70,000 Tentera Dajjal dari Iran

Kemunculan 70 ribu Pengikut Dajjal Dari Bumi Iran

Banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman.Antaranya ialah :

1. Sabda Baginda SAW ; “Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda)..”- Hadis riwayat Muslim.

2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN”. [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

4. Nabi bersabda “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan(Nan),mereka memakai Al-Tayalisah”.Hadis riwayat muslim.

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Persoalannya kini,bilakah dajjal akan muncul ? adakah agak keterlaluan jika saya katakan dajjal sebenarnya telah lama muncul dan 70,000 pengikutnya telah dizahirkan oleh Allah baru-baru ini,namun ramai yang belum menyedari hakikat ini.

Marilah kita hayati hadis-hadis nabi diatas dan percaya sungguh-sungguh bahawa apa yang dikatakan Rasulullah itu benar-benar akan berlaku! 70 ribu pengikut dajjal akan muncul di Iran dari kalangan penduduk Isfahan(nan) .Mereka memakai Al-Tayalisah.

Mengikut pandangan beberapa ulama ,Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama yahudi.Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja.Oleh itu saya berpendapat Al-Tayalisah ini mungkin dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah.

Untuk menyatakan kebenaran kata-kata Rasulullah itu,marilah kita ikuti perkembangan terbaru perang konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini.

Pada 28.12.2008,iaitu selepas 1 hari tentera zionis menyerang Palestin ,Ulama syiah,Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang turut serta dalam perang di palestin menentang Israel dan terkonban,akan dikira mati syahid.Oleh itu telah dilaporkan 70,000 warga Iran ,yang majoritinya belia telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk berjuang bersama hamas dibumi Palestin hanya dalam masa seminggu.

Walau bagaimanapun ,seminggu selepas itu Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan yang cukup berbeza dari sebelumnya iaitu penghantaran briged sukarela pejuang jihad ditangguhkan dan tidak perlu buat masa ini kerana kononnya terdapat tanda-tanda Israel/zionis sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru.

Anda boleh membaca artikel asal tentang pendaftaran 70 ribu orang warga iran di sini : Klik Sini

Apapun pendapat ulamak syiah itu,kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1430 tahun lepas telah terbukti dengan penzahiran 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu! Apakah matlamat dan strategi zionis/Israel itu hanya Allah SWT saja yang tahu.

Mungkinkah mereka sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar dajjal atau Messiah Dajjal(Mahdi Syiah)untuk diikuti,bukan untuk melawan zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang islam yang beraliran Ahli-sunnah wal jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit nabi.Sekarang inipun mereka amat membenci golongan sunni padahal golongan sunni tidaklah begitu membenci dan berdendam dengan mereka.

Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi,malah mengikut seorang ulamak Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :

“Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami.”

[Ruj ukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar ]

Oleh itu,pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga mungkin dirancang oleh yahudi-zionis bersama dajjal.Ini adalah kerana Saddam adalah di antara pemimpin islam dunia,yang walaupun dianggap zalim amat tegas memerangi zionis di Palestin.Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu yahudi-zionis mengalahkan Taleban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq.

Disini saya petik kata-kata beberapa pemimpin utama Iran untuk renungan bersama.

Kata Ali Hashemi Rafsanjani,semasa khutbah jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 dahulu berbunyi : ” Tentera Iran telah memerangi TALEBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALEBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN”.

Katanya lagi”… seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALEBAN!”

Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi ,bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata :

“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh

(ke tangan Amerika) dengan mudah!

Sekarang ini pelan jangka panjang yang dirancang oleh zionis sedang berjalan lancar.Segala tipu helah dan gerak catur perang semuanya mengikut arahan Dajjal yang mengambil kira nasihat Iblis,iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah sejak zaman nabi Adam hingga kiamat yang panjang umurnya,bijak IQ dan EQnya.

Hanya mereka yang kuat iman dan takwa serta kental semangat perjuangannya mampu mengalahkan mereka.

Oleh itu berhati hatilah dengan Iran dan berwaspada lah dengan aliran syiah yang amat bercanggah dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Siapakah Messiah Yahudi atau Dajjal menurut kitab-kitab syiah?Apakah bezanya Imam Mahdi mengikut aliran Sunnah wal jamaah dengan Messiah Yahudi(imam ke-12) golongan syiah?

Untuk pengetahuan kita bersama,sila baca satu artikel menarik oleh saudara soudine75 mengenainya di sini :

Saya petik kesimpulan menarik yang dibuat oleh penulis ini dari bahagian akhir tulisannya iaitu :

Cuba anda renungkan ketika blok Syiah sudah lebih 70% menguasai dunia Arab di rantau Timur Tengah, apa perlu Iran dan Syria bekerjasama dengan Amerika di Iraq di atas alasan keselamatan dan keamanan Iraq? bagi berhadapan dengan pejuang Sunnah (AL-QAEDA. Kerjasama itu sebenarnya melanjutkan hubungan mereka disebalik tabir sebelum ini. Penulis tidak hairan kerana bagi yang pro syiah tidak hairan mereka telah menyesatkan al-Qaeda di Iraq hari ini dengan pelbagai tuduhan nista. Cuba kita renungkan dengan penguasaan Syiah di rantau Timur Tengah apa perlu Hizbullah dan Syiria kini berdamai dengan Israel dan Hizbullah menyerahkan mayat dua askar Israel kepada Israel baru-baru ini. Hizbullah yang menang kenapa berdamai pula? Hakikat yang jelas Hizbullah kini minat menumbangkan Lubnan berbanding Palestin. Saya yang sentiasa mengikuti perkembangan sejarah dunia Timur Tengah tidak pernah meminggirkan faktor asas dalam mengkaji tindakan-tindakan mereka… Hakikatnya Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding kemerdekaan Palestin dan pembebasan Iraq dan Afghanistan. Dan perlulah diketahui musuh utama mereka ialah Sunnah..

Apa beza Syiah dan Yahudi ? Tiada beza berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Mahdi dan Dajjal. Lihatlah persamaan antara keduanya.. Syiah ini berasal dari agama Yahudi malah pengasas Syiah ialan Yahudi Ibn Saba’, malah dari segi keturunan kata al-Mas’udi sejarawan Syiah zaman awal bahawa orang-orang Parsi (Syiah Iran, Afghanistan, India) adalah berasal dari anak-anak Ishak bin Ibrahim a.s sementara orang-orang Yahudi ialah anak-anak Israel (Nabi Ya’qub a.s) bin Ishak bin Ibrahim a.s, cukuplah latar belakang sejarah Isfahan dan Hamdan juga Cyrus, Mordechai dan Esther bagi menggambarkan keakraban kaum Parsi dengan Yahudi dalam sejarah mereka yang lampau yang yang dibanggakan oleh pentadbiran Iran hari ini meskipun laungan palsu dan bohong isu Holocoust dan ingin melenyapkan negara Yahudi dari peta dunia.

Sumber : SANGTAWAL sakrant
Pada 15 Januari 2009
Khamis Jam 09:00

Komentar Pertama

Ketika membaca artikel di atas dan mendengar ceramah Fitnah Di Akhir Zaman yang dicanang oleh Zainul Asri, saya bimbang kredibiliti tokoh dihormati ini akan runtuh kerana ucapannya didapati semakin merapu dan tidak berasas.

Biarkan saya ulas sedikit bahagian pembohongan beliau yang menggambarkan seolah-olah 70,000 Yahudi yang akan keluar dari Isfahan membantu Dajjal adalah golongan Syiah. Saya mendapati hadis ini telah lama disalah tafsir dan dijaja oleh golongan Wahabi sambil bersungguh-sungguh membasuh otak pengikut mereka bahawa Yahudi tersebut adalah ulama Syiah. Tidak sangka seorang Syeikh pun boleh terpengaruh dengan golongan Wahabi.

Hadis ini diambil dari kitab Sahih Muslim seperti berikut:

124 – ( 2944 ) حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحاق بن عبدالله عن عمه أنس بن مالك

: أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة
[ ش ( الطيالسة ) جمع طيلسان والطيلسان أعجمي معرب قال في معيار اللغة ثوب يلبس على الكتف يحيط بالبدن ينسج للبس خال من التفصيل والخياطة ]

Ertinya Rasulullah (s.a.w) bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah.” – Sahih Muslim

Kitab Sahih Muslim setelah meriwayatkan matan hadis tersebut sempat memberikan penerangan tentang makna Tayalisah, iaitu selendang Yahudi tidak berjahit yang dipakai dibahu.

Sedangkan Wahabi secara jahat cuba menyelewengkan terjemahannya sebagai berikut:

“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai (jubah) al-Tayalisah (Persian shawls – jubah orang-orang Parsi (Syiah hari ini) yang tidak berjahit), .”

Hadis ini cukup membuatkan Wahabi menjadi girang. Seperti biasa mereka akan menggunakannya untuk merosakkan nama baik Iran sekaligus menenggelamkan kebenaran dan menzahirkan kesesatan. Wahai pengikut ajaran Wahabi, bolehkah kalian buktikan Al-Tayalisah itu bermaksud Jubah? Kamus manakah yang anda pakai untuk berdusta?

Makna Tayalisah menurut Wahabi

Sambil memaparkan gambar Imam Khomeini berjubah, Wahabi berkata kononnya:

Al-Tayalisah (eng: Persian Shawl) ialah pakaian jubah orang Parsi (Iran) yang tidak berjahit, berbeza dengan jubah orang-orang Arab. Ia merupakan pakaian pengikut-pengikut Dajjal yang akan bersama dengan 70,000 Yahudi yang mengikut Dajjal di akhir zaman.

Rujukan:

- http://laluanperniagaan.blogspot.com/2008/11/contoh-diatas-gambar-al-tayalisah-al.html
http://www.sultanismailpetramosque.com/index/?m=200912

Beberapa laman web utama Wahabi yang menyebarkan bahawa Tayalisah itu ialah Persian Shawl. Contohnya http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110491:

- Silakan rujuk dalam komentar: http://haulasyiah.wordpress.com/2007/07/02/perbedaan-antara-agama-islam-dengan-agama-syiah-bag1/)
– MAHDI SYIAH ADALAH DAJJAL (mintlisim.wordpress.com/2010/12/04/mahdi-syiahdajjal/) – merujuk kepada link tersebut.

Setelah mereka menyedari tersalah melaporkan perkara tersebut, mereka cepat-cepat memadam tulisan ini di internet. Namun tulisan tersebut telah disalin dan dipaparkan oleh kebanyakan blog Wahabi.

Taktik kotor Wahabi sebenarnya menjerat diri mereka sendiri. Apakah mereka tidak ke sekolah belajar bahasa Inggeris? Bukankah Shawl itu bermakna selendang? Biarpun anak-anak yang belajar di SRJKT pun tahu menyelak kamus. Biar saya jelaskan makna Shawl dari segi leksikal:

Rujukan kamus Parsi Online:
http://math.columbia.edu/~safari/masood/cgi-bin

Tayalisah menurut kamus.

Shawl adalah selendang, bukan jubah seperti yang dicanang oleh Wahabi. Sementara itu bahasa Parsi turut memanggil selendang sebagai Shāl. Manakala jubah pula dalam bahasa Parsi dipanggil ‘Abā (عبا) (Bahasa Inggeris: Cloak).

Anda sendiri boleh membuat penilaian apakah sama kebenaran berbanding kemungkaran yang dilakukan oleh Wahabi.

Berdasarkan penerangan dari kitab Sahih Muslim, Tayalisah adalah selendang yang tidak berjahit. Setiap orang yang jujur pasti akan mengatakan jubah yang dipakai oleh ulama Syiah di Iran itu berjahit. Saya cabar mana-mana Wahabi andainya mereka dapat buktikan bahawa jubah ulama Syiah itu tidak berjahit. Sudah tentu mereka tidak akan berjaya membuktikannya. Saya sendiri sering berjalan ke pasar-pasar di Qom, di sana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual ‘Abā dan ianya berjahit. Syukur kepada Allah yang menunjukkan kebodohan musuh-musuh Ahlul Bait di mana golongan Wahabi yang terlalu gelojoh menyerang Syiah tidak sedar bahawa pembohongan mereka tentang Tayalisah ini akan terbongkar jua di kemudian hari.

Apakah itu Tayalisah?

Tayalisah atau selendang Yahudi ini dapat lihat jelas di gambar berikut yang dipaparkan di sebelah.

Dalam gambar ini seorang jemaah Yahudi sedang khusuk sembahyang. Selain itu mereka turut mengikat dahi dengan tefillin atau Phylacteries. Kain yang dipakai di kepala atau di tengkuk ini dipanggil juga sebagai “طاليت”, iaitu selendang sembahyang. Kebiasaannya ia bewarna putih dan berbelang biru. Tidak ada sesiapa pun yang melihat Syiah di Iran memakai Tayalisah, bahkan Yahudi yang tinggal di Isfahan pun tidak memakainya.

Apakah Dajjal dapat diistilahkan sebagai Syiah?

Oleh kerana Wahabi mencanangkan bahawa Syiah itu adalah tentera Dajjal, ini beerti mereka telah menghina nabi. Allah (s.w.t) berfirman:

وَإنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإبرَاهِيم

سوره صافات آيه 83
“Dan sesungguhnya di antara Syiah baginda (Nabi Nuh) ialah Nabi Ibrahim”. – Surah Saafat ayat 83.

Mereka nampaknya tidak sedar, yang termasuk sebagai istilah Syiah ialah Nabi Nuh (a.s). Allah tidak menggunakan perkataan Itbā’ (اتباع), bahkan firman Allah ialah Syiah Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.

Mengapakah Isfahan tidak menggantikan Qom dalam riwayat tersebut?

Mereka mendakwa pusat Yahudi di Iran ialah Isfahan. Andainya Wahabi ingin memperkenalkan pusat Syiah, ia hendaklah mengatakan di Qom, bukan Isfahan. Oleh itu dari membuang masa mendengar tahyul golongan ini, lebih baik kita bersiap sedia dalam agenda kezuhuran Imam Al-Mahdi.

Penghijrahan 70,000 Yahudi ke negara haram Israel

Menyorot kembali sejarah yang lampau, terdapat dua pemimpin Israel yang lahir di Iran. Antaranya ialah Moshe Katsav Presiden ke-lapan negara Israel, dilahirkan di Musa Qasab, Yazd, pada 5 Disember 1945. Beliau dibawa oleh keluarganya ke Israel pada bulan Jun 1951 ketika berusia 5 tahun.

Seorang lagi ialah Leftenan General Shaul Mofaz dilahirkan pada 4 November 1948 di Tehran di mana bapanya berasal dari Isfahan. Beliau berhijrah ke Israel pada tahun 1957.

Statistik dari sejarah menyatakan ramai Yahudi dari Iran sudah berhijrah ke Israel sejak zaman diktator Syah. Kebanyakan sumber menyebut populasi Yahudi yang tertinggal di Iran hanyalah di sekitar 25,000 orang iaitu di seluruh pelusuk Iran iaitu di wilayah Isfahan, Shiraz dan Tehran.

Rujukan:

- Harrison, Frances (September 22, 2006). “Iran’s proud but discreet Jews”. BBC News. http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/5367892.stm. Retrieved May 22, 2010

“Iran Jewish leader calls recent mass aliyah ‘misinformation’ bid”.

- http://www.haaretz.com/hasen/spages/938673.html.

“Iran Jewish MP criticizes ‘anti-human’ Israel acts”. Ynet. 5.7.2008.
http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3540651,00.html.

David Littman menganggarkan penghijrahan Yahudi ke Israel berjumlah 70,000 (Littman 1979, hal. 5).

Catatan-catatan ini menggambarkan 70,000 Yahudi yang telah berhijrah ke Israel itu adalah dari seluruh pelusuk Iran, bukan dari Isfahan semata-mata. Sekarang dapatlah kita memahami bahawa 70,000 Yahudi ini sudah pergi ke Israel. Sesuai dengan tanggapan ulama Syiah, Dajjal ialah kuasa besar Zionis dan Amerika, bukan gergasi besar. Maka kelompok Yahudi ini telah pergi membantu kuasa besar Dajjal Zionis.

Rasulullah (s.a.w) menganggap Parsi sebagai adalah sanak saudara baginda.

Dalam keadaan Wahabi mengyahudikan dan memajusikan Parsi/Iran, Rasulullah (s.a.w) bersikap bertentangan dengan golongan mereka ini. Iaitu baginda mempersaudarakan Parsi dengan Ahlul Bait atau Qurasyh umumnya. Apakah Wahabi menyangka Nabi tidak mengenali Yahudi dan Parsi? Hasil dari pencarian saya selama beberapa hari telah menemukan hadis-hadis yang tidak diamalkan oleh pembenci Syiah.

Rasulullah bersabda bahawasanya bangsa Parsi adalah sanak saudara kami, kerana Nabi Ismail (as) adalah bapa saudara putera nabi Ishaq:

فارس عصبتنا أهل البيت لأن إسماعيل عم ولد إسحاق وإسحاق عم ولد إسماعيل (الحاكم فى تاريخه ، وأبو نعيم عن ابن عباس وفيه إبراهيم بن هراسة)

- Jami’ al-ahadith, jilid 14, halaman 424

فارس عصبتنا أهل البيت لأن إسماعيل عم ولد إسحاق وإسحاق عم ولد إسماعيل (الحاكم فى تاريخه ، وأبو نعيم عن ابن عباس وفيه إبراهيم بن هراسة)

35124 – فارس عصبتنا أهل البيت لأن إسماعيل عم ولد إسحاق وإسحاق عم ولد إسماعيل

( ك في تاريخه – عن ابن عباس )
– Kanzul Ummal jilid 12 halaman 538

Hadis barangsiapa yang masuk Islam dari Parsi, maka dia dari bangsa Qurasyh, mereka adalah sanak saudara kami:

45562- من أسلم من فارس فهو من قريش ، هم إخواننا وعصبتنا (الديلمى عن ابن عباس)

جامع الاحاديث، باب حرف الميم، ج 41 ص 416، كنزالعمال،باب الفرس من الإكمال، ج 12 ص

173
– Jami’ a-Ahadith jilid 41 halaman 416, Kanzul Ummal, jilid 12 halaman 173

Rasulullah telah menyatakan bangsa Parsi adalah sanak saudara baginda kerana orang Islam itu bersaudara.

Ayat al-Quran tentang bangsa Parsi.

Kebanyakan ahli tafsir Ahlusunnah menerangkan maksud kaum dalam ayat 38 surah Muhammad berkenaan bangsa Parsi. Cukuplah saya bawakan hadis-hadis dari kitab Tafsir terbesar Ahlusunnah iaitu Durrul Manthur:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38)

“dan jika kamu berpaling, niscaya dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu” – Surah Muhammad ayat 38

Hadis nabi tentang ayat ini dalam tafsir Durrul Manthur:

قيل : من هؤلاء وسلمان رضي الله عنه إلى جنب النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال : » هم الفرس وهذا وقومه

Rasulullah ditanya siapakah mereka itu? ketika itu Salman (r.a) berada disamping Rasulullah, maka baginda bersabda: “Mereka adalah Parsi, dan dia (Salman) dan kaumnya.”
– Lihat lampiran

Dalam Musnad ibnu Hanbal Salman al-Farisi mengatakan beliau ialah orang Parsi warga Isfahan. Jalaluddin As-Sayuthi membawa satu lagi hadis yang berkaitan dengan ayat tersebut:

هذا وقومه والذي نفسي بيده لو كان الإِيمان منوطاً بالثريا لتناوله رجال من فارس

“Dia dan kaumnya, demi jiwaku di tanganNya, jikalau iman itu terletak di bintang Suriya, niscaya akan dicapai oleh pemuda-pemuda dari Parsi.”
– Tafsir surah Muhammad ayat 38 oleh Jalaluddin al-Suyuthi

وَآَخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (3)

“dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana”

Jalaludin as-Suyuhti kemudian mengeluarkan hadis ini:

قال ، له رجل : يا رسول الله من هؤلاء الذين لم يلحقوا بنا؟ فوضع يده على رأس سلمان الفارسي وقال : » والذي نفسي بيده لو كان الإِيمان بالثريا لناله رجال من هؤلاء

“Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang belum berhubungan dengan kami? Maka baginda meletakkan tangan di atas kepala Salman al-Farisi dan berkata: Demi jiwaku ditanganNya, jika iman itu terletak dibintang Suriya, niscaya akan dicapai oleh lelaki-lelaki dari mereka.”

Kesimpulannya Wahabi memanipulasi Hadis Nabi untuk menipu sesiapa sahaja dikalangan umat Islam yang cetek pengetahuan agama agar mereka menjauhi dan membenci Syiah.

Dipetik dr posting Pencinta Ahlul-bait Utara.

Oleh : Maz Farid
Sumber : Dialog Sejarah Islam
Pada 17 Oktober 2011
Isnin jam 09:11

Comments
10 Responses to “70,000 Tentera Dajjal dari Iran”
  1. abunabiel says:

    Allahumma shalli álaa Muhammad wa aali Muhammad wa ájjil faraja aali Muhammad…

  2. syalimy says:

    اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ وعجـــل فرجهمــﮯ

  3. 12 Imam follower says:

    Allahumma shalli ‘alaa muhammad wa aali muhammad.post yang sangat baik.masyaAllah.teruskan usaha demi ahlulbait a.s.

  4. musuhmu says:

    woi syiah… jgn cakap banyak… syaih n yahudi mcm adik n abaang, syeikh zainal asri tu ulama sunnah bukan wahabi bukan syiah… syiah akan berperang dengan sunnah di akhir zaman.. imam mahdi syiah adalah dajjal… Imam mahdi sebenar di pihak sunnah.. semua yang berlaku menunjukkan ketentuan Allah bahawa agama yang benar adalah islam sunnah bukan islam versi wahabi n syiah.. semua syiah pelampau terkeluar daripada islam… semua gerakan wahabi n syiah adalah rintisan yahudi dajjal…

  5. wan says:

    Ya ALLAH.selamatkanlah kami dari fitnah jahat syiah ini.selamatkanlah ahli keluarga kami,muslimin seluruhnya dari agama syiah yg sesat ini.sesungguhnya hanya kepadaMU kami berlindung

  6. khairul says:

    Kau orang pun sama2 bodoh…bontot Israel dengan Amerika kau sanggup cium…syiah ke apa ke…selagi dia mati ngan kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah…sah allah janjikan syurga…jangan kau orang jadi bodoh…sekarang masa untuk bersatu…kau pun bukannya pernah jumpa tuhan yang mengatakan sunnah saja yang betul…aku sunnah…tapi aku masih sayang yang seislam daripada terperangkap dengan retorik bodoh kau orang

    • abdhakim says:

      Khumaini dah lama becium mulut dengan yahudi dan amerika,takkan tak prasan kot.

      • abdhakim says:

        Satu lagi,memang benar manusia yang mati mengucap Kalimah Toyyibah akan ALLAH janjikan syurga,tapi bagaimana pula pada yang mengucap tetapi dalam masa yang sama mensyirikkan ALLAH dengan menambahkan syahadah dengan nama2 imam 12. Tidakkah konsep itu menyamai dengan Trinity,bahkan lebih syirik lagi.Saddam Hussin yang di anggap oleh syiah sebagai kafir harbi,tetapi di akhir kalam dapat mengucap kalimah Toyyibah.fikirkanlah..

  7. khairul says:

    Lapangkan dada..terima secara terbuka….carilah hadis2 yang baik…namun jangan cari yang terlalu ‘bias’ terhadap sunnah sahaja…insyaallah saya ikhlas bagi pendapat kerana allah taala..orang beriman tak patut hakimi keimanan orang lain secara berlebihan…jangan nak campuri kerja tuhan…wallahuallam

    • balasungkawa says:

      Sedarlah seluruh penganut syiah, amalan melukakan badan pd 10 muharram adakah ianya diajar oleh nabi. mengkafirkan sahabat nabi abu bakar,umar dan osman. mereka ini 10 sahabat yg dijanjikan syurga, engkau org kata kafir pula. korang tuduh aisyah isteri rasulullah berzina dan kafir( takkan rasulullah kawin dengan org kafir), korang bunuh ulamak sunni di Iraq( islam ajar ke kejam) , imam korang maksum mcm para nabi( apa ni dah menyeleweng jauh), karbala lebih mulia dari baitullah( ada dah jadi ni org syiah) dll. terpulanglah kpd korang wahai penganut2 syiah. LAKUM DIINUKUM WALIYADIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: