Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi: Yasir al-Habib(penghina isteri nabi-mengaku syiah) bodoh dan Wahabi lebih jahil darinya

Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi: Yasir al-Habib bodoh dan Wahabi lebih jahil darinya

Posted by unggaspagi

Individu ini jikalau bukan upahan dan ejen maka ia adalah bodoh dan gila; namun ulama Wahabi adalah lebih jahil darinya kerana berdalil: Orang Syiah telah meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka, bukti betapa Wahabi tidak bermantiq ialah seluruh kecaman mereka dilemparkan terhadap Syiah, sedangkan watak seorang insan bodoh atau upahan dan ejen ini dijadikan ukuran! saya telah menulis lebih dari 140 kitab tentang aqidah, tafsir dan beberapa ilmu yang lain namun tidak pernah terkandung di dalamnya sedikit pun kata-kata yang tidak sepatutnya kepada isteri nabi. Namun kata-kata orang itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan menunjukkan ia orang upahan.

 

Yasir al-Habib bodoh dan Wahabi lebih jahil darinyaAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi dalam pelajaran luar pada hari Isnin (kelmarin) menyentuh tentang fitnah baru terhadap Mazhab Syiah, “Saya dengar baru-baru ini seorang individu yang tidak berpelajaran dan lagaknya seperti ulama di London, atas nama Syiah telah menghina kesucian mazhab lain. Beliau telah mengeluarkan kata-kata aneh yang tidak sepatutnya dilemparkan terhadap salah seorang isteri Nabi serta telah mengaitkan sebahagian mereka dengan perbuatan nista”.

Beliau menegaskan bahawa individu seperti ini tidak mewakili Syiah sambil menambah: “Individu ini samada insan upahan dan ejen, atau seorang yang bodoh dan gila; namun ulama Wahabi lebih jahil darinya kerana mengambilnya sebagai bukti untuk mengatakan: ‘Syiah telah menzahirkan apa yang terpendam dalam diri mereka!’ mereka sedang mengecam beratus ulama Syiah di Iran, Lubnan, negara-negara Arab dan Eropah dikeranakan seorang yang berwatak ulama sambil mengatakan dia adalah bodoh”.

Marji’ taqlid Syiah ini menambah, “Tanda-tanda Wahabi tidak berlogika ialah kecaman mereka dilemparkan kepada seluruh ulama Syiah, walaupun mereka sedang mengadili ciri-ciri perkataan seorang individu upahan dan ejen! Kami mengatakan perkataannya adalah dusta dan dia adalah seorang jahil. Namun Wahabi telah terjebak dengan katas-katanya! Saya sendiri telah menulis lebih dari 140 kitab tentang Aqidah, Tafsir dan beberapa ilmu lain namun tiada terkandung perkataan yang tidak sepatutnya kepada ister-isteri nabi. Kata-kata individu itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan menunjukkan ia orang upahan”.

Ayatullah Makarim Syirazi sambil mengisyaratkan fitnah besar ini adalah menentang Islam dan mengatakan, “Kemungkinan individu yang tinggal di London ini berbicara demikian akibat kesan dari propaganda asing, kerana itu Wahabi di Hijaz menerima pengaruh propaganda ini. Kedua-dua pihak saling menghulurkan tangan sehingga membahayakan umat Islam. Mereka bekerja sehingga memperolehi habuan yang diinginkan, setelah itu mereka akan pergi.”

Guru Hawzah Ilmiyah Qom ini memfokuskan pergerakan musuh dengan berkata, “Mereka juga mewujudkan keraguan iaitu: ‘Jikalau perbuatan ini dikecam, mengapa Ayatullah kamu tidak berkata apa-apa?!’ Kami mengecam dan mengatakan setiap penghinaan terhadap isteri Rasullah adalah tidak patut, mengecam beliau sama seperti menghina Rasulullah dan perkara ini telah disiarkan dalam saluran TV al-Wilayat”.

Beliau menambah, “Apakah Wahabi telah lupa bahawa Imam Khomeini telah mengistiharkan kemurtadan Salman Rusdi kerana bahagian penting buku Ayat-Ayat Syaitan itu menghina isteri Rasulullah dan meletakkan perbuatan yang sangat keji buat isteri Rasulullah. Namun mereka tidak mengecam Salman Rusdi; bahkan mereka mengecam Imam ini padahal mereka berlepas diri dalam isu itu kemudian melayan pula kata-kata orang gila. Ini menunjukkan mereka sama sekali bukan ahli logika”.

Ayatullah Makarim Syirazi di akhir bicaranya mengatakan, “Hendaklah kita berwaspada dalam perdebatan dan perbahasan, hendaklah kita memberikan jawapan dengan dalil logik kepada orang lain dan tidak mengerjakan sesuatu yang khilaf. Saya berharap umat Islam bekerjasama supaya tidak terjebak dalam bahaya propaganda musuh.”

Penting dinyatakan di sini bahawa seorang individu yang tidak berkelayakan memakai pakaian ulama Syiah dan tidak disahkan pengajiannya dari mana-mana Hawzah Ilmiyah dan Marji’ Taqlid telah berceramah dalam saluran TV Fadak. Ia telah memberi keuntungan kepada fitnah yang sekaligus membawa pengkafiran Wahabi dan pengganas terhadap Syiah.

Sayang sekali beliau telah mengeluarkan kata-kata yang sangat hina terhadap ulama Syiah seperti As-Syahid Ayatullah Sayed Muhammad Baqir Sadr dan al-Marhum Ayatullah Bahejat namun sebagai pengikut Syiah kita berlepas diri dari perbuatannya.

Al-Habib dalam bulan Ramadhan lalu telah menganjurkan majlis kematian Aisyah isteri Rasulullah. Ia telah memberi ceramah yang mengandungi penghinaan lantas membawa masalah besar kepada Syiah Kuwait dan Arab Saudi. Ulama Syiah di kedua negara ini seperti Syaikh ‘Amri, Syaikh Husain Ma’tuq, Syaikh Hasan Safar, Syaikh Ali Al-Muhsin, Syaikh Abdul Jalil al-Samin, Syaikh Namr dan Syaikh Hashim al-Salman menentang keras dan menolak perkataan al-Habib.

Menarik perhatian di sini ialah saat-saat al-Habib mendapat tekanan, ia mendapat perlindungan dari negara England termasuk beberapa pertubuhan hak asasi manusia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: