KATA-KATA AISYAH KEPADA IMAM ALI [ALAIHISSALAM] “ADAKAH TIDAK ADA TEMPAT LAIN BAGI PUNGGUNG MU SELAIN RIBA KU”

Seperti apa yg dapat kita lihat dari halaman buku “KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH?’ Versi Bahasa Melayu cetakan Al-Muttaqin Media, halaman 59 di bawah tajuk “RASULULLAH DAN AHLI BAIT DISAKITI OLEH SYIAH”.

Ternyata bukan syiah yg menyakiti Ahl Bayt..tetapi Husain Musawi. Kerana dia banyak memalsukan hadis2 dan riwayat Ahl Bayt dlm bukunya yg dusta itu.

Ketika pertama kali saya membaca hadis ini, amat terkejut saya dibuatnya. Dalam hati saya berkata”Benarkah hadis ini?..apakah Imam Ali memang duduk di riba Aisyah? Lalu Rasulullah SAWW marah. Tetapi memarahi Aisyah? Tidakkah sepatutnya baginda memarahi Ali? Kerana duduk di riba Aisyah. Takkanlah kot hanya kerana Rasulullah SAWW mencintai Imam Ali as lalu baginda tdk mengendahkan apa yg Ali lakukan(duduk di atas riba Aisyah)..Lalu memarahi Aisyah..”

Kemudian..,baru saya ingat bahawa saya memiliki kitab Sulaim. Ketika dlm perjalanan saya ingin mengambil kitab Sulaim di meja bilik saya..Saya berkata dlm hati dgn penuh kegelisahan..”Harap2lah aku tdk menjumpai hadis itu..Harap2lah hadis itu tdk ada dlm kitab Sulaim. Harap2lah Hussain Musawi hanya menipu”

Ternyata sangkaan saya yg pertama dan kedua adalah salah. Kerana saya menemukan hadis tersebut dan hadis tersebut memang ada dlm Kitab Sulaim, semestinya.

Tetapi sangkaan saya yg ketiga adalah benar lagi membenarkan. Ternyata Husain Musawi hanya menipu lagi berdusta.

Perhatikan apa yg ditulis Husain Musawi

Beliau (Amirul Mu’minin) menemui baginda di ketika lain dan tidak menjumpai tempat duduk maka Rasulullah SAWW menunjukkan kepadanya dengan kata baginda : Di sini -iaitu di belakang baginda- sedangkan Aisyah berdiri di belakang baginda dilitupi pakaian. Ali as datang dan duduk di antara Rasulullah SAWW dan Aisyah. Maka Aisyah berkata dlm keadaan marah “ADAKAH TIDAK ADA TEMPAT LAIN BAGI PUNGGUNGMU SELAIN RIBA KU?

nampaknya Hussain Musawi berdusta. Didalam kitab Sulaim saya tdk menemukan kata2 “ADAKAH TIDAK ADA TEMPAT LAIN BAGI PUNGGUNGMU SELAIN RIBA KU?” tetapi kata2 yg saya temukan adalah“RUMAHKU TIDAK ADA RUANG LAGI UNTUKMU”

Lalu Rasulullah SAWW menjadi marah kepada Aisyah.

“Wahai Humaira, jangan melukakan ku dengan menyakiti sepupuku(Imam Ali)”

Tidak hairanlah Rasulullah SAWW menjadi marah kerana bagindalah yg menyuruh Ali duduk dibelakang baginda (diantara Nabi dan Aisyah).

Apabila kita membaca teks hadis yg dicipta oleh Hussain Musawi.,,yg terlintas terus di otak kita adalah Ali duduk diatas riba Aisyah.

Tetapi apabila kita membaca teks aslinya.

Sulaim berkata: Aku telah rnendengar Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, lalu aku bertanya kepada Ali ibni Abi Thalib as mengenainya. Maka beliau berkata: Mereka memang benar. Mereka berkata: Ali as telah masuk berjumpa Rasulullah Saww dan ‘Aisyah sedang duduk di belakangnya. Rumah dipenuhi dengan ahlinya’ Di kalangan mereka terdapat lima ASHAB AL-SHIFAH dan lima ASHAB AL-SYURA, maka beliau(Ali) tidak mendapati ruang duduk. Maka Rasulullah saww telah memberi isyarat kepadanya di sini iaitu dibelakangnya. Aisyah sedang duduk dibelakangnya(dibelakang Nabi) dan diatasnya pakaian(kisa’). Maka Ali as datang dan duduk diantara Rasulullah saww dan Aisyah. Maka ‘Aisyah menjadi marah dan berkata: RUMAHKU TIDAK ADA RUANG LAGI UNTUK MU.

Lalu Rasulullah saww menjadi marah dan bersabda: Wahai Humaira, janganlah anda menyakitiku pada saudaraku Ali, kerana beliau adalah Amirul Mu’minin, Penghulu Muslimin, yang mempunyai wajah yg berser-seri pada Hari Kiamat, Allah mendudukkannya di atas titian(sirat), beliau yg membahagikan Neraka. Beliau memasukkan para walinya ke Syurga dan musuh-musuhnya ke Neraka.

maka yg terlintas di otak kita ialah, Ummul Mu’minin Aisyah merasa tak senang Ali berada dihadapannya berdasarkan kata2nya “RUMAHKU TIDAK ADA RUANG LAGI UNTUKMU” ..Saya tidak tahu mengapa Aisyah berkata sedemikian..,mungkin disebabkan Aisyah berasa sempit dgn kehadiran Imam Ali as di hadapannya. Wallahua’lam

Jadi tidak sikit hadis yg diubah kata2nya oleh Hussain Musawi si Penipu,Pembohong dan Pendusta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: