kukuhlah bukti bahawa RasūluLlah tidak pernah mempunyai anak perempuan yang lain kecuali Fāṭimah. Jikalau ada pasti baginda tidak akan bersabda demikian.

kukuhlah bukti bahawa RasūluLlah tidak pernah mempunyai anak perempuan yang lain kecuali Fāṭimah. Jikalau ada pasti baginda tidak akan bersabda demikian.

Posted on Februari 19, 2011 by syiahali

Salam wa rahmatollah. Artikel ini dipetik dari sumber abna.ir

Salah satu kelebihan yang ada pada khalīfah ʽUthmān bin ʽAffān ialah menjadi menantu RasuluLlah (s.a.w) dengan memperisterikan puteri baginda yang bernama Ruqayyah dan Ummu Kulthūm. Meskipun begitu terdapat beberapa pandangan yang berbeza tentang pernikahan ini di kalangan ummat Islām walaupun Ahlusunnah menegaskan pernikahan ini pernah berlangsung. Beberapa orang sarjana Shīʽah tampil dengan fakta-fakta sejarah yang menolak pandangan ini dengan membawa dalil-dalil bahawa tidak seorang pun isteri Uthmān adalah puteri RasuluLlah (s.a.w). Bahkan menurut mereka yang dinikahi Uthmān itu hanyalah anak angkat baginda dan anak saudara Khadījah.

Bagi mereka yang ingin mendalami hujjah-hujah tersebut bolehlah merujuk kepada kitab Azwāj al-Nabī wa Banātuhu, karangan al-Shaykh Najāḥ al-Ṭā’ī, al-Ṣaḥīḥ min Sīrah al-Nabī al-Aʽẓam karangan Sayyid Jaʽfar Murtaḍā dan lain-lain lagi…

Walau bagaimanapun antara dalil-dalilnya adalah seperti berikut:

1. Tidak ada hubungan akrab antara Nabī (s.a.w) dengan anak perempuan yang lain:
Dengan meneliti Sīrah al-Nabawiyyah, kita akan dapati ia telah menceritakan hubungan yang sangat utuh kekeluargaan Nabī dengan puterinya yang bernama Fāṭimah az-Zahra sehingga ke saat akhir kewafatan baginda. Nabi (s.a.w) sentiasa mengunjungi rumah Fāṭimah sebelum pergi malaksanakan kerjanya. Tidak sedikit riwayat di dalam kitab Shīʽah atau Ahlusunnah yang membuktikan keakraban mereka berdua sehingga ramai ʽulamā’ menukilkan gelaran Ummu Abīha kepada Fāṭimah az-Zahra. Ibnu Ḥajar al-ʽAsqalānī di dalam kitab Tahdhib dan al-Iṣābah, Dhahabī di dalam Siyar Aʽlam al-Nubalā’ dan al-Kāsyif menulis:

فاطمة الزهراء … كانت تكنى أم أبيها .
الإصابة – ابن حجر – ج 8 – ص 262 و سير أعلام النبلاء – الذهبي – ج 2 – ص 118 – 119 و الكاشف في معرفة من له رواية في كتب الستة – الذهبي – ج 2 – ص 514 و تهذيب الكمال – المزي – ج 35 – ص 247 و أسد الغابة – ابن الأثير – ج 5 – ص 520 و الاستيعاب – ابن عبد البر – ج 4 – ص 1899 .

Namun tidak pernah ditemui hadīth meskipun riwayat ḍaʽīf di dalam kitab Shīʽah atau Sunnī yang menunjukkan RasuluLlah mengetuk pintu rumah Ruqayyah dan Ummu Kulthum. Persoalannya mengapa tidak pernah ada riyawat yang menunjukkan tanda-tanda keakraban baginda kepada puteri-puteri yang lain, samada di Madinah atau di Makkah?

Jikalau Nabi (s.a.w) mempunyai puteri-puteri yang lain dari Fāṭimah, sudah tentu mereka juga mempunyai kelayakan dan keistimewaan. Contohnya di zaman Jahiliyah Faṭimah telah mempertahankan Rasulullah ketika baginda disakiti oleh kafir Quraysh. Namun di manakah puteri-puteri baginda yang lain? Muslim meriwayatkan:

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عِنْدَ الْبَيْتِ وَأَبُو جَهْلٍ وَأَصْحَابٌ لَهُ جُلُوسٌ وَقَدْ نُحِرَتْ جَزُورٌ بِالْأَمْسِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ أَيُّكُمْ يَقُومُ إِلَى سَلَا جَزُورِ بَنِي فُلَانٍ فَيَأْخُذُهُ فَيَضَعُهُ فِي كَتِفَيْ مُحَمَّدٍ إِذَا سَجَدَ فَانْبَعَثَ أَشْقَى الْقَوْمِ فَأَخَذَهُ فَلَمَّا سَجَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ قَالَ فَاسْتَضْحَكُوا وَجَعَلَ بَعْضُهُمْ يَمِيلُ عَلَى بَعْضٍ وَأَنَا قَائِمٌ أَنْظُرُ لَوْ كَانَتْ لِي مَنَعَةٌ طَرَحْتُهُ عَنْ ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ مَا يَرْفَعُ رَأْسَهُ حَتَّى انْطَلَقَ إِنْسَانٌ فَأَخْبَرَ فَاطِمَةَ فَجَاءَتْ وَهِيَ جُوَيْرِيَةٌ فَطَرَحَتْهُ عَنْهُ ثُمَّ أَقْبَلَتْ عَلَيْهِمْ تَشْتِمُهُمْ .
صحيح مسلم – مسلم النيسابوري – ج 5 – ص 179 و صحيح البخاري – البخاري – ج 1 – ص 65 .

Ibnu Masʽud meriwayatkan: Tatkala Nabi (s.a.w) ṣolat di samping Kaʽbah, Abū Jahal dan para sahabatnya sedang duduk. Sehari sebelumnya mereka telah menyembelih (Nahr) seekor anak unta. Abū Jahal berkata: Siapakah di antara kalian yang boleh mengambil kotoran unta dan menumpahkannya ke atas antara dua bahu Muḥammad ketika ia sedang sujud? Maka bangunlah seorang yang sangat celaka di antara kaum itu, ia mengambil kotoran itu. Tatkala Nabī (s.a.w) sedang sujud, ia menumpahkannya ke atas belakang baginda. Mereka ketawa dan yang lain pun ikut tertawa. Ibnu Masʽud saya berdiri dan menyaksikannya. Jikalau saya ada kekuatan, saya akan menyingkirkannya dari belakang baginda. Nabī (s.a.w) meneruskan sujud tanpa mengangkat kepalanya sehingga orang ramai pergi dan melaporkannya kepada Fāṭimah yang masih kanak-kanak ketika itu. Beliau datang membuang kotoran binatang itu dan mengutuk mereka.
-Ṣaḥīḥ Muslim, jilid 5 halaman 179.

Dalam beberapa riwayat yang lain pun, hanyalah Faṭimah Az-Zahra sahaja yang tampil bersedih dan merawat luka Nabī (s.a.w). Sekiranya baginda mempunyai anak-anak yang lain, sudah tentu mereka pun akan muncul mempertahankan ayah mereka menghadapi kedukaan.

Tatkala Nabī (s.a.w) kembali dari perang Uḥud. Di manakah anak-anak Nabī yang lain ketika Faṭimah mencuci dan merawat luka-luka di wajah baginda? Tidakkah mereka berdua disebut juga sebagai anak-anak baginda? Mengapakah tidak ada sedikit pun riwayat yang menunjukkan hubungan kekeluargaan antara Nabī dan anak-anaknya?

2. Peristiwa Mubāhalah.

Rasulullah (s.a.w) memilih keluarga beliau yang utama untuk bergabung dalam peristiwa Mubāhalah. Persoalannya di sini mengapakah baginda masih tidak membawa anak-anak yang lain untuk mengambil bahagian dalam peristiwa ini kecuali Fāṭimah?

Muslim Nishābūrī menulis di dalam Ṣaḥīḥnya:

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ فَقَالَ أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ … وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ } دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ اللَّهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي .
صحيح مسلم ، ج 5 ، ص 23، كتاب فضائل الصحابة ، باب من فضائل علي بن أبي طالب، ح 32 .

ʽĀmir bin Saʽd bin Abī Waqqāṣ meriwayatkan daripada ayahnya yang berkata: Muʽāwiyah bin Abū Sufyān menitahkan Saʽd (mencaci ʽAlī). Maka Muʽawiyah bertanya: Apa yang menyebabkan engkau tidak mencerca Abā Ṭurāb (ʽÂlī bin Abī Ṭālib) . Saʽd menjawab: Dikeranakan tiga faḍīlat yang Nabī sabda tentang beliau, maka saya tidak akan mencacinya. Andainya saya memiliki salah satu darinya, maka ia lebih baik buatku berbanding memiliki seekor unta berbulu merah… tatkala turunnya ayat (… فقل تعالوا ندع أبناءنا و أبناءكم و نساءنا و نساءكم و أنفسنا و أنفسكم …), Rasulullah (s.a.w) memanggil ʽAlī, Fāṭimah, Ḥasan dan Ḥusayn dan berkata: Ya Allah, mereka ini ahliku.
– Ṣaḥīḥ muslim, jilid 5 halaman 23

Apakah terma «نساءنا » tidak melibatkan puteri-puteri Nabī yang lain, atau baginda tidak mempunyai anak perempuan yang lain selain Fāṭimah?

3. Tiada riwayat anak Nabī dilamar oleh ʽUthmān kecuali Fāṭimah.

Antara peristiwa yang jelas dan membatalkan kisah pernikahan Uthmān dengan puteri-puteri Rasulullah ialah; belum pernah ditemui catatan sejarah tentang individu dari golongan muhājirīn atau Anṣār tampil melamar Ummu Kalthum. Namun kisah yang masyhur hanyalah para sahabat cuba melamar Fāṭimah. Mereka silih berganti meminangnya disamping tertanya-tanya, siapakah yang bertuah mendapat kemuliaan dan kebanggaan ini. Oleh itu tidakkah Ummu Kulthum juga puteri Rasulullah (s.a.w) atau beliau bukan anak baginda?

4. Pengharaman menghimpunkan puteri Rasulullah dengan dengan puteri musuh.

Para ʽulamā’ dan ahli ḥadith Ahlusunnah cuba merendahkan martabat ʽAlī dengan meriwayatkan cerita kononnya ‘Alī pernah melamar puteri Abū Jahal. Perkara ini menyebabkan kemarahan isteri beliau. Fāṭimah az-Zahra lantas mengadukan hal ini kepada Nabī (s.a.w). Timbul rasa murka pada diri Nabī (s.a.w) dan baginda datang ke masjid dan memberikan ucapan seperti berikut:

وَإِنَّ فَاطِمَةَ بَضْعَةٌ مِنِّي وَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسُوءَهَا وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ .
صحيح البخاري – ج 4 – ص 212 – 213

Faṭimah adalah sebahagian daripadaku dan saya tidak suka beliau disakiti. Demi Allah, tidak dibolehkan dihimpunkan puteri Rasulullah (s.a.w) dengan puteri musuh Allah di samping seorang lelaki.
– Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, jilid 4 halaman 212 – 213.

Dalam riwayat yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda:

إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا .
صحيح البخاري ج 6، ص 158، ح 5230، كتاب النكاح، ب 109 – باب ذَبِّ الرَّجُلِ عَنِ ابْنَتِهِ، فِي الْغَيْرَةِ وَالإِنْصَافِ و صحيح مسلم، ج 7، ص 141، ح 6201، كتاب فضائل الصحابة رضى الله تعالى عنهم، ب 15 -باب فَضَائِلِ فَاطِمَةَ بِنْتِ النَّبِيِّ عَلَيْهَا الصَّلاَةُ وَالسَّلام .

Sekiranya ʽAlī bin Abī Ṭālib ingin mengambil anak Abū Jahal, hendaklah ia menceraikan anakku. Sesungguhnya Fāṭimah adalah belahan dariku, aku benci apa yang dibencinya, dan apa yang menyakitinya akan menyakitiku jua.
– Ṣaḥīḥ Bukhārī, jilid 6 halaman 158, ḥadith nombor 5230, Kitāb al-Nikāḥ. Ṣaḥīḥ Muslim, jilid 7 halaman 141, ḥadith nombor 6201.

Perkara ini jelas merendahkan makam ʽAlī bin Abī Ṭālib. Para ʽulamā’ Ahlusunnah telah menceritakannya sehingga beberapa laman web wahābī mengatakan ʽAlī ialah orang yang pertama menyakiti hati Fāṭimah.

Jangan dilupa bahawa ʽUthmān bin ʽAffān telah menghimpunkan isteri yang didakwa sebagai puteri Nabī bersama anak-anak musuh Allah. Bukan hanya sekali, bahkan beberapa kali perhimpunan ini dilakukannya.

Ramlah binti Shaybah merupakan salah seorang isteri ʽUthmān yang dinikahinya ketika masih di Makkah dan ikut bersama beliau berhijrah ke Madīnah. Ibnu ʽAbd al-Bar menulis tentang perkara ini:

رملة بنت شيبة بن ربيعة كانت من المهاجرات هاجرت مع زوجها عثمان بن عفان.
الاستيعاب ، ج 4 ، ص 1846 رقم 3345 .

Ramlah binti Shaybah bin Rabīʽah adalah salah seorang daripada Muhājirīn yang berhijrah bersama suaminya ʽUthmān bin ʽAffān.
– Al-Istīʽāb, jilid 4 halaman 1846, nombor 3345

Ayahnya Ramlah yang bernama Shaybah adalah musuh Nabī dan Islām. Beliau terbunuh dalam pertempuran kaum Muslimīn dan Mushrikīn Makkah di Badar. Ibnū Ḥajar menulis tentang ini sebagai berikut:

رملة بنت شيبة بن ربيعة بن عبد شمس العبشمية قتل أبوها يوم بدر كافرا .
الإصابة، ج 8، ص 142 – 143 رقم 11192.

Ramlah, anak perempuan Shaybah bin Rabīʽah bin ʽAbd Shams al-ʽAbshamiyyah, ayahnya terbunuh dalam keadaan kafir dalam perang badar.
– Al-Iṣābah, jilid 8 halaman 142-143, nombor 11192.

Dalam keadaan riwayat ṣaḥīḥ menurut Ahlusunnah telah mengharamkan perkahwinan puteri Nabī dengan anak perempuan musuh Islām dalam satu masa, rupa-rupanya ʽUthmān mempunyai isteri yang terdiri daripada anak Nabī dan anak musuh dalam satu ketika. Ibnu Athīr menulis:

ولما أسلم عثمان زوجّه رسول الله صلى الله عليه وسلم بابنته رقية وهاجرا كلاهما إلى أرض الحبشة الهجرتين ثم عاد إلى مكة وهاجر إلى المدينة .
أسد الغابة، ج 3، ص 376 .

Tatkala ʽUthmān menikahi Ruqayyah puteri RasuluLlah (s.a.w), mereka berdua berhijrah ke Ḥabshah. Setelah kembali ke Makkah, mereka berdua berhijrah pula ke Madīnah.
– Asad al-Ghābah, jilid 3 halman 376

Selain itu, ʽUthmān juga telah menikahi Ummul Banīn binti ʽAyyinah dan Fāṭimah binti al-Walīd bin ʽAbd Shams sedangkan kedua ayah mereka juga memusuhi Islām di zaman itu.

Sekiranya benar menghimpunkan puteri RasūluLlah dengan anak musuh Islām adalah haram, mengapa ʽUthmān melakukan perkara ini beberapa kali? Jikalau ianya tidak haram, mengapakah Nabī mehalalkannya untuk Uthmān dan mengharamkannya untuk ʽAlī (NaʽuzubiLlah)? Maka teranglah bahawa cerita dongeng tentang Alī bin Abī Ṭalib melamar puteri Abū Jahal adalah ciptaan Banī Umayyah untuk mengurangkan martabat Amīrul Mu’minīn atau dapat kita simpulkan bahawa Nabī tidak mempunyai anak perempuan yang lain kecuali Fāṭimah.

5. Anak bongsu RasuluLlah (s.a.w).

Unsur-unsur penipuan dalam topik ini menjadi lebih jelas apabila ramai ʽUlamā’ Ahlusunnah seperti Ḍiyā’ al-Muqaddasī berkata:

عن قتادة ، قال : ولدت خديجة لرسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) : عبد مناف في الجاهلية ، وولدت له في الاسلام غلامين ، وأربع بنات : القاسم ، وبه كان يكنى : أبا القاسم ، فعاش حتى مشى ، ثم مات ، و عبد الله ، مات صغيرا . وأم كلثوم . وزينب . ورقية . وفاطمة … .
البدء والتاريخ ، ج 5 ، ص 16 و ج 4 ، ص 139 .

Qatādah berkata: Khadījah telah melahirkan ʽAbd al-Manāf untuk RasūluLlah (s.a.w) di zaman Jāhiliyah. Ketika zaman Islām, Khadījah melahirkan pula dua anak lelaki dan empat perempuan untuknya iaitu: Qāsim yang menjadi julukan baginda (Abul Qāsim), beliau hidup sampai mampu berjalan dan meninggal dunia. ʽAbduLlah yang meninggal ketika masih kecil, Ummu Kulthum, Zaynab, Ruqayyah dan Fāṭimah….

Shahābuddīn al-Qatalānī setelah menukilkan riwayat ini menulis:

وقيل : ولد له ولد قبل المبعث ، يقال له : عبد مناف ، فيكونون على هذا اثني عشر ، وكلهم سوى هذا ولد في الاسلام بعد المبعث .
المواهب اللدنية ، ج 1 ، ص 196 .

Telah dikatakan bahawa Khadījah melahirkan seorang anak lelaki untuk baginda sebelum biʽthah, iaitu ʽAbdul Manāf. Anak-anak selain dari putera ini (ʽAbdul Manāf) lahir di zaman Islām iaitu setelah biʽthah.
Ibnu ʽAbd al-Bar di dalam al-Istīʽāb menulis:

وقال الزبير ولد لرسول الله صلى الله عليه وسلم القاسم وهو أكبر ولده ثم زينب ثم عبد الله وكان يقال له الطيب ويقال له الطاهر ولد بعد النبوة ثم أم كلثوم ثم فاطمة ثم رقية .
الاستيعاب – ابن عبد البر – ج 4 – ص 1818 .

Zubayr berkata: Telah lahir untuk RasūluLlah (s.a.w) al-Qāsim, iaitu anak sulung. Kemudian Zaynab dan ʽAbduLlah yang dipanggil Ṭayyib atau Ṭāhir setelah al-Nubuwwah. Kemudian Ummu Kulthūm, Fāṭimah dan Ruqayyah.
– Al-Istīʽāb, Ibn ʽAbd al-Bar, jilid 4 halaman 1818.

Selain itu, menurut sejarawan Ahlusunnah yang lain, Ruqayyah adalah anak bongsu RasūluLlah dan ia lebih muda dari Fāṭimah. Ibnū Kathīr menulis:

أكبر ولده عليه الصلاة والسلام القاسم ، ثم زينب ، ثم عبد الله ، ثم أم كلثوم ثم فاطمة ثم رقية …

Anak sulung RasūluLlah ialah al-Qāsim, kemudian Zaynab, ʽAbduLlah, Ummu Kulthūm Fāṭimah, Ruqayyah…
– al-Sīrah al-Nabawiyyah Li Ibn Kathīr, jilid 1 halaman 264.

Dengan jarak ini usia ini, bagaimana mungkin kita dapat membenarkan dakwaan Ahlusunnah bahawa Ruqayyah telah bernikah dengan Uthmān? Sedangkan Hijrah pertama terjadi pada tahun ke-lima Biʽthah. Sementara itu ramai juga ʽulamā’ Ahlusunnah menulis bahawa Ummu Kulthūm dan Ruqayyah terlebih dahulu menjadi isteri anak Abū Lahab sebelum menikah dengan ʽÛthmān sehingga turun ayat mengenai Abū Lahab. Ibnu Athīr menulis di dalam Asad al-Ghābah:

قد زوج ابنته رقية من عتبة بن أبي لهب وزوج أختها أم كلثوم عتيبة بن أبي لهب فلما نزلت سورة تبت قال لهما أبوهما أبو لهب وأمهما أم جميل بنت حرب بن أمية حمالة الحطب فارقا ابنتي محمد ففارقاهما …
أسد الغابة – ابن الأثير – ج 5 – ص 456 .

RasūluLlah telah menikahkan puterinya Ruqayyah kepada ʽUtaybah bin Abū Lahab, dan saudara perempuannya Ummu Kulthūm kepada ʽUtaybah bin Abū Lahab (anak lelaki yang lain). Tatkala turunnya surah Tabbat, Abū Lahab dan isterinya Ummu Jamil bin Ḥarb (pembawa kayu bakar) menceraikan anak-anak Muḥammad daripada anak-anak lelaki mereka.
– Asad al-Ghābah, Ibnu Athīr, jilid 5 halaman 456.

Sedangkan Surah Tabbat telah diturunkan di zaman umat Islām dikepung di Shaʽb Abī Ṭālib. Suyūṭī di dalam al-Dur al-Manthur menulis:

فنزلت تبت يدا أبى لهب قال ابن عباس فحصرنا في الشعب ثلاث سنين
الدر المنثور – جلال الدين السيوطي – ج 6 – ص 408

Maka turunlah sūrah Tabbat Yadā Abī Lahab. Ibnu ʽAbbas berkata: Kami dikepung di Shaʽb selama tiga tahun.
– Al-Durr al-Manthūr, Jalāluddīn al-Sayūṭī, jilid 6 halaman 408.

Kepungan di Shaʽb Abī Ṭālib terjadi dalam tahun ke-tujuh sebelum Hijrah, manakala keberangkatan hijrah ke Ḥabshah terjadi tahun ke-sembilan sebelum Hijrah. Menurut catatan Ibnu Athir, Uthmān telah menikah dengan Ruqayyah dan berhijrah ke Ḥabsyah, Dengan ini bagaimana ingin dikatakan isteri ʽUthmān adalah puteri Nabī?

6. ʽAbduLlah bin ʽUmar membandingkan kelebihan ʽUthman dan ʽAlī.

Menurut Muḥammad bin Ismāʽīl al-Bukhārī, telah datang seseorang kepada ʽAbduLlah bin ʽUmar dan bertanya pandangannya tentang ʽUthmān dan Imām ʽAlī. ʽAbduLlah membuat perbandingan antara Alī dan ʽUthman dengan mengatakan:

أَمَّا عُثْمَانُ فَكَأَنَّ اللَّهَ عَفَا عَنْهُ وَأَمَّا أَنْتُمْ فَكَرِهْتُمْ أَنْ تَعْفُوا عَنْهُ وَأَمَّا عَلِيٌّ فَابْنُ عَمِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَتَنُهُ … .
صحيح البخاري – البخاري – ج 5 – ص 157 .

Mengenai ʽUthmān, sepertinya Allah mengampuni beliau (kerana melarikan diri dari perang Uḥud) meskipun engkau tidak suka. Mengenai ʽAlī pula, beliau adalah anak saudara RasūluLlah dan menantu baginda.
– Ṣaḥīḥ Bukhāri, jilid 14 halaman 498 menurut software Maktabah al-Shamilah.

Dalam riwayat ini, ʽAbduLlah bin ʽUmar cuba mempertahankan ʽUthmān dengan secara langsung mengatakan ‘sepertinya Allah mengampuni beliau dalam perang Uḥud’. Meskipun begitu para sahabat tidak mengampuni khalifah ini dan keluar membunuhnya. Tanpa menyebut ʽUthmān adalah menantu RasūluLlah, sebaliknya beliau menggunakan dalil keampunan Allah untuk membela ʽUthmān yang lari dari perang Uḥud dan berpatah balik tiga hari setelah mengetahui RasūluLlah masih hidup.

Namun ʽAbduLlah bin ʽUmar memperkenalkan ʽAlī bin Abī Ṭālib sebagai anak saudara dan menantu Nabī. Sekiranya ʽUthmān adalah menantu RasūluLlah, sudah tentu ʽAbduLlah bin ʽUmar berdalil dengan kelebihan tersebut kerana beliau telah sedaya upaya membela ʽUthmān dalam menghadapi tuduhan-tuduhan ke atasnya. Sedangkan dalil menantu Nabī adalah bukti paling kuat baginya.

7. Khutbah Fāṭimah.

Setelah peristiwa rampasan tanah fadak, Fāṭimah tampil di masjid dan berkhutbah dan ramai ʽulamā’ Ahlusunnah telah menulis peristiwa ini. Antara isi khutbah beliau ialah:
أنا فاطمة بنت محمد أقول عودا على بدء ، وما أقول ذلك سرفا ولا شططا… فإن تعزوه تجدوه أبي دون نسائكم وآخا ابن عمي دون رجالكم ، فبلغ الرسالة صادعا بالرسالة ناكبا عن سنن مدرجة المشركين ، ضاربا لثجهم آخذا بأكظامهم ، داعيا إلى سبيل ربه بالحكمة والموعظة الحسنة .
مناقب علي بن أبي طالب (ع) وما نزل من القرآن في علي (ع) – أبي بكر أحمد بن موسى ابن مردويه الأصفهاني – ص 202 و السقيفة وفدك – الجوهري – ص 142 .

Saya adalah Fāṭimah puteri Muḥammad, saya menyatakannya berulangkali, tidak aku berbicara tentangnya dengan kesilapan dan tidak bermatlamat… Jikalau kamu mengenalinya, maka ayahku bukanlah ayah perempuan-perempuan kamu, dan saudara anak pakcikku bukanlah seperti lelaki-lelaki kamu.
– Manāqib ʽAlī bin Abī Ṭālib wa mā Nazzala min al-Qur’ān fī ʽAlī, Abī Bakr Aḥmad bin Mūsā Ibn

Mardawiyyah al-Iṣfahānī, halaman 202, dan al-Saqīfah wa Fadak, al-Jawharī, halaman 142.
Jika isteri ʽUthmān itu anak-anak Nabī, tidak perlu Fāṭimah selaku ketua wanita di syurga berkata demikian kerana ʽUthmān juga boleh mengemukakan bantahan kerana beliau juga adalah menantu RasūluLlah.

8. Bapa mertua ʽAlī hanyalah Nabī Muḥammad.

Ibnu al-Dimashqī dan Muḥibbuddīn al-Ṭabarī menulis:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي : أوتيت ثلاثا لم يؤتهن أحد ولا أنا ، أوتيت صهرا مثلي ولم أوت أنا مثلي ، وأوتيت زوجة صديقة مثل بنتي ولم أوت مثلها زوجة ، وأوتيت الحسن والحسين من صلبك ولم أوت من صلبي مثلهما ، ولكنكم مني وأنا منكم .
جواهر المطالب في مناقب الإمام علي (ع) – ابن الدمشقي – ج 1 – ص 209 و الرياض النضرة ج 2 ص 202 .

RasūluLlah (s.a.w) berkata kepada ʽAlī: Engkau telah dikurniakan tiga perkara yang tidak diberikan kepada sesiapapun termasuk aku. Engkau telah diberikan mertua sepertiku yang tidak diberikan kepadaku. Engkau telah diberikan isteri yang jujur seperti puteriku yang tidak diberikan kepadaku sepertinya. Engkau diberikan al-Ḥasan dan al-Ḥusayn daripada sulbi-mu, dan ia tidak diberikan kepada-ku melalui sulbi-ku sepertinya. Namun kalian daripada-ku dan aku daripada kalian.
– Jawāhir al-Maṭālib fi Manāqib al-Imām ʽAlī, Ibnu al-Dimashqī, jilid 1 halaman 209, dan Riyāḍ al-Naḍrah, jilid 2 halaman 202.

Dalam riwayat ini Nabī berterus terang bahawa ʽAlī telah dikurniakan mertua seperti baginda yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapapun. Dengan ini kukuhlah bukti bahawa RasūluLlah tidak pernah mempunyai anak perempuan yang lain kecuali Fāṭimah. Jikalau ada pasti baginda tidak akan bersabda demikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: