u’l-Ulum, jilid II; menyebutkan dimasa khalifa Abu Bakr, seorang datang kepadanya yang mengunakan bahasa kotor dan mengutuknya, mereka yang hadir disitu menjadi marah. Abi Barza Salmi meminta kepada khalifa jika dia boleh mengizinkannya untuk membunuh orang itu keran telah menjadi kafir. Abu Bakr berkata bahawa tidak boleh, oleh kerana hanya nabi sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang sedemikian.

KHALIFA SENDIRI TIDAK MENGANGGAP BAHWA KUTUKKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI KAFIR.
Yang sebenarnya, orang ternama sunni melampaui bagi mereka yang disokonginya. Khalifa sendiri mendengarkan kritikan dan tidak menuduh manusia dengan kafir atau menghukum mereka dengan bunuh. Lebih-lebih lagi jika mengutuk sahabat menyebabkan kekafiran, mengapa kamu tidak mengatakan Muawiya dan pengikutnya kafir. Mereka mengutuk dan menghina sahabat yang paling sempurna, Ali Ibn Abi Talib. Hanya memilih-milih dalam perkata ini telah menunjukkan bahawa tujuan sebenar kamu adalah yang lain. Kamu hanya bertujuan untuk memerangi ahli bayt dan pengikut mereka!! Jika mengutuk sahabat adalah kafir, mengapa kamu tidak menuduh Ummul-Mukminin Aisha sebagai kafir? Semua ahli sejarah kamu telah mengatakan bahawa dia selalu menghina khalifa Uthman secara terbuka: ‘Bunuh orang tua bodoh ini, kerana dia telah menjadi kafir,’ Jika sekiranya shia mengatakan bahawa adalah baik jika Uthman dibunuh kerana dia telah kafir, kamu serta merta bengun menentang kami. Tetapi apabila Aisha mengatakan kepada Uthman di hadapan mukanya bahawa dia adalah na’thal dan juga kafir, tidak juga khalifa menghalang dia, dan tidak juga sahabat menentangnya. Tidak juga kamu mencari salah pada dirinya.

Nawab: Tuan yang dihormati, apa yang kamu maksudkan dengan perkataan na’thal?

Shirazi: Firuzabadi, seorang ulama kamu yang berkedudukan tinggi, memberikan maksud di dalam qamusnya, Qamusul-Lughat sebagai ‘orang tua bodoh’. Juga terdapat seorang yahudi dengan janggut yang panjang di Madina dengan nama itu, yang mana Uthman telah dibandingkan. Pengulas kepada qamus, Allama Qawini, juga memberikan maksaud yang sama, mengatakan Ibn Hajar di dalam Tabsiratul-Muntaha, menulis, ‘Na’thal, seorang yahudi yang berjanggut panjang, tinggal di Madina; dia sangat meyerupai Uthman.’

KHALIFA ABU BAKAR MENGHINA ALI.
Akhir sekali jika kamu menghina sahabat adalah kafir, mengapa Abu Bakr, dihadapan para sahabat dan diperhimpunan manusia ramai, menghina sahabat yang paling mulia, Ali Ibn Abi Talib? Kamu memuji kemuliaan Abu Bakr yang sepatutnya kamu mengutuknya.

Hafiz: Mengapa kamu menuduhnya dengan tuduhan yang palsu ini? Bilakah khalifa Abu Bakr menghina khalifa Ali?

Shirazi: Maafkan saya! Kami tidak mengatakan apa-apa sehinggalah kami telah membuat penyelidikan yang lengkap. Mungkin kamu perlu rujuk kepada Sharh Nahjul Balagha, jilid IV, ms 80, dimana terdapatnya rakaman bahawa Abu Bakr, menghina Ali dari atas mimbar masjid, dengan berkata: ‘Dia [Ali] adalah musang, buktinya adalah pada ekornya. Dia mengadakan kekacauan, memperkecilkan perkara yang besar dan penting, serta membuat supaya manusia memberontak. Dia meminta pertolongan dari yang lemah dan menerima bantuan dari kaum wanita. Dia adalah umpama Ummit-Tahal [seorang penzina dizaman jahiliah, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Abil-Hadid] yang mana kaum lelaki di dalam keluarganya didapati melakukan zina.’
Sekarang kamu bezakan penghinaan Abu Bakr terhadap Ali dengan kritikan yang dibuat shia terhadap para sahabat. Jika menghina mana-mana sahabat sama seperti kafir maka Abu Bakr, anak perempuannya, Aisha, Muawiya dan pengikutnya hendalah dilabelkan sebagai kafir. Jika ianya tidak membawa kepada kekafiran maka kamu tidak boleh mengatakan shia kafir pada perkara yang sama.

KHALIFA UMAR MENGATAKAN BAHAWA MENGUTUK MULIM TIDAK KAFIR.
Lebih-lebih lagi, menurut keputusan ahli perundangan dan juga khalifa kamu yang agung, mereka yang mengutuk khalifa tidaklah kafir. Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad, jilid III, Ibn Sa’d Katib di dalam Kitab-e-Tabaqat, Qazi Ayaz di dalam Shifa, bahagian IV Bab 1, mengatakan bahawa gabenor khalifa Umar, Ibn Abdu’l-Aziz, menulis dari Kufa bahawa seorang telah menghina dan mencaci Umar bin Khattab, khalifa kedua. Gabenor meminta kebenaran untuk membunuh orang itu. Umar bin Khattab menjawab bahawa ianya tidak dibolehkan untuk mengambil nyawa muslim kerana menghina dan mencaci mama-mana muslim lainnya melainkan sesaorang itu yang menghina nabi.

MENURUT ABU’L-HASAN ASH’ARI WALAUPUN MEMANGGIL ALLAH ATAU NABI DENGAN NAMA YANG JAHAT TIDAK JUGA KAFIR.
Sebahagian dari ulama terkenal kamu, seperti Abul-Hasan Ashari dan pengikutnya, percaya bahawa jika sesaorang mempunyai keimanan di dalam hatinya dan bahkan melahirkan kekafiran [dengan mengamalkan agama yahudi atau kristian, sebagai contoh] atau bangun menentang nabi, atau memanggil Allah atau nabi dengan nama yang jahat, walaupun begitu dia tidaklah kafit. Iman bererti kepercayaan di dalam hati dan oleh kerana tiada siapa tahu hati orang lain, ianya tidak boleh dikatakan bahawa kekafiran yang dilihat adalah dari dalam hati ataupun tidak. Ulama Ashari telah membicangkan isu ini di dalam buku mereka. Ibn Hazm Andalusi telah menulis dengan mendalam mengenai perkara ini di dalam bukunya Kitabul-Fazl [bahagian IV, ms 204, 206] Dari keterangan ini semua apa hak yang kamu ada pada menuduh shia dengan kafir?

KEBANYAKKAN SAHABAT MENGHINA SATU SAMA LAIN TETAPI TIDAK DIANGGAP SEBAGAI KAFIR.
Di dalam buku sahih kamu seperti, Musnad dari Ahmad Hanbal, jilid II, ms 236; Sirat-e-Halabiyya, jilid II, ms 107, Sahih Bukhari, jilid II, ms 74, Sahih Muslim, Kitab-e-Jihad wa Asbabu’n-Nuzul Wahidi, ms 118; terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa kebanyakkan sahabat menghina satu sama lain dihadapan nabi. Tetapi nabi tidak mengatakan mereka kafir. Nabi menegur mereka. [Penyampaian mengenai perbalahan dan pertengkaran ini hanya dirakamkan di dalam buku-buku sunni, tidak di dalam buku shia] Dari pandangan pada catitan ini, saya harap kamu berpuas hati bahawa mengutuk atau menghna sahabat tidak membawa kepada kafir. Jika kita mengutuk sesaorang dengan tanpa sebab, kita hanya berdosa, bukan kafir. Dan setiap dosa boleh diampunkan.

NABI ISLAM MENGETAHUI SEGALA YANG BAIK DAN YANG JAHAT DARI TINDAKKAN SAHABAT.
Kedua; kamu katakan bahawa nabi menghormati dan memuliakan sahabatnya. Ini adalah benar. Sebagai tambahan, semua muslim dan orang yang berilmu bersetuju bahawa nabi tahu tindakkan yang baik dan jahat dari manusia. Dia memuji amalan yang baik. Begitulah dia memuji keadilan Nushirwan dan cemerlangnya Hatim Ta’i. Jika nabi mengormati sesaorang, itu adalah kerana amalan baiknya. Tetapi penghargaan yang ditunjukkan kepada sesaorang yang melakukan amalan yang baik, tidak membuktikan yang akhirnya juga dia akan berjaya. Mungkin dia akan melakukan kejahatan dimasa yang akan datang. Jika dia melakukannya, untuk mengatakan dia jahat pada awalnya adalah kejam, walaupun akan diketahui bahawa dia akan melakukan dosa dimasa akan datang. Ali mengetahui dosa dan akhirnya yang terkutuk Abdur-Rahman Ibn Muljim Muradi, dan berulang kali memberitahu bahawa dia adalah pembunuhnya. Pada satu ketika dengan jelas dia berkata: ‘Saya hendakkan dia hidup, tetapi dia telah cenderung pada membunuh aku, dan kawan yang kejam ini adalah dari kaum Murad.’ Kenyataan ini telah dirakamkan oleh Ibn Hajar Makki pada penghujung bahagian I dari Sawaiq, ms 72. Tetapi Ali tidak mahu menghukumnya. Maka hadith yang menunjukkan bahawa kemuliaan sebahagian dari tindakkan tertentu atau kenyataan para sahabat tidak semestinya mendorong untuk semua masa yang mendatang.

KEMULIAN KERANA TERJUMLAH DI DALAM KUMPULAN BAI’AH-E-RIDWAN.
Ketiga; kamu katakan bahawa oleh kerana sahabat berada di Bai’ah-e-Ridwan dan memberikan taat setia kepada nabi, mereka tidak boleh dikutuk, tetapi perlulah dipuji kerana dirujuk kepada ayat al-Quran yang kamu bacakan [48:18]. Pelajar penyelidikan dan juga ulama telah mengulas tajuk ini dengan meluas, dengan mengatakan bahawa keridha tuhan pada ayat ini hanya pada amalan itu yang khusus sahaja, iaitu bai’ah, dan itu tidak membawa kepada kekafiran.
Kamu sendiri sedar bahawa pada peristiwa bai’ah di Hudaibiyya, terdapat 1 500 orang dari ummah yang hadir, yang mana kemudiannya sebagian dari mereka telah dijumlahkan di dalam ayat ‘munafikun’, Allah menjanjikan mereka dengan neraka selama-lamanya. Adakah mungkin Allah dan nabiNya akan ridha dengan sebahagian orang, yang mana orang itu akan tinggal kekal di dalam neraka? Dengan itu keridha tuhan tidaklah disebabkan oleh bai’ah-e-shajara sahaja [kesetiaan dibawah pokok], tetapi berasaskan kepada keimanan yang tulus dan amalan yang baik. Mereka yang mempercayai kepada ke Esaan tuhan dan nabi dan memberikan kesetiaan berhak kepada keridhaan tuhan. Mereka telah diistiharkan sebagai penghuni syurga. Tetapi mereka yang memberikan kesetiaan tanpa iman, dan yang tidak memberikan kesetiaan, mereka berhak kepada kemurkaan tuhan. Pastinya sahabat melakukan amalan yang digalakan, dan bagi amalan mereka yang baik [bai’ah dibawah pokok] mereka hendaklah dipuji, sama ada dia sahabat ataupun tidak; melakukan dosa, dia hendaklah dikritik.

SHIA MENGAKUI KEMULIAAN SAHABAT.

Golongan shia selalu menyampaikan amalan yang baik yang dilakukan oleh sahabat.

Lebih-lebih lagi shia mengakui amalan yang baik walaupun dari mereka yang telah menjadi tumpuan kritikan yang tajam. Sebagai contoh, shia menghargai bai’ah mereka dibawah pokok, penghijrahan mereka dengan nabi, mengambil bahagian di dalam peperangan, tetapi shia juga mengkritik dan mengutuk amalan mereka yang kejam.
Hafiz: Saya terperanjat mendengarkan kamu berkata bahawa sahabat nabi melakukan dosa. Nabi mengistiharkan setiap mereka sebagai petunjuk dan ketua bagi ummah. Dia mengatakan di dalam hadith yang yang terkenal: ‘Sesungguhnya, sahabatku adalah seumpama bintang; jika kamu mengikuti mana-mana satu dari mereka, kamu akan mendapat petunjuk.’ Pastinya keimanan kamu bukan dari yang ramai [lazim], dan kami tidak menerima keimanan yang sedemikian.

PENELITIAN TEHADAP HADITH ‘MENGIKUTI SAHABAT’
Shirazi: Saya terpaksa membincangan beberapa aspek dari hadith ini sebelumnya saya menjawabnya. Baiklah kita tidak akan mengatakan mengenainya puncanya, atau lemahnya hadith ini pada kritikan, kerana kita akan hanyut dari tajuk asal. Perbincangan kita akan menumpukan kepada maksudnya.
Mereka yang dianugerah dengan penghormatan pada melihat nabi, atau yang menyampaikan hadith darinya telah dikatakan sahabat dan ashab sama ada mereka muhajir dari Makah atau mereka yang menolongnya [Ansar] di Madina dan lainnya
Salah faham yang terbesar diantara kamu adalah, sikap kamu yang murah hati terhadap sahabat, kamu menganggap kesemua mereka bebas dari segala kesalahan walaupun fakta sebenar adalah yang sebaliknya. Diantara para sahabat nabi ada yang baik dan ada yang jahat, yang mana Allah dan nabiNya benar-benar tahu. Ini boleh dibuktikan dengan surah Munafiqun dan ayat-ayat dari surah lain, seperti Tauba yang juga dikenali sebagai Bara’a dan Ahzab, yang diwahyukan pada mengutuk sahabat yang hipokrit dan berdosa. Ulama kamu yang terkenal telah merakamkan sebahagian dari kesalahan yang dilakukan sahabat di dalam buku sahih mereka. Hisham bin Muhammad seorang ulama terkenal kamu telah menyusun sebuah buku mengenai kesalahan dan penyelewengan sahabat.
Si hipokrit, yang mana Allah di dalam al-Quran dan nabi telah kutuk, adalah manusia talam dua muka; yang hanya muslim pada wajah sahaja. Hati mereka penuh dengan korupsi dan penyelewengan, dan kesemua mereka adalah di dalam jumlah sahabat. Maka bagaimana kita boleh mempunyai pandangan yang baik kepada semua sahabat? Dan bagaimana kita boleh yakin dengan mengikuti mereka kita akan terselamat? Tidakkah satu fakta nyata peristiwa di Aqaba bahawa para sahabat yang kelihatan taat telah bertekad hendak membunuh nabi?

PERISTIWA AQABA DAN RENCANA PADA MEMBUNUH NABI.
Hafiz: Sebahagian ulama menganggap peristiwa Aqaba adalah rekaan shia.

Shirazi: Adalah tidak wajar bagi kamu untuk bergantung pada kepercayaan sebahagian dari mereka yang berfikiran Khariji dan Nasibi. Kejadian ini telah diketahui oleh semua bahawa ulama kamu sendiri telah mengesahkannya.
Tolong rujuk kepada Dala’ilu’n-Nabuwat di susun oleh Hafiz Abu Bakr Ahmad Bin Husain Baihaqi Shafi’i, seorang ulama dan ahli perundangan [fiqaf] kamu. Dia telah merakamkan cerita mengenai Batn-e-Aqaba, dengan rantai penyampai yang sahih; dan juga Imam Ahmad Bin Hanbal, pada penghujung v. V dari Musnad, menyatakan dari Abu Tufail, dan Ibn Abi’l-Hadid menulis di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, dan ianya telah diketahui oleh semua ulama, bahawa nabi pada malam tersebut mengutuk sekumpulan sahabat.

Nawab: Apakah perkaranya, dan siapakah mereka yang hendak membunuh nabi?

Shirazi: Ulama yang terkenal dari kedua golongan telah menulis bahawa Muhammad pada perjalanan pulang dari ekspedisi Tabuk, 14 hipokrit telah merencana hendak membunuh nabi. Rancangannya adalah hendak menolak dia jatuh dari unta supaya dia akan terjatuh kedalam gaung apabila dia menunggang diwaktu malam di Aqaba; laluan sempit yang mana hanya satu orang sahaja dapat melaluinya. Apabila mereka cuba hendak melaksanakan rancangan mereka, Malaikat Jibril memberitahu nabi mengenainya. Nabi menghantar Hudhaifa Nakha’I supaya bersembunyi disebalik batu. Apabila mereka yang berkonpirasi sampai dan bercakap sesama mereka, Hudhaifa mengenali mereka semua. Dari jumalah mereka, 7 darinya Bani Umayya. Hudhaifa kembali kepada nabi dan menamakan mereka semua. Nabi menyuruh dia merahsiakan plot tersebut dan berkata bahawa Allah adalah pemelihara mereka. Pada awal malam nabi memulakan perjalanan, diikuti oleh tenteranya. Ammar-e-Yasir memandu unta dari depan dan Hudhaifa menundanya dari belakang. Apabila mereka sampai pada lorong yang sempit, si hipokrik membaling bag kulit mereka yang dipenuhi pasir [atau bekas minyak] dihadapan unta, membuat bunyi yang bising, mengharap supaya binatang yang terperanjat itu akan menjatuhkan nabi kedalam jurang. Tetapi Allah telah menyelamatkan nabi dan konspirator itu talah lari kedalam orang ramai.
Tidakkah orang ini terjumlah di dalam sahabat? Adakah benar mengikuti mereka bererti mendapat petunjuk?
Apabila kita mengatakan mengenai para sahabat nabi, mengapa kita perlu menuntup mata pada kesalahan mereka?

NABI TIDAK PERNAH MENYURUH KITA MENGIKUTI PENIPU.
Saya telah merujuk dimalam-malam yang lalu kepada kerekter Abu Huraira, memberitahu kamu bahawa khlifa Umar telah menyebatnya kerana dia biasa menyebut hadith yang palsu dari nabi. Tidakkah dia dari kalangan sahabat? Tidakkah dia secara dusta telah menyampaikan hadith dengan banyaknya? Begitu juga, sahabat yang lain seperti Sumra bin Junda, termasuk diantara mereka? Bolehkan nabi menyuruh ummahnya mengikut pendusta dan pemalsu? Jika hadith ini betul, iaitu, bahawa kita mengikuti mana-mana satu dari sahabat, kita akan dapat petunjuk, maka beritahulah kepada kami siapa yang perlu kita ikuti, jika dua sahabat pergi diarah yang bertentangan. Atau jika dua kumpulan dari mereka, masing-masing memerangi satu sama lain, atau setiap satu bertentangan dengan yang lain, siapakah yang perlu kita sokong?

Hafiz: Pertama; para sahabat nabi yang terkemuka tidak pernah bermusuhan sesama mereka. Dan jika seorang menentang yang lain; kita hendaklah meneliti faktanya dengan betul. Mereka yang lebih tulus dan kenyataannya yang lebih logik hendaklah diikuti.

Shirazi: Jika dari kenyataan kamu, kita buat pertanyan dengan teliti dan dapati seorang dari mereka lebih tulus dan dipihak yang benar, jadi sahabat dipihak yang lain pastinya tidak tulus dan dipihak yang salah. Maka hadith ini pada asasnya telah hilang kepercayaannya, kerana adalah mustahil bahawa sahabat yang bertentangan boleh kedua-duanya menjadi punca bagi petunjuk.

PENENTANGAN SAHABAT DI SAQIFA.
Jika hadith ini sahih, mengapa kamu bantah terhadap shia kerana mereka mengikuti sekumpulan sahabat seperti Salman, Abu Dharr, Miqdad, Ammar-e-Yasir, Abu Ayyub Ansari, Hudhaifa Nakha’i dan Khuzaima Dhu’sh-Shahadatain, etc, yang mana saya telah rujukkan pada malam yang lalu? Orang-orang ini pastinya tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Maka dari para sahabat yang bertentangan satu sama lain, siapakah dipihak yang benar? Pastinya satu mesti dipihak yang bersalah, melalui hadith yang kamu telah sebutkan kepada kami bahawa kita boleh mengikuti mana-mana sahabat dan mendapat petunjuk.

SA’D BIN UBAIDA MENENTANG ABU BAKR DAN UMAR.
Tidakkah Sa’d bin Ubaida adalah seorang sahabat yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar? Kesemua ahli sejarah sunni dan shia sebulat suara mengatakan bahawa dia pergi ke Syria dan tinggal disana sehingga kepertengahan khalifa Umar, dimana dia dibunuh. Maka mengikuti dia dan menentang Abu Bakr dan Umar, menurut dari hadith itu adalah laluan petunjuk.

TALHA DAN ZUBAIR MENENTANG ALI DI BASRA.
Tidakkah Talha dan Zubair diantara para sahabat yang memberikan bai’ah dibawah pokok. Tidakkah mereka menentang pengganti yang sah nabi, khalifa keempat yang diakui menurut dari kepercayaan kamu. Tidakkah sahabat ini yang bertanggong jawab terhadap pertumpahan darah ribuan manusia? Tolong beritahu kepada saya sekarang yang mana satu dari kedua pihak sahabat ini yang memerangi sesama sendiri, dipihak yang benar dan mendapat pertunjuk. Jika kamu katakan bahawa, oleh kerana keduanya adalah taat, maka keduanya adalah dipihak yang betul, maka kamu adalah salah. Adalah mustahil pada mengatakan bahawa kedua pihak yang bertentangan keduanya adalah betul mendapat petunjuk.
Makanya para sahabat yang mengikut Ali adalah yang pasti betul. Kumpulan dipihak lawan adalah salah; dan ini adalah satu lagi kenyataan pada menyangkal kenyataan kamu bahawa semua sahabat yang hadir di Bai’ah-e-Ridwan, dibawah pokok, adalah yang mendapat petunjuk. Diantara mereka yang memberikan bai’ah dibawah pokok adalah yang bedua ini Talha dan Zubair; dan yang juga telah memerangi khalifa keempat. Mereka sebenarnya memerangi dia yang nabi katakan: ‘Wahai Ali, memerangi kamu adalah memerangi aku.’ Tidakkah ini bererti memerangi nabi Allah? Jadi bagaimana kamu katakan bahawa perkataan Ashab atau yang hadir dibawah pokok untuk berbai’ah adalah dijamin keselamatan mereka?

MUAWIYA DAN AMR AS BIASA MENGUTUK DAN MENGHINA ALI.
Muawiya dan Amr As adalah para sahabat dan bahkan mereka menentang pengganti nabi, serta mengutuk dan menghina Ali ditempat-tempat umum dan juga dikhutbah Jumaat. Mereka melakukannya walaupun pada hakikatnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama terkenal dari golongan kamu dan juga buku-buku hadith yang sahih, bahawa nabi selalu berkata: ‘Sesiapa yang mengutuk dan menghina Ali, menghina aku. Dia yang menghina aku telah menghina Allah.’
Seorang ilmuan Taftazani telah menghuraikan tajuk ini di dalam bukunya Sharh Maqasid. Dia menulis bahawa sebahagian sahabat telah bermusuhan diantara satu dengan lain, maka sebahagiannya telah menyimpang dari jalan yang benar. Sebahagian mereka disebabkan cemburu dan kebanggaan dunia telah melakukan berbagai kezaliman. Telah terbukti bahawa kebanyakkan sahabat yang tidak ma’sum telah melakukan amalan yang hina. Tetapi sebahagian ulama kerana mencintai mereka telah cuba untuk melindungi kesalahan mereka.
Terdapat banyak hujah yang jelas pada menolak hadith yang dibincangkan.Tidak dapat dinafikan bahawa hadith ini adalah dipalsukan. Banyak dari ulama kamu telah menyatakan keraguan mereka terhadap hadith ini.

PUNCA HADITH ‘SAHABAT AKU ADALAH UMPAMA BINTANG’ ADALAH LEMAH.
Setelah menyebutkan hadith ini di dalam Sharhu’sh-Shifa, jilid II, ms 91, Qazi Ayaz berkata bahawa Darqutni di dalam Faza’il dan Ibn Abdu’l-Birr berkata bahawa hadith ini tidak sahih.
Ianya juga disebutkan dari Abd Bin Hamid di dalam Musnad yang menyatakan dari Abdullah Ibn Umar bahawa Bazar enggan mengakui kesahihan hadith ini. Juga dia mengatakan bahawa Ibn Adi menyatakan di dalam Kamil dengan rujukkannya sendiri dari Nafi, dan dia dari Abdullah bin Umar, bahawa punca hadith ini adalah lemah. Baihaqi juga dinyatakan telah menulis bahawa hadith ini diketahui secara umum tetapi puncanya adalah lemah.
Diantara punca hadith ini adalah Harith bin Ghazin [Qazwin], yang mana kerekternya tidak diketahui [seorang yang jahil], dan Hamza Ibn Abi Hamza Nussairi [Nasibi], yang telah dituduh sebagai penipu. Lemahnya hadith ini telah terbukti. Ibn Hazm juga berkata bahawa hadith ini telah dipalsukan dan hendaklah ditolak.
Maka di dalam hujah kamu kita tidak boleh bergantung pada hadith yang lemah rantaian penyampainya. Walaupun jika kita anggap hadith ini betul, pengertiannya tidak boleh digunakan secara umum; ianya hanya merujuk kepada sahabat yang taat dan wara yang mengikut arahan nabi dan juga kitab Allah dan juga keturunan nabi yang suci.

PARA SAHABAT TIDAK MA’SUM.

Setelah menyatakan ini, jika saya mengkritik sahabat, kamu jangan menganggap saya zalim. Mereka semuanya adalah manusia biasa dan besar kemungkinan tersalah.

Hafiz: Kami juga percaya bahawa sahabat tidaklah ma’sum, tetapi pada masa yang sama telah diterima pada fakta bahawa mereka adalah orang-orang yang benar. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Shirazi: Kamu telah melampau jika kamu terus menekan pada mengkatakan mereka itu adil dan bebas dari kesalahan, oleh kerana di dalam buku sahih yang ditulis oleh ulama kamu, mereka berhujah yang disebaliknya. Mereka memberitahu kita bahaya sebahagian dari sahabat terkenal terkadang kala melakukan kesalahan.

Hafiz: Kami tidak mengetahui rakaman yang sedemikian. Sial terangkan kepada kami juka kamu tahu

Shirazi: Kita ketepikan apa yang mereka lakukan dimasa jahiliah, mereka telah lakukan banyak kesalahan selepas mereka memeluk islam. Adalah mencukupi pada menyatakan satu contoh kejadian sahaja.
Ulama kamu yang terkenal menulis di dalam buku sahih bahawa pada tahun penaklukkan Makah [8 Hijrah] beberapa sahabat terkenal terlibat di dalam perta bersuka ria dan secara rahsia minum arak.

Hafiz: Ini pastinya cerita rekaan. Apabila arak diistiharkan sebagai haram, para sahabat yang dihormati tidak pernah hadir kepesta sedemikian, jangan disebut minum arak.

Shirazi: Ianya bukan direka oleh musuh. Jika ianya direka, maka rekaan ini datangnya dari ulama kamu.

Nawab: Jika terdapat pesta yang sedemikian, nama tuan rumah dan tetamunya tentu telah dinyatakan. Bolehkan kamu jelaskannya?

Shirazi: Ya, ulama kamu telah menerangkannya.

MINUM ARAK OLEH 10 SAHABAT DI DALAM PERJUMPAAN RAHSIA.
Ibn Hajar menulis di dalam Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30, bahawa Abu Talha Zaid Bin Sahl telah menyediakan pesta minum arak dirumahnya dan mempelawa 10 orang. Kesemua mereka minum arak dan Abu Bakr membacakan syair memperingati beberapa orang musyrik yang telah terbunuh dipeperangan Badr.

Hafiz: Adakah nama tetamu-tetamu juga dinyatakan? Jika ia, sila beritahu kami.

Shirazi: (1) Abu Bakr Bin Abi Qahafa, (2) Umar Ibn Khattab, (3) Abu Ubaida Jarra, (4) Ubai Bin Ka’b, (5) Sahl Bin Baiza, (6) Abu Ayyub Ansari, (7) Abu Talha (the host), (8) Abu Dajjana Samak Bin Kharsa, (9) Abu Bakr Bin Shaghuls, (10) Anas Bin Malik, yang berusia 18 tahun pada masa itu dan yang mensajikan arak. Baihaqi di dalam, jilid VIII, ms 29, telah juga sampaikan dari Anas sendiri bahawa dia mengatakan yang dia termuda dari mereka pada masa itu dan yang mensajikan arak. [Dengan ini tedapat sedikit kekecohan dari para hadirin]

Sheikh: Saya bersumpah dengan Allah bahawa ini telah diadakan oleh pihak musuh!!

Shirazi: Kamu terlalu ghairah, dan kamu telah membuat sumpah yang keji!! Tetapi ini bukanlah salah kamu secara keseluruhan. Pengajian kamu terhad. Jika kamu banyak membaca, kamu akan dapati ulama kamu telah menulis semua ini. Sekarang kamu perlulah meminta ampun kepada Allah.
Sekarang saya terpaksa menjelaskan fakta mengikut kenyataan ulama kamu. Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih (mengulas pada Ayat-e-Khamr, “ayat mengenai arak”, di dalam surah Ma’ida al-Quran ); Muslim Ibn Hajar di dalam Sahih (Kitab-e-Ashraba Bab-e-Tahrimu’l-Khamr); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid XXX, ms 181 dan 227; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jilid XI, ms 93; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid II, ms 321; Tabari di dalam Tafsir, jilid VII, ms 24; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 22 dan Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30; Badru’d-din Hanafi di dalam Umdatu’l-Qari, jilid X, ms 84; Baihaqi di dalam Sunan, ms 286 dan 290; dan yang lainnya telah merakankan fakta ini dengan penjelasan mendalam.
Sheikh: Mungkin perkara ini terjadi sebelum arak diharamkan.

Shirazi: Apa yang kami kumpulkan dari ulasan dan sejarah menunjukkan bahawa walaupun setelah ayat pada pengharaman arak wahyukan, sebahagian muslim dan sahabat masih terus meminumnya.
Muhammad Bin Jarir Tabari menyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir, v.II, p.203, pada pengesahan Abil Qamus Zaid Bin Ali, yang mengatakan Allah telah mewahyukan tiga kali ayat pada pengharaman minum arak. Di dalam ayatnya yang pertama Dia berkata: ‘Mereka tanya kamu mengenai yang memabukkan dan judi. Katakan: ‘Di dalam keduanya terdapat dosa besar dan cara keuntungan bagi manusia, dan dosanya lebih besar dari keuntungannya……’ [2:219]
Tetapi muslim tidak meninggalkan arak sepenuhnya. Apabila dua orang, sedang mabuk, mendirikan solat dan bercakap yang bukan-bukan, satu lagi ayat telah diwahyukan, yang berbunyi: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mendekati solat apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan.’ [4:43]
Walaupun selepas ini, minum arak masih berterusan, tetapi manusia tidak mendirikan solat ketika mabuk. Satu hari sesaorang minum arak [menurut dari kenyataan Bazar, Ibn Hajar, dan Ibn Mardawiyya bahawa orang itu adalah Abu Bakr] telah mengarangkan syair untuk orang jahiliah yang terbunuh dipeperangan Badr. Apabila nabi mendengar mengenainya, baginda menjadi marah. Baginda pergi kepesta itu dan hendak memukulnya. Orang itu berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah, dari kemarahan Allah dan nabiNya. Allah menjadi saksi saya, saya tidak akan minum arak lagi.’ Kemudian ayat yang berikutnya diwahyukan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Arak, judi, berhala dan bertenung adalah perbuatan keji, perkerjaan syaitan, tinggalkanlah semoga kamu berjaya.’ [5:90]
Diantara sahabat nabi ada yang baik dan ada yang jahat, sebagaimana terdapatnya juga diantara orang beriman dan muslim yang lain. Terdapat diantara mereka yang bersungguh pada mentaati Allah dan nabiNya maka mereka telah mencapai darjat yang tinggi. Mereka yang mengikuti kehendak dunianya pula telah dipandang rendah oleh yang lainnya. Maka mereka yang menyalahkan sahabat yang pentingkan dunia melakukan dengan bersebab. Amalan keji yang dilakukan oleh sebahagian sahabat telah dirakamkan di dalam buku sahih dari ulama kamu adalah juga dikutuk menurut keterangan al-Quran. Shia mengutuk mereka mengikut asas ini. Jika terdapat hujah yang logik pada keterangan ini, kami sedia menerimanya.

PARA SAHABAT MELANGGAR SUMPAH SETIA MEREKA.
Shirazi: Amatlah aneh bahawa baru sahaja mendengarkan kualiti mereka yang keji [Saya hanya menyatakan sedikit dari jumlahnya yang besar] kamu masih menayakan apakah dia mengenai salahlaku mereka! Sekarang saya akan menyampaikan satu lagi contoh dari amalan mereka yang busuk; yang telah dirakamkan di dalam buku kedua-dua golongan; melanggar sumpah mereka. Allah telah menjadikan wajib bagi sesaorang supaya menyimpan janji mereka. Dia berkata: ‘Dan jayakan janji Allah apabila kamu telah membuat perjanjian; dan janganlah melanggar sumpah setelah ianya diikrarkan.’ [16:91]
Dan lagi Allah memanggil mereka yang melanggar sumpah sebagai yang terkutuk. Dia berkata: ‘Dan mereka yang melanggar perjanjian Allah setelah dipersaksikan, dan memutuskan pertalian dengan yang Allah suruh eratkan, dan membuat kerosakkan dibumi; dan keatas mereka kutukan, dan mereka mendapat tempat yang kejam sebagai tempat tinggal.’ [13:25]
Maka nyatalah dari keduanya al-Quran dan terdapat jumlah yang banyak di dalam hadith bahawa melanggar sumpah adalah dosa yang besar, terutama sumpah yang dibuat kepada Allah dan nabinya. Seriusnya kesalahan ini bagi para sahabat berlipat kali ganda lagi.

Hafiz: Apakah sumpah dengan Muhammad yang para sahabat telah langgar? Bagaimana ianya boleh menjadi tumpuan bagi ayat al-Quran? Saya fikir jika kamu menelitinya dengan cermat, kamu akan mengaku bahawa semua perkara ini adalah bikinan shia sahaja. Para sahabat nabi adalah bebas dari itu semua.

DI DALAM AYAT AL-QURAN ‘YANG BENAR’ MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI.
Shirazi: Saya telah berulang kali menyataka

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: