Mut’ah: Perkahwinan Sementara dalam Islam

perkahwinan satu rahmat Allah swt

Mut’ah dianggap sebagai pelacuran oleh mereka yang tidak mengetahui dan mereka yang tidak mahu mengetahui. Dalam mempermainkan Mut’ah dan berbohong mengenai hal tersebut, mereka lupa bahawa Mut’ah pernah dibenarkan dalam Islam dan al-Quran, pertikaian yang berlaku hanyalah terhadap pemansuhannya.

Perkahwinan Syarat-Tetap/Sementara/Nikmat adalah nama-nama lain untuk perkataan Arab iaitu Mut’ah yang mana adalah kontrak antara seorang lelaki dan wanita, banyak persamaannya dengan Perkahwinan Jangka Panjang/Kekal/Lazim. Perbezaan utama adalah nikah Mut’ah bertahan hanya untuk jangka masa yang ditetapkan, dan lelaki dan wanita akan menjadi orang asing terhadap sesama sendiri selepas tamat tempoh tanpa penceraian. Satu salah faham berkenaan nikah Mut’ah ialah sesetengah orang berfikir bahawa wanita yang terlibat dalam nikah Mut’ah boleh melakukan kontrak secara berterusan tanpa henti. Ini sebenarnya adalah kefahaman yang salah mengenai nikah Mut’ah. Selepas satu-satu kontrak itu tamat tempohnya, wanita tersebut perlu menunggu selama dua bulan (Iddah) sebelum dapat berkahwin dengan orang lain. Isu ini, termasuk yang lain, akan dibincangkan kemudian dengan lebih mendalam. Malah, terdapat juga pelbagai syarat untuk melakukan Mut’ah.

Isu Mut’ah dan pemansuhannya akan dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu melalui al-Quran dan hadis.

Orang pertama yang menggubal undang-undang mengenai Mut’ah dan semua peraturan berkaitan dengannya adalah Rasul Allah (SAW), selepas ianya diturunkan dalam al-Quran. Semua Muslim bersetuju bahawa Rasul Allah menggubal undang-undang berkaitan Mut’ah dan membenarkannya selepas penghijrahan ke Madinah, dan Muslim mengamalkan Mut’ah semasa hayat baginda. 
al-Mughni, by Ibn Qudamah, v6, p644, 3rd Edition

Walaubagaimanapun terdapat percanggahan pendapat antara Syiah dan kebanyakan Sunni mengenai  sama ada Nabi kemudiannya melarang perbuatan itu ataupun tidak. Kebanyakan Sunni menegaskan bahawa walaupun Nabi membenarkannya, baginda kemudiannya melarang perbuatan tersebut. Sementara itu, Syiah mempercayai bahawa nikah Mut’ah tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi (SAW). Lagipun, tiada ayat al-Quran yang diturunkan untuk membatalkan ayat al-Quran sebelumnya yang membuatkan Mut’ah dibolehkan, dan hadis tidak boleh bercanggah dengan al-Quran. Allah menurunkan ayat tersebut dalam al-Quran, dan ianya diamalkan secara meluas sehingga ke hujung hayat baginda serta  ketika  zaman Abu Bakar dan peringkat awal pemerintahan Umar, sehinggalah Umar melarangnya.

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Quran [4:24] (Translation by Ibn Kathir)

Dalam ayat di atas, perkataan Arab yang bersamaan dengan “perkahwinan” atau yang berkaitan dengannya TIDAK digunakan. Akan tetapi “Istamta’tum”, daripada perkataan akar “Mut’ah” (nikmat/perkahwinan sementara) telah digunakan. Perkataan Istamta’a adalah bentuk lisan ke-sepuluh dari perkataan akar m-t-a. Seperti yang akan kami tunjukkan sebentar lagi, perkataan Istamta’a juga telah digunakan secara meluas dalam koleksi buku-buku autentik Sunni untuk nikah Mut’ah. Tentu saja, Mut’ah adalah salah satu jenis perkahwinan, tetapi sebahagian daripada peraturannya adalah berlainan daripada perkahwinan tetap, termasuklah pasangan tersebut boleh menyambung kontrak melalui persetujuan bersama seperti yang dijelaskan di akhir ayat di atas.

Mujahid menerangkan bahawa, (Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya,) telah diturunkan mengenai nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah satu perkahwinan yang berakhir pada tarikh yang telah ditetapkan di awal perkahwinan.
Tafsir Ibn Kathir, Tafsir of Surah 4, Verse 24

Jabir tidak mengaitkan “Istamta’a” kepada perkahwinan secara umumnya. Tambahan pula Allah berkata, “… Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin. Persetujuan yang dicapai bersama selepas ditetapkan maskahwin merujuk kepada menyambung tempoh masa kepada nikah Mut’ah selepas pembayaran penuh kepada maskahwin sebelum itu telah dilakukan, supaya pihak wanita dapat membuat keputusan secara bebas terhadap penyambungan kepada tempoh masa nikah Mut’ah tanpa sebarang tekanan atau rayuan. Melalui cara ini, Allah menggalakkan manusia yang melakukan Mut’ah bahawa mereka akan mendapat lebih banyak ganjaran jika mereka menyambung kepada tempoh yang lebih lama (atau mungkin menukarnya kepada perkahwinan kekal) dengan membuat maskahwin baru selepas memenuhi kehendak maskahwin yang sebelumnya. 
Tafsir al-Tabari, by Ibn Jarir al-Tabari, under the verse 4:24, v8, p180.

Penjelasan yang lain terhadap mengapa maskahwin yang disebut dalam ayat di atas (4:24) tidak merujuk kepada perkahwinan tetap, ialah al-Quran telahpun berkata berkenaan dengan maskahwin untuk perkahwinan kekal pada bahagian awal dalam surah yang sama. Allah membicarakan tentang jenis perkahwinan yang berbeza: pertama, perkahwinan kekal dalam ayat (4:4), kemudian perkahwinan sementara (4:24), dan kemudian mengenai perkahwinan dengan hamba wanita dalam (4:25). Maka Allah mengulangi isu maskahwin sebanyak tiga kali, sekali untuk perkahwinan kekal, sekali untuk perkahwinan sementara dan sekali untuk hamba wanita.

Ayat ini diturunkan pada peringkat awal Nabi tinggal di Madinah. Dengan turunnya ayat ini, nikah Mut’ah menjadi adat kebiasaan di Madinah dan dilihat sebagai salah satu jenis perkahwinan dan dirujuk dengan panggilan Istimta’a, perkataan sama yang digunakan dalam ayat al-Quran – walaupun maksud dari segi bahasanya adalah “untuk mencari manfaat” atau “untuk menikmati”. Maka maksud kepada ayat al-Quran mestilah difahami dari segi penggunaan lazim pada masa tersebut, kerana seperti yang diketahui dalam ilmu tafsir al-Quran dan Undang-undang Islam, al-Quran mengikuti penggunaan lazim oleh manusia dalam semua fatwa dan penetapan undang-undang. Jika seseorang mahu memahami perkataan dalam al-Quran selain daripada maksud lazim pada masa tersebut, individu tersebut perlu memberi sebab-musabab yang kuat untuk melakukan sedemikian. Lagi pula jika seseorang melihat kepada hadis-hadis mengenai nikah sementara dalam koleksi autentik Sunni seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, individu tersebut dapat melihat bahawa Rasul Allah dan para sahabat baginda menggunakan perkataan Istimta’a apabila merujuk kepada konteks ini, yang mana adalah perkataan yang sama yang digunakan dalam al-Quran.

Nabi membuat Umrah ke Mekah, dan wanita-wanita Mekah bersiap-siap semata-mata untuk upacara ini. Beberapa sahabat mengadu mengenai perpisahan yang jauh dari isteri-isteri mereka, dan Nabi menjawab: “Maka pergilah menikmati (Istamta’a) dengan wanita-wanita ini.”
Tafsir al-Kabir, by Fakhr al-Razi (the famous Sunni theologian), v3, p286

Maka telah diperjelaskan disini bahawa Mut’ah adalah dibolehkan oleh al-Quran sendiri. Oleh itu dimanakah bermulanya perbezaan yang berlaku?

Dalam kedua-dua Sahih, telah direkodkan bahawa Amirul Mukminin `Ali bin Abi Talib berkata, “Rasul Allah melarang nikah Mut’ah dan memakan daging keldai yang dijinakkan pada Hari Khaibar (pertempuran).” Tambahan lagi, dalam Sahihnya, Muslim merekodkan bahawa Ar-Rabi` bin Sabrah bin Ma`bad Al-Juhani berkata bahawa ayahnya berkata bahawa dia mendampingi Rasul Allah semasa pembukaan Mekah, dan Nabi berkata, (Wahai kalian! Aku membenarkan kamu untuk bernikah Mut’ah sebelum ini. Sekarang, Allah telah melarangnya sehinggalah ke Hari Kiamat. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai Mut’ah dengan mana-mana wanita, lepaskanlah mereka, dan jangan mengambil kembali apa yang telah kamu beri kepada mereka.)
Tafsir Ibn Kathir, Tafsir of Surah 4, Verse 24

Menurut Sunni, Mut’ah diamalkan sehingga tahun ke-7 Hijrah (i.e. selepas penghijrahan ke Madinah). Hal ini dipersetujui oleh hampir semua Sunni. Tetapi perbahasan berlaku sama ada ianya dilarang kemudiannya oleh Allah ataupun tidak. Sebelum saya menyambung, perlu diingatkan bahawa Mut’ah pernah dibenarkan dalam Islam, oleh itu mengapa mengecamnya seperti ianya adalah perbuatan jahiliyyah?

Sunni mendakwa bahawa Nabi (SAW) kemudiannya mengharamkan Mut’ah. Hal ini telah banyak merumitkan keadaan. Sesebuah hadis serta keasliannya boleh dipersoalkan. Perkara yang sama tidak berlaku terhadap isi kandungan al-Quran. Jika kita mengambil hadis dan meninggalkan al-Quran jika berlaku percanggahan dia antara keduanya, maka kita akan mudah tersimpang dari jalan kebenaran. Mesti terdapat ayat al-Quran yang diturunkan untuk memansuhkan perintah al-Quran yang sedia ada. Biarpun jika kita mempercayai bahawa ayat ini telah dimansuhkan dan tidak lagi boleh dipakai, maka kewujudannya dalam al-Quran adalah tidak relevan dan hanya akan menyesatkan generasi yang akan datang. Sesuatu yang tidak boleh diaplikasikan dan telah dimansuh tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada agama, dan juga, tidak tetap menjadi sebahagian daripada al-Quran.

Bagaimanapun, kami akan menganalisa semua hadis yang membincangkan mengenai pemansuhan Mut’ah.

Sebagai permulaanya, suka untuk saya memetik dakwaan Syiah dari satu sumber Sunni.

Umar berkata: Dua jenis Mut’ah adalah (dibolehkan) semasa hayat Rasulullah dan aku mengharamkan kedua-duanya, dan aku akan menghukum sesiapa yang melakukannya. Kedua-duanya adalah: Mut’ah Haji dan Mut’ah Wanita.
Tafsir al-Kabir, by al-Fakhr al-Razi, v3, p201 under verse 4:24 -
Musnad Ahmad Ibn Hanbal, v1, p52

Oleh yang demikian seperti mana semua orang bersetuju bahawa Mut’ah wanita pernah menjadi sebahagian daripada Islam, pemansuhannya juga tidak terdapat dalam al-Quran. Malah, kami mendakwa bahawa Umarlah yang melarang Mut’ah dan kami adalah pengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW), bukannya Umar, maka kami menekankan terhadap kebolehan untuk bermut’ah kerana rahmat dan kebijaksaan yang terdapat dalamnya yang akan dibincangkan kemudian.

Seperti mana larangan kepada Mut’ah Haji diketahui, rujukan dibawah sepatutnya mencukupi.

Musa b. Nafi melaporkan: Aku datang ke Mekah sebagai Mutamattil untuk Umrah (melakukan Umrah dahulu kemudan menanggalkan Ihram dan kemudian sekali lagi memasuki keadaan berihram untuk Haji) empat hari sebelum Hari Tarwiya (i. e. pada 4 Zulhijjah). …….. Ata’ berkata: Jabir b. ‘Abdullah al’Ans-ari (RA) meriwayatkan kepadaku bahawa dia melakukan Haji dengan Rasul Allah (SAW) pada tahun dia membawa haiwan sembelihan bersamanya dan mereka memakai Ihram untuk Haji sahaja (sebagai Mufrid). Rasul Allah (SAW) berkata: Tanggalkan Ihram dan kelilingi Kaabah, dan (lari) di antara al-Safa dan al-Marwa. Dan potonglah rambut dan tinggal sebagai bukan Muhrim. Apabila tibanya Hari Tarwiya, maka pakailah Ihram untuk Haji dan buat Ihram untuk Mut’ah (kamu telah memakai Ihram untuk Haji, tetapi tanggalkan ia selepas melakukan Umrah dan kemudian pakai semula Ihram untuk Haji tersebut). Mereka berkata: Bagaimana patut kami lakukan Mut’ah walaupun kami memakai Ihram untuk Haji? Baginda berkata: Lakukan apa yang aku suruh kamu lakukan. …….
Sahih Muslim , Book 7, Hadith 2799

Mutarrif melaporkan: ‘Imran b. Husain berkata kepadaku: Haruskah aku tidak meriwayatkan kepada kamu satu hadis hari ini yang mana Allah akan menguntungkan kamu di kemudian hari-dan ingatlah bahawa Rasul Allah (SAW) membuatkan beberapa orang dari ahli keluarganya melakukan Umrah dalam lingkungan sepuluh hari dalam Zulhijjah. Tiada ayat al-Quran diturunkan untuk memansuhkannya, dan baginda (Nabi Muhammad) tidak beralih dari melakukannya sehigga baginda wafat. Maka selepas baginda semua orang berkata seperti yang dingini, (tetapi ianya adalah pandangan peribadi seseorang itu dan bukanlah fatwa berkenaan Shari’ah).
Sahih Muslim, Book 7, Hadith 2824

Hadis ini telah diriwayatkan di atas hak Jurairi dengan rantaian periwayat yang sama, dan Ibn Hatim berkata dalam riwayatnya: “Seseorang berkata berdasarkan pandangannya sendiri, dan dia ialah Umar.”
Sahih Muslim, Book 7, Hadith 2825

Mutarrif melaporkan: …… Aku dirahmati, dan ingatlah bahawa Rasul Allah (SAW) mencantumkan Haji dan Umrah. Lalu tiada ayat diturunkan berkaitan dengannya dalam Kitab Allah (yang memansuhkannya) dan Rasul Allah (SAW) tidak melarang (dari melakukannya). Dan apa yang seseorang (, Umar) katakan adalah berdasarkan pandangan dirinya sendiri.
Sahih Muslim, Book 7, Hadiths 2828-2831

Sa’id b. al-Musayyab melaporkan bahawa ‘Ali dan ‘Uthman (RA) berjumpa di ‘Usfan; dan Uthman pernah melarang (penduduk) dari melakukan Tamattu’ dan ‘Umrah (semasa musim Haji), lalu ‘Ali berkata: Apa pandangan kamu mengenai sesuatu yang Rasul Allah (SAW) lakukan tetapi kamu melarangnya? Lalu Uthman berkata: Kamu biarkan kami sendiri, lalu dia (‘Ali) berkata: Aku tidak boleh membiarkan kamu sendiri. Apabila ‘Ali melihat perkara ini, dia memakai Ihram untuk kedua-dua mereka bersama (kedua-dua untuk Haji dan Umrah).
Sahih Muslim, Book 7, Hadiths 2816

Oleh itu kami melihat bahawa kenyataan yang dibuat oleh Umar adalah sangat autentik dari sudut sejarah dan dia adalah penyebab kepada larangan melakukan Mut’ah Haji.

Seperti mana Mut’ah wanita diambil berat, al-Quran membenarkannya dan kami tidak menjumpai sebarang ayat yang memansuhkannya. Konflik di antara hadis-hadis akan dibincangkan.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib: Pada hari pembukaan Khaibar, Rasulullah melarang Mut’ah (i.e. nikah Mut’ah) dan memakan daging keldai.
Sahih Bukhari, Volume 5, Book 59, Hadith 527
Sahih Bukhari, Volume 7, Book 62, Hadith 50

Diriwayatkan oleh Abdullah: Nafi meriwayatkan kepadaku bahawa Abdullah berkata bahawa Rasulullah melarang Shighar. Aku bertanya kepada Nafi’, “Apakah itu Shighar?” Dia berkata, “Ianya ialah mengahwini anak perempuan seseorang dan mengahwinkan seseorang anak perempuan (pada masa yang sama) tanpa mahar (dalam kedua-dua kes); atau untuk mengahwini adik perempuan seseorang dan mengahwinkan seseorang adik perempuan tanpa Mahar.” Sesetengah orang berkata, “Jika seseorang, melalui muslihat, mengahwini atas dasar Shighar, perkahwinan tersebut sah tetapi kondisinya haram.” Sarjana yang sama berkata mengenai Mut’ah, “Perkahwinan tersebut tidak sah dan kondisinya haram.” Sesetengah yang lain pula berkata, “Mut’ah dan Shighar adalah dibenarkan tetapi kondisinya haram.”
Sahih Bukhari, Volume 9, Book 86, Hadith 90

Abd al-Malik b. Rabi’ b. Sabraal-Juhanni melaporkan di atas hak ayahnya yang meriwayatkannnya di atas hak ayahnya (i e. ‘Datuk kepada Abd al-Malik, Sabura al-juhanni): Rasulullah (SAW) membenarkan kami membuat kontrak nikah Mut’ah pada Tahun Kemenangan, ketika kami memasuki Mekah, dan kami keluar dari situ tetapi baginda melarang kami untuk melakukannya.
Sahih Muslim, Book 8, Hadiths 3257-3260

Diriwayatkan oleh  Jabir bin ‘Abdullah dan Salama bin Al-Akwa’: Ketika kami dalam ketenteraan, Rasul Allah datang kepada kami dan berkata, “Kamu telah dibenarkan untuk melakukan Mut’ah (nikah) jadi lakukanlah ia.” Salama bin Al-Akwa’ berkata: Rasul Allah berkata, “Jika seorang lelaki dan seorang wanita bersetuju (untuk nikah Mut’ah), perkahwinan mereka akan bertahan selama tiga malam, dan jika mereka ingin menyambungnya, mereka boleh melakukannya; dan jika mereka mahu berpisah, mereka boleh melakukannya.” Aku tidak mengetahui sama ada ianya hanya untuk kami atau untuk semua orang secara umum. Abu Abdullah (Al-Bukhari) berkata: Ali menegaskan bahawa Nabi berkata, “Nikah Mut’ah telah dibatalkan (diharamkan).”
Sahih Bukhari, Volume 7, Book 62, Hadith 52

Iyas b. Salama melaporkan atas hak ayahnya bahawa Rasul Allah (SAW) memberi kebenaran untuk melakukan kontrak nikah Mut’ah selama tiga malam dalam tahun Autas dan kemudian melarangnya.
Sahih Muslim, Book 8, Hadith 3251

Oleh itu kita dapati bahawa:

  • Mut’ah telah dibenarkan dalam al-Quran oleh Nabi (SAW) sendiri
  • Para sahabat pernah melakukan Mut’ah apabila diperlukan
  • Mut’ah kemudiannya telah dilarang oleh nabi sendiri pada hari pembukaan Khaibar atau pada tahun pembukaan Mekah atau pada tahun Autas
  • Masih lagi terdapat keraguan sama ada Mut’ah dilarang atau masih dibenarkan
  • Perhatikan bahawa masa larangan Mut’ah dilaksanakan dalam setiap hadis berbeza-beza

Hanya terdapat 4 hadis mengenainya, yang hanya diriwayatkan oleh 3 orang sahabat (melalui rantaian yang berbeza). Jangan terkeliru apabila dihadapkan dengan hadis yang banyak. Jika anda melihat rantaiannya, ianya akan kembali kepada 3 orang ini. Nama kepada 3 sahabat ini adalah:

  1. Rabi Ibn Sabra (yang meriwayatkannya dari ayahnya Sabra Jahani)
  2. Ali Ibn Talib
  3. Salma b. al-Akwa’

Semua riwayat oleh 3 sahabat ini bercanggah terhadap satu sama lain dalam aspek “Masa kepada larangan Mut’ah”

  • Hadis yang mana Ali mendakwa Mut’ah telah diharamkan pada tahun ke-7 Hijrah (di Khaibar)
  • Dalam satu hadis, Ibn Sabra mendakwa bahawa Mut’ah telah diharamkan pada tahun ke-8 Hijrah (sewaktu pembukaan Mekah). Manakala dalam hadis yang lain, Ibn Sabra (individu yang sama) mendakwa bahawa Mut’ah telah diharamkan pada tahun ke-10 Hijrah (sewaktu Haji terakhir Hujjatul Wida)
  • Sementara Salma b. al-Akwa mendakwa bahawa Mut’ah telah diharamkan pada tahun ke-9 Hijrah (i.e. pada tahun Autas, iaitu selepas perang Hunain)

Hadis-hadis di atas tidak boleh digunakan secara bersama untuk membatalkan sesuatu ayat al-Quran dan membuktikan larangan Mut’ah oleh Rasulullah kerana mereka sendiri tidak dapat menentukan bila waktunya nabi melarang Mut’ah, jika nabi benar-benar melarangnya.

Sebaliknya, dalam buku yang sama, kita menemui hadis-hadis yang merupakan penyokong kuat Mut’ah dan tidak membicarakan tentang larangannya.

Diriwayatkan oleh Abu Jamra: Aku mendengar Ibn Abbas (memberi pendapat) apabila dia ditanya mengenai Mut’ah wanita, dan dia membenarkannya (Nikah Mut’ah). Kemudian seorang dari hambanya yang dibebaskan berkata kepadanya, “Itu pun apabila ianya amat diperlukan dan wanita sukar untuk didapati.” Kemudian, Ibn ‘Abbas berkata, “Ya.”
Sahih Bukhari, Book 62, Hadith 51

Abdullah (b. Mas’ud) melaporkan: Kami dalam satu ekspidisi bersama Rasulullah (SAW) dan kami tidak mempunyai wanita bersama kami. Kami berkata: Perlukah kami tidak mengasi diri kami sendiri? Baginda (nabi) melarang kami dari melakukan sedemikian. Baginda kemudian memberi kami kebenaran bahawa kami perlu membuat nikah Mut’ah untuk jangka masa yang ditetapkan dengan memberi mereka pakaian, dan  ’Abdullah kemudian membaca ayat ini: ‘ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. ” (al-Qur’an, al Maidah, v. 87).
Sahih Muslim Book 8, Hadith 3243

Salama b. al. Akwa’ dan Jabir b. Abdullah melaporkan: Rasulullah (SAW) mendatangi kami dan membenarkan kami untuk membuat nikah Mut’ah.
Sahih Muslim Book 8, Hadiths 3246-3247

Syiah mendakwa bahawa setelah al-Quran memberi keberkatan kepada perbuatan Mut’ah, sebuah ayat perlulah diturunkan untuk membatalkan apa yang telah dibolehkan yang mana secara jelasnya tidak berlaku, kerana ianya tidak pernah dilarang oleh Nabi (SAW) sendiri. Oleh itu, dari mana munculnya khabar angin berkaitan dengan larangan Mut’ah?

Ibn Uraij melaporkan: ‘Ati’ memberitahu bahawa Jibir b. Abdullah datang untuk melaksanakan Umrah, dan kami pergi ke tempat kediamannya, dan orang-orang bertanya kepadanya mengenai hal yang berbeza, dan kemudian mereka menyebut mengenai nikah Mut’ah, di mana dia berkata: Ya, kami telah memanfaatkan diri kami dengan nikah Mut’ah semasa hayat Nabi (SAW) dan semasa zaman Abu Bakar dan Umar.
Sahih Muslim Book 8, Hadith 3248

Jabir b. ‘Abdullah melaporkan: Kami membuat nikah Mut’ah dengan memberi segenggam (cerita atau tepung sebagai mahar ketika zaman Rasulullah (SAW) dan semasa zaman Abu Bakar sehinggalah Umar melarangnya dalam kes berkaitan Amar b. Huraith.
Sahih Muslim Book 8, Hadith 3249

Abu Nadra melaporkan: Ketika aku didampingi Jabir b. Abdullah, seseorang datang kepadanya dan berkata bahawa Ibn ‘Abbas dan Ibn Zubair berbeza pandangan terhadap dua jenis Mut’ah (Haji Tamattu’ 1846 dan Tamattu’ wanita), setelah itu Jabir berkata: Kami pernah melakukan dua perkara ini ketika zaman Rasulullah (SAW). Kemudian Umar melarang kita dari melakukannya, oleh itu kami tidak kembali kepada mereka.
Sahih Muslim Book 8, Hadith 3250

Kita juga dapat melihat hadis-hadis dalam teks penulisan Sunni yang menunjukkan bahawa Mut’ah masih lagi diteruskan sehingga zaman khalifah Abu Bakar serta Umar, sehinggalah Umar melarang sesuatu yang dibolehkan oleh Allah dan RasulNya.

Imran Ibn Husain meriwayatkan: “Ayat Mut’ah (4:24) telah ditunjukkan dalam Kitab Allah, dan tidak datang ayat lain selepasnya untuk memansuhkannya; dan Nabi menyuruh kami untuk melakukannya, maka kami melakukannya di zaman Rasulullah, dan baginda tidak melarang kami dari melakukannya sehingga baginda wafat. Tetapi seseorang itu (yang menganggapnya haram) menyuarakan apa yang difikirkannya.”
Tafsir al-Kabir, by al-Tha’labi, under commentary of verse 4:24 of Quran

Juga dalam ulasan Sunni yang lain ianya dilaporkan bahawa: Umar berkata, ketika di atas mimbar: “Wahai rakyat! Tiga perkara adalah (dibenarkan) semasa zaman Rasulullah (SAAW), dan aku melarangnya, dan membuatnya Haram, dan menghukum sesiapa yang membuatnya. Ianya adalah: Mut’ah wanita, Mut’ah Haji (ziarah), dan melaungkan ‘Hayya Ala Khair al-Amal’.”
Sharh Al-Tajreed, by al-Fadhil al-Qoshaji, (Imama Section)
al-Mustaniran, by al-Tabari

Perkara ketiga yang disebut di atas yang mana telah dilarang oleh Umar, ialah apa yang disebut dalam Azan dan Iqaamah selepas kalimah “Hayya Ala al-Falah”, dan ianya masih dilakukan oleh Syiah sehingga ke hari ini. Ianya bermaksud “Marilah melakukan kebaikan”. Bahagian azan ini telah dimansuhkan oleh Umar juga. Sebaliknya, dia menggantikannya dengan kalimah: “Sembahyang lebih baik dari tidur”!

“Dia (Umar) adalah yang pertama membuat Mut’ah sebagai larangan (Haram).”
Tarikh al-Khulafaa, by al-Hafidh Jalaluddin al-Suyuti, p136

Juga kedua-dua Ibn Jarir al-Tabari dan al-Zamakhshari meriwayatkan bahawa: “al-Hakam Ibn Ayniyah telah ditanya adakah ayat mengenai Mut’ah wanita telah dimansuhkan. Dia menjawab: ‘Tidak’.”
Tafsir al-Tabari, under commentary of verse 4:24 of Quran, v8, p178
Tafsir al-Kashshaf, by al-Zamakhshari, under the verse 4:24, v1, p519

Juga al-Qastalani menulis: Ungkapan “Tetapi seseorang itu berkata melalui pendapatnya apa yang diinginkannya” (seperti yang disebut dalam buku-buku sahih Sunni seperti Sahih al-Bukhari), adalah Umar Ibn al-Khattab dan bukannya Uthman, kerana dialah yang pertama melarang Mut’ah. Maka yang datang selepasnya (i.e., Uthman) hanya mengikut Umar dalam tindakannya.”
al-Irshad, by al-Qastalani, v4, p169

Persoalan kini timbul bahawa, jika Mut’ah telah disebut dalam al-Quran, & telah diterima oleh Nabi Muhammad (SAW), bagaimana khalifah yang berkuasa selepas Muhammad (SAW) boleh mengatakan Mut’ah adalah dilarang sedangkan Allah membenarkannya dalam al-Quran dan Nabi (SAW) menerimanya sebagai firman Yang Maha Esa?

Imran Ibn Sawadah melaporkan: Aku pergi ke rumah Umar dan memberitahunya bahawa aku ingin memberinya sedikit nasihat. Umar membalas, “Orang yang memberi nasihat yang baik adalah sentiasa dialu-alukan.” Aku berkata, “Komuniti kamu menemui kesalahan kamu atas empat perkara.” Umar meletakkan bahagian atas cematinya di janggutnya dan bahagian bawah cemati di atas pahanya. Kemudian dia berkata, “Beritahu aku lagi.” Aku menyambung, “Telah disebut-sebut bahawa kamu telah mengisytiharkan larangan terhadap haji tamattu’ semasa bulan-bulan haji…” Dia menjawab, “Hal ini dibenarkan. (Tetapi alasan terhadap larangan aku ialah) jika mereka melakukan haji tamattu’ semasa bulan-bulan haji, mereka akan menganggapnya sebagai pengganti kepada haji penuh, dan (Mekah) tidak akan diraikan oleh sesiapa, walaupun ianya sebahagian daripada kebesaran Allah. Kamu benar.” Aku menyambung, “Juga telah disebut-sebut bahawa kamu telah melarang nikah Mut’ah, walaupun ianya lesen yang telah diberikan oleh Allah. Kami menikmati nikah Mut’ah buat sementara (waktu), dan kami boleh berpisah selepas tiga hari.” Dia menjawab, “Rasulullah (SAW) membenarkannya ketika waktu diperlukan. Kemudian orang kembali menikmati kesenangan hidup. Aku tidak mengetahui mana-mana Muslim yang melakukannya atau kembali kepadanya (selepas aku melarangnya) Sekarang, sesiapa yang berkeinginan, boleh berkahwin untuk sementara (waktu) dan berpisah selepas tiga malam. Kamu benar.” Aku menyambung, “Kamu membebaskan seorang hamba wanita jika dia melahirkan anak, tanpa tuannya (bersetuju) tentang kemerdekaannya… (dan aduan keempat ialah) Terdapat beberapa aduan mengenai kamu meninggikan suara terhadap penduduk kamu dan kamu menyapa mereka dengan kasar.” …
History of al-Tabari, English version, v14, pp 139-140

Ini menjelaskan fakta bahawa Mut’ah tidak diharamkan oleh Nabi (SAW) & hadis berkenaan dengan larangan Mut’ah telah direka-reka dan dibuat untuk melindungi & membenarkan apa yang Umar haramkan & Allah telah benarkan. Jika ianya benar-benar firman Allah, anda tidak akan melihat kenyataan yang bercanggah dalam sejarah berkenaan isu ini. Malahan, Sunni mendakwa bahawa Khalifah adalah terbimbing & mempunyai pengetahuan luas, maka mengapa berlaku percanggahan terhadap ayat al-Quran dan kata-kata Nabi (SAW) yang mana semestinya tidak akan bercanggahan dengan firman Allah, iaitu al-Quran. Jika Nabi (SAW) telah benar-benar mengharamkan Mut’ah sebagaimana dakwaan sesetengah Sunni, mengapa Umar perlu mengharamkannya sekali lagi?

Saya harap saya telah memperjelaskan kekeliruan mengenai Mut’ah. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah peraturan serta hukum-hakam mengenai Mut’ah dan mengapa Mut’ah diperlukan?

“Ali berkata: Mut’ah adalah rahmat dari Allah kepada hambanya. Jika bukan kerana Umar yang melarangnya, tidak ada yang akan melakukan (dosa) zina kecuali (Shaqi/Shafa).
al-Nihaya, by Ibn al-Athir, v2, p249
al-Faiq, by al-Zamakhshari, v1, p331
Lisan Al-Arab, Ibn Mandhoor, v19, p166
Kanz al-Ummal, by al-Muttaqi al-Hindi, v8, p293

Imam Ja’far (AS) menganggap Mut’ah sebagai rahmat Ilahi di mana manusia diselamatkan dari dosa zina dan dibebaskan dari hukuman Allah. Mengenai ayat al-Quran: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya (35:2),” Imam berkata: “Mut’ah adalah sebahagian daripada rahmat itu.”
Wasa’il al-Shia, v14, p439

Perlu difahamkan bahawa Mut’ah adalah jalan terakhir. Jika muncul situasi keperluan seksual yang ekstrim, seseorang itu mesti cuba untuk membuat pernikahan secara kekal. Jika ianya tidak dapat dilakukan atas beberapa sebab, seseorang itu perlu cuba untuk berpuasa dan  melakukan usaha untuk mengawal keinginannya sehingga dia dapat mengahwini seseorang muslimah secara kekal. Namun jika masih gagal, pintu Mut’ah masih lagi terbuka dalam Islam dan dalam Mazhab Ahlulbayt yang membantu manusia mengelak dari melakukan zina.

Walaupun konsep Mut’ah adalah sah, terdapat peraturan dan hukum-hakam tertentu yang perlu diikuti untuk membuat kontrak nikah Mut’ah.

Terdapat Empat tiang Undang-undang kepada nikah sementara atau Mut’ah. Meskipun artikel menyeluruh secara terperinci dapat ditulis mengenai peraturan nikah Mut’ah, disini terdapat beberapa pengarahan asas secara umum.

  • Wanita yang mana Mut’ah adalah dibolehkan ialah sama ada seorang janda atau seorang yang telah bercerai, oleh itu wanita tersebut boleh mendapatkan keuntungan kewangan serta keselamatan melalui Mut’ah, bersama-sama dengan kepuasan keperluan fitrahnya. Wanita tersebut mestilah seorang muslim atau dari penganut ahli kitab. Mut’ah dengan seorang dara adalah sangat dicela dan tidak dikira sah oleh kerana perkawhwinan yang kekal adalah lebih diutamakan dalam kes ini. Walaubagaimanpun dengan kebenaran oleh ayah kepada si dara, ianya dibolehkan tetapi masih dikira makruh.
  • Oleh kerana Mut’ah adalah satu kontrak, ia memerlukan syarat dan penerimaan dalam setiap aturan. Pihak wanita menyediakan syarat & pihak lelaki dengan senang hati menerima syarat tersebut. Supaya kontrak itu menjadi sah, ianya perlulah disimpulkan oleh lelaki dan wanita itu sendiri, atau wakil mereka, atau ayah mereka.
  • Tempoh masa kepada nikah Mut’ah perlu diterangkan secara jelas di dalam kontrak yang mana tempoh tersebut boleh dikurangkan atau dipanjangkan seperti mana yang dipersetujui secara bersama oleh pasangan. Apabila tempoh masa sudah tamat, si isteri telah bebas dari kontrak & kewajipan yang berkaitan dengan kontrak. Sesudah tamatnya kontrak, isteri perlu menunggu untuk jangka waktu tertentu (Iddah) sebelum dia dibenarkan untuk berkahwin lagi, seperti mana dalam kes perkahwinan kekal. Namun perbezaannya ialah tempoh masa Iddah untuk kedua-dua kes adalah berbeza. Dalam perkahwinan kekal, tempoh masa untuk iddah adalah 4 bulan atau 3 kitaran haid, sementara untuk perkahwinan Mut’ah pula ialah 45 hari atau 2 kitaran haid. Apa yang diterangkan di sini adalah beberapa keperluan umum untuk muddah, termasuk beberapa lain yang ada, sebagai contoh terdapat juga perundangan untuk wanita yang hamil semasa dalam perkahwinan kontrak.
  • Pihak wanita boleh menerangkan secara jelas syarat-syarat semasa membuat kontrak untuk mengelak atau mengehadkan hubungan seksual. Oleh itu wanita tersebut tidak menjadi kewajipan ke atasnya untuk menyediakan hubungan seksual kepada suaminya & masih layak untuk mendapatkan mahar. Terdapat beberapa  syarat terperinci lain yang perlu dipertimbangkan di bawah tiang Undang-undang ini yang juga mungkin memerlukan penjelasan terperinci. Walau bagaimanapun saya perlu mengehadkan butiran terperinci mengenainya untuk penjelesan asas dan perbahasan mengenai isu ini.
Comments
3 Responses to “Mut’ah: Perkahwinan Sementara dalam Islam”
  1. abdhakim says:

    Umar digambarkan sebagai orang yang gilakan kuasa dan pangkat serta merancang utk membunuh rasullah.Secara logiknya kuasa dan pangkat itu tidak lengkap kalau tidak ada wanita jelita di sekelilingnya.Jadi untuk apa Umar mengharamkan mutaah ? sedangkan perkara tersebut lebih menguntungkannya…Amat memalukan jika mengambil hadis2 palsu dari tong sampah sunni utk dijadikan sandaran..

    • jagal abirowo says:

      Mungkinkah yg dulu halal bisa jadi haram atau sebaliknya, Nikah Mut’ah adalah jelas hukumnya yaitu halal, tetapi akibat kepinteran sahabat maka menjadi haram, sekarang siapa yg melaksanakan kawin kontrak dinegeri kita , apakah ada orng Syi’ah ? pasti tidak , kebanyakan mereka dari Arab yg mazhab nya jelas WAHABIYAH, ibarat sering berfatwa bahwa nikah mut’ah itu haram tapi kenyataannya banyak dilaksanakan oleh kalian yg ngaku salafiyun. jadi kawin Mut’ah diibarat daging kambing walaupun halal apakah semua umat Islam wajib memakannya? tentu ada yg suka dan ada yang tidak. mungkinkah hukum Allah bisa berubah-ubah ?tentu tidak bukan, coba renungkan!!!

  2. @abdhakim

    kalau anda mau mengkaji kitab2 sunni anda, maka saya rasa semuanya akan ke tong sampah berdasarkan ilmu yang anda ada sekarang. cara bantahan anda mirip nasrani dan yahudi membantah Al Quran. anda bercakap entah dari mana asasnya. apa Kutub al-Sittah anda sudah x diguna pakai lagi kah sekarang? tapi saya x memandang semua sunni seperti anda, ini baru pertama kali saya jumpa jenis seperti ini :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: