Jenayah2 Wahabi Moden(Sekutu dan Sahabat Dr Asri_Malaysia)

Taliban/wahabi memotong hidung & telinga seorang gadis

Posted by unggaspagi

Semua orang sudah sedia maklum, Taliban ialah kumpulan yang berpegang dengan ajaran Wahabi, dan Wahabi tidak dapat dipisahkan dengan kezaliman sebagaimana yang kita baca di dalam kitab hasil penulisan Ibnu Taimiyah.

Gambar-gambar ini ialah koleksi bukti kekejaman Wahabi yang ada dalam simpanan saya. Nama perempuan ini ialah ‘Aisyah berusia 18 tahun. beliau telah dipaksa menikah seorang lelaki Afghanistan ketika masih berusia dini dan belum mengerti apa-apa tentang alam rumahtangga. Pada suatu hari beliau ditangkap atas kesalahan melarikan diri dari suaminya dan mahkamah Taliban/Wahab melanjutkan perlaksanaan kezaliman mereka. Perempuan ini dipotong hidung dan telinganya!!!! kerana dianggap melakukan dosa besar. Suaminya tanpa belas kasihan mula menghiris hidung dan telinga perempuan malang ini. Hingga kini ‘Aisyah hidup dengan keadaan dirinya seperti ini tanpa sebarang hiasan atau persolekan.

‘Aisyah menyentuh wajahnya yang cacat dan berkata sayu: “Inilah yang mereka lakukan terhadap saya. Lantas bagaimana kami hendak berdamai dengan mereka?”

Hakikatnya Wahabi bukan sahaja golongan pengganas/terroris, bahkan mereka adalah musuh Islam yang berselindung dalam Ahlusunnah untuk membinasakan umat Islam dengan akidah mereka yang sesat lagi menyesatkan.

Friday, September 3, 2010

Mufti Mesir; Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau Salafi

Posted by unggaspagi

Mufti Mesir;
Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau Salafi
Dr. Ali Jum’ah dalam memberi pandangannya tentang orang yang menggelarkan dirinya Wahabi menegaskan, “Di dalam Islam tidak ada mazhab yang bernama Wahabi atau Salafi. Hakikatnya dalam diri mereka tidak ada apa-apa melainkan keganasan”.
Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau SalafiPejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Mufti Mesir ketika menjelaskan tentang fahaman Wahabi dan Salafi menegaskan, “Nama-nama ini tidak ada dalam Islam, hakikat mereka ini akhirnya tersingkap jua.”

Dr. Ali Jum’ah menambah, “Orang yang menamakan diri mereka Wahabi dianggap golongan Muhammad Ibnu Wahab. Salafiyah juga bukanlah mazhab yang asing, namun mereka mengaitkan diri mereka dengan ajaran Salaf Soleh dalam tiga kurun awal sejarah Islam. Maka individu ini menggelarkan diri mereka sebagai Salaful Soleh supaya orang tidak mengkritik mereka. Namun golongan Salafiyah hakikatnya adalah mainan yang bewarna dan berkilau di mana batin mereka tidak lain tidak bukan adalah ekstrimis, pengganas, mabuk darah dan tidak bersedia dicabar”.

Beliau melahirkan pandangan ini ketika menjawab pertanyaan tentang perbezaan antara Wahabi, Salafi dan hubungan mereka dengan Mazhab Ahlul Bait (as). Soalan ini diajukan kepada beliau ketia memberikan ucapan di perpustakaan ‘Misr Jadidah’.

Friday, July 16, 2010

Kelantangan Imam Jamaah Ahlusunnah Zahedan tentang peristiwa Masjid Jami’ Zahedan

Posted by unggaspagi

Menurut berita Sunni Online Maulana Abdul Hamid imam jamaah Masjid Makki, telah menyuarakan pendiriannya terhadap pengeboman masjid Syiah di Zahedan, tenggara Iran.

موضع گیری شدیداللحن امام جمعه اهل سنت زاهدان در مورد حادثه مسجد جامع زاهدان

جمعه, 25 تیر 1389 ساعت 14:49

مولانا عبدالحمید، امام جمعه اهل سنت زاهدان در خطبه های نماز جمعه این هفته مسجد مکی زاهدان با اشاره به حادثه تروریستی مسجد جامع این شهر گفت : پیامبر اسلام صلی الله علیه وسلم در آخرین خطبه خود در صحرای منا هشدار دادند که جان، مال و آبروی مسلمان بر مسلمان دیگر مانند حرمت روز عیدقربان و ماه عید که از ماههای حرام است و مانند حرمت سرزمین حرم می باشد، یعنی همانطوری که در آنروز در صحرای منا سه حرمت با هم شده و چه اندازه آن حرمت شدید است، خون و آبرو و مال مسلمان به همان اندازه شدیدا حرام است.

Terjemahan: Maulana Abdul Hamid, imam shalat Jumaat Ahlusunnah Zahedan dalam khutbahnya minggu ini di masjid Makki Zahedan dengan menyebut peristiwa serangan terroris ke atas masjid Jami’ kota ini mengatakan: Nabi Islam (saw) di akhir khutbahnya di sahara Mina memberi amaran bahawa nyawa, harta dan maruah orang Islam ke atas muslimin yang lain umpama kesucian di hari eidul Qurban dan bulan Eid adalah dari bulan-bulan haram sebagaimana kesucian tanah haram. Sebagaimana 3 pengharaman syadid hari-hari di Mina sebagaimana itu juga darah, maruah dan harta kaum muslimin tetap menjadi pengharaman syadid.

وی افزود : نه فقط ریختن خون یک مسلمان ، بلکه ریختن خون انسان بیگناه ، حتی اگر کافر هم باشد در اسلام جایز نیست و حرام است . و فقط در شرایط خاصی مانند تجاوز و جنایت است که علما می توانند فتوای جهاد بدهند و صدور این فتوا نیز کار هرکسی نیست که ضرورت جهاد را تشخیص بدهد .

Beliau menambah: Bukan hanya menumpahkan darah seorang muslim, bahkan menumpahkan darah orang yang tidak berdosa walaupun orang kafir tidak dibenarkan di dalam Islam dan ianya Haram. Cuma dalam kondisi-kondisi tertentu seperti menjatuhkan hukuman dan kriminal, ulama boleh memberi fatwa berjihad dan mengeluarkan fatwa ini juga bukanlah individu sebarangan yang dapat menentukan keperluan berjihad.

مولانا عبدالحمید گفت : همه مسلمانان شیعه و سنی با هم برادرند و منتسب به دین مبین اسلام هستند و حرمت خون ، مال و آبروی آنان بسیار شدید است .

Maulana Abdul Hamid mengatakan: Semua orang Islam Syiah dan Sunni adalah bersaudara. Mereka beragama Islam dan haramnya darah, harta serta maruah mereka adalah pengharaman yang sangat keras.

امام جمعه اهل سنت زاهدان گفت : حادثه پنجشنبه شب گذشته ما را به شدت مبهوت و متاثر کرد . و با خود اندیشیدیم که کدام عقل و اندیشه و کدام فتوای شرعی اجازه داده است که مسجد و محل عبادت و نیایش و مراسم مذهبی مورد حمله انتحاری قرار بگیرد ؟ کدام عالمی می تواند به نام جهاد فتوا بدهد که در مسجد امنیت مردم سلب شود و در شهر آتش فتنه روشن شود .

Imam Jamaah Zahidan mengatakan: Peristiwa hari khamis malam lalu sangatlah mengejutkan dan memberi kesan kepada kita. Kita memikirkan akal mana? pemikiran mana? dan Fatwa syar’i mana yang memberi izin serangan ke atas masjid, tempat ibadat, tempat berdoa dan majlis keagamaan? Ilmu yang mana dapat memberi fatwa jihad dengan meragut keamanan orang di dalam masjid dan menyalakan api fitnah di tengah kota?

وی افزود : در اسلام حتی چنین حمله ای در معابد دیگر ادیان ناجایز است و چگونه می توان جواب خون مسلمانانی را که در مسجد مورد حمله قرار گرفته اند در برابر خداوند داد؟

Beliau menambah: Islam tidak membenarkan serangan walaupun ke atas rumah ibadat agama lain, bagaimanakah bisa dijawab menumpahkan darah orang Islam dalam masjid adalah kerana Allah?…

Masjid Syiah Zahedan dibom terroris Wahabi, 27 maut

Posted by unggaspagi

Innalillah, Wa inna ilaihiraji’un

Malam kelmarin masjid Syiah telah dibom oleh militan Wahabi menyebabkan 27 orang terbunuh. Peristiwa ini berlaku di Zahedan, kawasan majoriti Ahlusunnah tenggara Iran. Menurut sumber berita Ahlul Bayit News Agency, 2 bom diletupkan oleh pengebom bunuh diri ketika jamaah masjid sedang berhimpun membaca doa kumail.

Sementara itu Maulawi Abdul Hamid Ismail Zahi, Imam Jamaah Ahlusunnah Masjid Makki Zahedan langsung mengistiharkan aksi terroris kumpulan Wahabi ini khilaf dengan Syarak dan golongan Ahlusunnah pun turut berdukacita di atas kekejaman Wahabi ini. Beliau mengatakan, “Siapakah yang mau menjawab untuk darah saudara seagama kita, Syiah yang telah ditumpahkan? Siapakah yang telah mengeluarkan fatwa bahawa aksi begini adalah jihad dan dibolehkan? Apakah dosa saudara Syiah kita sehingga mereka mesti sampai ke darjat syuhada?

Abdul Hamid menegaskan tidak ada ahli ilmu yang mengkafirkan orang sehingga tercetus peristiwa ini dan memaknai aksi ini sebagai Jihad. Katanya lagi aksi ini juga tidak ada di sisi Syara. Kriminal seperti ini di masa mendatang akan kami hukum dengan tegas.

Berita hari ini menyebut korban dalam peristiwa ini adalah 27 orang.

Berikut adalah foto-foto sekitar peristiwa ini:

Menurut Husain Ali Syahriari ahli Parlimen Zahedan, ledakan pertama berlangsung dari seorang yang memakai jilbab yang meledakkan bom di tubuhnya setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid. Tatkala orang ramai berkumpul, datang seorang lagi meledakkan dirinya. Berikut adalah foto Wahabi pengebom bunuh diri dalam peristiwa ini yang sudah beredar dalam internet:

Pengebom bunuh diri ini bernama Abdul Basit Rigi

Yang ini pula bernama ‘Aziz Muhammad Rigi

Wednesday, July 7, 2010

Video Wahabi membunuh orang Syiah

Posted by unggaspagi

Ini antara koleksi video kejam terrorist Wahabi (dari kumpulan al-Qaeda) membunuh Syiah di Iraq. Mangsa telah diculik dan dibawa ke satu tempat untuk ditembak di kepala seorang demi seorang dengan pistol. Ada banyak lagi video yang akan saya tampilkan di sini sebagai bukti bahayanya ajaran wahabi ini yang bukan hanya mengkafirkan orang lain, malahan mereka membunuh sesiapa pun yang tidak sependapat dengan pegangan mereka.

Video ini pula menunjukkan kira-kira 30 orang pekerja Syiah ditembak di Iraq. Pembunuhan ini mengingatkan kita bagaimana Sunni dibunuh ketika Wahabi menyerang Hijaz. Semoga ajaran sesat ini cepat dibanteras sebelum terlambat.

Tuesday, July 6, 2010

Majalah keluaran terrorist al-Qaedah

Posted by unggaspagi

Majalah berbahasa Inggeris bernama ‘Inspire’ dalam format PDF ini sudah beredar dalam internet sejak hari Rabu lalu yang dipercayai diupload dari negara Yaman. Ia menampilkan tulisan tentang beberapa orang bintang popular pengganas al-Qaeda iaitu Usamah bin Laden dan Ayman al-Zawahiri. Antara artikel menarik di dalamnya ialah cara membuat bom di dapur ibu.


Saturday, June 26, 2010

Foto kekejaman Wahabi membakar orang Syiah

Posted by unggaspagi

Pengganas Wahabi mempunyai banyak cara untuk merosakkan nama baik Islam. Di manakah dalil kebenaran ajaran Ibnu Taimiyah? Sedangkan al-Quran menyatakan ‘Serulah ke jalan tuhanmu dengan Hikmah dan pendekatan terbaik’. Namun Ibnu Taimiyah dalam tulisannya mempunyai banyak unsur keganasan dan sering kita temui fatwanya untuk orang yang tidak sependapat dengannya: ‘Fatataba Au Qutila’ … hendaklah dia bertaubat atau dibunuh…

Dalam posting kali ini saya menyiarkan foto-foto kekejaman Wahabi membakar orang Syiah di Iraq. Mangsa diikat dan disirami minyak dan dicampakkan dalam kubangan api sambil melaungkan Allahuakbar!. Apa maksud Allah bagi mereka?

Lagak ngeri ini mungkin mereka kira dapat menakutkan orang awam terhadap Wahabi. Namun matlamat kesyaitanan Wahabi ini telah mencemarkan agama Islam yang damai, indah dan permai.

Friday, June 25, 2010

Abdul Malik Rigi disiksa?

Posted by unggaspagi

Ada berita beredar dalam internet cuba membela Abdul Malik Rigi dengan berbagai alasan. Kali ini mereka cuba menarik perhatian kita bahawa Abdul Malik telah disiksa dalam penjara seolah-olah orang awam dapat melupakan kekejamannya. Al-Sharaq al-Awsat sudah lama menyiarkan sesuatu yang memburukkan Iran dan sering mengambil pernyataan kumpulan pengganas Jundullah pimpinan Abdul Malik Rigi.

http://www.aawsat.com/english/news.asp?section=1&id=20031

Selain itu media BBC dan televisyen kumpulan Mujahidin Khalk yang berpengkalan di London turut menyiarkan pembelaan terhadap Abdul Malik. Berikut adalah gambar-gambar Abdul Malik ketika dalam penjara dan sewaktu menjalani proses perbicaraan. Beginikah keadaan orang yang kena siksa?

Sunday, June 20, 2010

Abdul Malik Rigi telah dihukum gantung sampai mati pagi tadi

Posted by unggaspagi


“Abdul Malik Rigi telah digantung sampai mati pagi ini berdasarkan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam di balai penghukum penjara dengan kehadiran beberapa orang sanak saudara mangsa kekejaman kumpulan terroristnya.”

Khabar ini telah disampaikan kepada wartawan oleh Mahkamah Awam dan Revolusi Tehran. Abdul Malik telah didapati bersalah dengan 79 jenayah kejam yang disabitkan dengan akta 190, 191, 186, 185 dan 183 Kanun Hukuman Islam selama perbicaraan di salah sebuah mahkamah Tehran.

Kelmarin beliau sempat dipertemukan dengan keluarga korban lantas menyatakan penyesalan atas aksi ganasnya dan memohon ampun daripada keluarga mangsa. Kumpulan pengganas Jundullah ini sudah pun mengakui hubungannya dengan pagawai Nato di Afghanistan dan agensi perisikan asing CIA.

Abdul Malik dalam pertemuan
dengan keluarga mangsa
kekejamannya

Jundullah yang berpengkalan di Pakistan telah melangsungkan kegiatan pengeboman, pembunuhan, penyembelihan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 jiwa di selatan Iran.

Sebelum ini adiknya juga yang bernama Abdul Hamid Rigi telah dijatuhkan hukuman sama. Abdul Hamid mengakui telah membunuh isterinya Faizah Mansuri ketika tidur dan iparnya Shahab Mansuri telah disembelih oleh Abdul Malik dan video penyembelihan ini telah dikirim ke televisyen al-Arabiyyah.

Abdul Hamid ketika diziarahi mertuanya di penjara telah mengeluh bahawa beliau telah dipengaruhi pemikiran terrorist abangnya sambil bersumpah, dikeranakan pengaruh terrorist yang sangat dahsyat beliau sanggup menembak isterinya yang sedang tidur.

Sumber Berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA)

Gambar: Ipar Abdul Hamid yang
telah disembelih oleh Abdul Malik.

Abdul Hamid Rigi yang telah
menjalani hukuman mati.

Faizah Mansuri, telah dibunuh
oleh suaminya sendiri (Abdul Hamid)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: