MENJAWAB: Siapa pembunuh Husein di Karbala?. Yazid atau Syiah?

by Menjawab Membongkar Syiah & Iran on Friday, December 31, 2010 at 5:58pm

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّے صَلِّے عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِے مُحَمَّدٍ

Salam sejahtera buat semua pembaca yang dihormati,

 

Gambar rajah di atas adalah Notes yang terkandung dlam page “Membongkar Syiah & Iran” yang bertajuk ‘Siapa pembunuh Husein di Karbala? Yazeed (ra) atau Syiah (la)?’. Setelah kami meneliti hujah-hujah yang dibentangkannya, ternyata hujahnya rapuh dan sentiasa berputar, bermain sentimen ‘putar alam’. Hujah-hujah mereka tidaklah ke mana melainkan hanya diserikan dengan ayat-ayat kosong. Di sini, insyaAllah, kami akan menjawab Siapa pembunuh Husein di Karbala? Yazid atau Syiah?

 

Tragedi berdarah dingin yang menimpa putera tercinta Rasul saaw telah menggemparkan dunia Islam sejak sekian lamanya. Masakan tidak, pembunuh cucu kesayangan Rasulullah saaw ini, yang disabdakan oleh Rasul saaw sebagai Pemuka Pemuda Syurga dalam hadis sahih berikut:

 

حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا محمد بن عبد الله الزبيري ثنا يزيد بن مردانية قال حدثنا بن أبي نعم عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم الحسن والحسين سيدا شباب أهل الجنة

 

Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Az Zubairi yang berkata telah menceritakan kepada kami Yazid bin Mardaniyah yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Nu’m dari Abi Sa’id Al Khudri yang berkata Rasulullah SAW bersabda “Al Hasan dan Al Husain Sayyid [Pemimpin] Pemuda Ahli Surga” [Musnad Ahmad 3/3 no 11012]

 

adalah mereka yang mendakwa dirinya Islam serta mengerjakan shalat.

 

Namun, oleh karena para pembunuh Imam Husein as ini adalah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia dan dipuja oleh segelintir para penyembah taghut, maka mereka berusaha keras untuk menyucikan para pemimpin-pemimpin mereka dengan mencari kambing hitam dari kalangan orang awam yang tidak berdaya. Apabila usaha keras mereka yang tidak kenal lelah ini menampakkan jalan keluar guna menyelamatkan para pemimpin dajjal mereka, dengan segera mereka mengamininya dan menyebarkan kebohongan bahawa pembunuh Imam Husein as adalah Syiah Kufah.

 

Benarkah apa yang mereka dakwakan itu? Kita akan cuba membedah permasalahan ini secara tuntas, insya Allah berdasarkan sumber mereka sendiri.

 

Salah satu dari ‘hujjah’ yang mereka gunakan dalam menuduh Syiah Kufah adalah pembunuh sebenar Imam Husein as, berdasarkan bahawa warga Kufahlah yang telah mengutus surat kepada Imam Husein as menjemput beliau ke Kufah. Mereka juga mendakwa bahawa warga Kufah adalah Syiah, benarkah?

 

Allamah Shibli Numani dalam al Faruq menyatakan bahawa Umarlah yang mengasaskan kota Kufah:

 

“Kota Kufah diasaskan pada tahu 17AH dan, seperti yang diarahkan oleh Umar, rumah2 yang bisa menempatkan 40 ribu warga dibina. Suku Arab diperuntukkan kediaman dibawah pengawasan Hayaj ibn Malik. Umar telah memberikan arahan atas pembinaan dan perancangan bandar tersebut. Sebuah masjid Jami’ dibangunkan di sebuah kawasan lapang yang bisa memuatkan 40 ribu jamaah pada satu satu masa”

“Disamping Masjid Jami’, beberapa buah masjid lagi dibina bagi setiap suku kota. Antara yang menghuni kota Kufah ini adalah 12 ribu warga Yaman dan 8 ribu suku Bani Nazar, Bahilah, Nim-ul Lat, Taghlab, Bani Asad, Nakha, Kindah, Azd, Mazainah, Tamim, Muharab, Asad and Amirm Bajalah, Jadilah and Akhlat, Juhaina, Muhjaz, Hawazin, dan lain2”.

 

“Pada masa Umar, kota Kufah mencapai puncak kegemilangannya hingga Umar memanggilnya pusat Islam”.

 

Penduduk kota ini meyakini kekhalifahan Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali (as). Hal ini terbukti dalam catatan at Tabari (edisi Mesir), hlm 189, jil 5 bab 19, di mana at Tabari mencatatkan bahawa, saat sekelompok orang termasuk Malik al Asytar berbicara menentang Usman di Kufah, mereka diserang.

 

Warga Kufah menerima konsep kekhalifahan yg diasaskan di Saqifah dan dikembangkan oleh Umar. Warga Kufah mengakui Ali as sbg khalifah ke 4, dan ini berbeda dgn keyakinan Syiah yg berkeyakinan bahawa Imam Ali as adalah khalifah Rasul saaw yang haq.

 

Tidak bisa dimungkiri, bahawa jejak2 Syiah yg terdapat di Kufah telah dihapuskan o;eh Muawiyah LA. Ketika Ziyad bin Sumayyah menjadi Gabenor Kufah, si terkutuk ini telah membunuh begitu ramai Syiah Ali, sedemikian rupa, hingga sedikit saja yang tersisa.

1. Al Bidayah wa al Nihaya jil 3 hlm50;

2. Al Kamil jil 3 hlm 245,

3. Nasai al Kafiya hlm 70,

4. al Istiab jil 1 hlm138

5. Tarikh al Tabari jil 6 hlm 155

 

Allamah Muhammad Bin Aqeel menulis di dalam Nisaih Kafia, hlm 70 (terbitan Bombay):

 

“Muwiyah menjadikan Ziyad Bin Sumaya, Gabenor ke atas penduduk Kufah yang disatukan dgn Basra. Oleh karena Ziyad hidup di Kufah saat pemerintahan Imam Ali as, dia begitu mengenal semua Syiah2 Ali yg menetap di kota Kufah itu. Dia menangkap mereka, membunuh, mengancam, memotong kaki dan tangan, mencungkil mata, menggantung mereka di pohon2, mengusir mereka dari Iraq dan menjadikan mereka merempat tanpa rumah, sedemikian rupa hingga tiada Syiah yg dikenali yg tersisa di Iraq”

 

Ini adalah layanan keatas Syiah Ali as di bawah pemerintahan Muawiyah LA. Demikian parahnya, hingga saat Ziyad menjadi Gabernor Kufah, dia berkata pada Hani bin Urwah (Syiah Imam Husein as):

 

“Tidakkah engkau ketahui wahai Hani, ketika bapaku datang ke sini, dia tidak membiarkan hidup Syiah Ali kecuali bapamu dan Hujr? Dan engkau tahu apa yang berlaku pada Hujr”

Tarikh at Tabari,(edisi Inggeris) jil 19, hlm 38

 

 

Dengan semua ini, bagaimana kita bisa mengatakan bahawa warga Kufah adalah Syiah atau sebagian besar dari warga Kufah adalah Syiah? Bagaimana kita bisa percaya, bahawa Syiah yg ada saat itu, yang telah dihapuskan oleh Ziyad tiba2 muncul kembali dan menjadi begitu kuat utk menjemput Imam Husein as ke Kufah?

 

Perkataan Ibnu Abbas yang diucapkannya kepada Imam Husein as, menjadi bukti bahawa tersisa hanya sedikit saja Syiah Ali di Kufah. Saat Imam Husein as berhasrat utk meninggalkan kota Makkah dan berangkat ke Kufah, Ibnu Abbas mencadangkan agar Imam as tidak ke Kufah. Pada kali kedua Ibnu Abbas bertemu Imam as, beliau berkata:

 

“Wahai saudaraku! Aku ingin sekali bersabar, namun permasalahannya sangat besar, dan aku tidak mampu bersabar. Aku mengkhawatirkan nyawamu dan kebinasaan saat perjalananmu, karena penduduk Iraq adalah kelompok pendusta, dan seharusnya anda menghindari mereka. Dan sekiranya mereka ingin anda menjadi Khalifah sebagaimana yg mereka dakwakan, maka seharusnya anda menulis surat kepada mereka dan menyuruh mereka mengeluarkan musuh dari sana dahulu, barulah setelah itu, anda ke sana. Dan sekiranya anda berkeras utk meninggalkan kota Makkah, maka (dari anda ke Iraq), sebaiknya anda ke Yaman, karean di situ terdapat banyak benteng dan gunung dan adanya Syiah ayahmu dan anda pasti selamat dari mereka (Bani Umayyah)”

Tarikh at Tabari, jil 6, hlm 217

 

Cuba anda perhatikan, Ibnu Abbas sendiri mengetahui bahawa warga Iraq khususnya warga Kufah adalah penipu dan Syiah Ali lebih banyak di Yaman. Apakah Imam Husein as tidak mengetahui akan hal ini ketimbang Ibnu Abbas?

Apakah mereka kira Imam Husein as adalah spt manusia biasa?

 

Apabila Muawiyah LA mati, Yazid menulis surat pada Gabenornya di Madinah, Walid bin Utbah:

“Ambil sikap keras dalam mendapatkan bay’ah dari Hussain, Abdullah Ibn Umar, Abdullah Ibn Zubayr, jangan bertangguh, jangan menunjukkan tanda lemah maupun bertangguh, dan usah biarkan mereka sehingga mereka memberikan bay’ah”.

Al Bidaya wal Nihayah jil 8 hlm 1004,

 

Dalam hal ini Walid memanggil Marwan dan bertanyakan pendapatnya, yang kemudiannya berkata:

 

“Mereka tahu Muawiyah telah mati , jemputlah mereka utk memberikan bay’ah, dan jika mereka enggan, penggallah leher mereka”.

Al Bidayah wal Nihayah, jil 8, hlm 1004

 

Ketika tiba di Makkah, Husein menerima surat2 dari penduduk Kufah. Beliau mengirimkan Muslim bin Aqil untuk meninjau situasi di Kufah. Secara luarannya, penduduk Kufah menunjukkan sokongan mereka pada Muslim bin Aqil, seterusnya Husein -1000 orang telah memberikan bay’ah mereka. Para pengintip kemudian memberitakan hal tersebut kpd Nu’man bin Bashir, namun dia tidak mengambil langkah2 yang keras utk mengatasinya, namun dia telah menyampaikan khutbah dan memberikan amaran dan ingatan kpd penduduk tentang fitnah dan mengarahkan mereka agar taat terhadap bay’ah yang mereka berikan pada Yazid. Namun seorang lelaki bangkit dan berkata padanya, “Persoalan ini tidak bisa ditangani tanpa menggunakan kekerasan, dan apa yang anda lakukan ini adalah langkah2 mereka yang lemah”

 

…Yazid berkata kpd Ibn Ziyad, “Saat di Kufah, cari Muslim bin Aqil dan bunuh dia”. Ibn Ziyad tiba di Kufah dgn 17 org yang telah mengumpulkan maklumat dari tokoh2 setempat dan bertanyakan tentang keberadaan Muslim bin Aqil. Terdapat sedikit penentangan namun Ubaidillah menangkap mereka yang terbabit dan menghalang orangramai dari mendukung Muslim.

 

Demikian kuatnya halangan tersebut, hinggakan saat Maghrib, hanya terdapat 30 orang yang bersolat bersama dgn Muslim bin Aqil, namun hingga lewat malam, mereka ini juga meninggalkan Muslim bin Aqil. Malam itu, Muslim bin Aqil, menumpang di rumah seorang wanit tua, yang puteranya adalah Abd Rahman bin Ashish. Abd Rahman memberitahu bapanya tentang siapa saja yang berada di rumah Ubaidillah. Ketika ditanya oleh Ibn Ziyad, apa yang mereka bicarakan secara rahsia, mereka memberitahunya di mana Muslim bin Aqil berada. Segera, Ibn Ziyad mengirim 70-80 orangnya dikepalai oleh Ibn Harith Makhzomi, yg merupakan kepala polis di Kufah. Mereka, secara beramai ramai menangkap Muslim bin Aqil, lalu mengirim beliau kpd Ibn Ziyad. Setibanya ke rumah Ibn Ziyad, beliau bertemu dgn beberapa orang anak2 sahabat di sana. Beliau tidak mengenali mereka, namun, mereka mengenali beliau. Mereka sedang menanti utk bertemu dgn Ibn Ziyad. Wajah dan pakaian Muslim bin Aqil, dipenuhi darah, dan dalam keadaan itu, beliau meminta air, dan salah seorang dalam kelomok itu berkata, “Engkau tidak akan merasakannya, hingga engkau meneguk panasnya air neraka”. Muslim bin Aqil membalas, “Wahai putera neraka, engkau lebih layak meminum api neraka dariku”

Al Bidaya jil 7 hlm 154

 

 

Ibn Katheer gagal menamakan kelompok sahabat dan tabi’in yang mencela Muslim, namun Tabari menyatakan sebagian nama mereka termasuklah Amru bin Harith Makhzoomi

 

Dhahabi menjelaskan, “Amru bin Harith terhitung sahabat Rasul saaw yang menetap di Kufah…dia adalah sahabat yang meriwayatkan hadis dari Rasul saaw”

Siyar Al-Aalam al-Nubala, jil 3 hlm 417

 

Kemudian, Ibn Kathir menjelaskan tentang Amru bin Harith:

 

“Ubaydullah ibn Ziyad menangkap Muslim bin Aqil lalu mengirimnya kepada Amru bin Harith, iaitu Ketua Polis Kufah”

al Bidaya jil 7 hlm 155; Tabari jil 6 hlm 198

 

Antara yang menanti untuk bertemu dengan Ibn Ziyad di istananya adalah Kathir bin Shahab, yang dinyatakan oleh Ibn Saad di dalam Tabaqatnya, jil 6 hlm 103:

 

“Dia meriwayatkan hadis dari Umar al Khattab dan merupakan salah seorang Gabenor Muawiyah bin Abu Sufyan”

 

Sebaik menerima laporan bahawa Imam Husein as sedang dalam perjalanan ke Kufah, Marwan bin Hakam menulis pada Ibn Ziyad, menjelaskan:

 

“Hussain ibn Ali sedang dalam perjalanan ke arah anda. Beliau adalah putera Fatimah dan beliau(Fatimah) adalah puteri Rasulullah saaw. Demi Allah! Kami tidak layak mendapatkan yang lebih utama dari membawanya ke dalam genggaman kami”

al Bidayah jil 8 hlm 165

 

Ketika Imam Husein as bergerak menuju Kufah, Yazid LA juga menulis pada Ibn Ziyad, menjelaskan:

 

“Aku mendengar bahawa Husein sedang dalam perjalanan menuju Kufah. Di antara sekian banyak Gabenorku, engkau telah menerima ujian, kebebasan bergantung mutlak pada kejayaan misi ini, atau engkau akan diperhambakan semula, sepertimana hamba dibebaskan dan orang merdeka menjadi hamba”

al Bidayah jil 8 hlm 165

 

 

Kita bisa melihat contoh Nafi bin Hilal, yang memasuki medan Karbala, di sisi Imam Husein as, mengumumkan:

 

“Aku adalah al Jamali. Aku beriman dengan agama Ali” Seorang lelaki bernama Muzahim al Huraith menyahut seruan itu dengan berkata, “Aku mengikuti agama Usman”. Nafi membalas, “Bahkan, engkau mengikut agamanya syaitan”. Lalu beliau menyerang dan membunuh orang itu.

Tabari jil 19 hlm 136-137

 

Di sini, kita bisa lihat bahawa tentera Yazid bukanlah Syiah…sebaliknya adalah pengikut Usman.

 

Azrar bin Qays menempelak Zuhayr bin al-Qayn (Tarikh al-Tabari jil 19 hlm 113):

 

“Zuhayr, menurut kami anda bukanlah Syiahnya dari keluarga ini. Anda biasanya adalah pendukung Usman. Zuhayr berkata, “Tidakkah engkau melihat kedudukanku bahawa aku adalah salah seorang dari mereka?”

 

Perhatikan jawaban Zuhayr bahawa beliau asalnya adalah Usmani, namun, kini, beliau telah menjadi Syiahnya AShlul Bayt as.

 

Ketika pasukan Yazid LA mengepung Imam Husein as dan para sahabatnya, Ibn Ziyad mengirimkan surat pada Ibn Saad memberitahu:

 

Halangi Husein dari mendapatkan air sebagaimana Usman dilayan

Tabari jil 19 hlm 107

 

Ibn Kathir meriwayatkan hal yang sama, bahawa Ibn Ziyad memerintahkan:

 

“Jadilah penghalang bagi Husein dan air dan layani mereka sebagaimana, Usman yang bertakwa dilayan”

al Bidayah wal Nihayah, jil 8, hlm 1058

 

Adalah jelas pada saat itu, mereka yang terbabit membunuh Imam Husein as, adalah orang yang beranggapan bahawa Usman adalah Amirul Mukminin. Di dalam akidah Syiah, sesiapa yang beranggapan bahawa selain dari Imam Ali as sebgai Amirul Mukminin, maka dia bukanlah Syiah. Bahkan, tiada Imam yang lain yang memakai gelar Amirul Mukminin ini. Namun, jelas dari sumber2 mereka, tentera yang memerangi Imam Husein as, beranggapan bahawa Usman adalah Amirul Mukminin. .

 

Ibn Kathir meriwayatkan terus:

 

“Ibn Ziyad menulis kepada Amir al Haramain Umro bin Saeed dan memberitahukan padanya berita baik kematian Husein, Umro kemudian memanggil penyeru dan mengumumkan hal itu, dan apabila hal itu kedengaran pada wanita Bani Hasyim, mereka meratap dan Umro bin Saeed berkata, “Ini pembalasan atas ratapan para wanita Usman bin Affan”

al Bidayah wal Nihayah, jil 8 hlm 1097

 

Ibn Taimiyah, Imam kaum Wahabi berkata:

 

“Andai Ibn Saad dikatakan oleh Nasibi sebagai Usmani, itu adalah kerana dia mengambil pembalasan terhadap Usman dan memujinya”

Minhajj al Sunnah jil 1 hlm 164

 

Shah Abdul Aziz menyatakan dalam Tuhfa Ithna Ashari hlm 8:

 

“Apabila orang jahat Syria dan Iraq, atas perintah Yazid dan atas dukungan ketua pembenci dan pemfitnah membunuh Imam Husein…”

Tuhfa Ithna Ashari, hlm 8

 

Ketika Syiah melaknat para pembunuh Imam Husein as, ulama2 Sunni, bertolak belakang 180 darjah, mereka bukan sahaja menghormati para pembunuh ini, bahkan, meriwayatkan hadis dari mereka… …

 

———————————————————————

 

Umar bin Sad bin Abi Waqqas

 

Dhahabi saat menulis tentang biografi Ibn Saad, menjelaskan dalam Siyar Al-Aalam al-Nubla jil 4 hlm 349:

 

“Umar bin Sa’d mengepalai tentera yang membunuh Imam Husein as, Mukhtar membunuhnya…Imam Nasai meriwayatkan hadis darinya”.

 

Ibn Hajr Asqalani menulis:

 

Umar Ibn Sa’d bin Abi Waqqas Zuhri Abu Hafs Madani hidup di Kufah. Dia meriwayatkan hadis dari bapanya dan dari Abu Said al Khudri. Puteranya Ibrahim dan cucunya Abu Bakr bin Hafs, Abu Isaac Al Subay’ee, Ayzaar bin Harees, Yazeed bin Abi Maryam , Qathadha, Zuhri and Yazeed bin Habeeb dan yang lain meriwayatkan hadis darinya. Ajli berkomentar, bahawa dia meriwayatkan hadis dari bapanya, dan banyak yang mengambil riwayat darinya, dia terhitung tabi’in dan tsiqah, dia membunuh Al Husein

Tahdeeb al Tahdeeb jil 7 hlm 450-451

 

 

Seorang lagi ulama Sunni Jamalalddin Abi al Hajaj Yusuf al Mizzi di dalam kitab Rijalnya “Tahdeeb al Kamal” dibawah tajuk “Umar ibn Saad” merakamkan:

 

“Ahmed ibn Abdullah al’Ajli berkata: Dia adalah pembunuh Husein, dan dia adalah tabi’in yg tsiqah (terpercaya)

jil 21 no 4240

 

Umar bin Saad yg “dipercayai” ini adalah anak sahabat, Saad bin Abi Waqas, dan Bukhari menulis tentangnya dalam Tarikh al Saghrir:

 

“Ketika Imam Husein tiba di Karbala, Umar bin Saad adalah yang pertama memotong tali khemah”

Tareekh al Sagheer, jil 1, hlm 75

———————————————————————

Ubaydullah bin Ziyad

 

Mengenai Ibn Ziyad, Ibn Hajar Asqalani berkata:

 

“Dia adalah ‘UbaydAllah bin Ziad , penjaga Kufah bagi Muawiyah dan puteranya Yazid, dan dialah yang menyiapkan tenterac Kufah untuk memerangi Al Husein yang menyebabkan Al Husein terbunuh di Karbala. Dia dikenali dengan panggilan Ibn Marjanah dan dia (Marjanah) adalah ibunya.

Ibn Asakir telah menyebut tentanggnya dalam Tarikh Dimashq, dan dia juga disebut dalam Sunan Abu Daud. Dia meriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas, Muawiyah, Ma’qil bin Yasir dan Ibn Umayyah, saudara Bani Ja’adah. Dan antara yang meriwayatkan darinya adalah Hasan al Basri dan Abu al Malih bin Usama”. T`ajeel al Munfa Bazawaid Rijal al Aimah al Arbah, hlm 180

 

Mengaitkan Ibn Ziyad maupun leluhurnya sebagai Syiah adalah tindakan menyelamatkan diri. Ibn Ziyad menganggap Yazid sebagai Imamnya. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Ibn Ziyad menulis pada Umar bin Saad:

 

“Halangi Husein dari air, dan layani mereka sebagaimana Usman dilayan. Minta padanya dan para sahabatnya untuk memberikan bay’ah pada Amirul Mukminin Yazid bin Muawiyah”.

al Bidayah wal Nihayah jil 8 hlm 1058

 

Ahmed Bin Daud Abu Hanifa Dinwari mencatatkan pengakuan Ibn Ziyad:

 

Aku membunuh al Husein kerana dia memberontak atas Imam kami (Yazid) dan Imam inilah(Yazid) yang mengirimkan pesan padaku agar membunuh al Husein. Sekarang, jika membunuh al Husein adalah suatu dosa, maka Yazidlah yang bertanggungjawab atasnya“.

Akhbaar Tawaal, hlm 279 oleh Ahmed Bin Daud Abu Hanifa Dinwari

 

Aku membunuh al Husein atas perintah Yazid, jika tidak, aku pasti dibunuhnya, maka aku memilih utk membunuh al Husein“.

Tareekh Kamil, jil 4 hlm 55

 

Allamah Jalaluddin Suyuti menulis dalam Tareekh Khulafa, hlm 140:

 

Yazid mengutus surat pada wakilnya di Iraq Ibn Ziyad agar membunuh Husein”.

 

——————————————————————-

 

Shabath bin Rib’i

 

Para Nasibi mendakwa bahawa Syiah Kufahlah yang mengirim surat kepada Imam Husein as menjemput beliau as ke Kufah. Salah seorang darinya adalah Shabath bin Rib’i yang dikatakan sbg Syiah. Suratnya pada Imam Husein as dicatatkan secara jelas dalm Tarikh Tabari, jil 10, hlm 25-26 dan al Bidayah wal Nihayah, jil 8 hlm 1013.

 

Harus diingat, Syiah tidak mengambil hadis darinya maupun memujinya. Dia…tidak punya kaitan langsung dengan Syiah, namun dia adalah seorang perawi kepercayaan Sunni.

 

Dhahabi menulis tentangnya dalam Siyar Al-Aalam al-Nubla, jil 4 hlm 150:

 

“Inilah orang yang memberontak terhadap Imam Ali, menolak tahkim dan kemudian bertaubat…dia meriwayatkan hadis dari Ali dan Huzaifah. Muhammad bin Ka’b Kurdhee and Sulayman Timee mengutip hadis darinya dalam Sunan Abu Daud”

 

Ibn Hajr menulis dalam Tahdeeb al Tahdeeb, jil 4 hlm 303:

 

“Shabath bin Rb’i al Tamimi AL Yurbo’i Abu ‘Abd al Quddous Al Kufi, meriwayatkan dari Ali dan Huzaifah, dan antara yang meriwayatkan darinya adalah Muhammad bin Ka’eb Al Qarzi and Sulayman A Tamimi …. DarQutni menyatakan bahawa dia (Shabath) adalah muazzin utk Sajah. Ibn Habban menyebutnya diantara orang yang tsiqah dan menyatakan bahawa dia membuat kesalahan. Bukhari and Muslim meriwayatkan hadis darinya di mana Fatimah as telah meminta hamba. Al ‘Ajali berkata bahawa dia adalah individu pertama yang membantu pembunuhan Usman dan terbabit dalam pembunuhan Husein”.

 

Lalu…dengan segala pujian pada para pembunuhnya Imam Husein as oleh ulama2 Sunni, apakah mereka ini dipanggil Syiah? Lalu mengapa Syiah tidak menerima hadis2 mereka? Dan mengapa ulama-ulama Sunni mentsiqahkan mereka dan mengambil riwayat mereka?

 

Berikut ini bukti-bukti bahwa penyerangan dan pembunuhan terhadap diri al-Husein as adalah atas perintah Yazid bin Mu’awiyah:

 

1. Suyuthi berkata: “Maka Yazid mengirm surat kepada gubernurnya di Irak, Ubaidullah bin Ziyad, agar memeranginya (al-Husein).” [Lihat: Suyuthi, “Tarikh al-Khulafa”, hal. 207].

 

2. Ibn Sa’ad mengatakan: “Kala itu Nu’man bin Basyir menjabat sebagai gubernur Kufah. Yazid khawatir bahwa Nu’man tidak berani menghadapi al-Husein. Sehingga kemudian ia mengirim surat kepada Ubaidullah bin Ziyad agar menjadi gubernur di Kufah, menggantikan Nu’man. Ia juga memerintahkan kepada Ubaidullah agar menghadapi al-Husein, dan agar segera mencapai Kufah sebelum didahului oleh al-Husein.” [Ibn Sa’ad, “Thabaqat”, seputar “Maqtal al-Husein”].

 

Mengenai kegembiraan Yazid atas terbunuhnya al-Husein as, berikut riwayatnya:

 

1. Ibn Atsir, ulama ahli rijal, yang terkenal dengan kitab rijal-nya “Usud al-Ghabah” mengatakan: “Yazid memberi izin kepada masyarakat untuk menemuinya, sementara kepala (al-Husein) berada di sisinya. Ia lalu memukuli mulut dari kepala tersebut, sembari mengucapkan syair.” [Lihat: Ibn Atsir, “Tarikh al-Kamil”, jilid 4, hal. 85].

 

Ibn Atsir mengatakan: “Ketika kepala al-Husein sampai ke hadapan Yazid, maka hal itu telah menggembirakan Yazid terhadap apa yang telah ia (Ibn Ziyad) lakukan. Hingga kemudian orang-orang masuk, menunjukkan kebencian kepadanya, melaknatnya, dan mencacinya. Karenanya, Yazid pun lalu menunjukkan penyesalan atas terbunuhnya al-Husein.” [Lihat: Ibn Atsir, “Tarikh al-Kamil”, jilid 4, hal. 87].

 

2. Ibn Katsir meriwayatkan dari Abu ‘Ubaidah Mua’mar bin al-Matsna, yang mengatakan: “Ketika Ibn Ziyad membunuh al-Husein dan orang-orang yang bersama beliau, ia lalu mengirimkan kepala-kepala tersebut kepada Yazid. Maka Yazid pun bergembira pada mulanya, dan menempatkan Ibn Ziyad di samping dirinya. Namun tak berapa lama kemudian, ia menunjukkan penyesalan.” [Lihat: Ibn Katsir, “Al-Bidayah wa al-Nihayah”, jilid 8, hal. 255].

 

3. Al-Qasim bin Abdurahman (salah seorang budak Yazid bin Mu’awiyah) berkata: “Tatkala kepala-kepala diletakkan di hadapan Yazid bin Mu’awiyah, yaitu kepala al-Husein, keluarga, dan para sahabat beliau. Ia (Yazid) berkata: “Sungguh kami telah membelah kepala seseorang dari para lelaki yang angkuh terhadap kami, yang mana mereka adalah orang-orang yang paling durhaka dan paling lalim.” [Lihat: Thabari, “Tarikh al-Umam wa al-Mulk”, jilid 6, hal. 391].

 

Al-Qasim bin Bukhait berkata: “Yazid lalu memberi izin orang-orang untuk masuk, sementara kepala (al-Husein) berada di hadapannya. Ia lalu memukul-mukul mulut dari kepala itu dengan tongkat seraya bersyair.” [Lihat: Thabari, “Tarikh al-Umam wa al-Mulk”, jilid 6, hal. 396-397].

 

Uwanah bin al-Hakam al-Kalbi berkata: “Ubaidillah lalu memanggil Muhaffiz bin Tsa’labah dan Syimr bin Dzil Jausyan dan berkata: “Berangkatlah dengan membawa perbekalan dan kepala untuk menghadap amirul mukminin Yazid bin Mu’awiyah.” Mereka lalu berangkat. Dan ketika sampai di istana Yazid, Muhaffiz berteriak dengan suara lantang: “Kami datang dengan membawa kepala manusia paling dungu dan keji.” Yazid pun berkata: “Ibu Muhaffiz tidak melahirkan seorang yang lebih keji dan lebih dungu darinya (al-Husein). Sedangkan ia (al-Husein) adalah seorang pemutus hubungan yang zalim.” Dan tatkala Yazid melihat kepala al-Husein, ia berkata: “Sungguh kami telah membelah kepala seseorang dari para lelaki yang angkuh terhadap kami, yang mana mereka adalah orang-orang yang paling durhaka dan paling lalim.” [Lihat: Thabari, “Tarikh al-Umam wa al-Mulk”, jilid 6, hal. 394-396; Ibn Atsir, “Tarikh al-Kamil”, jilid 4, hal. 84].

 

4. Para penulis sejarah ahlusunnah terkenal meriwayatkan: “Setelah diarak keliling kota, Ibn Ziyad (gubernur Kufah) mengirim kepala al-Husein as kepada Yazid bin Mu’awiyah di Syam (Damaskus). Saat itu bersama Yazid terdapat Abu Barzah al-Aslami. Lalu Yazid meletakkan kepala tersebut di hadapannya dan memukul-mukul mulut dari kepala itu dengan tongkat seraya bersyair. Abu Barzah lalu berkata: “Angkat tongkatmu! Demi Allah, aku kerap melihat Rasulullah mencium bibir itu.” [Lihat: Ibn Katsir, “Al-Bidayah wa al-Nihayah”, jilid 7, hal. 190; Al-Mas’udi, “Muruj al-Dzihab”, jilid 2, hal. 90-91; “Tarikh Thabari”, jilid 2, hal. 371; Ibn Atsir, “Tarikh al-Kamil”, jilid 4, hal. 85].

 

Ingin kami tanyakan kepada para Nasibi pembela Yazid LA, jika yang membunuh Imam Husein as adalah Syiah, lalu yang gugur syahid bersama Imam Husein as itu kalian panggil apa??

Maka apologi yang bagaimana lagi yang mahu para Nasibi sajikan dalam rangka membela POHON TERKUTUK DI DALAM AL QURAN DAN PARA PENDUKUNGNYA???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: